25 || Sorry

[Baekhyun POV]

Dasar.

Inilah masalah Nayeon. Dia sudah terang-terangan mengaku bahawa dia sudah mempunyai teman lelaki, tetapi dia masih berani bertanyakan soalan sebegini? Itu soalan mencari nahas namanya.

"Tidurlah, kau sedar tak pukul berapa sekarang?" Aku masih menolak untuk memandangnya. Kalau boleh, aku mahu perbicaraan ini tamat di sini sahaja. Sebelum perkara lain berlaku.

"Kenapa awak mengelak soalan saya?" Suaranya merendah.

"Kau patut tanya tu kepada diri sendiri." Akhirnya aku menolehkan badan aku ke arahnya, tetapi kaki aku masih tidak bergerak mendekati. "Aku tak tahu apa masalah kau sampai kau berani-beraninya tanya soalan macam tu dekat aku, tapi kalau kau terlupa, aku akan ingatkan kau sesuatu. Kau, ada teman lelaki, dan nama dia Luhan."

"Awak masih tak jawab soalan saya."

"Memangnya jawapan apa yang kau nak dengar dari aku?"

"Jujur. Saya nak awak jujur."

"Dan kenapa itu?"

"Sebab saya... Saya nak tahu."

Aku tersengih sinis, sebelum senyuman aku menghilang semula. "Kau nak tahu, Nayeon? Sebab itu saja?"

"Ya."

"Jadi itu maknanya kau pentingkan diri sendiri." Kaki aku melangkah mendekatinya sementara mata aku memandangnya tajam. "Stirring a person until you hear the answer you want. That's a form of violence too."

Matanya membulat. "B-bukan itu maksud sa-"

"Tanya aku itu dan ini hanya disebabkan rasa ingin tahu kau, kau tahu tak betapa pentingkan dirinya kau sekarang?"

"B-Baekhyun..."

"Dan selepas aku jawab, katakan aku jawab yang aku akan apa-apakan kau, kau akan lakukan apa? Tak ada apa-apa, kan? Sebab kau tanya hanya kerana kau nak tahu, kau seksa perasaan orang sebab iyalah, bukan kau yang terseksa nanti. Kan?"

Melihatkan Nayeon yang terkedu sebegini, rasanya aku dah berjaya tutup mulutnya. Dia hanya diam, memandang aku dengan matanya yang bergetaran. Dan tidak lama kemudian, ada sinaran di matanya, menandakan bahawa dia akan mula menangis.

Aku menghela nafas, lalu mengusutkan rambut aku. Kenapa dia perlu menangis dalam keadaan sebegini?

Aku baru akan berjalan keluar semula apabila dia menarik lengan aku. "T-tunggu..."

"Apa lagi?"

"S-saya minta maaf... S-sorry..." Dia menahan tangisnya. "S-saya cuma... Saya cuma rindukan awak."

Dasar.

"Kau apa?" Kening aku berkerut. Apa dia sudah gila?

"Saya rindukan awak..."

Kolar bajunya aku tarik sekali lagi dengan kuat, sehingga kepalanya terdongak memandang aku. "Kau ulang lagi sekali, dan kau akan tahu nasib kau selepas ni macam mana."

Namun dia tetap berdegil. Matanya yang diselaputi air mata itu memandang mata aku tepat sebelum dia mengulangi sekali lagi kata-kata itu.

"S-saya... Saya rindukan awa-"

Dan habislah. Runtuhlah segala pertahanan dalam diri aku. Tanpa aku menahannya lagi, aku terus mencium bibirnya dengan tidak sabar. Dan yang aku tidak sangka adalah... Dia juga turut melakukan hal yang sama, lalu merangkulkan lengannya di leher aku.

Ketika itu aku tidak mengawal diri aku lagi, seperti aku sudah lama mendahagakan ciuman ini.

Persetan sesiapa sahaja teman lelakinya, aku cuma mahu menciumnya. Aku mahu melakukan apa yang aku inginkan tanpa perlu memikirkan orang lain. Kerana sekarang hanya ada kami berdua, dan Nayeon yang memilih ini. Dia yang memilih untuk berduaan dengan aku di sini, mencabar diri aku, dan melakukan ini dengan aku. Jadi aku langsung tidak bersalah dalam hal ini.

