🥜R🥜

Sayurnara, uolls 😿

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑫𝒓𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒊 𝑫𝒂𝒑𝒖𝒓
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11 (Finale)

Kelopak mata milik Jinnie terus mencelik. Pantas dia memandang keadaan sekeliling, yang pastinya dirinya berada dalam sebuah bilik tidur, dan bukannya di dapur ataupun dalam tanah.

Seperti tidak percaya, pipi gebunya ditampar kuat.

"Jadi, aku bermimpi rupanya!" Jinnie meloncat dari katil dengan perasaan teruja yang membuak-buak.

Sesekali pandangannya tertancap pada tombol pintu yang dibuka seseorang dari luar.

"Dah bangun pun anak mak. Jom sarapan!"


• ────── ✾ ────── •

Jinnie menikmati sarapan dengan semangkuk Kokokrunch, sedap!

"Nak lagi!" mangkuk yang sudah kosong segera dihulurkan pada emaknya. Puan Kim pun melayankan kerenah putera tunggalnya dengan penuh kasih. Sekotak bijirin lantas diambil dari kabinet dapur sebelum diletakkan ke dalam mangkuk. Susu segar juga dituangkan.

Tindakannya untuk mengamati wajah comel anak tergendala berikutan loceng rumah mula berbunyi.

"Jinnie makan dulu ye, mak nak pergi pintu depan" tutur Puan Kim penuh kelembutan sebelum beredar pergi dari dapur.

Sejurus emaknya tiada di sisi, Jinnie mula diserang seram sejuk tiba-tiba, seperti sesuatu bakal terjadi pada dirinya.

"Kau! Kenapa tinggalkan kami?" satu suara garau menyergah, hampir membuatkan Jinnie terperanjat. Dengan keberanian yang masih berbaki, Jinnie cuba menoleh untuk mencari pemilik suara tersebut.

Dirinya sangat terkejut seusai melihat roh-roh sayur-sayuran yang pernah dia kenali dalam mimpi.

"Jinnie, kenapa kau tak mati macam kitaorang? Kenapa Jinnie!"

"Mana janji kau untuk sehidup semati bersama Bangtan Sayeoran? Jangan kata kau mungkiri janji pada kami!"

Jinnie cuba melarikan dari kawasan dapur, namun dia jatuh terpelecok disebabkan terpijak lobak merah kecil.

"Kenapa kau pijak kaum kerabat aku, hah?"

Disebabkan sakit untuk berdiri, Jinnie hanya mampu mengesot tubuh hingga ke penjuru dapur.

"Kau tahukan akibatnya kalau mungkiri janji sebagai Bangtan Sayeoran? Ini balasnya!"

Roh-roh itu terus menerkamnya.


• ────── ✾ ────── •

"Mak, selamatkan Jinnie!" tercungap-cungap nafas jejaka itu setelah mencelik mata. Nampaknya dia alami mimpi dalam mimpi.

Mereka yang melihat jejaka itu sedarkan diri terus menarik nafas lega.

"Awak ok ke, Kim Seokjin?" wajah cantik gadis menyapa pandangannya.

Setelah lama bertentang mata, baru Seokjin sedar bahawa dirinya berada atas ribaan gadis itu. Lantas, dia bingkas bangun dari situ dengan perasaan malu yang tak terhingga.

"Apa yang terjadi pada saya sebenarnya?" merona pipi jejaka kacak itu ketika menyoal gadis dihadapannya.

"Lepas dapat tempat pertama dalam pertandingan memasak cara pengakap, awak terus pengsan atas riba saya" terang si gadis yang mula tersipu malu.

"APA?"

Mendengarkan penerangan gadis tadi, sekali lagi Kim Seokjin jatuh pengsan.

-TAMAT-

🍉🍉🍉🍉🍉

Drama Di Dapur sudah melabuhkan tirainya di sini. Sorry kalau fanfic ni tak dapat hiburkan hati korang sepenuhnya.

Buat kesekian kalinya, Wauthormelon nak ucapkan ribuan terima kepada para pembaca sekalian.

Keyh jumpa Wauthormelon di fanfic PUBG S2, che akhirinya secepat mungkin!

Complete on 9/1/20 at 19.14 pm

P/S: Sebagai cadangan, korang jemputlah bertandang ke karya keenam Wauthormelon. Tajuk diberi Virtual Love, sangat menarik untuk dibaca 👍🏻 Kalau korang nak baca fanfic-fanfic lain xpe, amat dialu-alukan😆❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top