19

Tengtengteng🦄✨ saja nak buat effect kejutan muahahah

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 19

Mulut Hoseok melopong besar seusai dirinya memasuki bahagian dalam rumah pokok ini. Entah kesekian kalinya dia berasa takjub akan suasana unik disini.

"Wow, chagiya! Cantiknya rumah pokok awak ni, siapa yang buatkan?"

"Erm, papa yang buatkan, rasanya" jawabnya kurang kepastian.

Dalam tempoh yang masa, Himawari mula mengingati peristiwa terindah bersama keluarganya ketika kecil.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜


Kain yang menutupi mataku terus dilonggarkan. Aku tergamam.

"Apa ni papa?"

"Ini hadiah harijadi kamu, sayang"

Ianya sebuah rumah pokok yang tersergam indah di atas sana.

"Pergilah naik"

Dengan kudrat tubuh kecil ini, aku terus memanjat tangga kayu untuk naik ke atas. Aku terpegun melihat ruang dalam rumah pokok ini. Dipenuhi dengan mainan masak-masak, Lego, Playdough, itu ini, siapa je tak suka?

"Kamu suka?" tanya papaku.

Semestinya aku suka, jadi aku pun mengangguk.

" Kamu mainlah dekat sini sepuas-puasnya, mommy tak larang" ujar ibuku.

"Seriously?" aku tergamam.

Ibuku mengangguk.

"Tapi musim ini saja, musim depan kamu tak boleh main dah di sini."

Apabila papa berbicara sebegitu, aku tarik muka. Mana taknya, diorang yang sebaya dengan aku boleh saja main di luar waktu musim begitu, tapi kenapa aku tak boleh?


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Himawari mencebik disaat ibunya melarangnya untuk berada di luar rumah sewaktu musim luruh. Adakah musim sebegini mendatangkan bahana buat dirinya? Dia sendiri tidak pasti, jadi dia cuba ketahanan imunnya untuk berada di sini.

"Hima~" namanya dipanggil Hoseok penuh sayu kali ini. Wajahnya terus beralih pada jejaka itu yang sudah duduk melutut di hadapannya.

"Will you be my first and last love for me?"

"Of course my lovely J-hope!"

"Kenapa J-hope?" soal Hoseok penuh keliru.

"Sebab J mewakili nama saya dan Hope tu awaklah, harapan saya!" pipi kanan Hoseok dikucup lembut oleh Himawari.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Perasaan teruja datang berdesup padanya walaupun migrain kembali bermaharaja lela dalam kepala. Adakah ini kesan berada di luar rumah pada musim luruh?

"Chagi okey ke tak ni? Kalau tak okey, kita pusing terus balik rumah" soal Hoseok berikutan terlihat seketika Himawari memicit-micit kepala.

"Okey jelah, saja picit-picit macam ni" kata Himawari untuk menyedapkan hati buah hatinya.

"Betul ni?"

"Iye betul"

Memandangkan Himawari menganggap dirinya okey, jadi Hoseok tidak membuat pusingan U, sebaliknya kenderaan dipandu meluncur ke arah pusat bandar.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜


Hoseok semakin hairan dengan sikap Himawari lantaran dari tadi kepala gadis itu dilentokkan atas bahu lebarnya sejak mereka mula meronda berjalan kaki.

"Chagiya, kalau pening kita balik rumah yer?"

Lantas kepalanya ditegakkan.

"Mana ada Hima pening. Saja je nak bermanja dengan yeobu" tubuh Hoseok didakap erat lalu melentok kembali kepala atas bahu jejaka itu. Hoseok sekadar menggeleng melihat kerenah manja kekasihnya.

"Hm yelah chagi oi—eh ada kedai kopi barulah. Chagi nak air apa? Yeobu nak tolong belikan" dompet di kocek seluar terus diambil.

"Hm, nak coklat panas"

"Okey—wow, panjangnya barisan. Erm, chagiya tunggu sini yer, yeobu nak pergi order" perlahan-lahan Hoseok menegakkan kepala Himawari sebelum melangkah pergi ke dalam barisan panjang.

Semakin lama berada di luar rumah, kepalanya makin berdenyut-denyut. Rasanya, inilah sebab kenapa ibunya melarangnya berada di sini di waktu begini. Dengan tergopoh-gapah, dia menyandar tubuh pada tiang lampu isyarat.

Telefon dari tas tangan dikeluarkan bagi mendail nombor seseorang.

"Hello Renne, ni Hima..."

Setelah sepuluh minit berbual melalui talian, akhirnya Himawari menyudahkan panggilan. Namun, sebaik sahaja dia mahu meletakkan kembali telefon ke dalam beg tangan, tiba-tiba satu tangan menepis tangannya sehinggakan telefon dipegang terpelanting jauh.

Pandangan Himawari juga mula kabur ekoran orang dihadapannya merentap cermin mata dipakainya.

"Kau ni siapa hah?" tengkingnya sekuat hati.

"Huh, seriously Himawari? Takkanlah tak cam langsung suara aku? Ouh lupa, orang rabun ni kalau tak pakai spek, automatik jadi pekak, kan?"

Dalam hati, Himawari sudah mengagak orang tersebut.

"Aku ingat kita dah berbaik"

"Berbaik? Dengan kau? Hm, sorry sikit tak hamak aku nak berbaik dengan perampas kebahagiaan aku. Orang gilakan laki macam kau ni patut diterima ini" tubuh kecil Himawari terus ditolak jatuh di atas jalan.

Melalui pandangan yang teramat kabur, dia hanya mampu melihat satu cahaya yang menghampirinya.

"Baru puas hati aku" dia mencampak cermin mata milik Himawari ke tanah sebelum memijak-mijak penuh geram. Dengan kadar segera, dia meninggalkan lokasi tersebut.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Bunyi rempuhan yang teramat kuat itu telah menyentak orang ramai di situ. Hoseok juga tidak terkecuali, jadi dia pun meninggalkan barisan lalu mengorak langkah menghampiri kawasan kejadian.

"Ya Tuhan, HIMAWARI!" Hoseok terus mendakap sekujur tubuh yang longlai dan tidak sedarkan diri.

🍉🍉🍉🍉🍉

Bukan kaleng-kaleng chapter kali ni 🤯🙉

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top