BM 8❤🐣
Iman mengemaskan kertas-kertas yang agak berterabur. Beberapa fail dimasukkan ke dalam bagasi kecil di samping meja. Sempat juga dia mengemaskan blazer hitam yang tersarung di tubuhnya. Setelah berpuas hati barulah dia melangkah keluar dari ruang perbicaraan.
Rata-rata orang yang sama-sama berada di dalam bilik perbicaraan tadi memandangnya dengan senyuman. Kes yang diwakilinya baru saja mendapat kemenangan.
Sempat Iman berpapasan dengan peguam lawannya. Mereka berdua hanya bertukar senyuman saja sebelum berdiri menghadap antara satu sama lain.
"Nampaknya Syed Firm dah ada berlian baru. Saya tak sangka boleh kalah dengan gadis muda macam awak," ujar Tuan Farid, peguam pihak lawan. Dia ketawa perlahan.
Iman hanya tersenyum saja. "Thank you for the complement, Mister Farid. Saya pun bukannya menang dengan mudah. Glad to have a trial with you."
Singkat saja perbualan antara dua peguam itu. Kes perebutan harta pusaka yang diuruskan mereka berpihak pada anak guam Iman. Tidak lama kemudian, lelaki awal 40-an itu meminta diri untuk pergi.
Iman hanya mengiringi langkah dengan pandangan. Tidak menunggu lama, Iman juga melangkah ke koridor utama. Telefon pintar dikeluarkan dan nombor Faliq didail.
Sementara itu seorang lelaki mengatur langkah ke arahnya.
"Cik Iman," panggil lelaki tersebut.
Iman mengalihkan pandang pada lelaki itu. Dia kenal dengan lelaki itu. Abang angkat anak guamnya. "Ya. Ada apa?"
"Saya Aidil. Abang angkat kepada anak guam Cik Iman, Adilah." Lelaki itu memperkenalkan diri seraya menghulurkan untuk bersalaman.
Iman hanya menundukkan kepalanya sedikit sambil tersenyum." Ya, saya tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Encik Aidil?"
Lelaki itu mengusap belakang lehernya. Lagaknya seperti ada sesuatu yang mahu disampaikan.
"Cik Iman free tak malam ni? Saya nak ajak Cik Iman dinner. Anggaplah sebagai tanda terima kasih sebab tolong Adilah dapatkan hak dia." Aidil berkata dengan sopan.
Iman hanya terseyum nipis sebelum menjawab. "Saya dibayar, Encik Aidil. Adilah bayar saya bukan percuma. Jadi saya tak terima bayaran lain selain dari dalam perjanjian."
Wajah lelaki itu nampak kecewa sedikit. "Keluar makan aje, Cik Iman. Kalau Cik Iman tak selesa, saya ajak Adilah sekali." Bersungguh-sungguh dia memujuk peguam wanita itu.
Iman yang mula menyedari sesuatu, pantas memotong niat lelaki itu. Dia faham pandangan dan nada Aidil. Lelaki itu mahu mencuba komunikasi yang lebih banyak antara mereka.
Kebetulan Toyota putih milik Faliq berhenti tepat di depan mereka. Tepat pada masanya!
"Saya minta maaf sebab tolak ajakan Encik Aidil. Tapi saya kena pergi. Boyfriend saya dah sampai." Tanpa menunggu balasan dari lelaki itu, Iman pantas masuk ke dalam kereta. Aci kan claim Faliq boyfriend dia pulak hari ini?
Faliq sempat melihat sekilas wajah lelaki itu. Nampak macam kecewa.
"Siapa tadi tu? Nampak broken je," soal Faliq. Tangannya memutar stereng dan memandu keluar dari perkarangan mahkamah. Sekali lagi dia melihat sekilas Aidil di cermin sisi.
"Aidil, abang angkat klien aku. Dia ajak dinner sama-sama," balas Iman mendatar. Matanya fokus memeriksa jadualnya. Satu kes dah settle.
Dahi Faliq berkerut sedikit mendengarkan balasan Iman. "Dahtu, kau reject ke?"
Iman sekadar mengangguk."Hm."
"Kenapa kau reject? Aku tengok elok aje orangnya. Mana tahu sangkut," soal Faliq. Pelik betul dengan kawannya yang satu ini. Peluang depan mata, tak mahu ambil.
"Kepochinya kau ni. Kalah mak cik bawang." Faliq hanya tergelak saja. Dengan kawan-kawan rapatnya saja dia banyak mulut. Kalau dengan orang lain, sampai ke sudah tak ada suara.
"Malaslah aku. Tak berkenan." Pendek saja alasan Iman.
