26 || Heartless
Sejak bila aku jadi macam ni.
Aku tak pernah terfikir nak rapat dengan Baekhyun.
Aku tak pernah terfikir untuk cium dengan lelaki yang tak ada apa-apa hubungan dengan aku.
Aku bahkan tak pernah terfikir nak pikat mana-mana lelaki.
Aku tak pernah terfikir yang aku dapat bercinta dengan crush aku.
Aku tak pernah terfikir yang aku akan selalu fikirkan tentang lelaki itu lebih dari boyfriend aku sendiri.
Dan aku tak pernah terfikir yang Luhan akan datang ke sini, untuk jumpa aku. Mungkin sebab aku langsung tak fikirkan dia langsung kebelakangan ni. Macam mana aku boleh lupa dia? Dia boyfriend aku kan?
Hey Nayeon, wake up.
"Kenapa awak nampak terkejut? Tak suka saya datang sini?"
Lepas sedar yang aku tak bermimpi, aku geleng.
"I miss you." Dia menggosok kepala aku sambil tersengih. Automatik aku pun senyum. Nampak? Aku sayang dia lagi. "I miss you too."
Luhan memeluk aku. Erat. Aku jadinya kaku. Kenapa dia tiba-tiba macam ini?
"A-awak kenapa-"
"Shhh. Stay for a moment please."
"O-okay."
Aku nampak beberapa orang yang dah bangun pandang aku sambil tersengih-sengih. Okey memalukan. Nasib baik sekarang masih pagi. Ada lebih kurang 3 orang saja yang sudah bangun sekarang.
Aku angkat tangan aku perlahan-lahan untuk membalas pelukan Luhan. Ini yang patut aku buat sekarang kan? Sayang orang yang patut aku sayang.
"Saya ada nightmare semalam." Dia membuka mulut.
"Tentang apa?"
"Awak dah tak sayang saya."
"A-apa?"
"That's it. I dreamt that."
Aku menelan liur. Tangan aku bergetar jadi aku terus leraikan pelukan. "Luhan, awak percayakan saya kan?"
Dia mengangguk.
"Jadi jangan percayakan mimpi awak tu. Saya sayang awak, faham?"
Dia pandang aku lama dan angguk sambil senyum. "I put my trust on you."
Kenapa aku rasa macam tengah menipu sekarang? Tak, aku sayang dia. Aku sayang dia. Aku sayang dia.
Aku cuma terlalu beremosi sebab Baekhyun cium aku semalam. Itu saja. Bukan sebab aku tak sayang Luhan. Aku sayang Luhan.
"Saranghae."
*****
Sudah tiba waktu makan. Aku makan ramen bersebelahan Luhan sekali dengan pelajar-pelajar yang lain di pondok. Diam sahaja semua, masih tak segar agaknya. Dari sini, aku dapat nampak kelibat Baekhyun. Dia seorang diri sedang makan di bawah pokok tak jauh dari sini, terasing daripada semua pelajar-pelajar lain. Chanyeol pula sedang bercakap dengan pelajar-pelajar perempuan.
"Nampak tu. Ada je Baekhyun. Semalam tu dia buat-buat hilang je, attention seeker." Tutor semalam, iaitu tutor sama yang tidak mencari Baekhyun, tiba-tiba bersuara dengan agak lantang. Cakap dengan aku ke? Malaslah aku nak cakap apa-apa.
"Dia memanglah macam tu. Patut biar je dia kena buang. Selalu menyusahkan." Seorang lagi pula yang menyampuk.
"Ramai yang kata dia tu liar di luar. Dia ada kerja haram, aku dengar-dengar cerita."
Huh, diorang tahu ke?
"Kerja apa?"
"Dia jual dadah."
What the actual-
"Macam ni ke tutor? Kutuk student sendiri?" Aku mencelah. Melampau? Ya memang. Tak patut diorang cakap macam tu. Luhan mengerling aku.
"Bukanlah, dah kalau pelajar buat salah kenalah tegur." Tutor tadi mengerutkan kening dia. Aku memusingkan mata.
"Tegur tu apa? Tegur tu tak sama dengan kutuk. Kalau awak betul-betul nak tegur, panggil dia, cakap depan dia. Ini tak, cakap belakang saja tahu. Lagipun mana tahu yang dia jual dadah? Ada bukti?"
"Tengok muka pun tahulah."
