seven

Terimalah chapter yang tak seberapa ini hehe ✨🌻

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 07

Setelah 3 jam mengerahkan kudrat mengajar pelajar peribadi mengenai esei, akhirnya sesi pembelajaran di kediaman keluarga Kim tamat.

"Anyways, Namjoon. I hope you'll score well in writing and listening section. Eventhough I haven't teach you about speaking and reading, so make sure do some revision for your own, okay?" tegur Ryoona sambil memasukkan buku-buku dibawanya ke dalam beg. Namjoon dari tadi tergamam akan percakapannya.

"Woah, seriously? I thought you can't speaking fluently"

"Heh, baru hari ni nak cakap penuh-penuh dengan kau. Selama ni sengaja aku buat acah-acah tak reti speaking."

"Then, why don't you involve in debate, choral speaking and so on?" ternaik alur kening jejaka itu semasa menyoal Ryoona.

Lidahnya terkelu untuk membalas. Bila difikirkan balik, kalau dijawab pasti dia menerima hilaian tawa daripada Namjoon. Crush kot!

"Answer my question, dear Ryoona." desaknya separuh marah, hampir hilang kesabaran tatkala dari tadi jawapan tidak terungkap dari belahan bibir gadis itu.

"Sebab aku ni— tak berkeyakinan tinggi macam kau. Kau tengok saja aku ni macam boleh cakap depan di khalayak ramai, tapi sebenarnya TAK!

Aku cuma berlagak yakin waktu pemilihan presiden kelab haritu. Tambah pula, aku ni memang cepat gugup dan gelisah kalau ada mata-mata tengok aku.

Tapi bila ada kau sebelah aku, entah macam mana aku terlebih yakin nak berucap di hadapan ramai orang. Dan hari ni aku nak mengaku, aku pasti sangat-sangat kau ada aura yang membuatkan aku berasa yakin waktu itu.

Aku takkan mampu berdiri atas pentas sorang-sorang tanpa kau, Kim Namjoon" luah Ryoona lantas meraih kedua-dua tangan Namjoon. Persetankanlah perasaan malu hadap muka crush.

Wajah jejaka itu ditenung Ryoona sedalam-dalamnya. Nampaknya, Namjoon tak tertawakannya, malah dia menghadiahkan pandangan simpati pada gadis dihadapannya.

Tapi dalam diam, Namjoon tersenyum berbangga sebaik sahaja mengetahui isi hati gadis itu. Dia sendiri tidak menafikan bahawa dirinya yang menginjak usia ke-19 ini, lain macam auranya.

"Look, since you have low self-esteem issues, I think we should make a deal"

"What kind of deal, Namjoon?"

"Kau kena ajar aku perbetulkan ejaan dalam esei sampai aku boleh. Dan aku ajar kau untuk tampil berani di khalayak ramai" cadang Namjoon yang setia menanti jawapan daripadanya.

Ryoona berfikir sejenak untuk membuat pertimbangan tersebut. Setelah fikir masak-masak, akhirnya gadis itu bersetuju juga.

"Nice! Ok, let's start now!"

"Eh tak boleh buat esok ke?"

"Kau nak jadi orang berkeyakinan tinggi ke tak ni?" Namjoon mendengus perlahan sambil melihat Ryoona dengan pandangan tajam.

"Eh mestilah nak!" sahut Ryoona berserta rengekan kecil.

"Dah tu, buat apa tercegat lagi? Meh ikut aku." Ryoona mula terkedek-kedek mengikuti Namjoon dari belakang.

🍉🍉🍉🍉🍉

Untunglah Ryoona asyik-asyik jumpa crush. Crush Wauthormelon duduk jauh hiks.

Btw minggu depan result untuk MUET akan keluar 🙇🏻‍♀️ doakan Wauthormelon dapat band 3 dan ke atas.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top