18 || Why
Aku tidak mengerti dengan situasi ini. Baru sahaja kami bersembang seperti biasa tadi dan dia...
Mengapa dia mencium bibir aku?
Ciuman itu terlalu tiba-tiba sehingga aku tidak dapat memberikan reaksi yang baik. Bibir aku serta merta dikemamkan dan kepala aku sedikit menjauhi wajahnya, memberikan jarak antara wajah kami.
Mata aku terbuka luas, menatap matanya yang juga turut menatap kembali mata aku. Aku dapat melihat kekeliruan di pandangannya, seolah-olah dia juga tidak mengerti apa yang baru sahaja dilakukannya tadi.
Apa... Yang sedang berlaku?
"Sorry." Baekhyun menggigit bawah bibirnya dengan matanya yang masih menatap tepat mata aku. Dia sepertinya gelisah. "I'm really sorry."
Aku tidak mampu membalas permohonan maafnya itu, aku terlalu terkejut. Hanya berdua bersamanya, di dalam bilik ini yang biasanya menjadi tempat bagi pasangan lain untuk beradu, hanya membuatkan aku semakin takut.
Tak, tak. Aku tidak takut dengannya. Aku cuma takut dengan perasaan aku sendiri. Kerana aku mula merasakan sesuatu yang membara di dalam diri aku.
Tiba-tiba tangannya yang hangat memegang tangan aku dengan teragak-agak. Aku dapat merasakan getaran di sebalik sentuhannya. Tidak mampu melakukan apa-apa, aku hanya membiarkan dirinya sehinggalah dia menarik tangan aku untuk menyentuh pipinya. Kali ini tangan aku pula yang bergementaran.
"Apa..."
Aku mahu marik kembali tangan aku tetapi genggamannya semakin erat, menghalang aku. Matanya seolah-olah memaksa aku untuk memandangnya kembali.
Baekhyun menatap aku buat masa yang lama, sehingga aku menjadi tidak senang duduk. Sehinggalah dia bersuara lembut.
"Mungkin aku masih lagi mabuk..." Suaranya mendatar. "...sebab kau nampak sangat cantik sekarang di mata aku."
Pipi aku merona merah. Aku tahu dia sudah pastinya pernah berkata perkara yang sama kepada perempuan lain, tapi tetap... Siapa sahaja yang tidak akan tergoda apabila mendengarkan pujian seperti itu daripada lelaki yang agak tampan sepertinya?
Iya, aku baru sahaja mengaku. Aku tergoda.
Sehingga di luar kawalan aku sendiri, aku mengecup singkat bibirnya yang sedikit terbuka itu. Entah ke mana hilangnya rasa malu aku.
Tetapi baru sahaja aku akan menjauhkan wajah aku, tangannya terlebih dahulu menarik sisi wajah aku sebelum berbisik perlahan.
"I won't touch you."
Lalu bibir kami kembali bertautan tanpa aku menghalangnya. Aku fikir dia seorang yang kasar, memandangkan itu yang dikatakan lelaki bernama Chanyeol tadi kepada aku. Tetapi sekarang, Baekhyun begitu lembut. Ciumannya begitu lembut dan tidak memaksa sehingga aku dapat membiasakan diri dengan semua ini.
Aku merasa amat salah melakukan semua ini, tetapi aku juga tidak dapat menahan kemahuan aku buat masa sekarang. Dia, aku mahukan dia.
Aku begitu ralit dengan semua ini sehingga aku langsung tidak menyedari bahawa aku sudah terlantar di atas katil dengan dia yang berada di atas aku. Walaupun begitu, dia mencuba sedaya upaya untuk tidak menindihkan badannya dengan badan aku, hanya kakinya sahaja yang bersentuhan dengan sisi badan aku. Tangannya memegang sisi wajah aku sementara tangan aku melingkari lehernya.
Semakin lama, aku dapat merasakan ciuman ini semakin hangat, tidak seperti awal tadi. Ada kalanya dia menggigit lembut bibir bawah aku, yang aku tidak tahu dia sengaja ataupun tidak kerana dia kelihatan gelisah setiap kali melakukan itu.
Jarinya tidak lagi menyentuh sisi wajah aku, kedua-dua tangannya beralih menggengam cadar katil di kiri dan kanan aku jadi aku turut mengalihkan tangan aku yang sedang melingkari lehernya ke dadanya untuk menahan badannya.
Bibirnya terpisah daripada bibir aku lalu dia mengecup pipi lembut beberapa kali sehingga aku menjadi sedikit geli kerana bibirnya hampir dengan telinga dan leher aku.
Tidak pernah aku mendapatkan kecupan sebanyak ini. Aku berasa... Disayangi.
Terlalu dikaburi perasaan aku sendiri, aku terus memeluk badannya yang menyebabkan badannya menindih badan aku. Aku fikir dia tidak akan kesah dengan tindakan aku itu, tetapi dia segera bereaksi dengan menghentikan ciumannya lalu menarik tangan aku yang memeluknya sebelum badannya menjauhi badan aku kembali ke posisi seperti tadi.
