14 || Sensitive

[Baekhyun POV]

Sekali lagi. Aku cium dia. Di pipi. Tanpa dia sedar.

Hal itu yang membuatkan aku tidak dapat fokus sekarang. Apa yang tutor di depan ajar, satu pun tidak dapat masuk dalam otak. Mahu dikatakan aku sukakan Nayeon itu memang tidak. Cuma aku menganggap dia.. Seperti itu. Agak lain..? Ergh apa aku mengarut ini.

Semalam, tidak semena-mena aku bercakap tentang kahwin. Hari ini pula, aku menciumnya. Entah apa-apa. Ada apa dengan aku? Mungkin kerana dia kelihatan lain hari ini. Ya. Mungkin.

Selepas ini aku patut berjumpa dia, buat macam biasa, cakap macam biasa, dan jangan buat perkara yang luar biasa.

"Okay good luck for your upcoming final presentation. You may dismiss now."

Untuk kali ini aku mendengar apa yang dicakapkan tutor itu. Final presentation.. Beberapa sahaja lagi. Aku harus mendapat keputusan cemerlang juga kali ini untuk mengelakkan ayah aku menempatkan aku di syarikatnya.

Aku menarik telefon keluar daripada poket seluar lalu mula menaip mesej. Ada 40 minit lagi sebelum kelas Sains Sosial bermula jadi rasanya masih sempat kalau aku mahu belajar. Tinggal aku seorang sahaja di dewan ini sekarang. Aku memang tidak ada kawan sejak kecil jadi aku sudah terbiasa.

Selepas beberapa minit, dia datang ke sini. Aku sudah agak dia akan datang sebenarnya.

Dia memandang aku sementara aku menghadap buku, mengelak tatapannya. Entah mengapa aku tidak boleh nak pandang dia. Buat kali pertama aku anggap dia sebagai seorang perempuan yang sesungguhnya. Dan ingin sahaja aku menghempas kepala di dinding kerana berfikiran seperti ini.

"Kenapa awak.. Panggil saya?" Nayeon mengambil tempat duduk di sebelah aku dengan kekok. Aku? Jauh lebih kekok cuma aku mengawal riak muka.

"Dah tak nak ajar aku?"

"Mana ada.." Dia mendekatkan diri dengan aku. "Saya nampak buku latihan awak tadi. Awak buat dengan baik. Bagus! Ada peningkatan. Hehehe.."

Aku tidak memandang dia tetapi dapat merasakan senyumannya sekarang. Tidak tahu harus menjawab apa, aku hanya mengangguk.

"Awak.. Marah saya lagi?" Suara dia menurun, seolah-olah takut. Aku mencuri memandang dia dalam diam.

"Tak."

Sejujurnya aku tidak pasti dengan jawapan aku. Iya memang tidak ada sebab pun aku nak marah dia tetapi mengapa aku rasa seperti ini?

"Jadi awak marah saya sebelum ni?"

Haih dia tanya lagi perkara yang aku tidak boleh nak jawab.

"Jawablah." Bulu roma aku menaik apabila dia memegang lengan aku dengan lembut. Seolah-olah ada kejutan elektrik, aku terus menarik tangan aku lalu fokus balik dengan latihan di buku walaupun dah sah-sah fikiran aku melayang.

Dia menggosok belakang lehernya dengan kekok. "S-sorry."

"Nayeon, duduk depan." Arah aku.

Dia menurut arahan aku lalu bangun dan duduk di kerusi depan, yang agak jauh dari aku. Lebih baik begini, tidak adalah dia dekat sangat dengan aku.

Kemudian kami diam.

Diam.

Diam.

Diam.

"Salah formula." Akhirnya dia bersuara. Suara dia begitu perlahan, dan agak.. Bergetar?

Namun aku langsung tidak memandang dia. Tidak berani atas sebab yang tidak pasti.

Nayeon meletakkan satu bekal makanan sebelah aku dengan perlahan. Aku mengerling bekal itu buat sementara dan ternampak nota yang terlekat atas bekal tu.

'Untuk Luhan'

Hmm okay..

"Itu.. Bekal untuk awak." Suara dia masih perlahan.

"Bukan untuk Luhan?" Soal aku dengan nada menyindir.

Mendengarkan itu, Nayeon terus mencabutnya laju sebaik sahaja melihatnya. "Ah ini-"

"Ambil sahajalah. Aku tak suka rampas kepunyaan orang lain."

Ikut suka hatilah kalau dia nak buat bekal itu untuk Luhan, ikut suka hatilah kalau dia nak kesah tentang Luhan. Ikut suka hati dialah. Kan?

Kan?

Kan.

Kan..

Ahh ada apa dengan aku. Kesah dengan perkara yang tidak sepatutnya. Ini bukan aku.

"Awak ambillah yang itu. Saya ada yang lain. Nanti saya kongsi dengan Luhan." Katanya cuba memujuk.

"Hari ini kau keluar dengan Luhan?" Aku sengaja mengubah topik. Tentang bekal sahaja pun boleh menjadi serius.

Nayeon menggeleng perlahan. "Saya.. Tak tahu."

"Pergi sahajalah. Lagipun aku rasa Luhan sukakan kau."

"Saya tak tahu.."

"Semua tak tahu apa yang kau tahu?"

"Yang awak sedang marah." Balasnya dengan suaranya yang makin bergetaran. "Saya tahu awak marahkan saya."

Huh?

Apabila aku melihatnya, barulah aku menyedari bahawa hidung, pipi dan dagunya sudah kemerahan. Jangan kata dia.. Dia menangis?

"S-saya minta maaf, awak.." Air matanya jatuh setitik. Mata aku membulat, seiring dengan gerakan tangan aku yang sudah berhenti menulis.

