24 || What If
Aku duduk di sisi tilam, bersebelahan dengan Baekhyun yang sedang terbaring di sana. Tangan kanan aku bergerak untuk memegang dahi dia sementara tangan kiri aku di dahi aku sendiri lalu aku menutup mata. Mujur ianya tidak panas mana.
Tiba-tiba aku merasakan sentuhan di tangan aku, yang menyebabkan mata aku terbuka, dan kami bertatapan buat seketika. Pipi aku kemerahan.
"S-saya kejutkan awak ke?"
"Agak. Tapi aku memang tak tidur pun tadi."
"Oh..." Aku mengangguk kekok, lalu menundukkan kepala sehinggalah dia bersuara kembali.
"Kau buat apa di sini?"
Aku menunjuk dahi dia yang berdarah. "Dahi awak... Badan awak... Luka. Jadi saya nak bersihka-"
"Aku nak balik khemah. Kau jangan bagitahu Chanyeol pula." Dia mencuba untuk bangun tapi aku menggenggam hujung baju dia. "Biar saya bersihkan luka awak dulu."
"Aku bukannya sakit sampai tak boleh bergerak. Kau fikir aku nak mati dah ke?"
"Bukan itu maksud saya." Aku mencebik. "Itu, ada luka di belakang awak. Macam mana awak nak bersihkan?"
"Jadi?" Dia memegang belakang bahu dia. "Kau nak bersihkan? Tak malu kalau aku buka baju?"
Mata aku membulat. Aku terus melarikan pandangan aku. Tolonglah jangan pandang aku sekarang. "Saya tak rasa apa-apa pun."
"Yang kau sibuk sangat nak tolong aku ni kenapa? Luhan mana?"
Ish dia ini. Kalau sekali tak sebut nama Luhan tak boleh ke? Walaupun aku teman wanitanya, itu tak bermakna semua perkara yang terjadi dalam hidup aku perlu dikaitkan dengan dia.
"Dia tak boleh nak datang ke kem ni jadi saya gantikan dia."
"Jadi kau datang dekat aku sebab kau bosan sajalah? Sebab boyfriend kau tak ada?"
Ish, nampak itu.
Aku terus mengambil kain basah di meja lalu mula mengelap lengan dia tanpa banyak soal. Segera dia menarik tangan dia kembali dengan keningnya yang hampir bercantum. "Aku dah kata tak-"
"Buka baju awak."
"Ha?"
"Faham bahasa kan? Buatlah."
Dia menjeling aku buat seketika, sengaja mahu membuatkan aku menarik balik kata-kata aku tetapi aku kekal tidak bergerak seperti tadi. Jadi dia terus membuka butang kemeja dia satu per satu. Wajah aku mula memanas.
Tahan Nayeon, jangan fikir apa-apa, jangan blushing. Basuh luka dia dan terus keluar, arraseo?
"T-tak perlu buka semua." Aku menahan tangan dia apabila dia mahu tanggalkan terus kemeja dia. Dia menyandar di dinding katil lalu memejamkan mata. "Make it fast."
Aku mulakan dari lengan dia dulu. Mata aku cuba sedaya upaya untuk tidak memandang badan dia. Sambil di fikiran aku tertanya, apa sebenarnya yang terjadi kepadanya tadi sehingga dia terluka sebegini?
Dia sedikit mengeluh apabila aku menyapukan cecair antiseptik di lengannya. Aku tersenyum kecil.
Selepas lengan dia siap, aku meletakkan pula kain basah yang lain di dada dia, sekali lagi mencuba untuk mengelak daripada memandang badannya buat masa yang lama. Baru sekarang aku berasa menyesal melakukan ini. Aku fikir aku berani... Tadi. Tetapi sekarang, belakang tengkuk aku ini rasanya semacam kembang.
"Kau minta aku buka baju tapi kau yang blushing."
Aku sedikit terbatuk apabila mendengar suara dia. Baru aku sedar yang dia sudah buka matanya sekarang, pandang aku pula itu. Konflik aku dibuatnya, aku cuba tak nak pandang muka dia tapi aku pun tak nak pandang badan dia jadi pada akhirnya aku cuma tundukkan kepala. Ha, selamat pun.
"Saya cuma panas."
"Sebab aku?" Tiba-tiba aku dapat merasakan wajah aku diangkat dengan jari panjang dia. Aku tak ada pilihan lain sekarang daripada pandang muka dia.
