19 || Again

Buat beberapa saat aku berasa seerti aku sudah berjaya mengakhiri semua ini, aku fikir Nayeon sudah cukup membenci aku. Jadi aku tidak perlu lagi terlibat dalam permainan perasaan bersama wanita ini.

Itu cara aku, aku tidak memerlukan apa-apa perasaan yang khusus dalam hidup aku. Cukup aku boleh memuaskan diri dan hidup bebas tanpa terikat dengan sesiapapun.

"Kenapa diam? Kau tak nak judge aku?" Tanya aku dengan sinis, sengaja memerlinya. Sebelah kening aku terjungkit ke atas sambil membaca riak wajahnya. Pipinya kemerahan sementara dia mengemam bibirnya buat seketika.

"Okay." Jawabnya perlahan.

Tidak faham dengan balasannya, kening aku bertaut. Okay? Apanya yang okay?

"Okay?" Aku mengulang jawapannya untuk mendapatkan kepastian.

"Okay."

"Apanya yang okay?"

"Okay... Awak merokok, awak minum, awak mainkan perasaan perempuan, awak..." Matanya terkebil-kebil, cuba mengingati semua yang aku katakan tadi. "Uh... Semua tadi... Okay."

"Apa maksud kau? Kau sindir aku?"

"Bukanlah... Saya cuma tak faham kenapa awak tiba-tiba bagitahu semua tu dekat saya."

"Jadi kau tak kesah kalau orang macam aku dekat dengan kau?"

"Orang macam aku... Memangnya awak ni macam mana?"

"Aku... Bukan macam kau." Mata aku memandang tepat matanya. Itu hanya menyebabkan dia mengalihkan tatapannya, tidak berani bertatapan mata dengan aku barangkali.

"Saya tak kesah pun. Yang penting saya tahu awak bukannya orang jahat." Suara perlahan sahaja. Matanya masih tidak berani melawan tatapan aku.

"Bukannya orang jahat?" Aku mengerutkan dahi. "Kau sedar tak apa aku sedang buat kepada kau sekarang? Tak takut?"

Dia menoleh kepalanya ke sisi. Aku dapat mengesan pipinya yang semakin memerah. "Tak... Saya cuma segan."

Mendengarkan jawapannya, aku sudah tidak tahu apa yang patut aku balas. Fikiran aku kosong. Aku cuma... Berasa serba salah.

Wajah aku yang tadinya dekat dengan wajahnya semakin menjauh, memberikan jarak antara kami. Sementara tangan aku yang sedang menggenggam kedua-dua tangannya di atas kepalanya aku lepaskan dengan perlahan, meninggalkan kesan merah di sana. Lalu dia terus menggenggam kedua-kedua tangannya di belakangnya segan.

Tanpa aku sedar, aku menggigit bawah bibir aku sendiri. Entah mengapa aku berasa begitu bersalah kerana melakukan itu kepadanya tadi. Apa yang aku fikirkan tadi? Mahu melakukan kesilapan seperti semalam? Ah, aku sudah pastinya gila.

Cukuplah semalam aku sudah melampaui batas dengannya.

Namun sedang aku memandangnya, aku terlihat sesuatu yang aneh padanya. Lengannya aku tarik sehingga badannya tertarik ke depan sedikit. Kolar bajunya aku selak ke tepi, yang menyebabkan dia menjauhkan dirinya dari aku lalu memandang aku dengan terkejut. "B-Baekhyun..."

Aku menarik lengannya lagi, mempedulikan panggilannya. Terus kolar bajunya itu aku selak sedikit sehingga mendedahkan sedikit bahunya. Dia menoleh kepalanya ke tepi sambil menggenggam fabrik di dadanya dengan kuat. Aku dapat mengagak yang dia segan tetapi aku biarkan.

"Kau rasa aku ni baik, hmm?" Aku mengangkat sebelah kening aku. Dia diam.

"Look at this." Aku menunjuk kesan lebam yang ada di bahagian antara leher dan bahunya yang menyebabkan dirinya menjadi bingung.

