1.2 - 🙎🏻‍♀️🤷🏻‍♂️

𝑷𝒂𝒌𝒘𝒆 𝑼𝒑𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒂𝒕 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 02

-Sa Myang's P.O.V-

Selesai saja membuat pembayaran, lelaki tak guna tu dihampiri seorang gadis cun melecun.

"Yeobu ppaliwa~ lagi 2 jam je, nanti tak sempat" rayu gadis sebelahnya sambil menggesel bahu lelaki tu. Erghhh geli siot, siap merengek bagai macam minta susu getah.

"Okeylah jom pergi funfair ye, aegyi?" usul jejaka itu sambil mengulum senyuman.

"Yayy! Sayang yeobu!" mereka keluar dari 7E sambil berpegang tangan. Meluat tu ada la juga, tapi lebih kepada cemburu melihat kemesraan pasangan tadi.

Sebab malas layan perasaan depan kaunter, aku mengambil tempat di sebelah RaMyun.

"Nah,  untuk kau" aku hulurkan minuman kotak berperisa susu pisang emas kepada Ra Myun.

"Gomaw-- eh, apasal masam semacam muka kau ni?" soalan Ra Myun aku buat tak endah.

Ra Myun terus bertentang mata dengan aku.

"Kau jeles tengok pasangan tadi kan? tebaknya. Macam tahu-tahu je dia ni, kuat menghendap betul!

Angguk tak, geleng pon tak. Aku mendiamkan diri je.

"Alahai kau ni, aku islandkan kau bukan lama mana. Janganlah majok" pipi gebu aku bak mochi campur marshmellow dipicitnya. Rasa macam Ra Myun ni pakwe aku pulak.

"Mana ada, tadi aku dahagalah. That's why aku beli susu pisang--"

"--TANDUK?! Weyh pahal tak bagi kat aku yang ni dari tadi? Favourite aku tuuuuuu"

"Mengade, susu pisang kaki nak?" selorohku membuatkan Ra Myun mencemik. Hehehe, rasakan!


• ────── ✾ ────── •


"Weyhh, antara top hot guys dalam app ni kau rasa yang mana sesuai untuk aku?"

"Sa Myang, it's your decision. Kau boleh pilih mana-mana lelaki, tapi--" jarinya menunding ke arah profile salah seorang hot guys

@pkbtuhg's profile picture

"--jangan tersilap langkah, kalau kau tertekan APPROVE AS PUBG kau, silap haribulan, kot-kot tersangkot" sambungnya sambil berseloroh.

"Perlu ke capslock perkataan tu؟"aku memandang Ra Myun diiringi bunyi cengkerik.

"Eh mestilah, kaukan cemerkap"

"-Lang keyhhh bukan -kap" bukan selalu nak angkat keranda tangan sendiri.

"Hmm yelah Sa Myang oii~" Ra Myun menilik jarum jamnya.

"Uiiii dah lambat, gue permisi dulu ya Miang terchenta" sesi berlaga buku lima dimulakan tanda selamat tinggal. Kalau buat 25/8, pasti tangan aku lunyai. Dahla Ra Myun jenis kaso bebenor.

Ra Myun lantas beredar dari 7E. Tinggallah aku sebatang kera di sini sambil menikmati susu pisang tanduk.


• ────── ✾ ────── •


"Weyh, kau baru je clash nak cari 'anak kucing' lain dah kenapa?!" suara nyaring dua pupu tersyinta melalui corong telefon membuatkan gegendang telinga aku terasa bingit. Btw, istilah 'anak kucing' lagi selamat digunakan dari 'anak ikan'.

"Alahai kau sendiri tahu kan aku ni akan mengalami depression kalau takde pakwe" seloroh ku sambil memintal rambut.

"Kalau ye pun, mintakla putus elok-elok. Ni tak, nampak saja Taeyong kiss dengan perempuan lain, terus serbu tak pakai helmet. Ish ish ish Sa Myang, Sa Myang" leternya. Hah tudia, beletiaq mengalahkan gegirl uolls. Habis bernanah telinga aku.

