21 || Ruined

"Baekhyun saya-"

"Quiet."

Aku mengatup bibir sebaik sahaja dia berbisik kepada aku. Walaupun dia tidak kelihatan marah seperti tadi, matanya tetap tajam. Seolah-olah sedang memberi amaran.

Aku menunduk malu. Mungkin lebih baik aku diam sahaja. Dia tolong aku pun mesti sebab dia terpaksa. Buat apa aku bercakap dengannya? Apalah yang aku harapkan?

Aku memarik tangan aku dari dadanya. Tangan dia di pinggang pun aku tolak perlahan lalu aku pegang kembali tingkap bas. Biarlah kalau aku jatuh pun. Ini lebih baik daripada aku malukan diri depan dia. Aku sudah berazam mahu melupakannya. Duduk berdekatan ini hanya akan menggagalkan azam aku.

Aku dapat rasa pandangannya terhadap aku cuma sengaja aku buat-buat tidak melihatnya dan pandang ke luar tingkap.

Perjalanan ini terasa begitu jauh...

Banyak kali juga aku hampir terjatuh cuma aku tahan. Malu juga sebenarnya kerana terpaksa memperbodohkan diri sendiri seperti ini, tetapi sekurangnya ini lebih baik daripada berada dalam dakapannya.

Tapi Baekhyun... Semakin lama semakin dekat.

"Hold on me." Keningnya bertaut. Tangannya masih lagi memegang pemegang bas seperti tadi

"No, thanks." Aku pandang balik ke luar tingkap. Sekarang aku rasa kosong. Eh, aku mengajuk ke? Ada apa dengan aku ni? Kenapalah sensitif sangat.

"Kau marah aku?"

"Buat apa saya nak marah awak."

"Yeah, I wonder too."

Dia tiba-tiba memegang lengan aku, menyebabkan aku menarik tangan aku semula sebagai protes. "I said I'm o-"

Bas bergoyang dan dengan memalukannya, aku terpeluk badan Baekhyun erat. Mata aku terbuka luas. Pipi aku memanas apabila aku dapat merasakan degupan jantung dia.

"Definitely not." Jawabnya dengan penuh nada sindiran. Muka aku rasa macam terbakar.

"Hey, N-Nayeon..." Aku pandang dia aabila dia bersuara. Kenapa dia kedengaran teragak-agak?

Sehinggalah aku melihat telinganya yang merah.

Oh, dia agak malu.

"Tahan tangan kau... Cepat."

"Oh." Aku terus menahan dada dia dengan tangan aku, memberikan ruang antara dadanya dengan badan aku. Aku tahu dia tak berapa selesa kalau badan aku terlalu dekat sangat dengan dia. Aku pun malah.

Senyap.

Aku benci perasaan ini.

Tak tahan sangat dengan kekekokan ini, aku terus menekan punat loceng bas lalu bas ini berhenti. Aku pandang dia sementara, mengangguk kecil tanda terima kasih dan terus keluar dari bas dengan susah payah memandangkan bas ini dipenuhi dengan orang lain.

Dan ketika turun itulah barulah aku sedar, yang aku dah jauh dari rumah. Patutlah lama sangat dalam bas.

Haihh..

*****

[Baekhyun POV]

Aku memasang lagu di mp3 sambil sebelah lagi tangan aku sibuk menyumbatkan earphones ke dalam lubang telinga. Sekarang baru pukul 9 pagi dan kelas aku bermula pukul 10 jadi aku ada masa lagi untuk buat revision. Sejujurnya, aku tersalah jadual sebenarnya. Aku sangka hari ini ada kelas pukul 8 sebab itulah aku awal.

Jadi seperti biasa, aku duduk di bawah pokok sambil memegang buku, baca dan memaksa diri untuk menghafal semua itu. Sejak bila entah aku menjadi ulat buku macam ini.

Tak ada orang lagi di sini kecuali beberapa pelajar perempuan CFS. Ada sesetengah daripada mereka begitu berani, tersenyum kepada aku. Jadi aku hanya membalasnya dengan senyuman kecil. Aku kekok sebenarnya. Mereka begitu muda.

Sedang aku menoleh sekeliling aku bagi mengelakkan daripada membalas senyuman pelajar-pelajar perempuan tadi, sosok badan seseorang menarik perhatian aku. Serta merta buku di tangan aku terlepas. Mulut aku ternganga kecil, tidak mempercayai apa yang dilihat aku sekarang.

Oh shit.

Jangan kata... Ini betul.

Dia betul-betul pandang ke arah sini, ke arah aku. Aku nak lari ke belakang pokok tapi...

Terlambat.

SHIT!

"Yah Byun Baekhyun-ah!"

Aku memejam mata erat apabila suara garau dia kedengaran. Kenapa mesti di sini? Kenapa mesti sekarang? Dan kenapa mesti aku?

Dia datang ke arah aku sambil ketawa seperti histeria. Semua pelajar perempuan tadi tertumpu ke arahnya pula, tersengih-sengih kerana ada seorang lagi lelaki tampan yang hadir ke tempat ini.

Tunggu, apa aku baru saja memujinya? Aku tarik semula.

"Yo Baekkie-"

"Park fucking Chanyeol." Aku menekan suara sambil memandang dia dengan pandangan kau-memang-nak-mati-awal, yang menyebabkan dia tersengih lebar dengan giginya yang penuh. Aku akan pastikan semua gigi dia hilang hari ini, just wait.

"Macam ni kau sambut partner kau?" Dia tersengih lagi. Sumpah aku benci gigi dia.

