BM 1❤🐣

"Assalamualaikum. Mira oh Mira." Suara lantang seseorang menyapa pendengaran Amirah. Jarinya terus menghentikan drama Korea yang sedang ditontonnya.

Amirah bingkas keluar dari bilik untuk melihat tetamu tak diundang itu. Sempat juga tudung sarung di birai katil dicapainya.

Buka saja pintu rumah, dua manusia sedang berdiri tegak tegak di anjung rumah. Salah seorang dari mereka, Iman, tersengih memandangnya.

"Waalaikumussalam. Ada apa yang boleh saya bantu pak cik dan mak cik? " soal Amirah dengan nada mengejek kepada dua manusia di depannya.

"Tak guna kau, Mira. Aku punyalah cantik-cantik macam Fazura ni kau panggil aku mak cik? Kau nak kena ke?" ujar Iman sambil membuat menyinsing lengan bajunya.

Terus pecah tawa Amirah melihat respon gadis itu. Iman memang pantang kalau orang cakap dia tua. Dia cakap dia dah habis beratus-ratus ringgit beli skincare supaya muka dia tetap awet muda. Padahal gadis itu sudah sedia cantik.

"Haa sudah! Korang tak payah nak jadi budak kecil kat sini. Sekali aku sekeh dua-dua baru tahu," celah lelaki yang sejak tadi mendiamkan diri saja.

Bertahun-tahun Faliq berkawan dengan mereka berdua, dia sudah faham sangat dengan drama dua gadis itu. Tengoklah sekejap lagi. Mesti dia juga yang kena.

"Diamlah kau! Mana ada kami bergaduh. Aku acah je," jawab Iman sambil memberikan jelingan kepada lelaki itu.

Kan dah kata.

Amirah hanya tersenyum saja. Iman memang macam tu. Agak kasar tetapi baik orangnya. Faliq pula nampak aje mulut jahat tapi dialah lelaki paling gentleman. Amirah pula selesa menjadi gadis yang lemah-lembut dan ceria.

"Ada apa korang datang sini?" Soal Amirah. Biasanya dua ketul ni datang sini berhajat.

"Mana mak ayah kau?" Soal Iman sambil menjenguk sedikit ke dalam rumah.

"Tak ada. Diorang pergi meniaga kat pekan hari ini. Hari ini kan hari Khamis. Ada pasar malam," jawab Amirah.

"Adik-adik kau mana? Sunyi je rumah," tanya Faliq pula.

"Hari ini semua ikut. Tinggal aku sorang-sorang, jaga rumah." Adat menjadi anak kedua. Kerjanya jaga rumah dan memasak.

"Okey cun! Jom lepak kedai Cik Ann. Kita makan ABC. Faliq belanja." Iman bersemangat mengucapkan kata-kata itu.

"Amboi kau! Bila masa aku cakap nak belanja? Suka hati kau aje ya," tukas Faliq. Iman hanya tersengih suka melihat wajah masam lelaki itu.

Kadang-kadang Amirah naik pening nak melayan dua ketul ini. Pantang ada salah sikit. Asyik bergaduh aje.

"Kau termenung apa lagi, Mira? Jomlah makan kat kedai Cik Ann. Aku dah mengidam ABC Cik Ann dari minggu lepas tau." Suara Iman menarik kembali Amirah pada realiti.

"Sekejap. Aku nak kunci pintu tingkap apa semua," ucapnya dan segera berlalu masuk ke dalam rumah.

Mereka bertiga bergerak ke kedai Cik Ann dengan menaiki motosikal. Faliq menunggang motornya sendiri. Amirah pula membonceng Iman.

Setibanya di kedai makan itu, mereka terpaksa menunggu sebentar memandangkan ramai pula pelanggan pada petang ini.

"Ramai petang ni, Cik Ann." Tegur Faliq apabila wanita berusia 40-an itu mengambil pesanan mereka.

"Biasalah, Faliq. Hari ini dah mula cuti sekolah. Ramailah orang balik sini," jawab Cik Ann. Mereka bertiga mengangguk saja. Sejak dah habis sekolah ni, mereka sudah tidak ambil tahu pasal cuti sekolah.

Sebab hari-hari cuti bagi mereka hehe. Kalau waktu sekolah dulu iya. Hari cuti memang kena catat awal-awal.

