Panaih ke Anash?
𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10
"Anash-anash"
Agust D mengibas-ngibas wajah putih pucatnya lantaran kipas yang berpusing-pusing atas kepala tidak sedikitpun dapat menyejukkannya.
"Panas, bukan anash shin-ya-ta!"
"Panaih-panaih" tutur Agust D seperti orang tempatan.
"Kau ni suka buat teruk. Bukan panas mana pun" sakat Yoonji yang duduk bersebelahan abang sulungnya itu.
Agust D memandang sekilas Yoonji lalu tersenyum sinis.
"Kalau tak panas, apahal kau tekap ais kat muka, lam-alif-nun-ca-Alif-wau?"
Ha, kan dah kena indirect curse daripada raja segala carutan.
Yoonji tersengih persis kambing belaan Pak Jamil Abdillah. Baru saja nak kunyah ais yang ditekap di pipi, badan Yoonji terlonjak naik lalu berdiri. Dia tahu siapa punya angkara ni.
"Otak pekat sangat ke sampai tak boleh tegur dari depan, ha? Biar aku cairkan sikit kasi bijak" ini bukan gurauan biasa-biasa daripada Yoonji, silap hari bulan cair sungguh otak dia. Dari bodohsini terus jadi bijaksana.
"Lek arr Yoonji kena cuit sikit, dah menyinga habis tak ingat dunia. Ini kalau dibuat menantu, mendiang sudah mentua hang" petah Ida membidas. Tak padan dengan budak sekolah rendah, dah pandai atur hidup orang.
Agust D yang baru perasan keberadaan Ida terus berlagak biasa. Nak tunjuk macho konon, padahal peluh di celah ketiak sudah berjuraian jatuh. Tup tup tup.
"Apa-apa sajalah, yang kau ni dok cucuk pinggang aku ada apa?"
"Aku cari Suga, mana tahu kalau-kalau dia tengah tidur dalam kelas" tutur Ida yang tak henti-henti menguis hujung kasut ke lantai
Yoonji mengurut dahi. Tak habis-habis nak menggeletis dengan abang keduanya.
"Lepas kedaqah Milo 5 kotak, nugget Milo sepuluh paket, kau rasa dia dekat mana?"
Selepas mendengarkan apa yang diperkatakan Yoonji, Ida sudah pun tahu dapat kenal pasti keberadaan crushnya.
"Thanks for information, sister-in-law" ucapnya sebelum mengatur langkah ke tempat dituju.
"Pfft aku tak minat bab undang-undang, aku nak jadi akauntan" gumam Yoonji sendirian.
Sejurus Ida keluar dari bilik darjah, wajah Agust D ditiliknya. Kelihatan wajahnya sedikit cuak dari pandangan Yoonji ditambah pula dengan manik-manik peluh yang merenih atas dahi.
"Dah tau panas, pergilah kantin. Ada angin. Terhegeh-hegeh nak duduk dengan aku, hmph!"
Tanpa diduga Yoonji, bungkusan berisi ais batu telah disambar laju oleh Agust D kini selamat berada di celah ketiak budak lelaki. Agust D menghela nafas lega, sejuk dit dit ketiaknya.
"Lam-alif-ha-alif-nun-ta!!!!!"
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
Seusai melepaskan 'tekanan', akhirnya si Suga terpacak keluar dari tandas sambil menepuk perut.
"You did well, tummy"
Dalam bersuka ria untuk ke kantin, Suga mula teringatkan sesuatu.
"Weyh! Aku lupa nak cebok!"
Dengan sepantas kilat, Suga membuka langkah menuju semula ke tandas. Namun, dia tidak dapat teruskan langkah lantaran dirinya terlanggar seorang pelajar perempuan.
"Sorry tak dapat tolong, urgent ni" dengan tergesa-gesa, Suga berlari ke tandas.
Cepat-cepat pelajar itu menepuk-nepuk belakang baju kurungnya hilangkan debu.
Dia mengeluh kecil sebelum memulakan ke bilik darjah.
🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉
Haii Wauthormelon is back 👽
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top