1.6 - 👩‍❤️‍💋‍👨🙎🏻‍♀️💔

𝑷𝒂𝒌𝒘𝒆 𝑼𝒑𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒂𝒕 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 06

-Sa Myang's P.O.V-

Sejak peristiwa itu berlaku, hubungan kami semakin renggang. Senang cerita, aku abaikan dia sebab aku dah isytiharkan diri sendiri sudah single mingle pringles.

Segala mesej dihantar Taeyong sama ada dari Twitter, Whatsapp, Instagram, Zepeto semua aku sengaja tinggalkan seen.

Seriously, dikala aku mengenangkan peristiwa Taeyong kiss dengan junior miang , terasa hati ni mula membengkak.

Aku sebenarnya masih sayang pada Taeyong, tapi korang sendiri tahu cinta tak boleh dijual beli apatah lagi untuk dieksport dan diimport, kan? Sebab tu aku rela menyingle dari sakit hati bersama dengan Taeyong.

Derapan berbulu mula kedengaran lalu aku menoleh ke arah pintu.

"Meow meow meow meow meow? (oit tengah layan perasaan ke?)" Udon memasuki bilik. Takpala bawak sekali segala mak nenek moyang punya penyakit, dapatlah juga selesema nanti. Okeylah daripada dapat sakit hati.

"Haah, macam mana kau tau?" aku memahami apa yang kucing gempal ini katakan.

Hachum!

"Meow meow meow meow meow meow meow meow (tengok muka sememeh kau tu aku dah tahu)" Udon menayangkan wajah blurnya.

Hachum!

"Meow meow meow meow... (Tak perlu bersedih, kau baru ditipu sorang. Bukannya macam aku, dah berpuluh-puluh jantan mengkhianati cinta aku, but i'm still okay)" Udon mengiau sambil menjilat bulu baldunya. Eyuw, nak mandi pun depan aku.

Hachumm!

"Itu spesies kau, memang tak adala yang sentiasa setia. Kami ni diberi akal, boleh fikir yang betul dan salah" Udon memberikan reaksi yang bersahaja. Muka blur. Forever.

"Meow meow meow meow (Hmm yela Sa Myang oii, tolong bagi aku makan Power Cat. Lapar ni)" Udon menukar topik seperti tak mahu diteruskan lalu menggesel badan gempalnya pada kakiku.

Okey aku dah tak tahan dengan bulu Udon ni. Gatal hidung aku.

"Tak kuasa aku, suruhla adik aku Si Miang tu buat" aku terus mengangkat Udon keluar dari bilik. Disertakan dengan kunci pintu. Dah tak boleh masuk bilik aku, yayyyyyyhhaachumm!

Aku menghempaskan badan atas katil lalu terlelap.

💌Hit you with that uwu, uwu, uwu, uwu💌

Mesej masuk dari app PUBG aku terima.

------------------

@taepubg
Myang, busy tak?

Jom jumpa

It's okey, ni free of charge

@myangstilluwu
Free je

Wokeyh, jap eh nak bersiap.

Seen

-----------------------

• ────── ✾ ────── •

"Ada apa nak jumpa dengan aku?" yelah, tiba-tiba je nak cari aku.

"Sebenarnya, aku nak jumpa kau sebab nak bagitahu sesuatu" Taehyung terus duduk melutut di hadapan aku. Bekas baldu berwarna hati merah dibuka.

Perasaan teruja dan terkezut bercampur baur apabila melihat sebentuk cincin bertakhtakan berlian berserta ukiran nama aku sendiri.

"Sa Myang, sudikah kau menjadi--" tiba-tiba wajah Taehyung beransur-ansur berubah. Aku terpempan apabila wajahnya berubah menjadi rupa seseorang yang sangat aku benci.

"--MILIKKU?" riak wajah Taeyong yang tersenyum lebar kelihatan.

"ARGHHHHHHH!!!" aku bingkas bangun dari pembaringan. Berombak-ombak dadaku akibat bernafas tercungap-cungap. Mimpi rupanya. Kalau realiti, takdanye istilah free of charge dalam perkhidmatan PUBG .

"Meow meow? (Kau ok ke?)" kelibat makhluk berbulu memasuki bilik sambil mengiaw. Lantas, aku menghampiri Udon lalu memeluk kucing baka Maine Coon.

Hidung yang mula gatai aku tak endahkan.

"Meow meow!" Udon mengiau kuat untuk dilepaskan.

"Kau kena teman aku malam ni, no excuse" aku mengeratkan hubungan pelukan.

Well that's me, bila dapat mimpi buruk, aku akan suruh adik aku untuk teman. Dah alang-alang Udon menceroboh bilik, eloklah dia teman aku. Malas nak seretkan kaki pergi bilik Si Miang tu, confirm dah terbongkang tidur.

Aku kembali ke birai katil sambil memeluk erat Udon. Terkadang aku fikir untuk keluar ke bandar.

Hm, memandangkan esok Sabtu aku nak gunakan perkhidmatan PUBG. Dapatlah aku luahkan segala yang terpendam ni.

Udon? Tak naklah aku kongsi perasaan dengan dia, dahlah jugdemental gila.

Ra Myun? Dia takde esok sebab pergi tengok teater adik dia dekat Tadika Big Lit.

Selepas trauma mimpi kian menghilang, aku meletakkan Udon ke bawah. Jari-jemari yang runcing mula aku seretkan pada skrin telefon. Yang mana sesuai jadi PUBG untuk aku?

Bila difikirkan balik, better aku pilih Taehyung.

Seriously, seumur hidup aku tak pernah ada lelaki yang sanggup pasang telinga mendengar keluhan aku melainkan Taehyung.

Jadi, cepat-cepat aku menghantar mesej kepadanya.

🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉

Taehyung ni bilalah nak masuk minang wauthormelon ni🍉, asyik-asyik sibuk kerja jadi pakwe upahan. Mereput tau che tunggu 😑😑 (btw, entry kali ni manyak mengarut, well wauthormelon dengan meowngarut berpisah tiada😂)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top