이십 삼
𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 23
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
Kini, keluarga Min berada di luar rumah. Orang yang mengetuk rumah mereka tadi sebenarnya lintah darat selaku tuan rumah yang Kyun Jung dan Soo Young diduduki selama ini. Disebabkan mereka tidak membayar sewa rumah lebih kurang dua bulan yang lalu, mereka akhirnya secara rasmi dihalau keluar dari rumah tersebut.
"Sekarang ni, kita nak tinggal dekat mana, bang?" tanya Soo Young sambil menepuk-nepuk kepalanya. Nampak sangat ketersedakan tu, maaf typo, keterdesakan tu.
"Dah berpuluh-puluh rumah kita dah sewa, nampaknya kita tidur di kaki limalah malam ni. Yoon Hwa, Yoongi, Je Mah, cucu-cucu harabeoji, korang baliklah ke rumah. Biarkan kami berdua."
Kyun Jung dan Soo Young menapak pergi dari situ.
"Hajima!--" langkah mereka terhenti seketika.
"-- Appa dan Eomma ikut kitaorang" Yoon Hwa meraih tangan mereka berdua.
Disebabkan tidak mahu mengecewakan anak-anaknya, jadi mereka membuat kata putus untuk ikut mereka sekeluarga.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Mulai sekarang, appa dan eomma tinggal saja di sini"
Alang-alang rumah ni tak berpenghuni, baik bagi ibu bapanya menetap di sini.
"Terima kasih banyak-banyak anakku! Kalau Yoon Hwa tak datang ke rumah tadi, mesti kami berdua jadi gelandangan."
"Ish, appa ni! Tak baik cakap macam tu." kata Yoongi.
"Ha, Yoongi tengah buat apa sekarang ni?" tanya Soo Young kepada anak terunanya.
Yoongi ketika itu sedang menonton TV. Sambil-sambil tu, jari telunjuknya ligat membuang bendasing yang ada dalam hidung. (๑ิټ ิ)
"Em, sekarang ni, Yoongi masih sambung belajar. Sekarang ni dah masuk sem 7, so tahun depan last sem"
Apabila bendasing berjaya dikeluarkan, dia terus menjentik ke lantai. Tapi tersasar, habis terkena pada rambut Yoonji. Disebabkan malas nak menegur anak saudara perempuannya itu, jadi dia endahkan saja. Jari telunjuknya kini dikesat pada seluar Suga. Kejam jugak si Yoongi ni kadang-kadang. (๑ิټ ิ)
"Yeobu, Yoongi, Agust D, Suga, Yoonji, Toongi, Eomma, Appa. Mari makan!!" laung Je Mah dari dapur.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
Seusai makan malam, mereka kembali mengambil tempat di ruang tamu.
"Appa, kenapa appa hidup melarat macam ni? Apa yang terjadi?" tanya Yoon Hwa sambil menekan punat remote TV.
Bagi Kyun Jung rasa berat hati untuk bercerita tentang hal ini. Tapi terpaksalah memberitahu hal sebenar.
Selepas Yoon Hwa, Yoongi dan Je Mah dihalau keluar, Kyun Jung dan Soo Young meraikan kejayaan setelah mendapat anugerah firma perakaunan yang terbaik di sekitar Daegu.
Walaupun berpuluh-puluh kali menerima anugerah sebegitu, namun disebalik operasi firma tersebut, penyelewengan duit, audit tak lengkap, sikap pecah amanah, merupakan tunjang utama. Oleh itu, ramai akauntan dan pengaudit tidak dapat bertahan untuk meneruskan kerja kotor mereka lakukan selama ini, jadi mereka berhenti kerja di firma tersebut.
Disebabkan pekerja semakin berkurangan, maka produktiviti firma perakaunan yang Kyun Jung miliki turut jatuh merundum sehinggakan dia muflis. Kini, semua harta yang dia miliki ditarik balik oleh pihak bank dan dia menjadi papa kedana di penghujungnya.
"Biar betul?? Takkanlah sampai jadi macam tu?" Yoon Hwa terkedu setelah mendengar kisah ibu bapanya.
"Itu semua takdir. Salah appa juga sebab tamak haloba dan pentingkan diri waktu tu." Kyun Jung mengeluh resah.
"Hm, benda nak jadi, Yoon Hwa oii" selamba saja Yoongi menyampuk.
Sementara di dapur pula, Je Mah sedang mencuci pinggan setelah menjamah makan malam. Sedang dia menyusun pinggan mangkuk dalam kabinet, seseorang menyapanya.
"Je Mah"
Siapa lagi kalau bukan Soo Young, ibu mentuanya.
Ketika dia menoleh ke belakang, Soo Young terus mendakapnya dengan erat.
"Je Mah, maafkan eomma sebab tak merestui perkahwinan kamu berdua."
Dia meleraikan pelukan lalu meraih tangan menantunya. Bergenang cecair jernih di tubir mata Je Mah.
"Eomma dan Appa dah lama restui kamu dan Yoon Hwa, jadi tak perlulah nak bersedih lepas ni"
Dengan ibu jarinya, Soo Young mengesat air mata di jatuh di pipi menantunya. Tanpa sangkaannya, Je Mah terus memeluknya begitu erat.
Sebelum ini, Je Mah sering kali gundah gelisah apabila memikirkan perihal mentuanya sama ada mereka menerimanya sebagai menantu ataupun sebaliknya. Kini, dia melafazkan kesyukuran dengan gahnya.
🍉🍉🍉🍉🍉
Konflik antara Je Mah dengan mentuanya sudah berakhir. Maapler kalau korang confuse part firma perakaunan tu sebab authornis ni account student dulu, hehe 😁. Vote & comment anyways!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top