Dua pupu aku yang tak mahu dikenali tu terus tegur kesilapan aku dalam percintaan monyet Belanda ni. Well, siap dilabel doktor cinta lagi kau! Patutla hubungannya bersama gadis pilihan tak pernah luntur meskipun ada je clorox di tengah-tengah.

"Mmm tak habis lagi ke?" aku mula tersengguk-sengguk mendengar teguran doktor syinta. Bukan sebab mengantuk, B.O.S.A.N sebenarnya.

"Tak, ni baru mukadimah. Ceramah tengah menyusul" dengar-dengar saja ayat tadi, sel-sel otak aku mula berhubung mencari seribu alasan. Tak sanggup nak tadah telinga weyhhh.

"Mm doktor cinta, aku bukannya tak nak dengar 'ceramah' kau, tapi homework dah memanggil-manggil, siap lambai-lambai kertas lagi. Hehe got to go now, nanti aku call kau. Stay lastlong with Miss Y. Bye!" aku lantas meletakkan gagang telefon.

Aku menarik nafas lega lalu ikon applikasi PUBG aku tekan
"Jangan buat keputusan terburu-buru. Kalau boleh buat, Choi Sa Myang!" ujarku sendirian.

Profile hot guys discroll dengan berhati-hati. Profil gambar lelaki berusia 40-an tadi aku tengok semula. How this man can be hot guy? Duit berkepuk-kepuk barangkali.

"Meow!" kucing baka Maine Coon menghampiriku dengan lenggang lenggoknya.

"Udon, jangan dekat dengan unnie" sejujurnya dari hati, aku menyesal tak tutup pintu weyhh (╥_╥). Dahlah hidung mula rasa gatal.

Udon terus melompat ke birai katil. Makin aku larang, makin galak si Udon mendekati aku. Siap bagi pakej menggesel atas peha aku lagi.

"Udo-- hachumm!!!" perang bersama hidung sudah bermula. Bersin yang tanpa henti membuatkan Udon terkejut lalu beredar keluar dari bilik.

Ha ambik kau, Udon! Biar hingus aku sebati dengan bulu karpet kau, muahaha. Lepas Udon keluar, hidung aku sudah tak gatal

yeahhhhhhhwwwwhhhaaatttt?!!

Aku terkesima seketika umpama bancuhan simen menyelaputi diri.

Congrats! You already APPROVED @pkbtuhg AS YOUR PUBG! Now, you can start chatting.

--------------------

ANDWAEEEEEJIIIII!!! Kenapa aku tertekan butang tu?

----------------------

PUBG Direct Message

@pkbtuhg
Annyeong & thanks approved me as your PUBG 💕 May I know your name, sweetie?

---------------------

Weyhh, aku nak type apa ni? Meremang segala organ aku ni. Dahlah bahasa omputeh aku kureng andersten, bahasa jawa aku pahamlah juga. Nasi ambang.

----------------------

@myanguwu
Me Choi Sa Myang, just call
Sa Myang.

@pkbtuhg
How beautiful name 💗 so, shall we meet each other tomorrow? Just send location, I will go there.

@myanguwu
Course of
Location sent.

-----------------------

Kenapa hantar location, Sa Myang?! Kau nak sangat ke berdate dengan jejaka terlajak hot tu?

-----------------------

@pkbtuhg
Thanks for share location. I can't wait anymore. See you tomorrow, sweetie💞

----------------------

TIDAKKKKKKKJKKKKKJJDFISIAO!!!!!!!!!!!!!!! Mulut kau masin tahap air laut Antartika lagi puaka tahap Nyiang Rapik, Ra Myun!!!!

🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉

Wauthormelon sengaja rahsiakan watak sebentar dua pupu Sa Myang a.k.a 'doktor syinta'. Nanti korang tau juga :)

Btw, sila tinggalkan vote & comment wahai readers. Lagi banyak vomment, lagi bertambah cerah masa depan korang untuk ketahui next entry😊😍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top