2
𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 02
HoSeok menilik pemakaian kakaknya.
DaWoo mengenakan gaun biru gelap paras lutut dan berlengan panjang, disertakan kasut tumit tinggi berwarna hitam dan tas tangan bercorak seperti bulu harimau bintang.
"Noona ni nak bawak Seok ke butik atau ke majlis berprestij?" soalnya dengan nada gurau.
"Sebagai model, memang inilah fesyen noona. Yang Seok tu, memanjang pakai baju berbelang tu, dah macam banduan." perli DaWoo disusuli sengihan kecil.
HoSeok lantas menarik muka. "Noona pergilah sorang-sorang." HoSeok yang acah-acah merajuk terus menaiki tangga.
"Alah HoSeok janganlah merajuk." DaWoo sempat memegang tangannya.
HoSeok memalingkan muka ke arahnya. "Nanti sampai sana, noona belanja kamu Snickers." DaWoo cuba mengumpan HoSeok.
Umpama halilintar, HoSeok pecut memasuki ke dalam perut kereta.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Sambil bergoyang kaki dan berpeluk tubuh, HoSeok menunggu kakaknya di luar butik hampir 30 minit. Habis kebas punggungnya duduk di ruang menunggu.
HoSeok's POV.
Mesti readers tertanya-tanya kenapa tak teman saja DaWoo noona pilih baju dalam butik tu? Jawapannya mudah lagi ringkas, M.A.L.A.S. Lima huruf itu sudah cukup mengungkapkan diriku sebenarnya.
Dari jauh, aku ternampak noona sudah keluar dari butik. Memandangkan punggungku sudah terasa kematu, aku bingkas bangun lalu berlari anak ke arahnya.
"Noona, kenapa lambat sangat? Pergi ambik baju ke jahit baju? Kebas lagi kematu punggung Seok tau duduk kat situ lama-lama." rungutku seraya aku menyentuh bahu DaWoo noona dengan jari jemari.
Mahu tak merungutnya? Dah berjam-jam aku tunggu, pastu reward aku pon belum-belum dapat lagi -,-
Tidak lama kemudian, dia terus berpaling ke arah ku dengan wajah yang tersangat cuak. Ouh tidak! Dia ni bukan DaWoo noona ker?
🍉🍉🍉🍉🍉
Korang rasa Hoseok tegur siapa agaknya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top