Faliq hanya mengangkat bahu. Malas mahu berdebat dengan peguam yang baru saja habis perbicaraan itu. Tak pasal-pasal Iman bidas dia dengan segala akta yang ada kat Malaysia ni.
Bukannya dia tidak tahu. Hati Iman ni keras sikit kalau bab-bab cinta. Katanya susah nak terima cinta lelaki.
"Bawa aku pergi pantai weh. Aku rasa nak healing lah," ujar Iman tiba-tiba. Lama gadis itu mendiamkan diri. Pandangannya dibuang ke luar tingkap. Bangunan tinggi tersusun di sepanjang jalan.
"Eh kau. Kau ingat aku driver kau ke? Banyak cekadak," balas Faliq.
Iman terus menoleh dengan jelingan tajam. "Berkira betullah kau ni. Kalau bukak sebab kereta aku tengah servis, tak ada maknanya aku nak ajak kau. Dari nak healing, terus rasa nak hilangkan nyawa orang," ucap Iman. Faliq yang beria-ria mahu menghantar dan menjemputnya.
Tak mungkin Iman menolak cadangan bernas itu. Dari habis duit bayar Grab, lebih baik dia ambil aje tawaran Faliq.
"Banyak mulut betullah budak Iman ni," omel Faliq. Dalam omelannya, Faliq tetap menukar lorong. Lorong kiri diambil dan mereka berdua menuju ke pantai.
***
Tak pernah dibuat orang jalan-jalan kat pantai waktu lunch hour. Sudah lah panas terik.
Orang tak betul aje yang healing kat pantai time panas terik begini. Faliq mengecilkan matanya untuk melihat Iman yang sedang berjalan sendirian di tepi pantai.
Dia pula lebih memilih untuk duduk di warung kecil yang berhampiran. "Budak ini tak boleh dibiarkan. Tak pasal-pasal hanyut pula nanti."
Telefon pintar dibuka dan segera menghubungi nombor Iman. Gadis itu terus menoleh padanya tatkala menjawab panggilan.
"Sudah-sudahlah tu healing. Meh sini. Kita minum air kelapa," ajak Faliq. Iman hanya mengangguk dan terus mematikan panggilan. Gadis itu mula berjalan mendekati Faliq yang sedang bersantai di bangku.
Faliq menyuakan kelapa muda yang sudah ditebuk bahagian atasnya. Iman menyambut dengan senyuman lebar. "Thank you!"
Sedutan demi sedutan terasa nikmat di tekaknya.
"Macam mana kerja kau? Ok ke? Kau stres ke pindah Malaysia?" Soal Faliq. Bukannya dia tak perasan yang Iman nampak agak serabut. Kalau tak, tak adanya dia ajak ke pantai.
Itu kebiasaan Iman kalau sedang serabut. Kata gadis itu, bunyi ombak menenangkan dia.
Iman ketawa perlahan. "Kalau kau tak boleh menipu aku, then aku pun sama weh. Jelas sangat ek aku ada problem?"
"Jelas sangat. Namanya je lawyer Iman. Tapi ekspresi muka sendiri tak boleh sorok," balas lelaki itu dengan cebikan.
Iman mula membuka cerita. Dia perlu menyesuaikan diri bekerja dalam kumpulan baru. "Aku dah biasa buat kerja laju. Bila aku kat sini, aku kena tolerate dengan banyak benda. It make my work slow lah, weh. Aku tak suka."
Faliq hanya membiarkan gadis itu bercerita. Sesekali dia memberi nasihat pada gadis itu. Budaya kerja di setiap tempat berbeza. Mungkin dahulu budaya di negara Barat memerlukan kepantasan. Tapi di Malaysia prosedurnya berbeza.
"Kau pun tahu kan orang Malaysia ni macam mana? Kalau boleh santai, santai aje." Geram Faliq dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang gemar dengan budaya kerja yang lambat. Tak pasal-pasal menyusahkan orang.
Iman hanya tergelak saja. Itu memang dia tak nafikan.
"Cakap pasal kerja kau, kau tak cuba rapat ke dengan bos kau? Dia tak ada cerita lagi pasal Mira?" Soalan itu terpacul dari mulut Faliq. Sejak beberapa hari lepas, wajah Amirah yang berusia 18 tahun kerap bermain di mindanya.
"Tuan Syed tu jarang ada kat ofis. Seminggu mungkin sehari je dia ada kat sana. Celah mana aku nak rapat?" Jawab Iman.
Faliq terus terdiam. Kalau ikutkan hati, dia mahu bertemu empat mata dengan lelaki bernama Syed Naqib itu. Faliq ada banyak soalan yang hendak ditanyakan pada lelaki itu.
