28 || Lost My Mind
Sekarang aku ingat Sooyoung itu siapa. Dia, wanita yang ada dengan Baekhyun di kafe dulu, membelakangi aku. Yang tiba-tiba senyum kepada aku selepas Baekhyun keluar dari kafe. Aku pasti, dialah wanita itu.
Tapi apa hubungan dia dengan Baekhyun? Adik? Seingat aku Baekhyun tak ada adik.
"Saya boleh jelaskan." Sooyoung mengangkat kedua belah tangan dia. Rasanya Baekhyun juga seperti aku, tak mengerti apa-apa sekarang. Kening dia berkerut. Dan telinga dia berubah kemerahan. Tangan dia- eh kenapa aku perhatikan dia. Fokus Nayeon, fokus.
"Sooyoung, we need to talk." Baekhyun menggenggam lengan Sooyoung kemas, dan aku benci sebab perkara itu boleh membuatkan aku cemburu tak bertempat di sini. Mungkin kerana cara dia memegang lengan Sooyoung seperti dia memegang lengan aku.
Mengada-ngadalah aku ini, macamlah Baekhyun itu tak pernah pegang perempuan lain, macamlah dia itu aku punya, macamlah dia suka aku.
"Ya, saya tahu." Sooyoung menepis tangan Baekhyun sebelum memandang aku. "Nayeon Baek-"
"Not here. Kita berdua saja." Celah Baekhyun. Aku tak memandang mereka. Nak buat macam mana, aku cemburu. Macam budak-budak.
"Tapi Nayeon-"
"No. Jangan libatkan orang lain."
Sooyoung pandang aku dengan serba salah dan tiba-tiba Baekhyun tarik dia keluar.
Orang lain, huh?
*****
Selepas aku menukar pakaian ke pakaian asal, aku bercadang nak balik semula. Sungguh aku pening dengan apa yang berlaku. Sampai sekarang aku masih lagi tak daham dengan situasi tadi.
Kata Yuri, keluar boleh tenangkan fikiran aku tapi hakikatnya otak aku semakin berserabut sekarang. Macam mana nak tenang kalau setiap kali keluar aku jumpa dia? Sudahlah sejak confess hari itu, aku semakin pasti dengan perasaan aku kepada dia. Sebab itu aku tak mahu kuatkan lagi perasaan ini, sebaiknya hilang sahaja.
Apalagi aku terpaksa mengaku bahawa Sooyoung sememangnya sesuai dengan dia. Sama-sama kaya, good looking, dan kedua-dua mereka kelihatan selesa antara satu sama lain.
"Nayeon! Tunggu!" Aku berhenti berjalan apabila mendengar suara Sooyoung dari belakang. Dia datang dekat dengan aku setengah berlari. "Mianhae. Saya tak berniat nak ganggu awak harini."
"It's okay."
"No don't say that. I still need your help."
"Sooyoung, listen. Saya tak kenal awak. Saya tak tahu apa hubungan awak dengan Baekhyun. Saya tak tahu apa tujuan awak bawa saya ke sini. Kalau ni melibatkan Baekhyun, saya tak boleh. Rasanya dia pun tak suka kalau saya menyibuk dalam hal dia."
"Awak suka Baekhyun, kan?"
Mulut aku tertutup. Lain aku cakap, lain dia tanya. Dia memegang tangan aku apabila aku tak jawab apa-apa.
"Okey, dengar penjelasan saya. Saya minta maaf sebab tak bagitahu awak apa-apa. Saya Sooyoung, orang yang sepatutnya berkahwin dengan Baekhyun. Kahwin sebab keluarga. Tapi macam yang awak boleh agak dari plot drama-drama di televisyen, saya tak nak. Baekhyun pun."
Terdiam lagi. Apa aku nak jawab sekarang?
"Saya tahu saya pentingkan diri sendiri sebab libatkan awak tapi awak saja yang boleh tolong saya sekarang. Awak saja harapan saya sekarang, saya terdesak."
"Dia pun bukannya suka saya."
"Really? Hmm.. Tapi kenapa- ah lupakan. Awak betul-betul tak boleh tolong saya?"
"I'm sorry."
"Huh?"
Aku memeluk dia sebelum keluar dari butik itu tanpa menunggu kata-kata lanjutannya. Sempat lagi aku mengerling Baekhyun yang duduk di atas sofa. Dia kelihatan tertekan, dengan tangannya yang menekup wajahnya.
Bye, Baekhyun.
*****
Aku baru saja akan tertidur apabila telefon aku berdering. Nama Sooyoung terpapar di skrin, menyebabkan dahi aku berkerut kerana seingat aku, aku tidak pernah bertukar nombor dengan dia. Apa dia yang menyimpan nombornya sendiri di dalam telefon aku?
