BM 2❤🐣

Seminggu sebelum keberangkatan Iman ke Kuala Lumpur, hari-hari Amirah akan menjadi tetamu tak diundang di rumah gadis itu. Katanya mahu meluangkan saat-saat terakhir bersama sahabat dunia akhirat. Tapi nampak gaya macam makin menyusahkan Iman saja.

"Baik kau bangun sebelum aku sekeh kau," ucap Iman sambil bercekak pinggang. Geram pula melihat Amirah yang sedang berbaring sambil menyilangkan kaki. Mata gadis itu terpejam rapat menghayati angin yang terhasil dari putaran kipas.

"Sabarlah Iman. Bagilah aku merasa baring kat katil mahal kau ni. Mana tahu lepasni kita dah tak berkawan ke," ucap Amirah tanpa membuka mata.

"Kau merepek apa ni? Nak mampus ke? Tinggal berapa Jumaat lagi kau ni?" soal Iman seraya menghenyakkan punggung di samping katil. Mendengar pertanyaan Iman, Amirah malas mahu melayan. Satu pesanan jika mahu berteman dengan Iman Dayana adalah jangan mudah ambil hati dengan ucapannya yang sedikit kasar.

Sifat kasar dan Iman Dayana memang tidak boleh dipisahkan. Dah lekat macam isi dengan kuku.

"Weh, aku takutlah nak duduk dekat negara orang. Macam mana kalau aku tak boleh survive? And lagi worst, macam mana kalau aku culture shock?" ucap Iman tiba-tiba. Dia turut merebahkan tubuh di sebelah Amirah.

"Aku yakin kau boleh survive. Kau tak lembik macam aku, Iman. Kau lagi bijak dari aku," ucap Amirah bersahaja. Mendengar jawapan itu, Iman melepaskan keluhan.

"Thanks for the complement. Tapi aku tak suka kau cakap macam tu. Jangan nak rendahkan diri sendiri boleh tak?" ucap Iman dengan nada jengkel. Amirah masih diam.

Betullah apa yang dia cakap. Iman pandai sebab dapat tawaran sambung belajar kat London. Dan Iman yang dia kenal memang berani. Iman selalu lantang bersuara dengan apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.

Tak macam... Nik Amirah. UPU haritu pun... entahlah. Malas mahu ulas.

"Esok kau gerak pukul berapa?" soal Amirah mengalihkan pembicaraan. Dia duduk sambil menghadap Iman yang masih terbaring.

"Lepas subuh tu, aku gerak KL terus." Iman perlu menghadiri kelas persediaan selama 3 bulan di Kuala Lumpur sebelum berangkat ke negara penjajah itu.

"Aku cuma boleh hantar kau sampai sini aje tau. Aku rasa aku tak boleh nak hantar kau sampai kat lapangan terbang," ucap Amirah dengan wajah monyok. Macam tak mungkin aje dia nak ke airport yang ada kat KL tu. Confirm mak ayah dia tak kasi punya.

"Aku ok jelah. Aku faham. Yang penting esok pagi, aku nak kau dengan Faliq kena ada. For the last time, please." Amirah pantas mengangguk. Malam ni dia akan kunci jam loceng. Dan Faliq memang dia akan paksa sampai lelaki tu celikkan mata. Bukan dia tak tahu, lelaki tu kalau dah tidur mana ingat apa-apa.

"Janji!" Amirah mengambil tangan Iman dan menautkan jari kelingking mereka berdua.

***

Dan seperti yang dijanjikan, tepat jam 6:00 pagi, Amirah dan Faliq sudah terpacak di depan muka rumah Iman. Keluarga gadis itu juga nampaknya sudah bersedia untuk bertolak ke Kuala Lumpur.

"Iman... janji dengan aku tau. Jangan lupakan aku. Aku sayang kau sampai bila-bila," ucap Amirah dengan pandangan yang kian kabur dengan air mata. Tubuh Iman dirangkul erat bagai tak mahu lepas.

