16 || No One

Baekhyun mengemam bibirnya sambil menatap aku lama sehingga aku tidak tahu harus bereaksi apa. Jadi aku hanya tidak menghiraukannya sambil memandang ke arah lain, berpura-pura seperti aku tidak melihatnya. Cuma semakin lama, aku dapat merasakan dia semakin dekat dengan aku. Tidak tahan akan rasa itu, aku menutup mata erat sehinggalah aku merasakan sentuhan di leher aku.

Detik demi detik, apa yang aku nantikan tidak kunjung jua. Sehinggalah aku mendengar kekehan halusnya yang seakan-akan mentertawakan aku jadi aku membuka mata.

Dan seperti yang aku jangkakan, dia memang sedang mentertawakan aku.

"Having thoughts of anything?"

"Never." Bibir aku mengerucut lalu sengaja aku alihkan pandangan. Malu sebenarnya. Nampaknya aku memang ada fikirkan sesuatu seperti yang diusiknya.

Namun aku masih merasakan sentuhannya di leher aku jadi aku secara tidak sengaja menepisnya perlahan. "Apa awak buat ni, tepilah."

"Wait," Katanya sambil dia memakaikan sesuatu di leher aku yang berkemungkinan besar adalah rantai. Matanya tetap bertumpu pada leher aku ketika dia memakaikannya, langsung tidak menyedari perubahan riak wajah aku yang tiba-tiba menjadi segan. Dia terlalu.. Dekat.

Sementara dia sibuk dengan kerjanya itu, aku mengambil peluang ini untuk mengamati wajahnya. Rasanya tidak ada yang aneh jika aku mengatakan bahawa dia tampan, kerana dia sememangnya begitu. Wajahnya kelihatan sangat mempersona sekiranya dia mencalitkan eyeliner di matanya, tetapi matanya tanpa alat solekan itu juga tidak kurangnya tampan. Dan kulitnya.. Oh lihatlah, licin. Seakan-akan plasti-

"Seronok ya tenung aku lama-lama macam tu?" Soalnya, yang lebih kepada sindiran. Ada senyuman mengejek di bibirnya.

Aku mengerutkan dahi. "Siapa yang pandang awak?"

"Siapa lagi di bilik ni? Oh, kau maksudkan dia yang berdiri di belakang kau tu ya?"

Mata aku membesar, bulu roma aku meremang, lalu dengan perasaan yang bercampur aku menoleh ke belakang singkat, mencari siapa dia yang dimaksudkannya.

Kosong.

"Bendul betullah.." Katanya sambil menahan tawa daripada tersembur keluar. Aku mengetap bibir geram lalu memukulnya perlahan.

"Tak kelakar!"

"Siapa kata? Ini aku ketawa ni.." Melihatkan wajah aku yang masam, mahu tidak mahu dia menghentikan tawanya. "Sudahlah.. Kau bukannya budak-budak. Ini, done."

Mulutnya dijuihkan ke arah leher aku sambil dia menjarakkan diri dari aku semula. Aku memegang rantai yang dia pakaikan untuk aku tadi lalu tanpa sengaja aku tersenyum. Rantai ini biasa-biasa sahaja, tetapi cantik. Beruntung kepada siapa dia ingin hadiahkannya.

"Rantai ni untuk si-"

"Ambillah." Jawabnya sepatah lalu belakang badannya bersandar pada sofa di belakangnya semula. Mata aku terkebil-kebil.

"Untuk saya?"

"Taklah, untuk dia." Sindirnya lagi.

Aku mahu mengutuknya tetapi mengingatkan bahawa dia baru sahaja menghadiahkan rantai ini buat aku, mulut aku ditutup.

"Kenapa bagi saya? Testing untuk perempuan awak ya?" Entah mengapa suara aku kedengaran seperti sedang cemburu. Padahal aku tidak.

"Overthinking again." Dia menghela nafas, tidak lagi memandang aku. Menyampah agaknya.

"Kau pakailah.. Bila kau ada dengan Luhan." Gumamnya jelas sambil dia memasang lagi satu CD di VCD player.

Oh tidak. Adakah itu bermakna aku harus menonton lagi filem-filem yang lain bosan bersamanya?

"Buat apa? Dia tak perasan pun." Jawab aku kepada kata-katanya tadi.

"Kau main dengan rantai tu bila bersembang dengan dia. Trust me, guys find it attractive in girls."

"Oh." Aku memandang semula rantai di leher aku sambil jari aku meramasnya perlahan. Sejujurnya aku agak tersentuh, cuma aku tidak tahu harus membalasnya dengan apa. Iya, lagipula aku tidaklah begitu kaya sepertinya. Jadi aku hanya mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Gomawo."