"Apa... Apa ni?"

"What do you think?"

Dia berfikir buat seketika lalu nafasnya tercekat apabila jawapan melintas di fikirannya. "O-Oh..."

Nayeon masih tidak mahu membalas pandangan aku jadi aku kembali menatap kesan lebam itu. Kulitnya yang putih menyebabkan kesan itu menjadi begitu jelas. Mujur hari ini dia memakai baju yang mampu menutup kesan ini. Aku tidak tahulah apa yang akan difikirkan pelajar lain sekiranya mereka perasan kesan ini.

Tanpa aku sedar, jari aku bergerak mengelus halus kesan itu sementara mata aku tertumpu padanya.

Melihat kesan seperti ini di kulit Nayeon, amat aneh bagi aku. Kerana dia ialah Nayeon.

Tiba-tiba dia berdehem perlahan. Tangannya segera menepis tangan aku lalu dia menutupi semula bahunya sambil matanya menunduk ke bawah. Setelah itu dia hanya senyap, tidak bergerak dan tidak pula berkata apa-apa.

Aku menjadi malu dengan tindakan aku sendiri.

"Nayeon." Suara aku dilembutkan. "Selepas ini, jangan dekat dengan aku lagi. Aku harap selepas kita keluar dari sini, kau tak akan pedulikan aku lagi. Anggap saja kita tak pernah kenal sebelum ni."

Kali ni dia membalas pandangan aku. Dahinya berkerut. "Kenapa pula saya kena ikut cakap awak?"

"I told you already the reasons. Tak cukup lagi ke penjelasan aku tadi?"

"Macam mana saya nak anggap yang kita tak pernah kenal kalau itu tak betul..." Katanya perlahan. "Ini tentang semalam ke? Kalau tentang itu, saya janji saya akan lupakannya kalau awak nak."

"Mungkin kau boleh lupakannya tapi aku-" Suara aku tercekat, aku tidak mampu meneruskan ayat aku. Aku mengeluh berat. Badan aku sandarkan di dinding lalu aku memejamkan mata aku rapat. "Apapun, aku cuma harap kita tak perlu jumpa lagi. Berpura-pura saja kalau tak tahu untuk lupakan aku."

"Saya tak nak..."

"Nayeon... Kau tak tahu apa yang ada di fikiran aku semalam. Stop doing this to me, I freaking hate it."

"Kalau macam tu bagitahulah saya, apa yang ada di fikiran awak." Dia memandang aku dengan tulus, langsung tidak menyedari bahawa dia sedang berdiri di hadapan seseorang yang mampu merosakkan dirinya.

Aku menghela nafas penuh frustasi. "Listen, I changed you a lot and I hate myself for that. Apa kau rasa kau akan gembira dekat dengan seseorang macam aku? Aku bukannya baik, Nayeon. Aku jauh daripada tu. Jadi sebelum kau menyesal, lebih baik kita berjauhan. Kau tak tahu apa yang mungkin aku akan lakukan kepada kau. Kalau satu hari nanti aku tak dapat tahan diri aku sendiri, tak mustahil aku akan rosakkan kau, masa depan kau. Masa itu barulah kau akan benci aku, dan harap yang kau tak pernah pun berjumpa aku."

Nayeon kelihatan terkejut, tetapi emtah mengapa aku rasa seperti dia agak kecewa. Kecewa dengan aku. Bibirnya bergetaran sambil tangannya menggenggam erat fabrik di sisi badannya.

"Susahnya nak bercakap dengan awak, saya tak tahu pun apa yang perlu saya jawab..." Aku menyedari bahawa hidung, pipi dan dagunya mulai memerah, tanda bahawa dia akan menangis. "Saya tak minta pun hubungan khusus dengan awak, tapi awak... Kalau awak selalu berfikiran jauh macam ni, apa perlu saya buat? Saya cuma nak kenal awak sebagai kenalan, saya cuma nak... Berkawan dengan awak. Susah sangat ke? Kenapa awak perlu fikir semua tu?"