Aku tak bersalah.

Bukannya menolak, dia bahkan begitu responsif dengan ciuman aku sehingga aku menolaknya ke dinding khemah ini. Dalam masa yang sama, aku menahan badannya agar sentiasa rapat dengan aku supaya dia tidak terjatuh. Aku sepertinya sudah hilang akal ketika itu, kerana aku tidak memikirkan lagi kemungkinan buruk yang akan berlaku akibat daripada ciuman ini. Aku malah memikirkan untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada ini, sekarang juga.

Sehinggalah...

"Oh my."

Suara lelaki sial itu kedengaran.

Serta merta aku dan Nayeon berhenti. Aku hanya kaku seperti tadi sementara Nayeon berusaha menyorok mukanya di dada aku.

"Uh... Sorry for interrupting, I guess?" Kata Chanyeol dengan tidak yakin.

Aku memberikannya pandangan maut lalu melepaskan Nayeon. Ingin sahaja aku menumbuk Chanyeol di saat itu juga tetapi aku menahan diri.

Lalu aku memandang Nayeon di depan aku yang sepertinya lemas-lemas. Rambutnya sudah tidak kemas, bajunya berantakan, wajahnya merah padam, dan bibirnya lebih merah dari kebiasaan, semuanya disebabkan aku.

Aku menghela nafas lalu menolongnya mengemaskan rambut dan pakaiannya. "Kau tak apa-apa?"

Dia menggeleng tanpa memandang aku.

"Dah lewat, baliklah ke khemah kau."

Dia mengangguk lalu terus keluar tanpa memandang Chanyeol yang tersenyum penuh makna.

"Bye Nayeon-ii~" Chanyeol lambai kepada dia.

Aku mengabaikan Chanyeol dan terus melakukan hal lain, yang aku sendiri tidak tahu apa. Yang aku tahu, aku tidak mahu melayannya lagi. Walaupun dia batuk dengan kuat untuk menarik perhatian aku, aku terus mengabaikan. Lebih kepada pura-pura batuk sebenarnya jadi aku malas nak layan.

"Soooo... Aku ingatkan kau sakit. Kuat lagi kau rupanya."

"Shut up."

*****

[Nayeon POV]

Aku masuk khemah dan balutkan diri dalam selimut tebal. Muka aku seperti sudah terbakar sekarang. Jantung aku berdegup terlalu cepat dan aku tidak tahu cara untuk menghentikannya.

Aku mahu membersihkan diri tetapi sekarang sudah terlalu lewat. Badan aku, tangan aku, rambut aku, semuanya berbau seperti Baekhyun, yang membuatkan aku semakin malu.

Ada apa dengan aku sebenarnya tadi?

Pasti aku kelihatan seperti perempuan murahan tadi. Kalau diikutkan... Aku seakan-akan menawarkan diri kepadanya tadi. Apalah yang akan difikirkannya nanti? Aku sangat malu.

Padahal aku... Aku sudah ada-

Telefon aku berdering singkat, menandakan ada mesej yang masuk.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya, berharap bahawa itu bukannya Luhan. Kerana kalau benarlah itu dia, aku akan merasa begitu bersalah.

Bukan dia.

Tetapi itu tidak membantu, kerana mesej itu daripada Baekhyun. Aku pasti. Walaupun aku sudah memadam nombornya, tetapi aku tetap mengingati digit-digit terakhir nombornya.

'Sorry for the kiss'

Wajah aku terasa panas semula sehinggalah mesej kedua pula yang masuk.

'That was a mistake.'

.

.

.

.

.

.

.

Sorry lambat update. Kau tak tahu betapa terseksanya aku perlu menghadap kiss scene sebelum edit punya. Macam tahi 😂

Btw sesiapa yang nak beli ebook untuk wdfilwh n lunatic, mesej aku ikut whatsapp tau, bukan kat dm. Dm wasap ni tak berguna, dahlah lambat, nak letak emoji pun tak boleh. No ni utk whatsapp je tau, call tak boleh. Aku ada 5 no so selalu tukar2 sim. And kalau aku tak sedar dm aku kat ig.

Contact : 01139205213
Ig : @tyratella

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top