Dia tidak menjawab apa-apa jadi aku hanya berdiam diri sehinggalah telefon aku berdering di dalam poket seluar aku. Siapa pula yang telefon aku lewat malam macam ini?

'Luhan XOXO'

Tanpa aku tersenyum seorang diri seperti orang bodoh. Dengan berdebar aku menjawab panggilan itu sambil mencuba sedaya upaya untuk tidak tersengih.

"Yeoboeseyo?" Sengaja aku menggunakan suara ayu yang telah lama tersimpan dalam kotak suara aku.

"....."

"Kwaenchana saya dah okey."

"....."

"Mana ada. Saya di rumah sekarang." Suara aku perlahankan semampu bisa apabila dia tiba-tiba bercakap tentang Baekhyun jadi kalau boleh aku tidak mahu Baekhyun mendengarnya.

Aku tidak dapat menahan diri untuk tergelak apabila Luhan mengejek cara Baekhyun memakai eyelinernya. Mata Baekhyun kecil dan tidak cantik sepertinya, katanya. Tetapi mata Luhan memang cantik, iya atau boleh dikatakan dia lebih cantik daripada mana-manapun perempuan. Itu adalah fakta yang tidak terbantahkan.

Aku bercakap dengan Luhan agak lama sehingga aku tidak lagi fokus akan apa yang ditayangkan di televisyen. Senak perut aku menahan gelak setiap kali Luhan membuat lawak. Sejujurnya tidak adalah lawak mana tapi apa-apa pun boleh menjadi dengan crush kita, kan?

"S-sekarang?" Aku mengerling Baekhyun dari ekor mata dengan hati-hati lah aku mengangguk walaupun sedar Luhan tidak akan melihatnya.

"Erm.. Sekejap lagi saya call awak balik?" Itu kata-kata terakhir aku sebelum menamatkan panggilan. Sambil menyimpan telefon kembali ke dalam poket seluar aku, aku memulakan perbualan semula dengan Baekhyun. "Erm tadi tu-"

Namun kata-kata aku terhenti di saat Baekhyun menutup suis televisyen menggunakan remote control. Aku terkebil-kebil memandangnya dengan aneh. Adakah ini perasaan aku sahaja.. Atau dia sememangnya marah dengan aku? Apa aku ada berbuat salah?

"Awak tak nak habiskan movie tadi?"

"Tak nak. Kau baliklah, aku mengantuk." Mahu tidak mahu sahaja dia menjawab. Tanpa menunggu aku terlebih dahulu, dia terus masuk ke dalam bilik dia.

*****

[Baekhyun POV]

Baguslah hari ini tidak ada kelas. Cuti mendadak.

And here I am, in the club.

Dah lama.. Aku tak datang sini sebenarnya. Aku tidak ada mood untuk layan sesiapa hari ini, penat. Especially when it comes to that bed thingy.

Ramai yang sedang menari di lantai dansa sekarang, seolah-olah tidak ingat dunia. Tidak berminat dengan merka, aku mengalihkan pandangan aku melihat 3 orang perempuan mabuk yang sedari tadi ketawa seperti orang gila di meja bersebelahan aku. Aku minum pun minum juga, tapi tak adalah pernah sampai mabuk tahap macam itu.

Atau sejujurnya aku memang tidak suka memabukkan diri dengan alkohol, tetapi aku tidak boleh tipu menafikan bahawa aku berasa amat lapang setiap kali aku minum. Semua masalah aku hilang begitu sahaja, seakan-akan tidak pernah wujud dalam hidup aku.

Aku bersandar di dinding sambil memerhatikan semua orang yang sedang menari semula dengan tangan aku yang sedang memegang gelas yang berisi minuman bir. Rasanya kesan bir sudah mula membuahkan hasil kerana tiba-tiba sahaja aku berasa ringan.

Tiba-tiba seorang perempuan yang entah dari mana datang menegur aku. Pada mulanya dia hanya mencuba untuk bersembang dengan aku tetapi aku tidak dapat fokus disebabkan kesan bir tadi. Alkohol itu menyebabkan aku tidak menjaga tingkah laku aku dan terus memandang tubuh badan wanita itu. Sangat.. Penuh.

Sehinggalah dia mengajak aku menari bersamanya, aku mulai terbuai jadi aku mengikutinya. Sesampai di lantai dansa itu, dia yang memulakan tariannya untuk menarik perhatian aku. Tarian seksi. Aku hanya tersenyum sinis lalu memegang pinggangnya.