Damn, his smirk.
"Mata kau bergetar, muka kau panas, pipi kau merah. Yea of course you aren't blushing." Sindir dia sambil sebelah keningnya terangkat. Muka aku makin panas. Aku tepis tangan dia. "Don't touch me."
"Who's touching who right now?"
"Senyaplah... Masa kecemasan macam ni pun nak berlawan mulut dengan saya. Patutnya mulut awak tu yang terluka, biar awak senyap sikit." Rungut aku.
Aku dapat mendengar dia ketawa menyindir sambil menyebut perkataan kecemasan tetapi aku abaikan sahaja. Tangan aku teruskan membersihkan kesan-kesan darah di dadanya sebelum aku sapukan antiseptik di sana dengan cepat. Tak ada masa aku nak layan perasaan.
Setelah aku selesai di bahagian dadanya, tiba-tiba sahaja dia menarik aku dekat dengan dia. Mata aku membulat sekali lagi. Jantung aku berdegup laju apabila dia tersengih sinis kepada aku. "B-Baekhyun sa-"
"Senyap, ini kecemasan." Dia tersengih sekali lagi. Aku rasa nak lari saja dari sini ketika dia menanggalkan terus kemejanya dan mencampakkan ke sebelah tilam itu. Ish, dia ini. Perlu ke campak-campak barang macam itu?
Tanpa aku menyuruhnya, dia membelakangkan aku lalu menggosok atas bahunya dengan perlahan. "Dekat sini, pedih."
Aku terus melakukannya tanoa banyak suara. Bagus juga dia tidak berhadapan dengan aku macam ini. Tidak perlulah aku memandangnya, dan dia juga senyap. Cuma kadang-kadang aku mendengar dia batuk, tangan aku berhenti dan sambung semula.
Luka di badan dia tidak adalah begitu dalam cuma banyak. "Apa awak buat sampai luka macam ni? Awak sesat ke tadi? Tak ikut kumpulan semasa jalan?"
"Mereka yang tak pedulikan aku."
"Jadi awak lari?"
"Aku tergelincirlah. Pastu aku ja- ahh sakitlah, Nayeon.." Dia pegang lagi bahu dia. Aku tersengih.
Sakit sikit pun tak boleh tahan.
Aku sengaja menekan lagi kesan luka tadi sehingga badan dia terhinjut. "Sung Nayeon!" Suara dia pecah. Aku sudah tidak boleh tahan gelak ketika itu, jadi aku ketawa dalam senyap.
Dia menghela nafas dia. "Patutlah beria sangat nak tolong aku. Kau tahu tak bahagian tu- Nayeon!!! Tolonglah!" Dia terjerit lagi apabila aku menekan dengan lebih kuat. Kenapa manja sangat ini?
"Macam pondan." Aku menahan gelak.
"Dah kalau kau tekan kesan luka macam itu, siapa je yang tak jerit?"
"Saya tekan sikit saja ni, reaksi awak yang berlebihan."
"Stop it, Nayeon. I'm serious."
"Apa? Tekan lagi?
"Yah yah yah jangan, kalau kau tekan-"
"Apa, apa?" Aku menekan juga.
Aku ketawa kecil sehingga dia memusingkan badannya, lalu tawa aku terhenti apabila dia menarik kolar baju aku. Oh tidak, aku dah buat dia marah ke?
Aku menelan air liur. "H-hey, saya perempuanlah."
"Kau nak aku layan kau macam perempuan ke?"
"B-bukan..." Kepala aku tertunduk ke bawah. "J-janganlah marah. Saya bergurau saja tadi. T-tak tahu pula awak akan marah sampai macam ni..."
Dia hanya mendiamkan diri, cuma genggamannya di kolar baju aku sahaja yang semakin longgar, jadi aku mengangkat kepala aku untuk melihat reaksinya, sama ada dia masih marah lagi ataupun tidak.
"A-awak dah tak marah, k-kan?"
Dia senyap, hanya menatap aku.
"Baekhyun?"
"Macam mana aku nak marah kalau kau macam ini..."
Macam ini? Macam apa?
Genggamannya di kolar baju aku menjadi ketat semula, menarik aku lebih dekat dengannya. Wajahnya menghampiri wajah aku sehingga hidung kami hampir bersentuhan.