"Apa yang kau nak bagi tahu Iman? Kau nak tunggu aku berjanggut dulu ke baru nak bagitahu," soal Faliq tiba-tiba. Sementara menanti pesanan mereka tiba, boleh lah berbual ringan.

Iman bukannya menjawab soalan lelaki itu sebaliknya hanya tersenyum lebar. "Tak seronok kalau cakap sekarang. Nanti kalau ABC dah sampai, baru aku cerita."

Faliq hanya mencebik saja.

"Weh korang. Tak lama lagi kan, result UPU keluar. Korang rasa aku dapat masuk universiti tak?" Soal Amirah tiba-tiba. Terlakar riak risau di wajahnya.

"Kenapa tanya macam tu, Mira? Mestilah kau dapat!" Jawab Iman laju. Tangannya menggenggam erat tangan Amirah.

"Aku takut aku tak dapat. Aku takut kalau mak ayah aku kecewa dengan aku." Jawapan Amirah membuatkan Iman dan Faliq sambil berpandangan.

"Mira... Janganlah cakap macam tu. Aku yakin kau mesti dapat universiti punya. Mesti pilihan pertama kau tu, kau dapat. Jangan risau, tau." Lembut saja Faliq menuturkan kata-katanya. Bukannya dia tidak tahu yang gadis itu sering merisaukan keputusan UPU yang akan keluar lagi 2 minggu.

"Kau janganlah fikir sangat, Mira. Apa pun yang kau dapat, aku yakin mak ayah kau tak kecewa dengan kau. Sistem tu bukannya kita yang handle," ucap Iman pula. Faliq segera mengangguk laju menyokong kata-kata gadis itu.

Amirah tersenyum nipis. Bersyukur kerana memiliki rakan karib yang sangat memahaminya.

"Thank you, korang."

Tidak lama kemudian, pesanan mereka tiba. Iman memesan ABC, Faliq memesan cendol dan Amirah pula memesan ais kepal. Ada juga mi sup dan laksa.

"Ok susun susun. Aku nak ambil gambar." Iman segera mengeluarkan telefon miliknya. Dengan pasrah Faliq dan Amirah menyusun makanan mereka. Kalau dengan Iman, gadis itu memang gemar mengambil makanan terlebih dahulu. Entah apa yang seronok pun mereka tidak tahu.

Setelah Iman berpuas hati dengan gambar yang ditangkapnya, barulah Faliq dan Amirah boleh mencapai makanan mereka.

"Apa yang kau nak cakap tadi, Iman? Aku ni dari tadi tak sabar tau nak tahu apa yang kau nak bagitahu," soal Amirah memecahkan kesunyian antara mereka.

"Entah. Aku ni bukannya penyabar sangat. Apa benda yang rahsia sangat tu? Kau nak kahwin ke?" Soal Faliq sambil menghirup cendol.

Iman mengecilkan pandangannya terhadap Faliq. Kalau ikutkan hati, dia nak picit Faliq macam picit kutu. Mulut tu sesedap rasa aje menuduhnya.

"Kau baik sikit, eh. Aku muda lagi nak kahwin." Amirah terus ketawa melihat Iman yang melibas tudungnya ke belakang. Kononnya flip hair.

"Dahtu apa benda? Cepatlah..." Faliq ni memang tak boleh bersabar. Iman sikit lagi nak baling kerusi kat muka lelaki itu.

"Aku rasa berita ni berita gembira. Tapi tak tahu la kalau berita ni buat korang happy atau tak." Iman berkata sambil membuka telefon pintar miliknya. Dia seolah-olah seperti sedang mencari sesuatu.

"Nah."

Faliq dan Amirah saling berpandangan.

Pantas Amirah mencapai telefon gadis itu. Pandangannya difokuskan membaca bait-bait yang terpapar di skrin telefon.

"Iman! Sumpah lah?" Soal Amirah dengan mata membulat. Nadanya juga ternaik sedikit.

Iman segera mengangguk laju dengan mata bersinar. Tanpa menunggu lama, tubuh Iman segera dipeluk oleh Amirah. "Weh tahniah, Iman! Aku bangga gila dengan kau."

Faliq yang melihat respon kedua-dua gadis itu segera mencapai telefon pintar milik Iman. Matanya turut difokuskan membaca tulisan yang ada.

TAWARAN MENYAMBUNG PELAJARAN KE UNIVERSITI OF LONDON

"Iman, bangganya aku dengan kau." Suara Amirah sudah mula serak. Haa mula dah budak sorang ni.