Kami mula sibuk dengan dunia kami walaupun aku tidak sebenarnya menari, cuma memegang pinggangnya sambil menatapnya.

"Nayeon.." Nama wanita itu terkeluar daripada bibir aku. Ah, biarkan sahaja. Aku bukannya waras sepenuhnya sekarang jadi tidak hairanlah jika aku menyebut nama sesiapa pun.

Namun ketika wanita itu menari semula, aku mula membayangkan Nayeon. Entah mengapa, tetapi aku tersenyum ketika membayangkan Nayeon memakai pakaian sebegini. Imej itu agak liar buatnya tetapi bagi aku, itu sesuatu yang amat sedap dipandang.

Ah, sial.

Aku menggigit bibir. Entah apa yang aku fikirkan sekarang ini. Tidak mahu membayangkan semua itu lagi, aku langsung menoleh ke arah selain daripada wanita itu. Namun malangnya apabila wanita yang sedang berdiri di hujung kaunter kelab ini juga kelihatan sepertinya. Sebijik malah.

Dah tak ada orang lain ke aku nak fikirkan?

Oh tunggu, adakah itu betul-betul Nayeon?

*****

[Nayeon POV]

"Cepatlah, kenal Byun Baekhyun tak? Dia ada?" Aku mula hilang sabar apabila lelaki di depan aku ini langsung tidak menjawab soalan aku. Dia malah sibuk berpick-up line dengan aku. Dasar buaya.

"Is your mom a baker? Because she made you a cutie pie." Aku memusingkan mata tidak tahan. Macamlah aku tak tahu dia hafal semua itu daripada Internet.

"Kalau tak nak jawab jangan buang masa saya."

"Wait," Dia menarik tangan aku, menghalang aku dari pergi. "Apa hubungan awak dengan dia? Oh, awak nak tidur dengan dia?"

Ternganga mulut aku dibuatnya. Buat apa aku mahu bazirkan duit aku semata-mata untuk perkara tidak berfaedah seperti itu?

"Berapa dia minta awak bayar? Kalau awak pilih saya, saya boleh bagi free saja. Testing, for sure." Katanya cuba meyakinkan aku. Dahi aku berkerut.

"Saya kawan Baekhyun, that's all."

Mendengarkan itu, dia hampir tergelak cuma dia tahan.

"Kawan?" Tanyanya dengan bahunya yang terhinjut-hinjut.

"Ya." Entah apa yang kelakar sehingga ketawa dia meletus. "Woww Baekhyun ada kawan guys~!" Selorohnya kepada sekumpulan lelaki yang aku agak adalah kawannya lalu seolah-olah terjangkit, mereka juga ketawa. Apa yang.. Kelakar?

"Hey Hyun! Kawan kau?" Tanyanya kepada salah seorang lelaki daripada lelaki tadi sambil menunjuk ke arah aku. Dan aku sudah dapat mengagak siapa. Baekhyun.

Baekhyun tidak memandang aku lalu hanya menghela nafasnya.

"Bukan."

And then I felt sad for no reason. It was true after all, I'm no one to him.

"Pfft so.. I lost my teddy bear." Masih tergamam kerana jawapannya tadi, aku langsung tidak menepis apabila lelaki tadi memeluk bahu aku sambil menjungkitkan sebelah keningnya kepada aku. "Can I sleep with you instead?"

Aku hanya mengangguk.

Dan ketika itu baru aku sedar apa yang aku telah lakukan.

"A-apa??"

Aku mahu menjadi badannya tetapi dia mengetatkan lagi pelukan di bahu aku. Cuak.

Dia memandang aku dengan tajam, seperti sedang memandang mangsa korbannya. "Can I?"

Namun belum sempat aku menjawab, lengan aku terus ditarik kasar oleh seseorang sehingga membuatkan aku terlepas daripada pelukan lelaki tadi. Badan aku tertarik ke badan lelaki lain pula, dan aku sejujurnya agak lega kerana aku mengenalinya.

"No." Jawabnya ketus bagi pihak aku.

"Why? I thought she's not your friend?" Soal lelaki itu dengan tangannya yang dilipat di dada.

Aku mengetap bibir, menundukkan wajah. Sejujurnya aku tidak mengharapkan apa-apa pun daripada Baekhyun. Dia sendiri yang mengaku bahawa aku bukan kawannya.

Namun tiba-tiba aku merasakan genggamannya di tangan aku semakin erat, disusuli pula dengan suaranya setelah itu.

"She's mine."

.

.

.

.

.

Apa-apa soalan boleh dm di ig ; @tyratella ;)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top