1.1 - 🙍🏻‍♀️💔

𝑷𝒂𝒌𝒘𝒆 𝑼𝒑𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒂𝒕 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 01

-Sa Myang's P.O.V-

Selepas membeli kertas kajang dan susu pisang, kaki aku terus menghayun keluar dari koperasi. Sedang menyedut susu kotak, aku melalui laluan koridor yang sunyi sepi. Tiba-tiba, telinga aku menangkap suara yang biasa didengar.

Disebabkan sifat ingin tahu mula menyelubungi diri, aku menapak terus ke belakang bangunan tersebut.

Hatiku berbunga-bunga sebelum ni kini hancur berderai apabila melihat pakwe busyuk masyemku tengah buat live kiss scene dengan gadis lain. Depan-depan biji mata aku bukannya dari KauTiub

Aku terpa ke arah mereka berdua.

"Ouh, ni kerja kau selama ni. Depan aku bukan main 'ala babyku montok-montok' tapi belakang aku, kau bagi robek sampai nampak tulang belakang aku. Stfu." berdas-das perkataan aku lontarkan. Geram weyh geram.

"Baby, Boboi boleh jelaskan--" belum sempat Taeyong berkata apa-apa, kotak yang masih berbaki dengan susu pisang lantas aku picit. Habis basah lencun mereka berdua.

"--Arghh dahlah,tak payah nak berboboi dengan aku, aku dah fed up! Hey pompuan, kau merenyamla puas-puas dengan dia, aku tak nak recycle kau punya. Bye!" aku terus beredar dari situ.

Berderai-derai air mata aku jatuh mengalir, umpama Air Terjun Niagara duhh. Haishh, dekat sekolah pun sempat buat scene tak berbayar tu, ai kennotla!

Sepanjang dari koperasi ke kelas, aku berlari secara melulu tanpa mengendahkan orang sekeliling.

Sampai-sampai di meja, aku terus menekup muka atas buku-buku latihan. Seseorang yang tiba-tiba mencuit pinggang membuatkan aku mencerlung tajam ke arahnya.

Wajahku ditenungnya. "Oit, apahal muka masam macam buah pelam tak masak ni?" tanya RaMyun, kawan baik aku.

Yea, dia sorang saja akan ku luahkan pasal tadi.

" Boboi aku, dia--" belum sempat aku luahkan, Ra Myun mencelah.

"Taw, dia main kayu tiga sama kau"

"Ehh, macam kau tahu lagi awal dari aku?"

Lengannya dipaut pada leherku. "Deyhh Sa Myang, aku dah masaklah dengan perangai kau tu, kalau kau bad mood macam ni mesti ada benda tak kena "

Aku mengeluh seketika.

"CCC la" kata Ra Myun sambil melagakan jari-jemari.

Dahi aku berkerut. "Mende CCC?" aku mula fikir bukan-bukan singkatan diperkatakan Ra Myun.

"CER CITE CIKIT" terangnya.

"Ouh aku ingatkan Cb Cer Citer" sangkalku.

RaMyun menghadiahkanku pandangan menjengkelkan. Derp gituw.

Tanpa membuang masa, aku mula menceritakan kejadian tadi.

"Okey, ceritanya macam ni, aku pergi koop nak beli testpad, and kemudian--" aku bercerita sepertimana di atas tadi sampai menangis bakhang. Mood aku yang super duper bad mood membuatkan wauthormelon males mengarang ayat yang sama.

"Wth arrr" carutnya dalam singkatan. Ra Myun tak suka mencarut bulat-bulat, nanti appa dia bagi makan cabai.

Sroot! Sroot!! Bunyi hingus disedut masuk pada skala 6.

"Jangan bersedih sistur, ha~" Ra Myun menyanyi dengan lenggang lenggoknya sambil menyeret jari pada skrin IPhone Znya.

Matanya disepet-sepetkan tanda fokus membelek telefon. "Hmm aku rasa, app ni sesuai untuk kau yang heart beroken" IPhonenya terus menekap ke wajah pelolesku. Dia ingat aku boleh tengok secara menjuling? Mata dia boleh la kot.

"Mende kau ni?" IPhone Ra Myun terus aku rampas. Aku melihat applikasi yang diperkatakannya.