"Apa yang ada di muka dia? Jangan tuduh melulu boleh? Semalam dia betul-betul hilang, terluka lagi, tapi pagi ni dah kena kutuk."
"Dia buat-buat hilang jelah Cik Nayeon. Nampak tu, elok je?"
"Dia sesat. Bukan buat-buat hilang."
"Cik Nayeon, jangan rapat sangat dengan dia. Entah-entah dia dah kena sampuk dekat hutan tu. Nanti Cik Nayeon pula yang kena." Kata tutor sama antara bergurau dan tidak.
Aku tak percaya dengan apa yang baru aku dengar. Dah kemana otak mereka ni? Pelajar-pelajar lain yang dengar pun turut tergelak. Bagi mereka kelakar agaknya. Dah kenapa dengan semua orang ni?
Aku menggenggam penumbuk. Tanpa aku sedar, Luhan sedang perhatikan aku. Dia terus memegang lengan aku. "Nayeon, tenang. Mungkin betul apa mereka cakap."
Luhan pun?
"No, awak tak dengar ke? Mula-mula dia kata Baekhyun tu jual dadah, lepastu merapu yang kononnya dia kena sampuk. Logik ke?"
"Kalau betul?"
"Tak, awak tak kenal Baekhyun."
"Jadi sejauh mana awak kenal dia? Apa hubungan awak dengan dia?"
Aku terdiam seketika. Semua yang ada di sini pandang aku dan Luhan bergiliran. Aku tidak mempedulikan mereka. "Awak tak percayakan saya?"
"I trust you but you're acting really strange. Kenapa awak defend dia?"
"Salah ke?"
"Awak tak macam ni sebelum ni. Lagipun saya pun tak rasa dia tu baik. Siapa dia bagi awak?"
"Cik Nayeon mesti dah kena hasut dengan dia." Seorang pelajar lelaki menyampuk dan pelajar-pelajar yang lain mula ketawa lalu menokok tambah cerita.
"Baekhyun tu anak angkat je, bukannya kaya betul-betul."
"Dia tu kena buang keluarga."
"Budak bodoh memang macam tu."
Ya Tuhan... Memangnya apa salah Baekhyun sampai mereka begitu berdengki dengan dia?
Aku tidak dapat menahan geram lagi. Terus aku berdiri lalu menggenggam penumbuk.
"You guys are so pathetic. Just because he doesn't talk so much, that doesn't give you the right to talk bad behind him. Rather than talking to him, you guys just chose to isolate him. Does anyone here truly care for him? Because as far as I know, only one person try to look for him yesterday."
Semua perhatian teralih kepada aku. Chanyeol yang tadinya bersembang dengan perempuan turut memandang aku.
Di saat ini juga, aku teringat akan kata-kata Chanyeol semalam.
"...Mungkin sebab awak masih baru lagi di sini, atau mungkin sebab awak sebenarnya tak kesah langsung, tapi kalau awak perasan, Baekhyun keseorangan di sini. Dia tak pernah ada sesiapa yang boleh bawa bersembang, atau tegur sekalipun..."
"Mungkin sebab kalian ikut majoriti, jadi semua tak nak dekat dengan Baekhyun. Sebab iyalah, kalau semua orang benci dia, aku pun perlu buat benda sama, kan? Baru aku tak nampak keseorangan macam dia, kan? Padahal kalian semua sebenarnya ingin tahu tentang dia, sebab tu kalian selalu cakap belakang dia. Jujur saya cakap, kalian sangat menyedihkan."
"...In fact, hampir semua di sini benci dia..."
"Sampai tahap kalian benci dia tanpa sebab!"
"...Cik Nayeon pun sama saja kan? Jadi saya tak rasa duduk di sini dengan awak akan membantu..."
"Tutor di sini pun sama saja! Langsung tak membantu! Bukannya halang, tutor di sini malah sokong perbuatan semua orang!"
"...Kalau betul mereka cari dia sekalipun, saya pasti itu kerana terpaksa, sebab mereka tak nak bertanggungjawab nanti. Bagi mereka, kehilangan Baekhyun bukannya merisaukan mereka, tapi menyusahkan mereka..."
"Acah saja cari dia semalam, tapi kalian sebenarnya nak elak tanggungjawab nanti! Bagi kalian, kehilangan Baekhyun bukannya merisaukan kalian, tapi menyusahkan kalian!"
