BM 4❤🐣
10 tahun kemudian.
Sepasang tangan milik Iman menolak sliding door dengan senyuman lebar. "Good morning, Malaysia!"
Matanya terpejam menghirup udara segar tanah airnya. Sudah lama rasanya dia tidak merasa suasana pagi di negaranya. Biasanya dia bangun sambil mendengar hiruk pikuk kota raya London.
Tamat saja pengajiannya, Iman terus mencuba nasib memohon kerja di salah satu firma yang ada di London. Memandangkan firma itu adalah firma ayah rakan sepengajiannya, memang mudah saja Iman mendapatkan pekerjaan. Orang dalam hehe.
Syukur, 5 tahun bekerja di firma asing memberi pengalaman yang banyak kepada Iman.
Sudah seminggu dia pulang ke Malaysia. Kali ini kepulangannya kekal. Dia sudah puas berkhidmat di negara barat. Sudah tiba masanya dia berbakti untuk tanah air. Eceee patriotik pula pagi-pagi ni.
Bingkai gambar di atas meja dilihat sekilas. Kakinya mendekati meja dan bingkai itu ditatap dengan rasa yang bercampur-baur.
"Tak sangka masa cepat sangat berlalu. Dah 10 tahun kita tak jumpa, Mira. Apa lah khabar kau, ya? Macam manalah rupa kau sekarang? Sihat ke tidak kau, ek?" Iman mengusap gambar itu sambil tersenyum sendiri. Gambar tiga orang budak sekolah sedang tersenyum ceria dengan beberapa sisa cat di wajah mereka bertiga.
Tidak lama selepas dia tiba di London, dia mendapat khabar bahawa Amirah sudah berpindah dari kampung mereka. Bila ditanya pada ibunya, ibunya juga tidak tahu ke mana keluarga gadis itu berpindah. Apabila ditanya Faliq, lelaki itu cuma tahu yang Amirah berpindah ke Pahang.
Iman benar-benar sudah terputus hubungan dengan gadis itu.
Tapi, tidak dengan Faliq. Iman masih berkawan baik dengan lelaki itu. Bahkan lebih akrab memandangkan tinggal mereka berdua sahaja.
***
"Aliq. Kamu ni bila nak bangun? Matahari dah tegak atas kepala tu." Suara perempuan tipikal emak-emak Asia menerjah halwa telinga Faliq. Tubuhnya masih 'terbalut' kemas dalam selimut. Cuti hujung minggu ni memang rugi kalau tak digunakan untuk qada' tidur.
Matanya seakan dilekatkan dengan gam gajah sehingga sukar untuk dibuka. Argh, tu semua alasan aje tak nak bangun!
"Megat Faliq Bin Megat Ali! Bangun lah, nak! Ya Allah anak aku ni. Apa nak jadi dengan kamu ni?" terus terbuka matanya apabila emak menyebut nama penuhnya.
Itu tandanya emaknya serius.
"Ya, mak. Aliq dah bangun ni." Malas-malas Faliq menyahut. Matanya ditenyeh perlahan. Namun, badannya belum bangun dari melekat dengan permukaan katil yang empuk.
"Hah bangunlah cepat sikit. Pergi mandi. Sarapan. Kejap lagi kawan emak nak datang. Mak nak kenalkan kamu dengan anak dia." Mendengar sahaja ucapan emaknya itu, Faliq mendengus kasar.
"Mak ni tak habis-habis nak kenalkan aku dengan anak kawan dia. Kawan ni lah. Kawan itu lah. Menyampah betul!" bebelnya seorang diri. Setiap kali emaknya nak kenalkan dia pada anak kawan-kawannya, setiap itu jugalah banyak alasan yang diberi Faliq.
Tapi kali ini, nampaknya dia tak boleh lari. Sampai ke rumah mak bawa kawan.
"Faliq! Termenung apa lagi?" Suara emak sekali lagi memetir dari luar kamar. Aik! Macam mana mak boleh tahu yang dia tengah termenung? Mak ada invisible eye ke?
Dia pantas mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah selesai, baju t-shirt tanpa kolar disarung ke tubuhnya. Seluar bercorak kain pelekat menjadi pilihannya. Santai.
Selesai sahaja menilik penampilannya di cermin, dia melangkah keluar. Baru berapa tapak dari biliknya, dia terdengar suara orang berbual-bual.
"Haa Aliq. Dah bangun pun. Sini, nak. Mak nak kenalkan dengan kawan emak." Faliq malas-malas melangkah ke arah emaknya. Baru ingat nak lari. Tapi, nak lari pun tak boleh. Bilik dia depan sekali kut.
Bukan dia tidak perasan gadis yang berada di sebelah wanita yang lebih berumur itu tidak lepas memandangnya sambil tersenyum. Gadis itu menyelitkan rambutnya sambil tersenyum ke arah Faliq.
Eww! Dia kenapa?
"Kenalkan, Shima. Ni anak aku, Megat Faliq. Kerja pun biasa-biasa aje dekat Tuna Maya." Emak Faliq, Puan Ruzy memperkenalkan anak tunggalnya.