"Jangan." Dia melarang aku dengan keningnya yang bertaut.
Mata aku terkedip beberapa kali dan pipi aku memanas, malu dengan tindakan aku sendiri. Aku begitu tidak malu, berani-beraninya aku memeluknya.
Oh tidak, aku begitu malu.
Aku larikan anak mata, memandang ke arah lain kerana bertatapan mata dengannya hanya menambahkan lagi rasa malu aku. Mengapalah aku melakukan hal seperti tadi itu? Apa yang aku harapkan sebenarnya? Aku seharusnya sedar bahawa lelaki sepertinya tidak akan pernah berminat dengan perempuan seperti aku. Boleh jadi juga dia mencium aku ini kerana kebosanan, tanpa perasaan ataupun apapun.
Dan aku... Ada apa dengan aku sebenarnya? Kenapa aku langsung tidak boleh memikirkan Luhan buat masa ini? Malah apabila aku memejamkan mata, hanya wajah Baekhyun yang muncul di fikiran aku dan bukannya Luhan.
Sementara Baekhyun... Aku tahu yang dia langsung tidak merasakan apa-apa melakukan semua ini dengan aku. Aku sahaja yang....
"Stop." Tiba-tiba dia bersuara dengan matanya yang memandang tepat mata aku. Dahinya sedikit berkerut.
"Huh?"
"Stop overthinking. Buang semua yang sedang bermain dalam otak kau tu."
Oh, dia sedar. Dia pasti telah memerhatikan aku sedari tadi.
"Saya tak fikir apa-apa pun." Aku menafikan sambil mengelak tatapannya. "Saya... Saya tak terdesak pun."
"Nayeon,.." Hidungnya bersentuhan dengan hidung aku sambil matanya tidak pernah meninggalkan mata aku. "Kalau kau tahu apa yang bermain di fikiran aku sekarang, kau akan benci aku."
"Memangnya awak fikir apa?"
"Kau sendiri tahu." Balasnya penuh makna. Pipi aku semakin panas.
"Sekarang kau benci aku?" Tanyanya apabila aku tidak membalas.
"Mana ada..."
"Kau pernah benci aku?"
"Mana ad-"
"Pernah. Jangan nafikannya." Dia sedikit tersenyum.
"Kenapa awak senyum?"
"Entahlah, aku cuma nak senyum."
Aku bertukar pandangan dengan dia. Ketika itulah aku merasakan rama-rama mula berkepak dalam perut aku. Aku suka bila pandangannya yang seperti ini, begitu lembut.
Cuma aku tahu, yang sisinya ini biasanya tidak akan bertahan lama. Baekhyun sentiasa berubah, sehingga itu menyebabkan aku menjadi berhati-hati setiap kali berada bersamanya.
Matanya dipejamkan sementara bibir kami bersentuhan kembali, tanpa pergerakan. Aku membiarkannya sehingga dia kembali mencium aku.
Dan aku dengan tidak malunya membalasnya.
Berciuman dengannya seperti ini menyebabkan aku berfikir banyak perkara. Berapa banyak perempuan yang pernah diciumnya? Siapa perempuan pertama yang pernah diciumnya? Apa perempuan itu juga melalui perkara yang sama dengan aku, keliru sebegini? Sejak bila Baekhyun terbiasa dengan semua ini?
Entahlah, aku tidak tahu.
Ciumannya beralih ke dagu aku sehinggalah ke leher aku. Ketika itulah aku mulai merasakan perkara itu. Aneh, perasaan ini sungguh aneh. Aku tidak pasti sama ada aku menyukainya ataupun membencinya.
Ciuman seperti ini terlalu aneh bagi aku sehingga aku tidak dapat menahan bunyi aneh yang terkeluar daripada mulut aku sendiri.
Sebaik sahaja bunyi itu terkeluar dari mulut aku, Baekhyun langsung berhenti lalu memandang aku dengan matanya yang terbuka luas. Dia seperti terkejut. "N-Nayeon..."
Entah aku berilusi ataupun apa, tetapi matanya kelihatan bersinar, seolah-olah ada air mata yang menyelaputinya.
Ada... Apa?
Tanpa sempat aku bertanya, dia terus berdiri dan menjauhi aku lalu mengelak daripada bertentangan mata dengan aku. Aku juga bangun dari pembaringan lalu memandangnya dengan penuh hairan, keliru. Dalam masa yang sama aku mengharapkan agar dia membalas tatapan aku kerana aku memerlukan penjelasan. Tetapi tidak, dia langsung tidak memandang aku.
Tangannya menarik jaket hitamnya di atad katil lalu dengan tergesa-gesa dia memakainya, tanda bahawa dia mahu meninggalkan aku di sini. Aku tidak suka ditinggalkan jadi aku terus mendekatinya namun dia menghalang aku apabila aku sudah hampir dengannya.
"Jangan." Amarannya tanpa memandang aku.
"Awak tak apa-apa? K-kenapa-"
"Jangan dekat dengan aku."
"Kenapa?"
"Just.. Don't." Dia menyarungkan kasutnya lalu berdiri kembali untuk meninggalkan aku.
