BTTR :06
BANGTAN makan bersama disatu meja yang boleh menempatkan 8 orang .
Makanan yang dimasak kim seokjin tak pernah mengecewakan. sedap!
Siapa nak cari calon suami cari lah macam kim seokjin ye.
Namun kententeraman makan mereka jaranglah berlaku.
Dengan adanya si perangai tak serupa bikin jhope ,jimin mahupun kim taehyung.
"Ni peha aku punya!"
Berebut 3orang tu .banyak -banyak bahagian ayam.bahagian peha juga direbutnya.
Kim namjoon mengelengkan kepala .tak tenang dia nak makan .
Kim seokjin merengus kecil .
"Woi woi woi aku masak ayam ni banyak bahagian ada .yang korang nak sangat peha ni kenapa?buang tabiat?nak mampos?"
Pelik kim seokjin.nak kata ayam habis ,banyak je .banyak bahagian ada.cuma bahagian peha sahaja yang tinggal satu.
Nak jugak berebutnya.haih—perangai tak pernah matang.
"Tapi peha ni aku yang ambik dulu!"
Rengek jhope
"Mana bukti kau ambik dulu?aku dulu yang ambik!"
Ujar jimin taknak kalah.
"Ish —tae yang cop peha ni dulu .apa pulak korang punya! Mana boleh camtu !!!"
Teriak kim taehyung .mahu menangis sahaja mukanya.
Pft seriuslyy ? Nak menangis disebabkan seketul peha?kau pehal?kau sekolah ke tak ?tibe
Manakala suga dan jungkook makan dengan senyap .kadang kala mereka berbalas tatapan seperti ada sahaja mahu dibicarakan.
"Korang berebut macam ni sampai esok pun tak makan . Dah sini peha tu "
Peha ayam dirampas macam tu je dari kim namjoon .dengan sadisnya peha ayam itu elok masuk kedalam mulutnya.
Tercengang kim taehyung,jimin dan juga jhope
Dikunyah peha ayam itu selamba sambil menayang muka tak bersalah nya seperti mana riaksi muka dia yang pernah memecahkan harta -harta berharga didalam rumah Bangtan.
"Huwaaaaaaaaaaaaa"
Ketiganya mencebik .nak taknak terpaksa makan yang lain .tak guna punya namjoon!
Habis sahaja makan .terus sahaja jungkook membuka mulut.
"Hyung pergi mana semalam?"
Soalnya tepat ditujukan pada suga.
Suga terdiam seketika sebelum menjawab pertanyaan jungkook.
"Ambik angin semalam.tak sangka pulak terserempak dengan Jihyo."
Dia tau Jungkook tak puas hati dengannya sejak siang tadi.
Kim Taehyung yang berada disebelah nya hanya diam menikmati air ,taknak menggangu perbualan diantara suga dan jungkook yang dirasakan tegang itu.
Bangtan diam tak berkutik.
Jungkook menyeringai sinis."terserempak?mesti ada buat sesuatu kan?"
"Kami just terserempak .yang kau dah kenapa ?cemburu? Tch"
Bengang juga dia.
"Jauhkan diri dari jihyo.dia aku punya"
Dingin Jeon jungkook.
"Wowo Rilex lah Kook .suga cuma terserempak je kan ."
Jhope mencelah.memang mintak kaki betul dia ni.
"Tak kesah lah dia terserempak ke apa.ingat aku taktau .kau suka dia kan suga?cara kau pandang dia pun aku dah tau lah"
Sekali lagi jungkook menunding jari .
"Jadi kenapa kalau aku sukakan dia?aku dah cuba lah Kook buang perasaan ni .tapi aku tak mampu!"
Jungkook menyeringai sinis .
"Jadi kau nak ambik hak aku?"hilang sudah panggilan Hyung yang selama ni digunakan jungkook pada suga.
"Dia bukan hak kau jungkook.dan dia bukan hak sesiapa"
Bangtan mula meneguk air liur kasar .suasana semakin tegang.jungkook mengetap giginya .geram,dia susah nak kawal emosi dia
Dengan sekelip mata dia mencengkam kolar baju suga . Automatik mereka berdiri dari duduk.
Suga ditumbuk kuat jungkook menyebabkan dia terteleng ketepi.bibirnya yang perit ditumbuk jungkook dipegang.
"Sanggup kau tumbuk aku disebabkan Jihyo?"
Terkilan suga.
"Sudahlah.jangan jadi macam budak -budak boleh tak.gaduh sebab perempuan ? Mengarut"
Celah kim namjoon.tak suka dengan keadaan mereka sekarang ni.
Disebabkan Jihyo semuanya menjadi serba tak kena!
Jungkook hanya mengendahkan .kaki dibawa masuk kedalam bilik.beg baju dikeluarkan .dia menyumbat semua baju Nya kedalam bagasi.setelah itu bagasi ditarik keluar.
Dia akan keluar dari Bangtan house !
"Kook—kau nak pergi mana ? Takkan sebab tu kau nak tinggalkan kami?"
Sayu suara jimin sekarang ni.kenapa? Kenapa semua ni jadi macam ni?
Jungkook tak menjawab malah dijeling suga yang berada disebelah jimin.
Kaki dibawa keluar dari rumah bangtan.lokasi seterusnya tak lain tak bukan kembali kerumah ommanya semula.
Suga mengeluh berat.terduduk dia disofa dengan bibirnya yang pecah teruk walaupun ditumbuk sekali saja.kuat juga jungkook ni.
"Gwaenchana?" Soal kim namjoon prihatin .suga hanya mengangguk , dipegang tepi bibirnya yang membengkak lalu mendesis sakit.
"Meh aku rawat luka tepi bibir kau" pelawa kim seokjin.suga hanya membiarkan jin yang merawat luka ditepi bibirnya.
Terdiam tanpa kata apa.mungkin masih terkilan dengan sikap jungkook terhadapnya tadi.
Kenapa lah jungkook terlalu gilakan Jihyo?
Kenapa perlu tuhan takdirkan dia dan jungkook jatuh cinta pada orang yang sama?
+++
Jungkook yang sudah sampai kerumahnya segera disambut puan Jeon.
"Eo?Kook kenapa kamu balik sini?"
"Kenapa?Kook tak boleh balik sini?"
Dingin jungkook membuatkan puan Jeon terkedu.
Bagasi ditarik masuk ke dalam.
"Omma cuma tanya..takpelah Kook tidur lah..esok omma gerakkan kamu"
Walaupun jungkook melayannya dingin.namun dia tetap tersenyum.dapat mengangak anaknya ini kembali seperti dulu.pasti ada yang tak kena?kalau tak manakan tidak jungkook pulang kesini semula setelah lama menetap dirumah Bangtan.
Puan Jeon mengurut dahinya pening.tidak tau apa lagi harus diperbuatkan .
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top