BTTR:04


"AKU risau lah tengok Kook tu .lain macam je aku tengok"
Ujar jhope memerhati Jeon jungkook
Yang banyak diam selepas sahaja waktu sekolah tadi.
Jungkook yang menangkap namanya disebut terus sahaja memandang jhope

"Kenapa?"soal jungkook dingin sedingin ais batu.jhope dibuatnya telan air liur setelah ditegur jungkook.jelas sahaja wajah jungkook sekarang tegang .


"Kau kenapa Kook?broken?"
Soal jimin berani.

Jungkook menghela nafas panjang .
"Macam mana aku nak dapatkan dia?aku dah confess tapi dia reject aku"

Luah jungkook.kepalanya tertunduk memandang lantai.

Terhambur ketawa besar kim taehyung ,park jimin dan juga jhope disitu.
"Pft HAHAHAHA kena reject"

Jungkook merengus kasar.tangannya menghempap kuat meja membuatkan ketiga-tiganya berhenti ketawa.
Kaki dibawa masuk kebilik ,tidak lupa juga pintu dihempas kuat membuatkan jhope,jimin dan juga taehyung terkedu sendiri.

"Tula kau ,gelak tadi asal"

"Eh salahkan aku pulak.kita gelak sama -sama eh"

Jhope dan jimin sama -sama menunding jari.
Kim taehyung mengeluh.nampaknya jungkook dah kembali seperti dulu.
Dimana lelaki itu ditinggalkan jisoo
Dan tuan Jeon mati dibunuh tepat hari dimana jungkook dan jisoo memutuskan hubungan .
jungkook berubah psiko.mentalnya tidak normal seperti orang lain.
Mujur sahaja sudah dirawat 2tahun tapi tak bermakna penyakit lelaki itu hilang sepenuhnya

Dia taknak jungkook berubah seperti dulu.

"Dah -dah sekarang ni taknak tolong Kook?kita tolong dia dapatkan Jihyo "
Cadang kim taehyung .

Jimin mengeleng kepala tidak setuju.
"takyah.biar dia sendiri yang berusaha .kita takyah buat apa-apa"
Bila dipikirkan balik buat apa mereka nak masuk campur kan?takut lain pula jadinya

Krek

Pintu dibuka suga . kaki melangkah keluar dari bilik .sedari tadi dia hanya mengurung sahaja  dalam bilik.bosan pula.

"Kau nak pergi mana?"

Tegur jhope .

"Nak keluar jap .ambik angin"

Kaki dibawa keluar dari rumah.
Motor superbike nya dibawa .
Entah kemana hala tujunya yang penting dia nak ke tempat yang boleh menghilangkan bosan dia.
Puas mengelilingi bandar Seoul dia mengambil keputusan untuk ke kedai yang berdekatan dengan tempatnya berada.Air mineral dibeli.haus pula tekak ni.

Didepan air sungai yang tenang itu dia memandang kosong.
Bangku yang tersedia menjadi tempat dia duduk.

Satu keluhan kecil keluar juga dari bibir nya.
Entah kenapa akhir-akhir ini wajah song Jihyo kerap bermain di mindanya.
Entah perasaan apakah itu?atau dia dah gila teringatkan jihyo?

Tak..dia tak boleh ada perasan cinta terhadap Jihyo..lagi -lagi jungkook pula sudah bertekad mahukan Jihyo.
Dia patut buang jauh -jauh perasaan suka pada gadis itu kerana jungkook lebih penting.





FLASHBACK .

Jungkook baru sahaja pulang selepas dua tahun menghadapi rawatan psychonya .kini keadaan nya makin pulih.

Puan Jeon memanggil jungkook tatkala suga dan juga Bangtan sudahpun berada diruang tamu.menunggu kehadiran Jungkook

Jungkook tersenyum lebar .
"Wassup Hyung!!"

"Wassup Kook!wah happynya kami tengok Kook dah pulih"

Ujar kim Seokjin ikhlas.

"Ni suga dapat rumah dari appa dia.kalau Kook tak kesah.boleh kita tinggal bersama?like satu family?"

Jelas kim seokjin.jungkook tersenyum lebar .puan Jeon yang menjadi pendengar sejak tadi memandang anak satu -satunya itu.
Jungkook juga memandang puan Jeon meminta keizinan.puan Jeon hanya mengganguk kan kepala.
Kalau jungkook gembira dia juga turut gembira.