"Janganlah menangis, Mira. Tak pasal-pasal aku tak jadi pergi karang," ujar Iman sambil mengusap belakang Amirah. Tipulah kalau air mata dia tak menitis. Dari kecil, Amirah adalah sahabatnya yang selalu ada untuknya. Dan sekarang, di umur 18 tahun, dia akan berpisah dengan sahabat yang paling dia sayang.

"Tak payah layan apa yang dia cakap, Man. Kau kena kejar cita-cita kau nak jadi lawyer..." Faliq juga tak kalah sedih. Walaupun Faliq baru berpindah ke kampung ini ketika darjah 6, perkara itu langsung tidak mengubah fakta yang Faliq juga antara sahabat yang paling Iman sayang. Bahkan lebih dari itu.

"Jaga Amirah baik-baik tau, Faliq. Jangan bergaduh dengan dia. Mira ni lembut," ucap Iman sambil mengusap air mata. Hari ini egonya runtuh. Air mata mengalir deras seakan empangan.

"Kakak, jom. Kita kena bertolak sekarang. Nanti lambat susah," teguran Encik Hamdhan menghentikan perbualan antara tiga sahabat itu. Hati tuanya juga sayu melihat perpisahan ini. Bukannya dia tak tahu serapat mana ketiga-tiga anak itu. Tapi inilah jalannya.

Berpisah demi pendidikan dan cita-cita.

Amirah mengiringi kepergian Iman dengan air mata yang tersisa. Faliq di sebelahnya pula hanya mampu menahan rasa. Tak mungkin dia nak meraung macam kedua-dua gadis tu, kan?

"Bye Iman! Jaga diri baik-baik!" jerit Amirah sambil melambaikan tangan. Kakinya bergerak perlahan mengikuti kereta yang dipandu Encik Hamdhan.

"Bye Amirah! Jaga diri kau jugak!" ucap Iman dari dalam kereta. Akhirnya kenderaan itu semakin menjauh dan hilang di balik kegelapan fajar. Amirah berdiri di tempatnya.

"Sampai jumpa lagi, Iman Dayana..."

***


Tiga bulan berlalu, hari ini adalah hari keberangkatan Iman ke bumi Eropah. Tapi tiada apa yang boleh Amirah buat selain berdoa agar sahabatnya itu selamat pergi dan menggapai cita-citanya.

"Haih, bosannya lah bila Iman tak ada," ucap Amirah sambil melepaskan keluhan. Ranting yang berada di dekatnya diambil dan dipatah-patah.

Hidupnya benar-benar sunyi setelah kepergian Iman. Sudahlah Faliq juga bekerja. Hanya dia saja yang masih menanam anggur.

"Amboi Cik Mira. Bukan main panjang kau mengeluh. Berat sangat ke beban dunia tu?" suara garau dari arah belakang mengentikan perbuatan Amirah. Segera dia menoleh ke arah belakang dan figura Faliq mendekatinya. Lelaki itu melabuhkan duduk di sebelah Amirah.

"Kau tak kerja ke hari ini?" soal Amirah pelik. Setahunya, Faliq kerja di stesen minyak di bandar pada waktu siang.

"Kerja. Tapi hari ini aku ambil shift malam. Budak shift malam tu ada emergency. So aku swap dengan dia," jawab Faliq. Amirah hanya mengangguk faham. Kedua-duanya sama-sama mendiamkan diri. Angin sepoi-sepoi bahasa dibiarkan menampar lembut wajah.

"Kau ok, Amirah?" soal Faliq tiba-tiba.

Amirah diam tidak menjawab.

"Aku tahu kau tak ok. Kau tak nak share story dengan aku ke?" soal Faliq lagi. Dia masih tidak berputus asa. Dia tahu yang gadis itu sedang tidak baik-baik.

"Kau tahu kan yang aku tak dapat universiti yang aku nak. Kos yang aku nak pun tak dapat. Aku nak kena buat apa ni, Faliq?" ujar Amirah perlahan. Faliq hanya membisu. Dia mahu Amirah melepaskan semua yang terbuku di hati.