Pada mulanya aku agak tergamam, kaku tidak tahu harus berbuat apa. Tetapi melihatkan air matanya yang semakin lama semakin banyak, aku langsung mendekatinya lalu mengambil tempat duduk di sebelahnya.

Dia sudahpun menekup wajahnya sambil menangis teresak-esak sehingga aku kehilangan kata-kata. Ya Tuhan mengapa dia terlalu.. Sensitif?

"H-hey aku tak marah. Janganlah menangis.." Sedaya upaya aku cuba memujuknya walaupun agak kekok. Dia menggeleng-geleng sambil terua menangis.

"Saya tak tahu.. Kenapa saya menangis.." Dia menutup matanya menggunakan lengan tangannya. "Saya minta maaf, Baekhyun.. Saya minta maaf sebab kelihatan bodoh.."

"Taklah aku tak cakap pun macam-"

"NAYEON!!!"

Mendengarkan suara yang tidak asing di telinga aku, terus aku menoleh ke arah pintu dewan. Di sana berdirinya Luhan dengan riak wajah yang tidak puas hati. Matanya menyala-nyala, tersalut dengan api kemarahan.

Lalu dia mula melangkah menghampiri aku dengan langkah besar. "Kau buat apa dengan Nayeon, hah? KAU BUAT APA?!"

"Aku-"

Muka aku ditumbuk sebelum aku sempat menjelaskan kepadanya. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku menumbuknya kembali tetapi aku tidak berani kerana Nayeon di sini.

Aku mendengus sinis lalu menjelingnya. Dengan geram aku mengelap bibir aku yang sedikit berdarah, lalu tangan aku merentap beg aku untuk keluar daripada sini.

Aku tiada masa untuk melayan drama ini jadi biarkan sahaja mereka meneruskannya.

*****

[Nayeon POV]

Entah apa yang aku patut rasakan sekarang. Gembira kerana Luhan membawa aku ke taman untuk menenangkan aku atau sedih kerana dia telah menumbuk Baekhyun.

Semua ini salah aku. Kalau aku tidak terlalu sensitif dan menangis seperti tadi pasti semua ini takkan terjadi.

Nayeon, ada apa dengan kau?

Aku mencuba untuk menerangkan kepada Luhan keadaan sebenarnya tetapi nampaknya dia tidak mahu dengar apa-apa. Jadi aku hanya mendiamkan diri diri dan dengar sahaja apa dia mahu katakan.

Mungkin aku agak kejam, tetapi sejujurnya keadaan sekarang membuatkan aku selesa, apabila Luhan ambil berat tentang aku. Tetapi dalam masa yang sama, aku rasa bersalah, kerana tidak dapat tolong Baekhyun tadi.

*****

Sekarang aku berada di luar rumah Baekhyun, serba salah mahu masuk ke dalam kerana aku ternampak ada kereta lain di kawasan rumah dia. Ada tetamu ke? Setahu aku Baekhyun tidak berkawan dengan sesiapa. Atau itu perempuan yang dia ajak tidur bersama?

Hm. Suka hatilah.

Aku mengetuk pintu rumah dia setelah membuang fikiran aku itu jauh-jauh. Biarlah kalau ada perempuan pun, macamlah aku tidak pernah bercium dengan Baekhyun.

Huh?

Aku cakap apa ini..

Tidak lama kemudian pintu itu terbuka menampakkan Baekhyun yang berwajah dingin. Lidah aku terkelu, takut pula apabila melihat dia seperti.

"A-awak-"

Tanpa aku sempat menghabiskan kata-kata aku, lengan aku tiba-tiba ditarik masuk dalam rumahnya sebelum dia menutup pintu.

Sekarang aku dapat melihat 3 orang yang aku tidak kenal di hadapan aku, sedang duduk atas sofa sambil memandang aku dari bawah sehingga atas dengan tatapan mencemuh. Aku mula rasa tidak selesa.

"A-annyeonghaseyo." Aku menunduk hormat untuk mengelakkan rasa kekok.

2 orang daripada mereka kelihatan agak berumur sementara seorang lagi sepertinya masih muda, dalam lingkungan 20-an.

"Inilah dia," Baekhyun menjuihkan mulut ke arah aku lalu menyilangkan tangannya di dada. Aku terkebil-kebil tidak tahu harus berbuat apa.

"Dia ini?" Lelaki yang agak muda tadi menuding jari ke arah aku dengan wajah tidak percaya.

Apa? Kenapa dengan aku?

"Iya." Tiba-tiba dia menggenggam tangan aku.

"Tapi Hyun-"

"Dah faham? Sekarang appa dan omma boleh keluar, kan. Hyun tak nak dengar apa-apa lagi." Wajahnya berubah semakin dingin.

Ketika itu baru aku faham, bahawa mereka adalah keluarga Baekhyun. Tetapi aku masih tidak faham apa yang dikatakan mereka tadi.

Dengan takut aku mengerling Baekhyun dari ekor mata aku, lalu melihat rahangnya yang sudah mengeras.

Seolah-olah sudah berputus asa, 3 orang tadi keluar daripada rumah ini selepas memberi pandangan maut kepada aku. Dengan itu, Baekhyun terus melepaskan tangan aku. Bukannya menjelaskan, dia terus meninggalkan aku lalu masuk ke dalam biliknya. Bunyi bantingan pintu membuatkan badan aku membeku di tempat tadi. Sambil aku mendengus kecewa.

Jadi sekarang aku ini apa? Batu?

.

.

.

.

.

Apa-apa soalan boleh dm di ig ; @tyratella ;)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top