Puan Shima spontan melebarkan senyumannya.
"Huish segak anak kau, Ji. Kau kata kerja biasa-biasa? Tuna Maya tu bukan calang-calang company Ruzy oi. Mesti duit berkepuk-kepuk ni," ujar Puan Shima sambil menyenggol bahu anak gadisnya. Gadis itu semakin tersenyum sambil tersipu malu.
Faliq sudah membuang muka tanda meluat.
'Kenapa aku perlu stuck dalam situasi ini, ya Allah? Selamatkan lah aku...' Faliq semakin tidak betah apabila Puan Shima semakin berminat ingin mengetahui tentang dirinya. Emaknya pun bukan main rancak mempromosikan dirinya.
Ingat ni sale Tupperware ke?
"Faliq, ini anak mak cik. Namanya Suhana Aliya. Kalau kamu sudi, kenal-kenal lah dengan Suhana. Suhana ni belajar tak tinggi mana. Tapi mak cik yakin dia boleh calon isteri terbaik untuk kamu. Kalau ada rezeki, berbesanlah mak cik dengan mak kamu," ucap Puan Shima sebelum sama-sama ketawa dengan emaknya. Sumpah tak minat dengan situasi ni.
Faliq hanya memandang sekilas gadis itu. Dia benar-benar tidak berminat untuk berkenalan dengan gadis itu atau mana-mana gadis sekalipun.
"Rasanya tak kut, mak cik. Saya tak berminat nak berkenalan dengan mana-mana perempuan buat masa ini termasuklah anak mak cik. Saya ni muda lagi. Kerja pun jadi office boy je. Tak ada pun yang nak dibanggakan dari saya ni. So, saya rasa tak nak tambah beban fikiran. Makin sakit kepala saya nanti," ujar Faliq dengan nada santai. Badannya juga disandarkan dengan selesa pada sofa. Tidak lupa juga senyuman manis terukir di wajah kacaknya.
Bukannya Faliq tak perasan yang muka emaknya sudah berubah. Silap hari bulan mak halau dia dari rumah sebab dah malukan Puan Rozy depan kawan baiknya.
Tapi, dia kesah apa. Ini hidup dia. Dia berhak suarakan apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka.
Wajah Puan Shima nampak terkedu dengan kata-kata Faliq. Gadis itu juga sama. Puan Shima hanya tersenyum kelat sahaja.
"Oh macam tu ya. Maaflah, mak cik tak tahu."
"Megat Faliq!"
Faliq hanya memandang wajah marah emaknya dengan senyuman. Sorry mak.
'Kali ini aje Faliq derhaka sikit dengan mak.'
"Ok lah mak. Sambunglah berbual. Saya minta diri dulu ya. Nak makan. Lapar. Assalamualaikum." Faliq terus bangun dari duduknya. Sempat dia menundukkan sedikit kepalanya sebelum berlalu meninggalkan ruangan itu.
Serba salah sebenarnya malukan emaknya di hadapan tetamu. Tapi kalau dia tak buat macam tu, sampai bila-bila emaknya akan sibuk mencarikan jodoh buatnya.
Padahal, di hatinya sudah tertulis nama seseorang. Sehingga saat ini nama itu masih kekal dan akan kekal sampai bila-bila.
"Where are you, Nik Amirah?"
***
"Sumpah kau cakap macam tu? Aku boleh bayangkan muka Cik Rozy macam mana. Mesti berasap," ujar Iman dengan mulut ternganga. Jus tembikai di depannya dihirup.
"Mahu tak mengamuk mak aku. Dah lah Cik Shima tu kawan baik dia. Aku pula jawab macam tu. Memang malam tu aku kena kaw-kaw lah." Tergelak Faliq menceritakan kejadian semalam kepada Iman.
Sejak gadis itu pulang ke Malaysia, makin kerap mereka bertemu. Yalah, Faliq sampai sekarang memang kurang kawan. Bila ada Iman, memang gadis itu saja yang menjadi penemannya.
"Lepastu apa reaction Cik Shima tu bila tahu kau office boy? Mesti dia broken kan?" Sempat jarinya digerakkan tatkala menyebut perkataan office boy.
"Aku rasa dia broken sebab muka dia terus berubah. Eleh, ada hati nak jadikan aku menantu dia konon. Aku tak fikir lah pasal jodoh ni," jawab Faliq.
Kalaulah Puan Shima tahu yang dia sebenarnya pengurus pemasaran di Tuna Maya dan bukannya office boy, apa lah reaksi wanita itu agaknya.
"Kau ingat kau muda lagi ke, Liq? Kau tu dah boleh dikategorikan sebagai bujang lapuk tau," ujar Iman sambil tergelak perlahan. Tapi, jujur Iman katakan. Faliq versi 28 tahun tampak sangat matang. Bahkan tidak kelihatan seperti hendak masuk umur kepala 3.