"Aku penat dengan orang sekeliling aku. Diorang selalu letakkan expectation yang tinggi pada aku. Itu aku ok lagi. Bila semua nak bandingkan aku dengan Iman, aku lemah. Diorang tanya kenapa aku tak sambung belajar macam Iman. Diaorang fikir aku tak nak ke? Tapi ingat senang ke 4A nak pergi luar negara? Lainlah kalau straight A+ macam Iman!" ujar Amirah dengan nada getaran. Rasa ini sudah lama dipendam. Cuma tiada sesiapa yang mendengarnya.

Muak dia apabila selalu dipersoalkan hal yang sama berulang-ulang kali.

"Aku penat... dengan dunia dan isinya," ujar Amirah lemah. Kata-kata itu menjadi penutup luahan yang telah lama terpendam.

Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia menjerit pada dunia. Dia juga tak mahu hidup begitu! Dia juga mahu sambung belajar macam Iman!

"Amirah...pernah tak ada orang cakap yang kau ni sebenarnya cantik?' soal Faliq tiba-tiba. Sejak tadi, Faliq memerhati wajah Amirah yang nampak sungguh lelah itu.

"Ni bukan masa yang tepat nak mengayat, Faliq. Jangan tambahkan beban aku boleh tak?" soal Amirah sambil menjeling. Orang tengah stres boleh pula dia cakap macam tu. Rasa nak sepak laju-laju.

"I am saying the truth, Amirah. Kau tahu tak, cantik itu subjektif. Bila aku tengok kau boleh hadap apa yang orang cakap, kau nampak sangat cantik dan kuat. Kau diam tak bermaksud kau lemah, right? Kau cuma malas nak bergaduh dengan diorang." Ujar Faliq dengan lembut.

Faliq sangat berbeza jika dengan Amirah. Bicaranya sangat lembut dan budiman. Jaranglah Faliq mencari gaduh dengan gadis itu. Baginya, Amirah perlu dilayan dengan lembut.

Dalam diam Amirah mahu mengiyakan. Dia bukannya Iman Dayana yang akan sentiasa meluahkan apa yang terbuku di hati. Dia hanya Nik Amirah yang pasif dan penakut.

"Aku cantik? Tu bukan untuk aku, Faliq. Cantik dan kuat itu semestinya lebih sesuai untuk kawan kita yang kat bumi Eropah nun di sana, Iman Dayana." Amirah mengukir senyuman tawar.

Masih terngiang-ngiang di telinganya setiap kali ada orang yang bertanya kenapa dia tak mahu sambung belajar macam Iman.
Dia mahu marah! Tapi... dia tak kuat nak melawan.

"Stop bandingkan diri kau dengan dia. Iman adalah Iman. Dan Amirah adalah Amirah! Jangan nak bandingkan hidup kau dengan hidup dia. Kau tak penat ke hidup dalam bayang-bayang Iman?" soal Faliq geram. Tak habis-habis nak bandingkan diri sendiri dengan orang lain?

"Aku hidup dalam bayang-bayang Iman?" soal Amirah semula. Dia kurang faham dengan ucapan lelaki itu.

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tak ikhlas ke berkawan dengan Iman selama ini? Kenapa kau marah sangat?" soal Amirah lagi. Faliq terdiam mendengar pertanyaan itu. Bukan itu maksudnya!

"Tak Mira... Boleh tak, kau fahamkan ayat aku betul-betul? Apa yang aku cakap ni tak bermaksud kau boleh meragui keikhlasan aku berkawan dengan Iman. Tak!" mendidih hatinya apabila Amirah langsung tidak dapat menangkap apa yang mahu dia sampaikan.

Lagi parah boleh pula gadis itu salah faham. Susah ya nak cakap dengan makhluk aneh berjantina perempuan!

"Aku cuma nak kau stop bandingkan diri kau dengan Iman. Setiap orang jalannya berbeza-beza. Kalau kau gagal hari ini, it doesn't mean esok kau akan gagal juga. Everything need time, Nik Amirah," ujar Faliq dengan nada yang dilembutkan. Amirah terus terdiam mendengar kata-kata itu.

