1 || Meant To Meet

Aku tersengih lebar melihat sebuah universiti yang megah berdiri di hadapan aku. Sengihan aku tidak dapat ditahan-tahan lagi, mengingatkan bahawa inilah tempat yang akan aku bekerja mulai saat ini.

Kaki aku menapak ke dalam Institusi dengan dada yang berdebar. Tapak tangan digenggam penumbuk, menahan segala rasa emosi yang bergelonjak tanpa henti. Entah adegan apakah ini, tetapi tiba-tiba sahaja ada angin yang menyerbu ke muka aku.

Bagus, bagus. Nampak bergaya!

Dalam lebih kurang 3 langkah lagi, aku akan sampai dan memulakan tugas aku sebagai tutor di sini. Yea yea yea teruskan melangkah Sung Nayeon!

Satu..

Dua..

Ti-

Auch!

Semua fail kat tangan aku jatuh bertebrakan di lantai apabila aku terjatuh. Aku pula terbaring dalam posisi yang tidak begitu menyenangkan, seperti ikan paus yang terdampar di pantai. Tak guna! Siapa yang langgar aku hah?

"Tak pakai mata." Seseorang lelaki-yang aku agak merupakan orang yang telah melanggar aku tadi-menjeling aku sambil riak wajahnya seakan-akan memperlekehkan aku. Aku mengerutkan dahi tanda tidak berpuas hati sambil mendongak memandang dia.

"Excuse me? Awak jatuhkan saya dan fail-fail saya."

Dia memusingkan mata lalu terus meninggalkan aku seorang diri di sini. Pipi aku bersemu merah menyedari ramai orang yang sedang memerhatikan aku sekarang. Bukannya aku sudah mencuri duit 2.6 billion. Aduhh malunya!

Aku tidak akan lupa dengan lelaki itu, kurang ajar! Mujur aku sempat melihat mukanya dengan jelas - mata agak sepet dan dikelilingi Eyeliner yang tebal, kulit tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap, bibir nipis, dan rambutnya berwarna coklat cerah. Boleh tahan rupanya tetapi apa gunanya jika perangai seperti sial, kan?

*****

KELAS PERTAMA yang akan aku ajar merupakan kelas pelajar senior. Aku masuk ke dalam dewan setelah hampir setengah jam mengelilingi universiti itu bersama para tutor yang lain. Semua pelajar di dewan itu menunduk hormat kepada aku kecuali seorang lelaki yang sedang ralit bermain telefon di hujung sebelah kiri dewan.

"Excuse me, may I get your attention?" Aku memanggilnya. Namun dia hanya buat tidak endah, masih menatap telefonnya. Entah apalah yang dilihat di telefon. Hati aku kuat mengatakan bahawa itu merupakan video-video yanh tidak senonoh. Bagaimana kalau tekaan aku benar?

Tak boleh tak boleh! Tengok video seperti itu hanya akan merosakkan fikiran kita sebagai seorang-

Baiklah lupakan. Aku tidak akan membebel tetapi pelajar itu sememangnya melampau! Tak mungkin kehadiran aku di depan ini tidak disedarinya? Dia fikir aku ini apa? Tiang lampu?

"Excuse me, sir!" Masih sama, menghampakan. Mungkin memang benar dia sedang menonton video itu. Oh tidak ini melampau!

Tidak tahan lagi dengan segala kemarahan aku ini, aku terus mengambil pen marker yang kebetulan berada di atas meja lalu mencampakkan ke arahnya dengan kuat. Sangka aku tidak akan mengena, namun aku salah.

Sasaran tepat!

Dia menggosok kepalanya apabila marker itu terkena pada lehernya. Huh? Aneh juga apabila memikirkan logik bahawa lehernya yang terkena tetapi kepala yang digosoknya. Baiklah tidak penting. Aku terus berjalan ke arahnya dengan nafas yang tertahan. Ikutkan hati mahu sahaja aku menjerit lalu menamparnya. Dan apabila aku sudah hampir dengannya, akhirnya aku dapat melihat mukanya dengan jelas.

Dia! Dia!

Dia lelaki yang melanggar aku tadi!

*****

SELEPAS TAMAT waktu mengajar, aku terus pulang setelah dijemput oleh kawan baik aku, Yuri. Aku tidak menyangka menjadi seorang tutor akan selelah ini. Rasa mahu tidur di atas katil yang dipenuhi dengan selimut tidak berlipat sahaja, penat sangat!