"Wahh, tak sangkakan. Hm app Trivago hanya menempah bilik hotel, tapi app ni boleh tempah waktu untuk bersama dengan pakwe upahan, wow!

Weyhh, tolong downloadkan app ni, nanti Share It, keyhh? Data aku dah habis " aku memohon rayu pada semangkuk Ra Myun dengan mata bersinar.

Kerana terpaksa, Ra Myun relakan diri untuk downloadkan app tu untuk aku. Apa nama, apa nama app tu? PUBG? Percintaan Utuh Buat Gong Yoo?

"Yeahhh, makasih banyak-banyak cayang ucuk acam. Nanti aku belanja kau makan ramen kt 7E, tak apakan sekali sekala jadi kanibal?"

Ra Myun melihatku dengan pandangan kosong. Yea, aku tahu,pandangan kosongnya tak sekosong ruang hati untuk pakwe-to-be ku.


• ────── ✾ ────── •

Setelah ber'share it', akhirnya applikasi PUBG udah muncul di skrin telefon aku, hoyeah~~

PUBG ENTERTAINMENT PRESENTS

PAKWE UPAHAN BUAT GADIS


Amaran; Pihak PUBG tidak menyediakan sebarang perkhidmatan hotel sepertimana dijalankan oleh pihak Trivago. Jika anda didakwa atas kesalahan tangkap basah di hotel, sorry pihak kami tidak melayan karenah birokrasi anda, just go & sue it Trivago, thanks.

Ok

sila log masuk sama ada melalui email, Twitter, WeChat atau Instagram.

⇩⇩⇩

Masukkan alamat emel berserta kata kunci

Email: samyangnotmiang@gmail.com

Kata kunci:
********

⇩⇩⇩

Masukkan nama pengguna yanda, eh anda

Username: Myanguwu

L
O
A
D
I
N
G

LOG MASUK

⇩⇩⇩

Pilih teman lelaki untuk diupah

Berpuluh-puluh gambar profile lelaki mula terpapar pada skrin telefon.

Oyemjiiii, sem-sem duhh, desisku sendirian. Aku tersandar pada kerusi sambil mengurut dagu.

"Hmmmm, kau rasa mana hensem?" Ra Myun menghirup 'diri sendiri' dengan penuh nikmat sampai tak dengar soalan aku.

Cara RaMyun menghirup ramen sememangnya mengalahkan orang hisap gam duhh. Aku tahula sedap, perisa karbonara. Tapi janganlah abaikan manusia yang telah melabur duit pada 'kaum sejenis' kau.

"Ouh tak nak layan aku? Keyhh, fine!" aku terus meninggalkan Ra Myun bersendirian. Bukan kerana merajuk, tapi dahaga so aku nak beli susu pisang tanduk.

Sampai saja di peti minuman, bahuku dilanggar seseorang.

"Hoi, rabun tahap power 2000+ ke sampai tak nampak aku yang peloles lagi gojes ni?" hamburku. Peduli apa, kau budak ke, huduh ke, sem ke. My tongue technologylah!

Lelaki tersebut lantas mencerlung tajam ke arah aku. Aku terpana seketika. Mak ai, sem bhai, boleh buat menantu buat omma aku! Habis terabur duit aku kat lantai.

"Watch out your mouth, young lady" aku tergamam dengan pertuturannya. Fullamark seupiking inglisy tho. Dia suruh aku tengok mulut sendiri, bat haw? Keyhh aku cuba.

"Tak boleh pun" aku mencebikkan bibir sebab geram tak boleh tengok mulut sendiri.

"Maksudnya, jaga sikit mulut kau tu. Kau yang berlari ke sini tak tengok orang, pastu nak salahkan aku" tanpa rasa bersalah, dia terus ke kaunter tinggalkan aku. Harap saja jantan berhalkum, tak gentleman langsung.

Tanpa lengahkan masa, aku meraih dua kotak susu pisang lalu menapak ke kaunter.

Aiceymen, jantan tadi buat aksi meloyakan mataku pulak.

🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉

Cukup 30 readers, wauthomelon akan double update soon💌. Vomment reader sekalian seya hargai😍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top