16
Indeed, setiap penderitaan yang berlaku pasti akan menerima kebahagiaan akhirnya ✨
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16
"Wah" mulutnya melopong luas apabila matanya disajikan dengan pemandangan cantik di musim luruh. Segera tubuh meloncat turun ke katil untuk mengkhabarkan perkara kepada seseorang.
Dengan penuh keterujaan, dia menuruni tangga sebelum melangkah ke dapur. Habis terkejut figura wanita separuh abad setelah si gadis menyergahnya yang sedang menyediakan sarapan.
"Kus semangat, nasib tak tercabut jantung eomma" gurau wanita tersebut sebelum memandang anak angkatnya penuh kasih.
Meskipun berstatus anak angkat, dia melafazkan kesyukuran berikutan dirinya dijaga penuh kasih sayang oleh keluarga ini.
"Ada apa-apa yang Hima boleh tolong tak?" soalnya teruja yang ralit melihat wanita itu membalikkan lempeng, seperti chef selebriti.
"Boleh, tolong gerakkan abang dan kakak kamu tu" arahan wanita itu diterima cebikan daripada Himawari. Meletus tawanya melihat gelagat gadis itu.
"Apa eomma ni? Kasi yang sesimple-simple kacang" rungutnya sebelum lempeng yang disediakan wanita itu dikunyah geram.
"Simple kacang kamu kata? Hm, langsaikan dulu. Eomma nak tengok sesimple kacang mana kamu boleh gerakkan dorang berdua tu" ujar wanita berusia tu, seperti mahu mencabar kewibawaan anak angkatnya.
"Eomma cakap apa tadi?" suara yang lantang dari tangga telah menggamit pandangan mereka berdua. Nampaknya si kakak dah bangun!
"Tak ada apalah" wanita itu sekadar tersenyum-senyum, mahu mendiamkan akan isu dibicarakan bersama Himawari
Setelah perutnya kenyang, pinggan yang terhidang lempeng tadi terus tiada. Nampak berselera Himawari menikmati sarapan.
"Terima untuk sarapan sedap ni, eomma! Hima nak langsaikan arahan tadi sekarang juga!"
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Dengan derapan perlahan-lahan, dia menghampiri kamar tidur abang angkatnya. Misinya hanya satu saja, ingin bangunkannya dengan cara paling gempak!
Setelah tombol pintu dipulas penuh cermat, daun pintu akhirnya kuak dengan luas. Baru saja ingin membuka langkah, satu makhluk menyalak penuh gembira. Himawari beralih pandangan pada haiwan tersebut sebelum meletakkan jari pada bibir.
"Shuhh! Nanti abang kamu terjaga. Akak sendiri nak gerak dia bangun. Kamu diam tau?"
Bagai memahami tutur kata Himawari, Mickey, haiwan peliharaan keluarga ini terus duduk.
Dia pun kembali meneruskan misi tadi. Langkahnya sengaja disenyapkan sehingga tiba di birai katil milik figura yang masih dibuai mimpi.
Namun apabila Himawari menghampiri kawasan tersebut, tubuhnya tiba-tiba jatuh menghempap manusia tersebut. Manusia yang dikatakan masih diulit mimpi memeluk tubuhnya penuh erat, seperti tidak mahu dilepaskan.
"Ha, inilah akibatnya nak kejutkan saya dengan cara gempak" ujar jejaka itu seolah-olah memerlinya.
"Jung Hoseok, let me go!" Himawari meronta-ronta untuk dilepaskan, namun jejaka itu yang galak mengeratkan dakapan. Dia hanya terkekeh-kekeh ketawa melihat gadis mula tak senang perut.
"Lain kali, jangan fikir semua arahan eomma bagi tu ringan-ringan. Sebab tu tak ada sapa berani bangunkan saya, Mickey pun takut" seloroh Hoseok sebelum tubuhnya direnggangkan atas katil.
"Em, yelah yeobu" jawab Himawari penuh pasrah.
"Eh sejak bila kita jadi kekasih? Kita adik-beradiklah!"
"Ish yeobu ni kan!"
Maka, pagi indah disangka Hoseok menjadi perang bantal akhirnya.
🍉🍉🍉🍉🍉
Hehe suka tak chapter ni? Kalau suka, sedekahlah vote dan comment di sini 🙉❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top