"Apa kau buat di sini." Tanya aku mendatar.

"Can't you see this bag? Nak belajarlah. Kenapa? Di sini ada kelab malam juga ke?"

"Shut up. Sekali lagi kau cakap tentang tu aku gantung kau atas jaring bola keranjang."

"Oh ada tapak bola keranjang juga ya? Interesting. Dah lama aku tak main. Aku akan tunjukkan kepada kau kehebata-"

"Chanyeol, balik."

"Tak nak?" Dia tersenyum mengejek lalu aku pusingkan mata, meluat. Dan ketika itu jugalah mata aku menangkap sosok badan seorang lagi yang benar-benar menarik perhatian aku. Bukan, bukan Park fucking Chanyeol, cuma....

Dia.

Oh shit!

Segera aku menggenggam tangan Chanyeol dengan cepat. Dia terkejut - mula fikir yang aku penyokong utama LGBT. "Eh kau-"

"Nak aku bawa jalan keliling universiti ni?" Mata aku membesar. Mata dia yang memang besar pun jadi macam bola keranjang sebab nak balas pandangan aku.

"Nak tak?" Aku tanya lagi. Dia teragak-agak lalu mengangguk.

"Mana kau nak bawa-" Aku menarik wajahnya ketika dia hampir toleh ke belakang. Sekali lagi mata dia membesar kepada tahap super duper mega besar.

"Kau kenapa??"

"Pandang aku seorang saja, Park Chanyeol."

"Huh? G-gay?"

"Just look at me!"

Dia jeling aku dan degilnya, tetap berkeras untuk toleh ke belakang. Tiba-tiba dia tersengih dan mengangguk mengerti, pastinya sudah melihat apa yang aku tidak mahu dilihatnya.

"Oh, I see."

Shit shit shit shit shit shit shit shit shit shit shit shit shit shit shit shit shit shit

"Lemme guess, she's-"

"Shut the fuck up."

Dia pandang aku dan sengihan dia semakin lebar. Menyeramkan.

"You know what? I love this game."

Dia terus menolak badan aku dan berlari ke arah Nayeon.

Mata aku terbeliak. Aku terus mengejar dia dan menarik beg dia dengan kuat sehingga dia tertolak ke belakang, cuma sempat pula dia tarik aku sampai aku terjatuh. Aku guna kaki aku untuk menyadungnya agar jatuh. Selepas itu aku tindih badannya sambil lenyekkan muka dia. Cuma Chanyeol sudah pastinya bijak, kerana dia menggunakan taktir kotor iaitu menggeletek kaki aku dan AHHH GELILAH!!!!!

Aku terbaring dan kami berguling-guling atas rumput ke kiri dan kanan dalam lebih kurang 2 minit tanpa henti sambil kami masing-masing menggunakan taktik kami sendiri untuk mengalahkan masing-masing.

Air mata aku akhienya keluar sebab geletekannya yang maha dahsyat. Aku juga tak lepaskan peluang untuk guna jari aku yang panjang, hancurkan muka dia dan berkorban kerana air liurnya sudah melekat di jari aku.

"STAAHHHHPP YOU TWO!"

Pergerakan aku berhenti apabila dengar suara garau yang sedang menjerit dengan slang yang pelik dan aku pasti suara itu bukan milik Park Fucking Chanyeol.

Sampailah aku sedar keadaan yang sebenar.

*****

[Nayeon POV]

Badan aku kaku apabila sedar dua manusia yang tengah berguling ini ialah manusia yang aku kenal iaitu Baekhyun dan Chanyeol dari bar yang gilakan pickuplines itu. Memangnya apa yang berlaku sehingga mereka memalukan diri sendiri di sini?

Semua pelajar berkumpul di sini untuk melihat show serba tak matang ni dan ada juga yang bermurah hati nak rakam. Tidak lama kemudian, aku dapat tahu yang seseorang telah melaporkan hal ini kepada Mr. Lee. Wah, berat itu.

"STAAAAHHHPP YOU TWO!"

Akhirnya Mr. Lee ini datang dan menjerit, menyebabkan dua manusia ini secara automatik berhenti berguling. Muka Baekhyun nampak terkejut sementara Chanyeol kebingungan.

"What you guys think you doing haa?!"

Ohh slang dia...

Mereka berdua terus bangun dan tunduk hormat kepada Mr. Lee. Chanyeol masih bingung sebenarnya, mujur Baekhyun menolak paksa kepalanya untuk turut menunduk hormat.

Rambut kusut, baju kedut, oh mereka kelihatan teruk sekali.

"Tell me kenapa you orang fight! Kita solve sini juga!"

Baekhyun pandang aku.

Chanyeol pandang aku.

Wait wha-

"Cik Nayeon?" Mr. Lee pula pandang aku dengan terkejut. Aku bingung buat sementara, tidak memahami niat dua manusia yang baru sahaja bergaduh tadi dan sedar kembali ke alam nyata.

Aku terus menggeleng laju sambil membuat muka tidak bersalah. "T-tak s-saya-"

"You, you and also you masuk bilik saya!" Kata Mr. Lee tegas sebelum beredar.

Chanyeol menggeleng kecewa kepada aku, seolah-olah menyalahkan aku sementara aku menjeling mereka dengan jelingan maut. Nampaknya itu langsung tak bagi apa-apa kesan kepadanya.

Cuma Baekhyun menundukkan kepala, dia tidak memandang aku.

Ah, hancur pagi aku hari ini.

.

.

.

.

.

.

.

Apa-apa soalan boleh dm di ig ; @tyratella ;)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top