"H-hello?"
"Nayeon! Saya betul-betul perlukan bantuan awak sekarang!"
"Sooyoung kan saya dah kata-"
"Baekhyun sedang bergaduh teruk dengan appa dia sekarang!"
Aku kaku ketika sampailah suara dia bergema lagi. "Nayeon?? Dengar tak??"
"A-ah ya. Awak di mana sekarang?"
"Otw nak pergi rumah awak."
Hish dia ni rumah aku pun tahu. Stalker betul.
"Okey nanti saya tunggu awak di luar."
Aku tamatkan panggilan lalu menukar baju dengan cepat. Selepas siap, aku langsung turun dan menunggu Sooyoung di luar. Sambil itu aku merutuki diri sendiri kerana menyerah diri dan terlibat dalam hal sebegini. Semoga aku tidak apa-apa nanti.
Tidak lama kemudian Sooyoung sampai dengan kereta dia. Cermin tingkapnya turun perlahan-lahan, menampilkan wajahnya yang cemas.
"Cepat naik!"
Aku masih tak faham kenapa aku lakukan semua ini.
*****
[Baekhyun POV]
"Pernah ke Hyun fikir tentang maruah keluarga kita!? Memang sengaja malukan appa ke?! Baru 23 tahun tapi dah buat masalah! Belajar pun tak habis lagi! Budak tak guna!"
"Dah habis?"
PAPP!!
Auch, sakitlah.
Perlu ke dia tampar aku?
"Appa ambil Hyun jadi anak angkat tapi macam ni Hyun balas! Langsung tak berguna! Tahu nak malukan appa je! Apa appa nak jawab dengan keluarga belah sana, hah! Suka hati saja nak batalkan perkahwinan ni! Sekejap setuju sekejap tak, Hyun nak apa, hah! Ini perkahwinan, bukannya perkara kecil!"
Aku tidak boleh salahkan Sooyoung sekarang. Bukan dia seorang yang tak nak kahwin, aku sama saja seperti dia.
"That's my point. Kenapa appa kahwinkan Hyun tanpa tanya Hyun dulu? Sekarang bila Hyun tolak, appa pula yang menggelabah. Senang sangat appa sajalah yang pergi kahwin dengan dia. Hyun tak nak."
PAPP!!
Auch.
"Mana? Mana perempuan kesayangan Hyun tu, hah? Hari tu kata nak kahwin sangat dengan dia?"
Itu memang kebodohan aku. Aku pun bodoh pergi cakap macam-macam hari itu kenapa? Kau memang bodoh, Hyun. Bodoh.
"Jangan libatkan dia. Seteruk manapun appa cuba provok Hyun, Hyun takkan terima! Appa tak ada hak untuk tentukan hidup Hyun, itu hak Hyun sendiri jadi appa jangan masuk campur!"
"Tentukan hidup sendiri? Dengan apa?! Duit kerja kotor tu? Bangga sangat ke dapat tidur dengan perempuan sana sini? Jangan buat appa menyesal, Hyun. Sedarlah yang Hyun tu anak angkat saja, jadi bersyukurlah sebab masih ada orang seperti appa ni untuk ambil Hyun! Kalau tak Hyun mungkin akan merempat di luar sana!"
"Appa fikir appa seorang saja yang menyesal? Hyun pun samalah! Buat apa ada keluarga angkat kalau semua hanya nak gunakan Hyun saja?"
"Hey Hyun-"
Ttok! Ttok!
Perbalahan antara kami terhenti seketika mendengar bunyi ketukan pintu itu. Appa membetulkan suara dia dan memejam mata, mencuba mengawal kemarahannya. "Masuk."
Bunyi pintu terbuka. Aku menunduk ke bawah, malas mahu terlibat. Sudahlah wajah aku kemerahan begini kerana ditampar berkali-kali sejak tadi.
"Sorry for interrupting." Eh aku seperti kenal suara ini. Jangan kata-
"Saya Sung Nayeon, teman wanita Baekhyun."
Apa???
Perempuan ini sudah hilang akal atau apa???
"Oh, jadi kamulah perempuan tu." Appa mendekati Nayeon, yang membuatkan aku tidak senang duduk di sini. "Kau tahu apa yang kau dah buat? Disebabkan kau, aku tak dapat bergabung dengan syarikat Kim dengan perkahwinan budak tak guna ini. Kau menyebabkan kerugian besar dalam keluarga aku, kau tahu?"
"Ya, saya tahu."
