4

𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 04


Peristiwa tempoh hari masih berlegar-legar dalam fikiran.

"Seokie" seseorang memaut lengan pada bahunya. Aku memalingkan wajah ke arahnya.

Siapa lagi kalau bukan Yoongi kuasa 1. Mereka sudah kembali ke Korea setelah beberapa tahun menetap di Malaysia.

HoSeok? Sebenarnya kami semua mendaftar nama baru di Jabatan Pendaftaran Negara, jadi nama kami berenam yang sebelum ni menjadi sebagai nama timangan.

"Apa lagi kau nak?" soalku malas.

Belum sempat Yoongi kuasa 1 a.k.a Agust D membuka mulut, kembarnya mencelah,

"Berita tergempar. Seorang pelajar perempuan baru telah memasuki perkarangan sekolah pada jam 8 pagi waktu tempatan dengan gaya berjalannya yang membengkak hati atau dikenali sebagai kekwat.

Saya Min Yoongi kuasa 4 a.k.a Toongi dan juru teropong, Min Yoongi kuasa 1 a.k.a Agust melaporkan di tempat kejadian" terangnya ala-ala wartawan Karam Singh Walia sambil memegang gulungan kertas umpama mikrofon.

Aku dan Agust D menghadiahkan pandangan ayuh-karamkan-Toongi-dalam-laut.

Kringg kringg kringg~~

Loceng berbunyi menandakan sudah tibanya waktu rehat.

"Ayuh geng serbu kantin!"

"Jom"

"Eh jap sapa nak kena kejutkan mamat Suga seketoi ni?"

"Kau sendiri tanya, kaulah bangunkan dia" balas Agust D sambil tersengih lalu mengorak langkah keluar dari kelas.

Ha ini yang aku tak paling suka kalau Suga ni tidur. Bukan kaleng-kaleng dia punya tidur mati, ni rasa nak bawa forklift masuk sekolah untuk mudah mengangkut Suga ke hulu ke hilir tanpa bangunkan dia.

Tapi satu keajaiban terjadi apabila Suga terjaga dari tidur yang panjang dengan hanya serenjis air mineral pada wajahnya.

Setibanya kami di kantin, aku meluru ke 'port' yang biasa kami duduk, tapi malangnya tempat tu telah diambil orang. Mereka yang lain pun masih tercegat dalam barisan untuk membeli makanan

"Weyhh geng tu~~" aku menjuih bibir ke arah sana.

"Alah budak perempuan je pun, halaulah diorang" cadang Min Yoongi kuasa 2 a.k.a Suga

"Kaulah halau" aku cuba berdalih. Tak gentlelah kalau lelaki halau perempuan.

"Nanti siapa nak tolong belikan tteobokki masak lomak ekau kalau bukan eden? Ekau tu dahlah malaih nak mampoih" ugutnya disertakan loghat Gwangju dengan Daegu.

Tanpa berfikir panjang, aku terus menghampiri gadis-gadis yang mengambil tempat duduk kami.

"Maafkan saya, tapi ni tempat duduk kami" kataku dengan suara yang sengaja disantunkan.

Salah seorang yang menikmati makanannya terus menoleh kepadaku. Aku terkesima melihatnya.

Gadis itu bangun lalu menghampiriku.

"Ouh kaukan yang cuba cabul aku haritu? Tak sangka kita berjumpa lagi" ujar gadis kerek itu sambil menunjal kepala aku. Tak guna!

"Please, kitaorang nak makan dekat sini, lagipun tempat duduk lain dah penuh"

"Tempat kau ke? Tak ada pun cop pengesahan yang mengatakan ni meja bapak korang punya" balas gadis itu dengan kata-kata yang kurang menyedapkan hati.

Aku mengemam bibir menahan geram. Tak sangka boleh terserempak dengan gadis ni lagi. Mungkin dialah pelajar  baru tu kerana wajahnya tak biasa dilihat di sekolah.

"Aku mintak baik-baik, kan? Jadi tolonglah beredar dari sini." pintaku sambil mengepal genggaman. Kalau hilang kesabaran, penumbuk ni pasti melayang.

Mana aku tak hilang sabar, gadis-gadis dihadapanku makan jajan,  bukannya makanan yang berpinggan atau bermangkuk pun.

Seusai menjamah, ketiga-tiga gadis tadi bingkas bangun lalu menghampiriku.

"Nak sangat kan tempat ni? Alang-alang tu, tolong buangkan sampah-sampah ni sekali" dia melemparkan bungkusan jajan tepat pada wajahku. Terserlah benar  senyuman sinisnya. 

Makin bengkak hati aku dengan sikap biadap gadis ini.

"Err Hima, kalau tak ada apa-apa kitaorang pergi koop dulu yer?" pinta kawannya seolah-olah tidak senang dengan sikap sombong Hima.

"Em pergilah" balasnya acuh tak acuh yang tak henti-henti merenung tepat wajahku. Dengan wajah penuh kebencian pula tu.

"Dah habis makan, dah boleh blah" halauku sambil mengibas-ngibas jemariku pada bahunya. Segera dia menepis tanganku dengan kasar.

"How dare you!" ucapnya seperti tercabar dengan aku. Tiba-tiba dia merentap terus rambut aku.

Fuh minah Himalaya main kasar duhh! Dahlah harini aku cukup segak menggayakan rambut sehingga jendul dahi, bolehlah pula dia kacau bahagian sensitif buat lelaki. Jadi aku pun membalas serangan dengan mengcengkam kuat rambut helmetnya.

"Lepaskan rambut gojes aku bodoh!"

"Hey kau cari pasal dulu!"

"SUDAH! CUKUP!" tiba-tiba satu suara besar kedengaran tegas menerpa masuk dalam gegendang. Kami berdua terkejut besar lantaran melihat gerangan di hadapan kami.

🍉🍉🍉🍉🍉

Fuhh ganas betoi depa ni hehe. Apa-apa pun, vote dan comment sokmo yerr ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top