"Aku tahu kau bukan perempuan macam tu jadi-"

"Jadi kenapa saya tak boleh kenal awak? Apa lagi alasan awak?" Bibirnya diketap lalu akhirnya ada air mata yang mengalir di pipinya. "Awak minta saya buat sesuatu yang saya tak mampu. Awak fikir saya ni apa?"

"Nayeon..."

"Macam mana saya nak pura-pura tak kenal awak selepas ni..." Dia mengetap bibirnya sambil menahan tangisannya. "Apa salah saya sampai awak layan saya macam ni..."

Lalu dia mula menangis.

Ah...

Kebelakangan ini aku merasa aneh. Setiap kali Nayeon menangis aku pasti akan merasakan perasaan aneh ini yang membuatkan aku menjadi resah dan buntu. Dada aku berasa sakit tanpa sebab dan aku jadinya marah, entah mengapa. Aku tidak sukakan perasaan ini.

"Nayeon." Aku menekan suara aku dengan harapan agar dia berhenti menangis tapi itu hanya menyebabkan tangisannya berlanjutan sehingga dia menutup wajahnya menggunakan tapak tangannya.

Aku keliru. Aku buntu.

"Kenapa kau menangis?"

"Saya minta maaf..."

Kenapa dia meminta maaf pula sekarang?

Aku menjadi tidak senang duduk. Tangan aku ingin memegang bahunya tapi aku sendiri teragak-agak apabila melihat ianya terhinjut-hinjut. Pada akhirnya aku tak tahu harus berbuat apa jadi aku cuma memandangnya dengan senyap walaupun otak aku berserabut sekarang.

Kenapa dia begitu sedih? Apa permintaan aku terlalu berat? Entahlah.

Selama ini setiap kali aku berhubungan dengan mana-mana perempuan, hubungan kami akan berakhir dengan begitu sahaja, tidak melibatkan perasaan. Tetapi sekarang ini... Aku semakin risau. Risau sekiranya Nayeon mula menaruh perasaan terhadap aku. Tidak pedulilah perasaan apapun itu, aku tidak mahu dia menyimpannya. Perasaannya itu hanya akan membuatkan aku berasa terbeban.

"Nayeon, berhenti menangis." Mata aku meliar ke seluruh ruangan ini, risau sekiranya ada sesiapa yang melihat kami sekarang ini. Aku tidak mahu dianggap sebagai pembuli kerana menyebabkan gadis-ah tidak, wanita. Nayeon ialah seorang wanita.

Dan kenapa pula wanita ini perlu menangis demi lelaki seperti aku?

Pada akhirnya aku mengalah. Aku pasti bahawa dia takkan berhenti menangis sekiranya aku terus-terusan melarangnya.

Tangannya yang menutupi wajahnya aku tarik dengan lembut lalu aku memaksa dirinya untuk memandang tepat mata aku. "Nayeon, dengar. Pandang aku."

Dia memandang aku dengan matanya yang masih lagi basah. Aku menggenggam tangannya erat.

"Kau sukakan Luhan sejak dulu lagi." Aku mengingatkan dirinya. "Mungkin kau cintakan dia."

Dia memandang aku dengan bingung. "Saya-"

"Dekat dengan aku tak akan membantu hubungan kau dengan dia. Jadi demi Luhan, jauhi aku." Aku meyakinkan dirinya lalu tersenyum kecil. "Aku cuma nak hubungan kau dan dia menjadi."

"Baekhyun..."

"Dia layak untuk kau."

Ah, hati aku sakit.

Perasaan aneh itu lagi.

*****

[Nayeon POV]

Sudah sebulan lebih aku tak melihat Baekhyun lagi.

Dulu aku nampaklah juga dia dalam kelas aku walaupun kadang-kadang dia selalu keluar dari kelas dan tak balik semula, tetapi sekarang bayangannya pun aku tak nampak. Langsung. Aku mahu bertanya kepada pelajar lain di dalam kelas itu tetapi mereka bukannya rapat dengan Baekhyun. Dan aku tahu yang aku hanya akan kelihatan aneh sekiranya aku kerap bertanya tentang dirinya.

