1.5 - 🤦🏻♂️🙍🏻♂️
𝑷𝒂𝒌𝒘𝒆 𝑼𝒑𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒂𝒕 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 05
-Taehyung's P.O.V-
"Apahal kau menggilai malam-malam ni? Dah kena sampuk ke?" baru saja nak letak kepala, Seu Jat buat hal.
"Tu tu tu~~" jarinya menunding ke bucu dinding. Aku bersilih ganti memandang cicak pada dinding dan Seu Jat.
"Ingatkan sesumpah" perliku. Kebetulan pulak aku ada bawa lastik. Boleh la aku lastik kena bontot cicak tu sampai meraung jumpa emak dia.
Aku memunggah barang-barang dalam beg untuk mencari lastik. Sebaik saja jumpa, aku menapak ke luar bilik lalu menyasarkan pada cicak tersebut.
Sasaran dah ditetapkan, cuma peluru je takde. Mataku melilau mencari objek untuk dijadikan peluru.
"Meh penutup botol tu" pintaku sambil menjauhi bibir ke arah objek berkenaan.
"Why my bottle? Cap tupperware ni, tak naklah aku bagi. Habis bau mendiang cicak tu nanti." Seu Jat memeluk erat botolnya berwarna merah jambu tu.
"Tak nak sudah. Biar cicak tu skodeng kau sampai ke subuh" ugutku. Dia pada mulanya kelihatan ragu-ragu akhirnya bagi juga penutup botol.
Sasaran diperbetulkan. Aku menarik getah serenggang-renggangnya lalu meletakkan penutup botol. Peluru dilepaskan.
Tapi malangnya tersasar. Terkena ekornya, habis putus. Sampaikan cicak tu pun jatuh menyembah kepala Seu Jat.
"TAEHYUNG!!!!!" habis satu blok terjaga di kepekatan malam akibat jeritannya. Ah sudah!
• ────── ✾ ────── •
"Ha-choommm!"
Akibat trauma tak terubat, Seu Jat diserang demam dan selesema. Jadi, terpaksalah aku drop class gara-gara nak jaga budak cotong kembang ni.
Bubur yang dibeli di kafeteria tadi aku masukkan ke dalam mangkuk Robocar Polinya.
"Nah, jamahlah sikit. Dari tadi kau tak makan." sebagai kawan, aku risau even dia lelaki. Lembut. Tapi dia still lelaki.
Seu Jat menggeleng. "Aku tak nak makan" dia berpaling membelakangi aku.
"Alah sorrylah. Kau pun satu, kalau takut pergi jauh-jauh, bukan terpaku bagai dekat situ" kembang kempis hidungku menahan geram. Kalau tak boleh buat secara paksaan, kenala buat sebaliknya.
Sel-sel otak aku lantas berhubung antara sama satu lain. Mentol imaginasi mula menyala terang.
"Nak aku suapkan?" dengar-dengar saja aku pelawakan diri untuk suap makanan, dari terlentang bagai diambang kematian, Seu Jat terus bangun duduk menegak.
"Ammbboiii kau nak aku suap rupanya, mengada-ngada!" Seu Jat tersengih lalu menganga luas mulut tanda minta dirinya mahu disuap.
"Lori DBKL dah nak masuk kawasan pelupusan sampah ni, pin pin!"
• ────── ✾ ────── •
-Sa Myang's POV-
"SA MYANG!!!!" aku terus tersentak. Kus semangat!
"Dari tadi kau mengelamun. Masalah apa pulak kali ni?" soal Ra Myun.
"Mana ada masalah. Hehehe semalam aku jumpa hot guy PUBG, siap berdate lagi" wajah Taehyung mula terngiang-ngiang dalam fikiran. Ouh taehyung~~
"Aik bukan kau takut ke nak jumpa dengan dia? Kau kata nanti dia jadi sugar daddy kau"
Aku menggeleng. "Nope, tu hanyalah gambar dalam profile" kening Ra Myun bertaut. Mungkin tak paham.
"Hot guy tu Kim Taehyung, orang yang aku terserempak dalam 7E haritu" mata Ra Myun membeliak.
"Taehyung saja letak gambar boss dia dalam profil PUBG tu kalau kau nak tahu" sambungku.
"Ada orang dah cinta dengan pakwe upahan" Ra Myun tersenyum sumbing sambil menyiku lengan aku. Creepy siaa macam momo.
"Jap kau kata apa, Taehyung? Nama hampir serupa dengan Taeyong la"
"Haishhh, kau ni suka mengenang aku kisah dahulu" aku mencubit lengannya. Ra Myun mengaduh sakit.
"Eleh, baru break tiga hari--" belum Ra Myun habis bercakap, tiba-tiba saja mejaku dihentak seseorang. Mungkin dia terdengar Ra Myun menyebut namanya. Moga-moga dia tak dengar pasal tadi.
"Sejak bila kita putus, baby montok?" soal Taeyong dengan bernada marah. Sudah, dia pasang telinga pulak.
Ra Myun bingkas bangun dari kerusi.
"Kan aku dah cakap tiga hari lepas, pekak ke?" jerkah Ra Myung. Uiisshh, jarang melihat Ra Myung marah sebegini. Dia defend aku la.
"Kau jangan nak sibuk" tanganku tiba-tiba direntap Taeyong. Dia terus membawaku keluar dari kelas. Sampai saja di rooftop, tangan aku dilepaskan.
"Listen baby, boboi tak berniat pun lukakan hati baby. Itu semua salah faham, junior tu confess and then dia tiba-tiba cium boboi" aku mula memicit kepala. Rasanya berdenyut saja dari tadi.
"Dah tahu pompuan tu cium, kenapa balas balik ciuman tu?" soalku. Taeyong terdiam. Sejujurnya aku kata, tak pernah ada pun kissing scenes sepanjang kami bersama.
Disebabkan tak mahu mengeruhkan lagi keadaan, kaki aku mula mengatur langkah ke pintu keluar "Dah habis bercakap? Kalau dah, aku nak pergi masuk kelas" belum sempat membuka pintu, tanganku direntap lagi.
"Boboi belum habis bercakap lagi! Kenapa baby buat boboi macam ni?" tekakku mula kembang terasa nak muntah errghh, geli geleman pulak nickname macam tu.
"Sebab kau lelaki tak gu--" bibirku terus dipagutnya. Aku tak balas ciuman Taeyong, sebaliknya aku menolaknya jatuh ke lantai.
"Kau pergilah balik pada kekasih hati kau yang masih mentah tu. Dengan budak sekolah menengah pun boleh jadi, haktuihh!!" aku terus meninggalkan Taeyong di rooftop bersendirian.
🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉
Nak tahu sambungannya? Vote and comment wahai readersku 💕
Love,
Wauthormelon already being healthy juice XD🍉
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top