1.3 - 🤦🏻♀️🤷🏻♂️
𝑷𝒂𝒌𝒘𝒆 𝑼𝒑𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒂𝒕 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 03
-Sa Myang's P.O.V-
Seperti dijanjikan, aku sudah menapak di Kaw Kaw Kaw Kuat Cafe. Mana lah jejako hot PUBG ni? Tak sampai-sampai pun dari tadi.
Gementar? Yea, sama tahap dengan kerusi urut Ogawa dekat rumah. Kalau bagi Udon duduk, mesti lintang pukang punya, hehehe. Lagi pun, jimat sikit duit current, kan?
Alamak, gementar tahap sebegini membuatkan ikatan kasut Converse aku terlerai. Alang-alang tunggu sampai mereput ni, baik aku ikat kasut pemberian Taeyong ni.
Apahal tupperware (bekas) pakwe serba busyuk masyem tu menerjah dalam fikiran aku ni?
"Tumpang tanya, awak ke @myanguwu tu?" soalan dari seseorang membuatkan kepala aku mendongak ke arahnya.
Aku terpempan melihat wajahnya. "KAU?!" nadaku sedikit menjerit.
Keyhhh, dia memang bukan dalam jangkaan aku. Yang lebih dahsyat, dialah lelaki yang aku terserempak dekat 7E tempoh hari.
"Duduklah, buat apa tercegat dekat situ?" pelawaku secara kasar.
Once aku tak suka someone, selamanya, selamanya, selamanya Harimau Malaya. Eh bukan, selama-lamanya aku tak suka.
"Sa Myang, tak nak tanya ke nama aku siapa?" soalnya. Keyhh, soalannya agak tak cerdik tapi kena tanya juga macam mana pun.
"Em, nama kau?" soalku malas. Soalan dibalas soalan, agak odo kan?
"Aku Keem Tae Hiyong, panggil je aku Taehiyong" cara pertuturannya agak pelik.
"Yusuf Taehyoob ke Taeyong?" tebakku. Mulutnya menghala ke arah telinga aku.
"Woi pekak badak air bin badak sumbu, NAMA AKU KIM TAEHYUNG" meskipun nada berbisik, suara besarnya membuatkan gegendang telinga aku hampir meletop.
" Kau ni telan apa time kecik-kecik? Lantangnya sampai taik telinga aku jatuh ke lantai" aku mengherdiknya.
"Mic drop into ma mouth" berseloroh dia menjawab, taraguna.
"Eh jap, kalau kau staf PUBG, pompuan semalam tu klien kau kan?"
Dengan yakin, Taehyung mengangguk.
"So gambar siapa pula dalam profile kau tu?" sejujurnya, aku ni memang nak tanya soalan dari tadi. Taehyung tergelak kecil.
"Itu boss aku. Semalam birthday dia. Aku letak gambar dia dalam profile sebagai penghargaan sebab bagi aku kerja ni" ujarnya.
Aku menghela nafas lega, phew! Kalau tak, mesti dia jadi ayah gula tebu aku.
"Jap, aku nak tanya satu soalan ni? Harap tak terkejut dan mohon beri pencerahan tentang kerja kau" soalku persis pengacara majlis.
"Hm, tanyala" Coconut shake dihirupnya menghilangkan dahaga. Yakinnya kamu!
"Kau ni gigolo ke?" Riak wajah Taehyung yang tenang kini bertukar cuak.
Habis tersembur coconut shake pada muka aku. Orang sekeliling melihat kami. Tak tahulah sama ada mereka pasang telinga pasal soalan tu atau terkejut dengan reaksi Taehyung .
"Hang jangan dok memandai nohh. Aku pun ada batas pergaulan keyhh. As student, aku tak sampai ke tahap tu.
Kau baca kan maksud PUBG? Ianya Pakwe Upahan Buat Gadis, bukannya Projek Untung Bagi Gigolo. So, watch out your mouth again, young lady.
Perkhidmatan yang kami jalani adalah untuk menemani gadis-gadis yang kesunyian akibat ditinggalkan pakwe, tunang and so on. Terpulang kepada gadis tu sendiri nak diteman selama mana, lagi lama lagi mahal.
Kami sebagai staf pula tak boleh menjalinkan hubungan dengan sesiapa, so kena stay single macam mana pun.
And one more, kami langsung tak menyediakan perkhidmatan honey moon dimana-mana tempat lagi-lagi hotel. Ianya bertentangan dengan prinsip kami 'once kena tangkap basah, just sue it Trivago'. So,mohon bezakan pakwe upahan dengan gigolo. Nampak sama, tapi sangat berbeza.
Kami dianggap pengawal upahan dalam bidang percintaan, so kami sedaya-upaya untuk kurangkan kesunyian mana-mana gadis. Ada faham?" Taehyung kembali menghirup coconut shake.
Wow, pencerahan Taehyung sampaikan jelas ternyata cerah lagi benderang menyinarkan pandanganku mengenai PUBG.
"Dengan mesra aku sampaikan, kalau kau nak merasai pakwe upahan menjadi pakwe ala-ala drama Korea, kos tambahan akan dikenakan bersertakan tip untuk aku keyhhh"
"Bapak arr, berkiranya tahap taik hidung kelat." hamburku sambil menyisip mocha caramel.
"Itu dinamakan business, sayang"
dengan suaranya yang meruntun jiwaku, pancuran macho caramel selamat kena pada wajah mocha Taehyung.
Sorry y'all, mocha dengan macho
hampir sama ejaannya.
"So, macam mana? Deal?" soalnya untuk mengetahui kepastian aku. Aku pun taktau nak beri kata putus.
Aku memandang Taehyung. Wajahnya seperti mengharapkan persetujuan ini menjadi.
"Okey, deal" kami sama-sama berjabat tangan.
🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉
Readers terchenta, always vomment tawww? Kalau tak, wauthormelon takmo hapdet dah 😡😡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top