"Hello! Kau cakap dengan cermin ke, Man? Kalau aku bujang lapuk, then kau apa? Anak dara tua?" Laju saja mulut Faliq mengenakannya semula. Pantang ada peluang.
"Aku muda lagi, ok! Aku tak ready lagi nak ada relationship dengan sesiapa," bidas Iman sambil menjeling tajam lelaki itu.
"Tahu pun. Sama lah aku pun. Aku pun tak ready lagi nak terima perempuan dalam hidup aku. Cukup lah mak aku je perempuan dalam hidup aku. Itu pun aku tengok macam susah je Pak Ali tu nak handle Cik Ruzy." Selamba aje Faliq ini mengata emaknya. Tergelak Iman apabila teringatkan wanita yang sebaya dengan emaknya itu.
"By the way, Man. Kau bertahun-tahun duduk negara penjajah tu, tak ada sangkut ke dengan mana-mana mat salleh?" Soal Faliq dengan wajah kepochi.
Iman pantas menggeleng.
"Menipu aje tak ada. Punyalah banyak manusia kat London tu. Takkan tak ada yang sangkut."
"Weh, kau sejak bila jadi kepochi ni? Sumpah macam mak cik-mak cik bawang dekat area rumah aku. Menyibuk aje nak tahu hal orang." Teringat pula dia dengan beberapa orang mak cik di taman perumahannya yang bertanya banyak soalan apabila pertama kali bertemu.
Sumpah sebijik macam Faliq.
Faliq terus tergelak apabila melihat wajah meluat Iman. Rindu betul nak bergurau senda macam dulu-dulu. Lagi seronok kalau ada Amirah sekali.
"Kau tak ada dengar khabar pasal Amirah ke?" Soal Faliq tiba-tiba.
"Soalan itu sepatutnya keluar dari mulut aku. Aku yang patut tanya kau memandangkan kau memang duduk Malaysia sejak dulu. Aku ni tahu Amirah pindah pun dari ibu aku." Iman juga sudah buntu mencari keberadaan gadis itu. Puas digodeh media sosial. Mana tahu terjumpa akaun gadis itu ke. Tapi, hasilnya nihil.
"Last aku dengar, dia dah pindah dari Pahang. Next ke mana aku tak tahu." Faliq juga hampir putus asa mencari gadis itu.
"Dia ingat kita tengah main hide and seek ke?" Tak puas hati betul Iman apabila tiada sesiapa pun mengetahui di mana gadis itu tinggal.
"Tunggulah bila aku jumpa dia. Aku geletek dia sampai dia tak boleh bernafas. Masa tu aku akan heret dia ke mahkamah dan dakwa dia atas tuduhan meninggalkan kawan baik tercantik tanpa berita." Bersemangat Iman berkata.
Faliq tersenyum saja mendengar kata-kata Iman yang mula mengarut ini. Perempuan ini sebelum lebih mengarut, lebih baik dikawal. Kang makin jauh, susah pula.
"Cakap pasal dakwa. Sampai bila kau nak tanam anggur? Kau tak nak kerja ke?" Soal Faliq.
"Sabar lah. Aku tengah tunggu panggilan lah ni. Tak lama lagi ada lah tu," jawab gadis itu dengan yakin.
"Kau ni pun satu lah. Dah elok-elok kerja kat sana. Kau balik sini buat apa? Malaysia ni bukan ada apa pun. Hari-hari kes jenayah naik juga. Nanti kau stres handle kelakuan rakyat Malaysia yang makin rosak ni baru tahu," panjang lebar lelaki itu membebel.
"Aduh kau ni. Membebel sebiji macam ibu aku. Aku ni homesick lah. Aku dah tak boleh go dengan udara penjajah. Dah tiba masanya aku berbakti untuk agama, bangsa dan negara." Tangan Iman digenggam erat sambil mata memandang Jalur Gemilang yang sedang berkirbar di luar kedai.
"Dah tua pun homesick lagi? Kau ingat kau budak degree first year ke, hah?" Tergelak Faliq mendengar jawapan gadis itu.
"Diamlah. Kau tahu apa? Kau dari dulu duduk bawah ketiak mak kau. Lagipun kat Malaysia ada jodoh aku. Aku akan pastikan tahun ni, aku kahwin dengan jodoh aku." Kali ini lebih bersemangat Iman menuturkan kata-kata itu. Senyuman manis juga terukir di wajahnya.
"Diamlah kau. Mak aku yang tak bagi aku jauh dari dia, ok! Ikut kau lah, Iman Dayana. Jangan cakap abang tak payung," ujar Faliq dengan jelingan tajam. Pantang betul kalau orang ungkit dia anak manja.
Iman terus tergelak melihat wajah cemberut Faliq.
Persahabatan itu indah jika bertemu dengan orang yang tepat. Begitulah situasi mereka berdua. Iman dan Faliq langsung tiada kecanggungan ketika berbual. Semuanya dikongsi layaknya orang bersahabat.
Cuma... tiada siapa yang tahu selama mana persahabatan ini akan kekal.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top