Sehinggalah aku mendapat tahu yang dia telah bertukar ke section lain.

Kenapa dengan dia? Perlukah elakkan diri dari aku sehingga macam ini sekali? Dia sedar tak yang semestar ini merupakan semestar terakhirnya? Kata nak lulus. Penipu.

Tetapi selain itu, kehidupan aku sudah kembali kepada asal atau boleh aku panggil sebagai normal seperti dulu. Cuma yang berbeza kali ini adalah fakta bahawa aku dan Luhan sudah menjadi rapat sekarang. Tiba-tiba sahaja selepas Baekhyun meminta aku menjauhinya itu, Luhan terus rapat dengan aku. Mungkin benar kata Baekhyun, aku perlu menjauhinya untuk mendapatkan Luhan. Cis.

Tetapi Baekhyun itu siapa sebenarnya, aku tidak mengerti. Mengapa aku berasa begitu sedih apabila tahu bahawa aku perlu menjauhinya? Aku bahkan menangis seperti bodoh di hadapannya. Kami bukannya mempunyai apa-apa hubungan yang istimewa. Malah berkawan pun tidak. Hubungan kami... Entahlah. Aku tidak tahu.

Mungkin Baekhyun sudah terbiasa terlibat dalam hubungan sebegitu tetapi aku, tidak.

Jadi kerana itulah aku masih tidak dapat melupakannya.

"You look great." Luhan tersenyum sambil memandang aku kagum, yang langsung mematikan lamunan aku. "Awak sesuai pakai make-up macam ni."

Aku tersengih malu mendengarkan pujiannya itu. Boleh pula dia mengambil hati aku sekarang ini.

"Thanks."

Sekarang kami di café, Lunch hour. Memang sudah jadi kebiasaan buat kami untuk makan bersama-sama. Biasanya Luhan yang mengajak aku jadi aku sudah pastinya akan bersetuju saja..

"Awak ada apa-apa ke dengan Byun Baekhyun?" Soalannya itu mengejutkan aku tapi aku berusaha mengawal riak muka aku.

"Kenapa awak tanya?"

"Yalah, dia tukar section kelas awak tiba-tiba. Mesti ada apa-apa yang jadi kan? Lagipun ada student kata dia selalu nampak awak sembang dengan Baekhyun."

"Tak adalah. Kebetulan kut." Aku menunduk pandang cawan sambil memusing sudu di dalamnya.

"Jangan rapat sangat dengan dia. Dia tu tak boleh percaya. Banyak rumors cakap dia tu bad boy."

Aku tertegun mendengarkan kata-kata itu. Aku tidak menyangka bahawa Luhan juga mempunya pemikiran yang sama seperti orang lain. Itu sedikit sebanyak membuatkan aku kecewa.

"Berapa minit lagi tinggal?" Aku menukar topik. Luhan melihat jam di tangannya. "18 minit lagi. Kenapa? Awak nak pergi mana-mana ke?"

Aku menggeleng. "Tanya saja."

Aku memerhati sekeliling kedai sambil mengunyah kek di dalam mulut. Sedang aku memerhati, mata aku berhenti apabila ternampak satu pasangan lelaki dan perempuan yang sedang duduk di meja kanan bahagian hadapan. Itu tidak aneh. Apa yang anehnya adalah fakta bahawa salah seorang daripada pasangan itu sedang memandang aku.

Dan dia adalah Baekhyun.

.

.

.

.

.

.

.

Just a friendly reminder, instead of commenting something like 'update', 'pls update' or bla bla, why dont you leave something else for me to improve myself? The thing is, I will update even if you dont ask me too, really. So you guys dont have to rush me everytime. Especially for those silent readers that only show up when im not updating enough. Sorry for being too honest im just a little bit dissapointed actually :(

Ig : @tyratella

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top