"Nayeon..." Luhan tiba-tiba memegang tangan aku. "Duduklah, jangan buat hal di sini."
"Buat hal? Awak sebagai tutor tak malu ke? Cuba bayangkan kalau awak yang-"
"Tak, saya tak boleh bayangkan. Sebab saya bukan dia." Luhan berdiri dengan wajahnya yang berubah dingin. "Apapun saya buat, saya tak boleh jadi dia. Sebab itu awak marah, kan? Sebab saya bukan dia. Sebab sebenarnya, awak lagi pilih dia daripada saya."
"Apa awak cuba sampaikan sekarang ni? Bila masa pula saya-"
"Still, you chose him. Stop denying it. I'm so sick of it."
Mata aku berair. Wow. Tak sangka betul.
"Sick of me already? Leave me, then."
Aku terus meninggalkan pondok itu dan berjalan sampailah aku ternampak Baekhyun di belakang khemah berdekatan dengan pondok tadi. Aku dapat merasakan bahawa dia mencuri dengar semua yang terjadi tadi.
Pandangannya teralih kepada aku. Tiada senyuman di bibirnya, hanya kekosongan. Lebih baik aku pergi. Tak guna juga aku ada di sini.
"Nayeon,"
Langkah aku terhenti. Aku lap mata aku yang berair. Kenapa dia perlu panggil aku setiap kali aku nak menangis?
"Apa?" Aku betulkan suara aku.
"Pandang aku."
"Buat apa." Air mata aku tak berhenti keluar walaupun aku lap banyak kali. Geram betul.
"Pandang aku."
Aku terpaksa pandang dia. Boleh tak biarkan saja aku pergi menangis dalam khemah?
"Aku dah agak kau menangis." Katanya sambil tengok mata aku.
"That's all? I'm going." Kenapa aku buang masa berhenti di sini? Dah sah-sah yang dia tak kesah dengan apa yang terjadi. Sebab dia dah terbiasa dengan situasi macam itu.
Heartless.
Dia menggenggam lengan aku dan aku dengan bodohnya berhenti. Kan, aku dah tak boleh tahan menangis? Emosi aku terganggu sekarang.
"Siapa aku bagi kau?" Dia pandang tajam mata aku. "Kenapa pertahankan aku?"
"Kenapa awak tanya?"
"Aku cuma-"
"Nak tahu, kan?" Aku mengulang ayatnya semalam. "Sebab awak cuma nak tahu, kan? Jadi itu maknanya awak pentingkan diri sendiri."
"Berhenti, Nayeon. Jawab soalan aku."
"Stirring a person until you hear the answer you want. That's a form of violence too."
Matanya membulat.
"Tanya saya itu dan ini hanya disebabkan rasa ingin tahu awak, awak tahu tak betapa pentingkan dirinya awak sekarang?"
"Nayeon." Suaranya menegas.
"Dan selepas saya jawab, awak akan lakukan apa? Tak ada apa-apa, kan? Sebab awak tanya hanya kerana awak nak tahu, awak seksa perasaan orang sebab iyalah, bukan awak yang terseksa nanti. Kan?"
"Nayeon!" Matanya menajam. "Kau tahu tu benda yang berbeza. Soalan kau semalam memang tak masuk akal, sebab tu aku..."
"Cium saya. But that was a mistake, right? For you, that was a tiny mistake. You don't really care about it, right? Bacause that was just a mistake. That kiss means nothing to you."
"Bukan macam tu, aku-"
"Biar saya tunjukkan betapa tak masuk akalnya soalan awak tadi." Aku menghampirinya lalu membalas tenungan tajamnya.
"Di mata awak, mesti saya nampak bodoh, kan? Yalah, kenapa pula saya nak pertahankan awak? Awak siapa?" Nafas aku memberat. "Kenapa saya nak buat semua tu untuk awak? Kenapa saya buat diri saya nampak macam bodoh? Kenapa saya sanggup bergaduh dengan Luhan sebab awak? Kenapa saya selalu fikirkan awak? Kenapa saya perlu kenal lelaki tak ada perasaan macam awak?"
Aku mengetap bibir. Hidung aku rasa pedih.
"Siapa awak, Byun Baekhyun?"
"Fine then." Dia lepaskan lengan aku. Muka dia tegang. "So stay away from-"
"Because I fell in love with you, Byun Baekhyun."
.
.
.
.
.
.
.
Hmmmmmmmmm bye
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top