Jungkook dan Bangtan mula mahu bergerak ke rumah yang dihadiahkan oleh tuan min.

Sempat lagi puan Jeon berpesan pada Bangtan untuk menjaga jungkook dengan baik.kalau boleh ,wanita itu taknak penyakit jungkook kembali semula.
Dia tak sanggup tengok jungkook berlawan dengan penyakit mental lelaki itu.

END FLASHBACK .

Keluhan kecil keluar juga dari bibirnya.rasanya tidak salah lagi yang dia sudah mula sukakan Jihyo.
Dan perasaan cinta ini tak patut langsung wujud dalam dirinya.

"Kau tak boleh ada perasaan kat perempuan tu suga.."

Bisik hati kecilnya .

Kadang kita terpaksa korban kan perasaan kita demi seorang kawan bukan?

Terasa seperti sesuatu duduk dibangku bersebelahan dengannya.
Jangan kata tu hantu!!!

Wajah nya perlahan menoleh kesebelah

Eh...

Butter?

Ahh anii..bayangan aku Kut .

Suga menampar pipinya berkali-kali.

"Kau dah gila bayang suga !!!please sedar!!"
Hati kecilnya meraung geram.

Orang disebelahnya terus membuka mata tatkala bunyi tamparan berkali-kali kedengaran disebelahnya.

"Awak dah gila ke?"
Jihyo memegang tangan suga bagi menahan lelaki itu dari terus menampar pipi sendiri.

Suga terbeliak kan matanya seluas yang mungkin.
"K-kau b-butter?"
Gagap suga.rasanya ini bukan lagi bayangan dia .tapi ini kenyataan!! gadis butter berada didepannya sekarang.jangan kata ini jodoh!ini bodoh namanya ! Ahhh

Jihyo memutar biji matanya keatas.
"Saya Jihyo! Bukan butter! Aish awak ni sah gila .lupa makan ubat ye?"

Bidas Jihyo geram dengan suga.

Suga menghembus nafas kelegaan mungkin?at least bukan hantu disebelahnya ngengenge.

"Kau buat apa kat sini?"

Soal suga setelah sekian lama keduanya
Berdiam diri.

"Saya pergi kedai ,alang -alang duduklah sini . tengok-tengok awak gila sorang -sorang tampar muka sendiri"

Ujar jihyo selamba.suga mendehem sedikit.
"perempuan tak elok keluar malam.Biarpun perempuan macam kau ni takde sape yang bernafsu nak rogol."

"Awak ni memang mulut sentiasa jahat ke apa?"geram jihyo.rasanya dari awal dia kenal lelaki itu lagi suga mesti mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

"Dah memang mulut aku macam ni .nak aku buat macam mana lagi?cakap ayat manis dengan kau?nonsense"
Ujar suga taknak kalah.walaupun dia juga hairan dengan diri sendiri .ada saja mahu digaduhkan dengan Jihyo.

Jihyo memilih untuk diam.taktau apa lagi mahu dibalas.balas kang sakit hati yang dapat .baik diam.

Dia mengusap lengannya yang terdedah.
Terasa sejuk pula,sudahlah tak pakai mana -mana kot tebal.

"Muka cantik . tapi sayang,bangang orangnya.dah tau malam sejuk nak jugak pakai baju camni"

Again?mamat ni memang menyakitkan hati!

Jihyo memandang suga dengan pandangan simpati.jaket tebal milik suga ditatapnya seakan meminta.

Suga menyeringai sinis.
"Kau ingat ni drama sweet? perempuan sejuk, laki tanggalkan jaket dia pastu pakai kan dekat perempuan tu then  blablablablabla"

Jihyo menjeling .tch sape jadi girlfriend mamat ni mesti menyesal seumur hidup! Haish menyampah!
Mata dibawa pandang kearah sungai.sakit hati!



Jaket tebal disarungkan pada tubuh jihyo.tersentak dibuatnya gadis itu.
Ditoleh ketepi memandang suga dengan jarak yang dekat.

Dup dab dub dab...

"Wahai jantung jangan buat hal!"

Desis hati kecil jihyo.siapa tahu jantungnya bagaikan mahu tercabut sahaja bila berdekatan dengan suga sekarang ni.
Sah jantungnya dah tak betul!

