Yoongi - pt.4

Aku kena jumpa Yoongi jugak.

Tak kira

Selama ni kenapa Hobae yang lain tak kena macam aku?

Kenapa dia pergi viral dekat orang lain.

Sumpah aku malu.

Kalau dia terima takpa jugak. Ni dia tolak arghhhh

Cukuplah buat aku nangis semalam

"Weyh nantilah kita jumpa Yoongi. Kita sendiri tak pastikan dia ke yang buat semua ni" pujuk Yeong Ji cuba menenangkan aku

"Kalau bukan dia siapa lagi? Jin setan?!" marah aku

"Sabar Lynda sabar" pujuk Yeong Ji lagi

"Ergh" aku meletakkan kepala aku di atas meja.

Penat tiba-tiba

Penat menangis semalam mungkin?

End POV

S
K
I
P

2 weeks later

Macam tu jelah terjadi. Even benda dah lepas pun ada yang masih tak puas hati dengan Lynda.

Lynda tak nak pandang langsung muka Yoongi masa dalam kelas walaupun hasrat dia nak jumpa Yoongi pasal benda ni. Tapi dia rasa malu lepas dah confess tu

"Lynda, kau okay tak?" tanya Yeong Ji kemudian meletakkan tapak tangannya pada dahi Lynda yang dari pagi tadi kepalanya asyik terbaring dekat atas meja

"Panas ni!"

Lynda mengalihkan tangan Yeong Ji pada dahinya

"Aku okaylah" jawab Lynda

"Kenapa?" tanya Namjoon setelah ternampak yeochinnya seakan gelabah

"Ni Lynda ni.. demam pulak haih"

Namjoon mengangguk

"Kau nak balik tak Lynda?" tanya Namjoon sambik meletakkan tangannya pada kepala Lynda

"Tak nak.. aku okay" Lynda menggelengkan kepalanya dan menolak lemah tangan Namjoon

"Haih ok.. aku harap kau tabah dan kuat" Namjoon menepuk bahu Lynda perlahan dan melangkah pergi

"Lynda.." Yeong Ji mengeluh

-
-
-

"Woi!"

Lynda memberhetikan langkahnya

Seseorang menarik lengannya, kasar.

"Kau nak apa lagi hah Chaewon?" marah Lynda

Malas nak melayan dia tu. Kalau setakat datang jumpa Lynda hanya nak cari pasal tentang Yoongi

"Heh. Nak marah2 pulak. Dah lah kena tolak dengan Yoongi oppa" Chaewon tergelak sinis

"Kan ahahaha" gelak Boa pula

"Tepilah jangan kacau aku!" Lynda menepis kuat lengan Chaewon

Ingin cepat saja Lynda melangkah pergi, tapi keadaan diri dia yang tidak sihat buatkan kakinya terasa lemah.

"Hey you!" Sempat sahaja tangan Chaewon menarik rambut Lynda

'Mana kau Yeong Ji.. kenapa kau tinggalkan aku ni.. aku perlukan kau sekarang'

Chaewon menarik rambut Lynda dengan kuat membuatkan Lynda terjatuh terduduk kebelakang

"Arghh.."

"Aku tak habis dengan kau lagi ni!" tengking Chaewon

Orang yang lalu di tepi mereka hanya buat tidak nampak sahaja

Lynda's POV

"Arghh.."

Sakitnya punggung aku..

Aku nak bangun pun rasa tak larat sekarang ni.

Lemahnya aku

"Aku tak habis dengan kau lagi ni!" tengking Chaewon

Orang yang lalu di tepi kitorang hanya buat tidak nampak sahaja.

Weyh takde siapa nak tolong aku ke?

Tak guna

End POV

"Kau nak apa! Cukup-cukuplah cari pasal dengan aku! Kau nak Yoongi tu ambil jelah. Aku tak nak pun!

Aku penatlah korang asyik nak cari pasal dengan aku!" Tengking Lynda

"Wah.. wah berani eh" Chaewon menarik rambutnya sekali lagi

"Sedar diri tu sikit.. kau tu hodoh, tak lawa. Fikir dulu sebelum confess. Memang patutlah kena tolak dengan YOONGI!" Perli Chaewon dan menyepak perut Lynda

Lynda mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

Air mata Lynda jatuh mengena lantai

'Kenapa mesti jadi kat aku macam ni.. kenapa kau buat aku macam ni Yoongi'

Lynda memejam mata menahan kesakitan pada perutnya

"Yah Bi**h!!!" (Sorry banyak pulak carut😥😂)

Chaewon menarik nafas dalam setelah mendengar orang yang memanggil mereka begitu dan bangun secara perlahan

Chaewon dan Boa memandang kebelakang untuk melihat manusia yang memanggil mereka itu

Alangkah terkejut beruknya mereka

"Yoongi oppa!"

To be Continued

Vote comment? :*

Part last semakin menghampiri~ saya akan update dalam berapa minit je lagi.

Sabar yo :)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top