"Macam mana first day? Seronok?" Dia bertanya. Aku menguap beberapa kali lalu menjawab malas.

"Penat."

Yuri mengerutkan dahinya. "Baru first day dah penat?"

Aku malas mahu menjawab. Sebenarnya aku agak tertekan dengan pelajar lelaki tadi. Dari apa yang aku lihat di tag pelajarnya, namanya ialah Byun Baekhyun. Asyik bertembung sahaja dengan dia hari ini. Sudahlah selalu buat masalah!

"Nak lepaskan tekanan tak?" Yuri menyambung semula apabila aku tidak menjawab. Aku mengangguk perlahan tanpa berfikir panjang. Setidaknya aku dapatlah menenangkan diri sedikit.

"Boleh juga."

*****

"MEMANGLAH SAYA nak lepaskan tekanan tapi bukan di tempat macam ni!" Aku berbisik di telinga Yuri. Suasana di kelab malam ni tersangatlah bising. Dipenuhi pula dengan manusia-manusia pelik yang sedang menari tidak ingat dunia. Bau arak di mana-mana. Aku hampir sahaja termuntah kerana tidak terbiasa.

"Kenapa? Okey saja di sini. Seronok pula!" Yuri tersengih kepadaku. Dia sememangnya seorang yang suka bergaul dengan orang lain dan berjiwa bebas, tetapi lain pula dengan aku. Aku perempuan normal, yang inginkan kehidupan normal, tanpa arak, tanpa rokok, tanpa kelab malam dan yang lain-lain sewaktu dengannya.

"Memanglah okey bagi awak, tapi langsung tak okey bagi saya. Awak tahu tak tempat ni-"

"Nayeon," Yuri memotong aku. "Kita dah 25 tahun. Relakslah. Btw saya ada mintakan seorang lelaki temankan awak malam ni jadi-"

"Apa? Lelaki??" Dahi aku berkerut hebat. "Yuri no, okay, no. Awak tahu kan saya ni bukan jenis yang macam tu! Dahlah saya nak balik!" Aku mencapai beg tangan aku tetapi Yuri segera menahan aku daripada pergi. Wajahnya berubah suram.

"Janganlah pergi. Susah tau saya mintakan. Dahlah dia paling terkenal di sini."

"Saya tak kesah. Saya nak balik."

"Okey okey. Saya tak minta awak buat apa-apa pun dengan dia tapi sekurangnya awak sembang sajalah dengan dia. Tolonglah saya, takkan saya nak bagitahu dia untuk batalkan semua ni? Buat malu saja nanti." Bibirnya mula membentuk duckface. Tidak, tidak comel.

"Please Nayeon, untuk kawan awak?"

Aku mengeluh berputus asa. "Yalah. Tapi saya takkan buat apa-apa, ingat tu."

"Okey! Gomawo Nayeon-ah!" dia terus memeluk aku.

*****

"OKEY NAYEON, ingat pesan saya. Jangan gelabah dan jangan diam sangat. Tunjuk yang awak tu sporting dan berfikiran terbuka. Okey?" Aku dan Yuri berada di hadapan pintu karaoke room di kelab malam tadi.

Entah mengapa aku berdebar-debar jadi aku menenangkan fikiran. Yuri membuka pintu bilik itu lalu memandang aku tajam, sinar wajah yang menunjukkan ketekatannya.

"Fighting Nayeon-sshi!"

Aku masuk ke dalam bilik itu dengan langkah yang perlahan. Pintu telah ditutup. Toleh sahaja ke depan, aku sudah dapat melihat lelaki itu dari sudit pandangan belakang. Segera aku memegang dada aku yang semakin gila debarannya.

Okey Nayeon, tenangkan fikiran. Everything's gonna be alright. Tak perlu buat apa-apa. Sembang dan cakap banyak sikit dari biasa.

"Erm yeoboeseyo?" Aku menepuk lembut bahu lelaki itu perlahan. Dia memusingkan kepalanya menghadap aku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Bibirnya membentuk senyuman sinis. Saat itu jantung aku seakan-akan berhenti berdegup. Apa yang dilihat di depan aku ini lebih pelik daripada aku yang langsung tidak bernafas sejak tadi.

Lelaki ini.. lelaki ini..

BYUN BAEKHYUN!!!

----------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top