"Kau ni kalau aku campak kat dalam sungai .apa tak dapat"geram suga ,dari tadi lagi dia memetik jari didepan muka Jihyo bagi menyedarkan lamunan gadis itu tapi hampa ,Jihyo masih lagi didunia sendiri.
taulah dia handsome , Jangan pandang lama -lama!

Jihyo yang baru tersedar itu terkebil-kebil seketika."awak ada cakap dengan saya ke?"

"Tak .aku cakap dengan hantu atas kepala kau"

wajah Jihyo terus berubah pucat.
Dipeluk suga erat .

"K-kau ni p-pehal peluk - peluk?"
Mahu mencarut saja suga sekarang ni.boleh pula dia tergagap-gagap.

"T-tolong b-buang  h-hantu ni d-dari atas k-kepala s-saya hisk hisk jeballllll"
Jihyo menangis kecil

Suga terkelu.dia cuma bergurau saja tadi.tak sangka pulak Jihyo betul-betul takut dengan gurauan nya tadi.

"Jihyo aku gurau je tadi .bukan ada hantu pun "

Jihyo masih lagi menangis tersedu sedan.

"Berhenti menangis.kalau taknak muka kau bertambah buruk"

Automatik Jihyo berhenti menangis.tch ingatkan nak pujuk dengan ayat sweet
Rupanya hampeh!

"Kau memang nak peluk aku sampai esok ke apa?"
Soal suga menyentakkan jihyo.baru dia sedar yang dia masih lagi memeluk erat lelaki itu.
Haish
Malu!

Pelukan dileraikan.

"Kau datang sini naik apa?"

"Grab"

Sepatah saja jawabnya .suga menyeringai sinis.jelas sahaja wajah Jihyo merona merah .

"Dah lewat dah ni.kau taknak balik?"
Soal suga lagi.

Jihyo mengangguk kecil.dia bingkas bangun dari duduknya .
Baru sahaja beberapa langkah.suara suga menyapa telinga nya.

"Balik dengan aku"

Jihyo dibuat tersenyum sendiri.
Bila dipusing kebelakang menghadap suga terus sahaja riak wajahnya berubah biasa.

"Takpe ,saya boleh naik gr—"

"Tak payah .kau nak kena rogol dengan pakcik grab ke?dah naik  je dengan aku jangan  banyak tanya"

Jihyo sedaya upaya menyembunyikan senyuman nya.
"Tadi bukannya awak cakap perempuan macam saya tak ada orang nak ro—"

"Diam .sebelum aku cium kau"

Serentak itu Jihyo terus menekup mulutnya .
Suga menyeringai sinis.

"Haih— perempuan punya pemikiran.asal cium je mesti ingat dekat mulut"

Bebel suga .Jihyo hanya membuntuti langkah suga dibelakang.
Tepat didepan superbike milik suga helmet dihulurkan lelaki itu.
Helmet yang digunanya tadi diberikan pada Jihyo.

"Nah .pakai sendiri"

Jihyo mencebik.ingat kan nak pakai kan ke apa ! Cis apa kau merepek ni Jihyo ..

"Yang kau tercegat dekat situ lagi kenapa?naik lah"
Tersentak Jihyo ,cepat sahaja dia naik motor suga.


Tepat didepan rumah Jihyo .suga menghentikan enjin motor.untung sahaja Jihyo memberi tahunya selok belok kerumah gadis itu.kalau tak dah lama dah sesat .

Helmet dihulurkan Jihyo.
"Gomawo .suga"

"Cheonma"

Suga menghantar Jihyo dengan pandangan mata.
Tatkala gadis itu sudah meloloskan diri masuk kerumah terus sahaja dia menghembus nafas berat.

Tiada Siapa yang tau .dia sedang bersusah payah membuang perasaan suka pada gadis itu tadi?

Enjin motor dihidupkan .
Jalan terus pulang kerumah Bangtan.

Pintu dibuka tatkala dia sudahpun sampai kerumah.

"Hyung pergi mana balik lewat?"

Baru saja dia mahu menaiki anak tangga langkahnya terhenti.
Jeon jungkook yang seperti baru lepas minum air menjamah pemandangan nya.

Suga berdehem sedikit bagi mengurangkan rasa gugup bila ditanya jungkook.

"Aku bosan so aku jalan -jalan .tak sedar pulak dah lewat"

"Aku masuk tidur dulu .ngantuk"
Sambung suga lagi .
jungkook hanya mengangguk kecil.Apa -apa jelah.












TBC










Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top