Dan akhirnya, aku ditinggalkan.
*****
[Baekhyun POV]
Sepanjang sesi kelas aku tidak dapat menumpukan perhatian. Biasanya kerana aku memang tidak berminat belajar. Tapi sekarang, kerana yang sedang mengajarnya ialah dia.
Nayeon.
Aku mulai menyesal kerana tidak memonteng kelas hari ini. Bukan sahaja aku, aku tahu dia juga berasa tidak selesa mengajar apabila aku ada di sini. Beberapa kali juga aku sedar yang dia mencuri-curi pandang aku, entah apa yang dia mahukan.
Aku cuma harap... Dia takkan mengharapkan apa-apa daripada aku setelah apa yang berlaku semalam. Tetapi pada hakikatnya, kami bukan melakukan apapun semalam. Cuma... Berciuman.
Selepas beberapa minit yang terasa begitu lamanya, akhirnya kelas dia habis. Aku tanpa menunggu terus mencapai beg dan berjalan keluar dengan cepat. Aku mahu keluar daripada sini secepat mungkin.
Sehinggalah aku mendengar suaranya memanggil nama aku.
"Baekhyun."
Aku abaikan dia. Tetapi dia memanggil aku sekali lagi, kali ini lebih kuat.
"Byun Baekhyun!"
Mata aku terpusing ke atas lalu aku menoleh memandangnya. "Apa."
"Jelaskan."
"Aku tak ada apa-apa yang perlu dijelaskan."
"Sampai hati awak, kan?"
Hati. Dia mula melibatkan hati.
Inilah perkara yang aku takutkan selama ini.
"Kau tak takut orang nampak kita berdua macam ni?"
"Tak selagi awak tak terangkan kepada saya."
"Apanya?"
"Awak tahu apa maksud saya."
"Nayeon," Aku menghela nafas lelah. "Kau sepatutnya lupakan apa yang jadi semalam. Kau sendiri tahu keadaan aku semalam. Aku mabuk."
"Awak sendiri kata yang awak pandai minum."
"Jadi aku tipu, okay. Selesai."
Aku cuma mahu beredar dari sini. Aku tidak tahan.
Baru sahaja aku membuka pintu, aku mendengar suaranya lagi.
"Kenapa awak layan saya macam ni... Semalam pun awak tinggalkan saya tiba-tiba. Saya... Saya tak faham..."
Jalan.. Pedulikan dia, Hyun..
"Apa salah saya? Saya tahu saya tak sedar diri sampai tak sedar pun kesalahan sendiri tapi sungguh, kali ni saya betul-betul tak tahu."
Ahh... Mengapa dia perlu menggunakan nada seperti itu..
"Kenapa setiap kali saya mula rasa gembira dengan awak, awak terus buat saya sedih? Sampai saya takut, saya takut kalau ada sesuatu yang tak kena dengan saya. Saya rasa macam tak berguna sebab asyik fikirkan macam-macam hal yang bodoh macam ni. Ya saya mengaku, saya selalu overthinking. Tapi semua tu sebab awak, sebab saya tak faham awak. Dan awak langsung tak bagi peluang untuk bagi saya faham."
Okay, enough.
Aku menghempas pintu dengan kuat lalu terus mendekati dia. Aku harap dia akan lari apabila melihat aku seperti ini tapi tak, dia hanya diam tidak berganjak. Matanya berair, menandakan tidak lama lagi dia akan menangis.
Dasar... Cengeng.
Kedua-dua tangannya aku genggam dengan tangan kiri aku sebelum aku menolak badannya ke dinding. Lalu tangannya itu aku tarik ke atas kepalanya dan aku mendekatkan muka aku dengannya sambil matanya yang bersinar itu aku tenung tajam.
Biar dia takut dengan aku.
"Aku pernah tidur dengan ramai perempuan tanpa perasaan, lebih ramai dari yang kau fikirkan. Aku merokok dari umur 13 tahun, selalu minum senyap-senyap tanpa pengetahuan ayah aku masa aku kecil, dan aku akan ke sekolah dengan mabuk esoknya. Semua itu berterusan sehingga sekarang."
Aku memerhatikan reaksinya. Dia sudah mula kelihatan takut. Bagus.
"Aku selalu keluar dengan perempuan, gunakan mereka dan aku tinggalkan tanpa sebab, tanpa apa-apa perasaan yang berbekas di hati. Kau tahu kenapa? Sebab aku memang tak ada hati dan perasaan. Sebab itu aku sengaja tak nak belajar selama ni demi sakitkan hati ayah angkat aku yang habiskan semua duitnya untuk tanggung pelajaran aku. Dan memang aku benci keluarga angkat aku yang sanggup pelihara aku dari kecil, bagi duit dan sebagainya."
Aku mendekatkan lagi muka aku dengan dia sehingga hidung kami bersentuhan.
"Sekarang kau bagitahu aku, kau masih nak dekat dengan lelaki macam aku?"
.
.
.
.
Apa-apa soalan boleh dm di ig ; @tyratella ;)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top