21
Hi Hoseok kata, bye-bye readers 😿✨
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 21 (Finale)
"Awak, awak"
"Nak apa?"
"Kalau chagi buat permintaan, boleh yeobu tunaikan?"
"Boleh saja, janji bukan suruh hadiahkan unicorn"
"Ee yeobu ni bukanlah! Chagi nak yeobu nanti semadikan chagi bersebelahan kubur mommy dengan papa tau?"
"Apa chagi merepek ni? Chagi sihat walafiat lagi, lagipun yeobu tak tergamak untuk bunuh chagi semata-mata nak bagi duduk sebelah dengan dorang"
"Ee malaslah cakap dengan yeobu! Baik chagi pergi tolong eomma"
Hoseok tersenyum kelat apabila memori bergurau senda bersama Himawari berlegar-legar dalam benak fikiran. Dan dia tidak menyangka gurauan tersebut menjadi kenyataan.
"Seok sayang, eomma, appa, noona balik hotel dulu. Jaga diri kamu tu elok-elok" Jung sekeluarga terus beredar dari situ.
Batu nisan yang terukir nama kekasihnya dipandang pilu. Mindanya mula terngiang-ngiang memori akan pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak polis negara matahari terbit itu. Mereka menemui mayat Himawari yang hampir reput di sebuah apartment berdekatan bandar Osaka.
Kematian Himawari diklasifikasi sebagai kematian sepi* kerana tiada insiden pembunuhan yang berlaku di lokasi tersebut. Malahan, tahap kesihatannya semakin melarat menunjukkan tanda-tanda besar akan berlakunya kematian sepi.
Apartment yang dihuni oleh mendiang Himawari merupakan rumah peninggalan ayahnya.
Berbalik kepada situasi Hoseok, dia meletakkan bunga tulip kesukaan Himawari di atas kuburnya, sebagai tanda cintanya masih berbunga dalam diri.
"Em chagiya. Yeobu bagitahu something" tubuhnya didekatkan pada batu nisan.
"You scored band 5 in KUET. Meanwhile me only got band 4. Anyways, congrats to both of us!" ucap Hoseok kedengaran ceria yang tak lekang merenung kubur kekasihnya bersama linangan air mata.
Selepas berjam-jam melihat kubur Nohara sekeluarga, Hoseok bingkas bangun dengan penuh longlai, seperti sedih untuk meninggalkan kawasan ini.
"Selamat tinggal, sayangku" ucapnya sebelum meninggalkan tapak perkuburan tersebut.
Sedang dia melangkah pergi sambil tertunduk bawah, satu bayang-bayang terhenti dihadapannya, seolah-olah menghalangnya daripada melangkah maju ke depan.
"Awakkan Jung Hoseok?" soal manusia bersuara lemah lembut. Dengan pantas, Hoseok mendongak kepala, memandang gerangan yang bertanyakan dirinya.
"Ya, saya" balasnya sedikit kekok apabila satu wajah yang jelita menyapa pandangan.
"Erm saya Airenne Sophea Razali-Thompson, sepupu kepada Himawari. Sebelum ketiadaannya, dia ada bagi sesuatu pada saya.
Katanya, dia suruh saya simpankan sebelum bagi pada awak. And yeah, memandangkan kita dah bersua muka, jadi ambiklah" gadis cantik berhijab itu kemudiannya menghulurkan senaskah buku tebal kepada Hoseok.
"Terima kasih" jejaka menerima huluran tersebut penuh ragu-ragu. Dia terpempan sejurus membaca tajuk buku diterimanya.
"Dead Leaves?" gadis itu sekadar mengangguk. Baru Hoseok teringat, buku inilah yang dibaca Himawari ketika mereka bersama di perpustakaan beberapa tahun lalu.
"Buku ni ditulis sendiri oleh Himawari sebelum dia tinggalkan kita. Katanya dalam buku ni, segala persoalan yang bermain dalam fikiran awak akan terungkai jawapannya.
Dia nasihatkan agar awak dapat membacanya sampai habis."
"Airenne!"
"Ouh mommy saya dah panggil tu. Saya minta diri dulu ya" tertib gadis itu berpamit sebelum melangkah pergi ke ibunya.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Hoseok yang berseorangan mengambil tempat di kerusi panjang yang disediakan.
Pemandangan indah di Tubingen menggamit pancaindera penglihatan jejaka itu sebelum ekor matanya beralih pada buku yang berada di atas riba.
Buku coretan Himawari diselak ke muka surat pertama. Kali ni dia akan memfokuskan pembacaannya di sini suasana kelihatan tenang, jadi dia mungkin tidak rasa terganggu untuk membaca.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Hoseok menguap kecil tatkala berjam-jam dia 'bertapa' berhadapan terusan tersebut. Helaian terakhir diselak laju, seperti tidak sabar untuk mengetahui pengakhiran fiksyen dikarang mendiang kekasihnya.