Aku pasti, wajah aku pasti sangat merah ketika itu.
"Kau tahu, Nayeon. Aku boleh saja cium kau sekarang ni."
Tangan aku bergerak ke tangannya di kolar baju aku, menarik tangannya, tetapi sebelah tangannya lagi lebih cepat menarik tangan aku, menguncinya ke lantai di bawah.
"Aku boleh saja tolak badan kau ke dinding, kunci kau di sana, dan buat apa-apa aku nak, sampai kau takkan tolak aku."
"Baekhyun," Mata aku menjadi tajam, tidak tahan dengan kata-kata vulgarnya. Apa masalah dia sekarang ini?
"Walaupun mula-mula kau tolak aku, aku pasti selepas itu kau yang akan meminta lebih. We could end up sleeping together, you know?"
"Baekhyun!" Suara aku meninggi. Aku tahu dia marah tetapi mengapa dia perlu mengatakan hal sebegini? Apa dia tidak malu?
"Kenapa, kau terganggu, Nayeon?"
"Iya. Siapa saja yang tak terganggu dengan kata-kata tak senonoh macam tu?" Hidung aku terasa pedih. "Apa maksud awak sebenarnya sampai awak biadab macam tu dengan saya? Awak nak lakukan semua tu dengan saya?"
"Tak." Dia melepaskan genggamannya di kolar baju aku. "Aku cakap semua itu sebab aku takkan lakukan semua tu."
Dahi aku berkerut, aneh. Memangnya ada apa dengannya?
"Kau tahu kenapa, Nayeon?" Dia menghampiri aku semula, sebelah keningnya terjungkit ke atas. "Disebabkan kau teman wanita orang lain, disebabkan title 'teman wanita' itu, aku tak boleh lakukan apa-apa kepada kau."
Entah mengapa dia kelihatan marah sekali lagi?
"Baekhyun saya-"
"Disebabkan title itu, kau secara langsungnya bukan milik aku, dan aku tak ada hak untuk sentuh kau walaupun aku nak-tak, bukan setakat bercakap, aku sebenarnya tak boleh bercakap pun dengan kau! Kenapa? Disebabkan kau teman wanita orang lain! Disebabkan perhubungan bodoh kau dengan lelaki tu!"
Aku terperanjat. Aku tidak tahu pula dia semarah itu pada aku. Ditengking sebegini, aku jadinya mahu menangis. Mengapa dia perlu memarahi aku sebegini?
"Salah saya ke? Bukan awak yang minta saya jauhkan diri dari awak? Apa lagi pilihan yang saya ada?" Suara aku bergetaran. Mata aku berkaca. "Blaming all your frustations on me, making me feel bad like this, do you know how childish you are? Just how much selfish you can be?"
"Let's stop this." Dia menghela nafas nafasnya lalu mengalihkan pandangannya. "Balik khemah kau."
Nampak itu! Aku benci itu!
"Sekarang awak mengelak semula! Apa masalah awak sebenarnya?!"
Dia berdiri selepas mengambil kemeja di lantai, mengabaikan aku yang hampir menangis di situ. Aku turut berdiri apabila dia mula bergerak mahu keluar.
"Byun Baekhyun!"
Dia tidak mempedulikan aku.
"Saya panggil nama awak, kan?!"
Akhirnya dia berhenti. Langsung tidak memusingkan badannya ke arah aku.
"Cakap apa yang kau nak, aku tetap akan pergi."
Aku memandang belakang badannya dengan mata yang dikaburi air mata. Aku benci bahawa aku mahu menangis disebabkan oleh dirinya. Aku benci kerana aku tahu, hanya dia yang mampu membuat aku menangis hanya disebabkan perkara kecil seperti ini. Sungguh, aku benci akan dirinya.
Dan aku benci, kerana apabila dia mengatakan hal-hal yang vulgar tadi, aku sebenarnya terganggu. Amat terganggu malah. Sehingga semua perkara itu terbayang di fikiran aku tanpa aku dapat menghentikannya.
"If I.. If I were yours,.. what would you do right now?"
.
.
.
.
.
.
.
There, there, I changed the dialog a lot. You have no idea how much I cringed reading the original version of this 😌
Just in case, I might continue Archenemy again. So for those of you who love Jeon Jungkook, you might as well check that fic. (Don't forget to read Nightingale's Dream too, hehe)
Nite :))
xoxo ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top