"Menjawab ya?" Appa tersengih sinis. Dia baru sahaja akan menghampiri Nayeon lagi tetapi terhenti apabila aku memberikan tatapan maut kepadanya.
"Jadi bagitahu aku, apa yang kau dah hasut budak tak guna ini sampai dia jadi bodoh macam ini?"
"Tak ada apa-apa, kami cuma cintakan satu sama lain. Apa jawapan itu cukup?"
Gila ke?
Aku mengerling Nayeon, tertanya bagaimana dia boleh ada di sini. Mencari nahas sungguh. Ini pasti angkara Sooyoung.
"Alasan lain?" Appa menjungkitkan sebelah keningnya. Aku nampak Nayeon mula takut jadi aku agak risau. Lengannya aku tarik tetapi dia tidak berganjak. Kenapa dengan dia ini?
"S-saya..."
Oh Tuhan aku tidak sanggup mendengarkannya lagi
"Saya cuma nak ingatkan Tuan, yang Tuan boleh ditangkap kerana mendera anak Tuan sebegini. Lagi-lagi dia anak angkat Tuan. Bila-bila masa saja boleh lapor Tuan dan jadi saksi atas apa yang Tuan dah lakukan kepada dia selama ini? Tuan fikir saya tak tahu? Saya tahu segalanya. Saya ada bukti lagi, cuma menunggu untuk ditunjukkan kepada pihak polis saja."
"Hey kau... Kau ugut aku?!"
"Lebih kepada memberi amaran. Jangan fikir kerana Tuan ayah angkat, Tuan ada hak untuk gunakan dia atas kemahuan peribadi Tuan. Sebaliknya, itu hanya akan menambahkan lagi hukuman nanti? Apa saya perlu bacakan akta-akta di sini baru Tuan akan faham maksud saya?"
Mata aku terbuka luas, tidak percaya akan apa yang baru sahaja aku dengar. Dari mana... Nayeon mendapatkan keberanian ini?
"Dan untuk pengetahuan Tuan, perbualan ini dirakam." Tiba-tiba Nayeon mengeluarkan telefonnya daripada poketnya lalu menunjukkan kepada appa. "Jadi bagaimana? Tuan masih mahu teruskan semua ini dan ditahan?"
Wajah appa kemerahan, menahan kemarahannya. Apabila dia sudah tidak tahan lagi, badannya menghampiri Nayeon dengan tangannya yang naik ke atas. "Dasar perempuan-"
"Atau perlu saya tambah hukuman Tuan dengan percubaan menderakan wanita?"
"YAH!!!" Appa berhenti dengan sendirinya. Menjerit dengan penuh frustasi memandangkan dia tahu yang dia tidak boleh lakukan apa-apa sekarang ini.
"Jadi satu saja minta, batalkan perkahwinan antara Sooyoung dan Baekhyun, dan Tuan akan baik-baik saja."
"Senang saja kau cakap! Kau tahu apa?! Barang perkahwinannya semua dah tersedia, jemputan dah dihantar, kau tahu betapa banyak aku habiskan untuk semua ini?! Jangan fikir tentang dia saja, sebab aku yang tanggung malu nanti! Aku yang kena jumpa semua orang dan minta maaf!"
Nayeon terdiam, sepertinya berasa bersalah. Aku menghela nafas. Nampaknya aku perlu teruskan sahaja perkahwinan ini. Aku tiada pilihan lai-
"K-kalau begitu... B-biar saya yang... Gantikan tempat Sooyoung."
Mata aku terbelalak. Apa yang aku baru sahaja dengar tadi??
Tiba-tiba Nayeon menarik badan aku menghadap dia lalu meletakkan tangan aku di pinggangnya. Aku baru mahu mempersoalkan tindakannya apabila wajahnya menghampiri aku, lalu bibirnya ditempelkan di bibir aku, meninggalkan kecupan kecil di sana. Mata aku terbuka luas. Nayeon betul-betul sudah gila. Apa dia buat ini, di depan appa pula itu?
"Nayeo-"
"Awak nak kan, kahwin dengan saya?"
Aku merenung matanya. Suara dia begitu lembut, meluruhkan jantung aku. Aku seakan-akan sudah dipukau olehnya. Melihatkan sedekat ini, fikiran aku hanya mengarahkan kepada satu jawapan : aku mahukan dia.
"Ya."
Apa dia dah buat dengan aku?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Untuk pembelian ebook :
Butterfly Kisses : RM10
Lunatic's Infatuation : RM8
[WARNING] Don't Fall In Love With Him : RM10
Boleh contact melalui :
Whatsapp : 01137728841
Instagram / Twitter : @tyratella
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top