"Iman. Apa pendapat kau tentang arranged marriage?" soal Faliq tiba-tiba.
Iman menyedut lagi air kelapa. "Kenapa tanya?"
"Saja tanya. Aku nak dengar pendapat lawyer tentang perkahwinan yang diatur keluarga. Kau rasa benda tu relevan ke?" Soal Faliq dengan nada serius.
Iman terdiam sebentar sebelum menjawab soalan lelaki itu.
"Maybe yes, maybe no."
"Why?"
"Mungkin relevan untuk orang jenis terbuka. I mean dia okay aje dengan pilihan keluarga dia. Lagipun, dalam Islam bercinta lepas kahwin is better than couple, right? So aku rasa relevan untuk individu yang boleh belajar untuk mengenal orang baru dan bina keluarga dengan orang yang dia tak kenal."
"Kalau tak relevan?" Soal Faliq.
"Mungkin juga tak relevan untuk dunia moden hari ini. We are living in 21st century kut. Manusia hari ini beragam. Orang hari ini bukannya macam orang dulu-dulu. Macam mana kita boleh diatur berkahwin dengan orang yang kita tak kenal, kan? Kalau dapat orang yang baik, then no problem lah. Tapi, kalau dapat pasangan yang bermasalah, macam mana? Macam mana kalau seseorang tu tak nak belajar untuk mencintai pasangan dia kan? Bukan ke benda tu menyakitkan pihak satu lagi, kan? Islam pun suruh kita fikir baik-baik sebelum nikah. Banyak benda perlu diambil kira sebelum kahwin." Panjang lebar Iman menyatakan pendapatnya.
"Yes! That is the point. How I wish mak listen it. Itulah yang aku cuba sampaikan pada mak selama ini. Tapi aku tak boleh, weh. Tak terluah aku nak cakap macam tu dekat mak aku." Faliq menundukkan kepala. Sejak malam itu, dia sudah kurang bertegur sapa dengan emaknya.
Bukannya mahu menjadi anak derhaka. Tapi, dia masih marah dengan keputusan melulu emaknya.
"Again, Liq? Cik Ruzy masih berkeras nak suruh kau kahwin juga?" Soal Iman dengan terkejut. Faliq sekadar mencebikkan bibir.
"Bersungguh-sungguh ya Cik Ruzy paksa kau kali ini," ujar Iman. Emak Faliq memang terkenal dengan sifatnya yang tegas. Semua yang keluar dari mulutnya harus dipatuhi oleh lelaki itu.
Kadang-kadang kasihan juga Iman pada lelaki itu. Tapi, nak buat macam mana kan.
"Kau tak cuba cari Mira?" Soal Iman. Pahit untuk dia telan hakikat itu. Tapi, soal hati dan perasaan tiada siapa yang boleh jangka.
Minggu lepas, Faliq menceritakan segalanya. Tentang perasaan lelaki itu terhadap Amirah, sahabat baiknya. Hanya Allah saja yang tahu betapa hancurnya hati Iman saat itu.
Dia rasa dialah pemenang. Hakikatnya dia hanya penenang buat lelaki itu.
Dia kalah dengan rakan mereka yang sudah hilang bertahun-tahun lamanya.
"Merata-rata aku cari dia, Man. Aku datang Pahang untuk cari keluarga dia, aku contact kawan-kawan sekolah kita, aku cari akaun media sosial dia. Tetap tak ada, Man." Ada nada putus asa dalam bicara lelaki itu.
Iman menjadi saksi Faliq benar-benar mencintai Amirah. Ketulusan lelaki itu membuatkan Iman sedikit cemburu pada Amirah.
"Tapi tak ada guna pun kalau aku cari Mira, sekarang. Dia dah nak jadi milik orang lain, Man. She's engaged."
"Buka hati kau untuk orang baru, Faliq." Iman tahu dia jahat. Dia mahu lelaki itu lupakan Amirah. Dia tahu dia jahat. Tetapi dia juga menaruh hati pada lelaki itu.
"Tak boleh, Man. Susah." Faliq menggelengkan kepala. 10 tahun berlalu. Sudah banyak kali dia cuba membuka hatinya untuk orang lain. Tetap, hatinya tidak boleh.
"Once, kalau kau terdesak. Aku ada, Faliq. Aku ada." Bodoh. Itu perkataan yang tepat buat Iman. Hanya orang bodoh saja yang berani mempertaruhkan hidup dan hatinya.
Dan itulah Iman.
Kerana dia juga cintakan...
... Faliq.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top