Tiba-tiba, matanya mula berkaca setelah membaca petikan dicoret Himawari. Walaupun sudah banyak scene sedih dibacanya, namun coretan ini yang paling terkesan sehingga menusuk kalbu.
-----------------------------
"Kalau awak dah baca sampai muka surat dalam buku ni, maknanya saya sudah tiada di sisi awak. Maaflah sebab banyak berahsia dengan awak. Tapi kalini saya bagitahu perkara sebenar. Selama saya hidup, saya sebenarnya melawan kanser otak yang bersarang dalam kepala. Bukan itu saja, penyakit kecelaruan emosi turut menghuni dalam diri saya, sebab itulah saya cepat gembira dan cepat sedih.
Saya memang tak berniat nak rahsiakan perihal ni, tapi saya takut awak bersedih sebab tu saya terpaksa buat. Maafkan saya lagi sekali sayang. Mesti awak ingat kenapa mommy dengan papa larang saya keluar waktu musim luruh? Sebabnya penyakit saya dihidapi ni akan jadi lebih teruk jika keluar dari rumah pada waktu begitu, (doktor sendiri pun tak dapat menganalisis) jadi saya kurungkan diri dalam rumah demi kesihatan saya (pasal saya pergi teman papa ke oversea saya tipu hehehe sorry. Dan saya tipu sebenarnya pasal genetic problem. Saya botak sebab sebelum ni pernah menjalani pembedahan untuk buang tumor dalam kepala, sorry tau!).
Kalau awak nak tahu, saya teringin sangat nak baring atas daun-daun kering , dan terima kasih sebab tunaikan permintaan saya. Apa-apa pun, terima kasih lagi sekali kerana sudi menjadi buah hati biarpun sementara. Jangan risau, saya sentiasa dalam hati awak . Thanks for being my J-hope ( Jane's hope)"
Sincerely,
Janice Nohara-Thompson a.k.a Himawari
------------------------------
Hoseok menyudahkan pembacaannya dengan memeluk erat buku hasil nukilan Nohara Himawari.
-TAMAT-
🍉🍉🍉🍉🍉
*Bagi mereka yang tidak ketahui, kematian sepi merupakan kematian yang tidak diketahui oleh orang terdekat seperi jiran dan kematian ini akan diketahui dalam jangka yang panjang dimana mayat yang dijumpai berkemungkinan sudah reput ataupun dijumpai dalam bentuk tulang rangka.
Kematian sebegini terjadi disebabkan si mati mengalami sakit yang amat kronik sehinggakan langsung tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Kebiasaannya, kematian sepi majoritinya terjadi kepada mereka yang sudah berumur, diantara 50 hingga 65 tahun. Remaja juga turut tidak terkecuali dalam kematian sebegini.
Punca-punca kematian sepi banyak dapat disenaraikan. Antaranya ialah faktor kemiskinan. Kemiskinan di bandar antara faktor paling ketara yang mendorong kematian sepi berikutan kos sara hidup di bandar yang kian meningkat.
Kekurangan bekalan ubat-ubatan dan preskripsi daripada doktor turut menjadi sebahagian faktor kematian sepi, dimana mereka yang tidak mengambil ubat akan menyebabkan sistem imunisasi mereka semakin lemah dan tubuh mereka tidak berdaya untuk melawan penyakit.
Faktor seterusnya ialah sistem komunikasi antara jiran yang semakin berkurangan. Ini kerana sikap bertegur sapa antara jiran tidak diamalkan, lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kawasan bandar utama.
-
Sumber: Pemerhatian melalui rancangan Undercover Asia di saluran Crime Investigation (ch 732/716)
-
Cer tengok rancangan tu, Best!✔️ Macam-macam yang terjadi disebalik kemajuan di sesebuah negara sekitar benua Asia.
Minta ampun dan maaf sekiranya hasil karya Wauthormelon kalini tak berapa nak umph!
Apa-apa pun, Wauthormelon nak ucapkan jutaan buat korang semua yang sentiasa support che dari bermulanya fanfic The Min Family sampai fanfic berjudul Same Damn Cloth ni. ❤️💓💙🧡💚💛💜
Complete on 6/1/20 at 3.42 am
P/S: Sebagai cadangan, jemputlah baca fanfic kelima Wauthormelon yang bertajuk Drama Di Dapur. Fanfic dikarang kali ni sumpah cute yet savage gitchew hehe. Kalau korang nak baca fanfic-fanfic lain pun xpe, amat dialu-alukan 😆❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top