"Kau boleh bangga dengan pencapaian Iman. Tapi jangan sampai rendahkan diri sendiri. Jalan Iman untuk jadi lawyer, Allah dah tetapkan macam tu. Jalan kau? Kau kena usaha sendiri tanpa perlu nak bandingkan diri kau dengan orang lain. Persetankan apa yang orang cakap. Diorang tak hidup dalam kasut kau," tambah Faliq lagi.

Kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu benar-benar memberi kehangatan dalam hati Amirah.

"Sejak bila kau boleh jadi gentleman macam ni? Selalunya kau tahu menyakitkan hati aku dengan Iman je," ujar Amirah dengan terharu. Jujur, hatinya tersentuh mendengar kata-kata lelaki itu. Setiap ucapan yang keluar dari mulut lelaki itu seakan memberikannya nafas baharu.

Faliq mengukir senyuman herot. "Aku memang macam ni..."

"... tapi untuk kau sorang saja."

Terus mati senyuman Amirah. Entah kenapa, hatinya mula diterpa rasa aneh. Rasa... jatuh cinta? Argh mengarut.

"Dasar buaya darat! Dah! Jom belanja aku makan kat kedai Cik Ann," ucap Amirah sambil bangun dengan terburu-buru. Dia terus melangkah ke arah basikal tanpa menoleh ke arah Faliq.

"Tunggulah aku, Amirah." Faliq juga bingkas bangun dan mengejar langkah Amirah. Bibirnya melorek sedikit senyuman.
Argh! Malunya!

***
Suasana antara mereka berdua yang sepatutnya diisi dengan canda dan tawa kini diselubungi suasana janggal.

Amirah seolah-olah boleh melihat aura kegelapan mengelilingi Faliq saat itu. Mungkin kalau mata Faliq boleh keluarkan laser, meja Cik Ann dah berlubang-lubang sebab terkena laser Faliq. Ok gurau je. Melebih sangat tu.

Tapi serius. Muka Faliq sangat tegang sekarang sehingga Amirah pun takut hendak tegur. Berhati-hati dia suap ABC ke dalam mulut sebab tak mahu sudu berlaga dengan bekas.

Sekali imbas, mereka berdua ini seperti pasangan bercinta budak sekolah menengah yang sedang bergaduh sebab awek dia dapat Cadbury Black Forest dari lelaki lain.

"Makan je macam biasa, Amirah. Tak payah nak cover-cover," tegur Faliq. Amirah hanya tersenyum janggal.

"Muka kau serius sangat. Takut aku. Kau... ok tak?" soal Amirah berhati-hati. Takutlah kalau salah tanya nanti penumbuk Faliq singgah kat wajah dia pula. Dahlah tadi lelaki itu hampir menunjukkan sisi samsengnya.

Terluah keluhan dari mulut Faliq.

"Aku ok. Aku cuma... tak suka dengan apa yang dia cakap tadi," ujar Faliq. Kalau bukan sebab Amirah bersungguh-sungguh menghalangnya, memang penumbuk dia melayang dekat si Meon. Mulut jahat mengalahkan jin ifrit!

Masih terngiang-ngiang di telinga mereka berdua suara Meon yang sedap melemparkan hinaan pada Amirah. Sampai tahap menghina, memang baran Faliq tidak boleh dibendung lagi.

***

"Eh Amirah cantik." Entah dari mana lelaki yang bernama Damien ini muncul. Tapi nama Damien terlalu kacak untuk Meon yang muka cukup makan.

"Tepilah." Ujar Amirah dengan jelingan tajam. Nasib baik dia sempat brek basikal dia. Tapi masalahnya sekarang ni, elok pula tangan si Meon di tahan basikal dia. Dia ingat ni drama Korea ke? Sumpah tak kena weh.

"Amboi, tajamnya jelingan. Amirah cantik nak ke mana ni. Nak Damien teman ke?" soal Meon tak mahu kalah. Wajahnya menayangkan senyuman lebar.

Sekarang ini Amirah seperti rasa menyesal pula bila ajak Faliq berlumba. Dah sah-sah lelaki tu sampai kat kedai Cik Ann dulu. Tak pasal-pasal dia kena hadap gangster tahi kucing macam Meon.

"Aku langgar kau ni karang!" ucap Amirah sediki tinggi. Tapi Meon dan kedua kawannya pula menghamburkan ketawa kuat.

