eleven

Make sure jangan terkezut tau untuk chapter kali ni hehe

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11

Ryoona terpegun disaat kakinya mengorak langkah memasuki dewan sekolah yang diubah sepenuhnya menjadi dewan tari menari buat malam ini.

Setibanya di tengah-tengah dewan, Ryoona diserang kekeliruan lantaran melihat ramai pasangan menari-nari tanpa melihat keadaan sekeliling.

Tanpa disedari, pinggangnya dirangkul erat oleh seseorang.

"Shall we dance?" pelawa jejaka sambil menghadiahkan senyuman yang dilengkapi lesung pipit. Ryoona menerima pelawaan sebelum dirinya dipimpin di lokasi yang sesuai untuk menari.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Ryoona dan Namjoon saling bertentangan mata sejurus menamatkan tarian berpasangan. Walaupun masih tercungap-cungap nafas mencari udara, namun pasangan menari ini gembira dapat bertemu kembali.

"Ryoona jom keluar" ajak Namjoon yang sudah menjuih ke arah pintu keluar. Ryoona membalas anggukan sebelum diri mereka dibawa ke sana.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Namjoon tersenyum sendirian sambil mendongak kepala memandang dada langit, bersinar-sinar dihiasi bintang dari cakerawala.

"Ouh terlupa pulak. Congrats Joon sebab dapat band 6 dalam KUET. Kau perform hebat teroks weyhh" ucapnya teruja lantas memaut bahu Namjoon.

"Hehe thanks. Aku takkan dapat band setinggi tu kalau kau tak tolong aku, Ryoona." tutur jejaka berlesung pipit itu sebelum dongakannya jatuh memandang wajah cantik gadis itu.

Ryoona yang perasan Namjoon memerhatikan wajahnya lantas menurunkan tangan dari bahunya.

"Anyways, congratulation to you too because we both got band 6" ucap Namjoon sebelum mengoyakkan senyuman manis. Pipi Ryoona lantas membahang melihatkan senyuman jejaka itu

"Kenapa kau ajak aku datang sini" soal Ryoona yang sudah menunduk bawah. Hampir terlupa Namjoon akan tujuan keberadaan mereka datang ke taman sains sekolah ini.

"Em— sebenarnya aku nak bagitahu kau sesuatu"

"Bagitahu sajalah" Ryoona berbicara begitu untuk memberi ruang pada Namjoon untuk bercakap. Dalam masa yang sama, dia sempat menatap wajah kacak crushnya.

Dan tanpa disangkalnya, tangan kecil milik Ryoona digenggam rapat jejaka itu sebelum memulakan bicara.

"Look, Ryoona. Tujuan aku bawa kau ke sini sebenarnya untuk buat pengakuan" mata bundar Ryoona ditatap dalam Namjoon. Pengakuan ini perlu diluahkan sepenuhnya pada gadis dihadapannya.

Dia yang mendengar kenyataan dibawa jejaka itu terus diserang perasaan gementar.

"Ryoona, sebenarnya aku dah lama sukakan kau sejak-sejak kau bertandang ke rumah jadi private tutor aku.

Dan yeah, aku sengaja tulis dengan ejaan salah, dengan banyaknya semata-mata nak pendengarkan teguran dari suara lunak kau tu. Aku tahu kau ni agak pendiam dalam kelas, sebab tu aku saja nak bagi kau marahkan aku.

Dan memang sengaja aku gagalkan diri dalam writing session waktu peperiksaan pertengahan haritu, sebab aku tak nak lepaskan peluang untuk jadikan kau private tutor aku lagi.

Kau nampak saja aku berlagak biasa, kan? Tak, di lubuk hati sebenarnya aku berdebar bila kau ada bersama-sama dengan aku, Ryoona.

It sounds crazy to you, right?  Yup i'm crazy lately because of you, my dear. My heart slowly falling in love with you, only you. Nobody else can't replace my love except you.

So Ryoona.." satu gulungan kertas kecil diletakkan atas tapak tangan Ryoona. Namjoon menggunakan bahasa badan, menyuruh gadis itu membuka gulungan itu.

Setelah dibuka, satu per satu perkataan dibacanya penuh sangsi. Kerutan di dahi jelas kelihatan pada wajah Ryoona membuat Namjoon tersenyum.

Seakan-akan memahami keadaan Ryoona, Namjoon perlahan-lahan membaca ayat yang dicoretnya sendiri.

" 'Wil yu bi mai gelfren, dier Ahn Ryoona?' "

Ryoona tersentak seketika, tidak memyangka bahawa Namjoon rupa-rupanya mahu melamarnya.

"Awww Namjoon how sweet you" bicaranya terharu untuk menyedapkan hati Namjoon.

Ya untuk menyedapkan hati jejaka ini, belum pasti lagi untuk terima lamaran tersebut. Selepas mendengarkan pengakuan daripada Namjoon, terdetik hatinya untuk turut menyatakan pengakuannya juga. Dia menghela nafas penuh perit, sukar untuk beritahu perkara sebenarnya, harap-harap Namjoon tak marah.

"But I've to say..."

🍉🍉🍉🍉🍉

Penamatnya di chapter seterusnya gais!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top