"Dia mula dah..." Iman segera menyambut tubuh Amirah. Bahu gadis itu ditepuk perlahan-lahan.

"Aku... bangga sangat dengan kau..." Berkaca-kaca mata Amirah. Sungguh, dia sangat bangga dengan berita ini. Dia tumpang bahagia dengan berita ini.

"Iya, Mira. Aku tahu. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu doakan aku." Iman masih setia menepuk-nepuk bahu gadis itu. Antara mereka bertiga, Amirah memang terkenal yang paling lembut hati. No wonder jika berita seperti ini mampu membuatkan gadis itu mengalirkan air mata.

"Sudah lah tu, Nik Amirah. Bukannya si Iman tu nak pergi berperang. Budak tu pergi belajar je. Silap-silap dia dapat kawan-kawan mata biru, dilupakannya kita yang kat kampung ni," celah Faliq seraya meletakkan kembali telefon di hadapan Iman.

Iman dan Amirah serentak mengacukan buku lima kepada lelaki itu. Kacau aje orang nak sedih-sedih.

Faliq terus mengangkat kedua tangannya tanda menyerah. Tidak mahu mengganggu gadis-gadis yang sedang emosional.

"Kau jangan lupakan kitorang tau, Iman. Aku dengan Faliq tau yang teman kau dari zaman jongang sampai dah cun macam ni. Jangan jadi kacang lupakan kulit pula," ucap Amirah sambil mengesat sisa hingus di hidung.

Terus terhambur tawa dari mulut Faliq. Otaknya tiba-tiba teringat memori ketika mereka masih sekolah rendah. Iman dulu jongang!

"Kau memang setan, Faliq." Iman melemparkan kotak tisu ke arah Faliq. Bukannya dia tak tahu yang Faliq akan sentiasa ketawakan dia apabila teringatkan rupanya ketika darjah 1 dulu.

"Sorry weh! Aku tak tahan!" Seronok benar lelaki itu mentertawakan Iman sehingga memegang perutnya yang keras.

"Kau pun satu. Kenapa kau ingatkan jantan ni yang aku jongang dulu?" Soalnya pada Amirah tak puas hati. Gadis itu juga tergelak sama.

Iman hanya menjeling saja. Namun, jauh di sudut hatinya dia tidak kesah langsung. Entah bila lagi mereka dapat tertawa bersama-sama seperti ini.

"Kiranya kau study law ke kat sana?" Soal Faliq setelah tawanya reda.

Iman pantas mengangguk. Mi sup yang berbaki segera dihabiskan.

"Macam yang korang tahu. Cita-cita aku memang nak jadi lawyer kan. Hari tu aku saja isi borang untuk study sana. Of course, law yang aku pilih. Aku tak sangka pula dapat. Alhamdulillah." Cerita Iman panjang lebar. Terserlah wajah gembira di wajahnya. Bersinar-sinar mata gadis itu tatkala sedang bercerita.

Berkali-kali ucapan syukur keluar dari mulutnya. Belajar di luar negara dalam bidang undang-undang memang menjadi impiannya sejak kecil lagi.

"Kau pandai, Iman. Sebab tu Allah mudahkan." Balas Amirah.

"Tak juga. Benda ni jadi mudah sebab adanya doa ibu dengan abah dan doa korang juga." Bagi Iman, apa yang didapatinya saat ini hanyalah berkat doa orang-orang di sekelilingnya.

"Dahtu, bila kau akan bertolak? Mesti banyak preparation yang kau kena buat kan?" Soal Faliq.

"Haah. Banyak juga borang yang nak kena settle. Ada juga few things yang aku kena beli. Dah mungkin bulan depan aku kena ikut kursus bahasa kat KL. Lepas beberapa bulan baru aku akan bertolak ke London."

"Aku doakan semoga urusan kau lancar, Iman Dayana. Aku yakin kau boleh." Amirah ikhlas memanjatkan doa buat sahabat baiknya itu.

Iman memang layak mendapatkan tempat terbaik untuk menuntut ilmu. Gadis itu memang bijak antara mereka bertiga. Tidak seperti dirinya.

Tanpa Amirah sedari, Faliq memerhati setiap gerak lakunya. Dia tahu yang gadis itu menyimpan sesuatu di dalam hatinya.

Senyuman itu... senyuman yang penuh luka.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top