Seolah-olah mengejek ancaman Amirah. Yalah, siapa je takut kena langgar basikal? Bukannya patah kaki pun.

"Apa Amirah? Kau nak langgar aku dengan basikal buruk kau ni?" soal Meon sambil mendekatkan wajahnya ke muka Amirah.

Dengan pantas Amirah segera menjauhkan wajah. Gelinya!

"Sayangnya kau ni. Muka cantik, tapi boleh tahan bodoh juga ya," sambung Meon sebelum meledakkan tawa dengan kuat. Semakin galak dia ketawa apabila Faizal dan Aqil ikut ketawa dengan lawak bodohnya.

Tapi, belum sempat Amirah mahu bersuara, tawa Meon segera terhenti apabila lehernya direngkuh kasar oleh Faliq. Faliq muncul entah dari mana.

"Kau cakap apa dekat Amirah? Kau ulang balik apa yang kau cakap!" ujar Faliq sambil mencekak kuat kolar baju Meon. Faizal dan Aqil baru saja mahu menghalang Faliq. Tapi segera ditahan oleh Meon.

"Wah wah! Ada yang nak jadi hero lah..." ucap Meon sambil ketawa perlahan. Tegang sungguh wajah Faliq saat ini.

"Kalau kau berani, kau cakap balik apa yang kau cakap dekat dia tadi!"

"Aku? Cakap apa dekat dia?" soal Meon sambil tersenyum sinis. Jarinya dituding tepat ke wajah Amirah yang kini sudah berdiri di tepi Faliq.

"Aku cakap dia bodoh! Muka lawa tapi bodoh!" jerit lelaki itu kuat di depan muka Faliq. Memang cari nahas betul si Meon ni. Dahlah mulut bau longkang!

"Woi mulut busuk! Kau jaga mulut kau baik-baik!" semakin menggelegak jiwanya apabila melihat wajah selamba Meon. Baru saja dia mahu menghayunkan penumbuknya ke wajah cukup makan Meon, tapi segera dihalang oleh Amirah.

"Kau lepas tangan aku, Mirah! Biar aku tumbuk mulut busuk macam jering basi dia ni!" ujar Faliq dengan berang. Mendengar kata-kata Faliq, Amirah sedikit lagi mahu ketawa. Tapi dia tahu, ini bukan masa yang sesuai. Silap-silap melayang penumbuk kat muka dia.

"Dah Faliq. Kita pergi. Tak payah layan orang tak betul macam dia ni," ujar Amirah sambil menarik lengan Faliq untuk pergi.

"Dasar pengecut!"

Meon ni memang mengidam penumbuk Faliq agaknya. Sengaja mahu mengapi-apikan keadaan yang sudah sedia panas.

"Eyy kau ni!" sekali lagi Faliq mencapai kolar Meon.

"Faliq! Sudah! Kalau kau nak bertumbuk, kau tak ada beza pun dengan dia ni. Dua-dua akal pendek!" ujar Amirah dengan geram.

Nasib Amirah sempat menahan Faliq sekali lagi. Kalau tak, memang bertumbuklah mereka di tengah-tengah alam ni.

Sejujurnya dia pun tak tahu apa masalah Meon. Tak kan lah tak habis lagi marah dia sebab kena reject time sekolah dulu? Haih, susahnya lah ada manusia macam ini. Gamon.

***

"Kau tak payah risau lah. Kalau kau halang macam mana pun, Meon tu tak akan berubah. Natural talent dia kan menyakitkan hati orang," ucap Amirah sekadar mahu menyejukkan hati. Kalau hari-hari hadap Faliq versi garang ni, dia pun takut.

"Aku cuma tak suka dia cakap macam tu dengan kau," jawab Faliq. Tangannya mencapai milo ais dan disedut hingga habis. Amirah tersenyum segaris.

"Jangan risau, ok?" terharu pula hatinya apabila teringat semula apa yang dilakukan Faliq tadi. Lelaki itu bersungguh-sungguh mempertahankannya. Haih, mengapa Faliq?

Mengapa?












Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top