십팔

𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18

· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Lidahnya menjadi kelu apabila soalan cepumas ditanya Yoongi.

Jika Areum menjawab 'ya', dia akan menjadi kekasih Yoongi. Bila difikirkan balik, adakah dia akan jatuh cinta dengan Yoongi jika terima lamarannya? Walhal, dia masih lagi mencintai Min Woo.

Jika Areum menjawab 'tidak', kemungkinan Yoongi akan kecil hati kerana lamarannya tidak diterima Areum. Tak pasal-pasal, membujang sampai ke tua.

"Yoongi, can you give me more time? Saya tak dapat nak buat keputusan lagi."

Itulah jawapan tergantung daripada Areum. Hati Yoongi sedikit retak, tapi dia acah-acah selamba.

"Kalau macam tu, okey. Saya tak kisah pun, bila-bila masa saja awak boleh bagi jawapan tu." Yoongi tersenyum kelat.

"Em, saya minta diri dulu, sebab lepas ni saya ada kelas" pamitnya sebelum keluar dari perut kereta.

Yoongi merenung tepat ke arah objek dipegangnya.

"Haish, keropok Super Ring. Tak dapat aku nak sarungkan kau dekat jari manis si Areum tu."

Dia terus mengunyah keropok tu.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Sudah genap seminggu peristiwa itu berlaku, tetapi Areum masih tak dapat menjawab soalan tu.

Dia asyik ulang-alik dari bilik tidurnya ke bilik tidur Taetae.

Sedang Areum berjalan di pintu bilik anak saudaranya yang sedikit terkuak,dia menangkap suara seseorang dari dalam bilik, jadi Areum menjengul kepalanya ke daun pintu.

Dia nampak Taetae sedang bermain dengan keempat-empat patung kartun Linetown bersendirian. Ada James si manusia, Cony si Arnab, Moon, dan Jessica si kucing.

"James, kenapa awak sanggup tikam belakang saya? Saya ni cintakan awak sepenuh jiwa dan raga saya, awak tahu tak? Sebab ini, awak sanggup minta putus yer?" Taetae membuat suara seperti Cony.

"Hm,saya kesah apa?" suara James pula ditiru.

"Jessica, Jessica. Jadi, kau minta putus dari aku disebabkan jantan tu?" tangan kecil Moon mula menunding ke arah James.

"Ya. Aku buat semua ni sebab kami berdua saling mencintai, betul tak, James sayangku?" kalini, Taetae meniru suara Jessica.

Kepala James digerak-gerak seperti mengangguk.

"Hiks, hiks, sampai hati awak, buat saya macam ni, hiks, hiks" Taetae membuat suara Cony sedang menangis.

"Oh, suka sama suka yer? Nah, ambik ni, HAIYAA!!"

Taetae mengambil Moon lalu mengayun-ayunkan patung tersebut ke arah James dan Jessica. Sampai terjatuh kedua-dua patung itu ke lantai.

"Hm, rasakan tendangan maut dari Moon. Saling mencintai konon, tak pasal-pasal jatuh dalam gaung" Taetae membuat gaya dab pada Moon. (๑ิټ ิ)

Hampir meletus tawa Areum melihat gelagat si Taetae. Nasib baik dia sempat menekup mulut, kalau tak, kantoilah misi menghendap Taetae ni nanti.

"Em, Cony. Jom kita pergi dari sini"

Taetae mengubah kedudukan Moon dan Cony dari meja belajar ke birai katil.

"Cony, saya harap awak bawa banyak bersabarlah yer? " suara Moon ditiru Taetae.

Dia mengerakkan kepala Cony dari atas ke bawah untuk mengangguk.

"Cony~~"

Taetae membawa Moon menghampiri Cony.

"Saya rasa, baik awak lupakan saja si James tu"

"Awak ingat? Nak lupakan semua tu senang ke? Saya ni, dah lama sukakan dia, awak tahu?"

Taetae menundukkan kepala Cony,lantas Taetae mengerakkan tangan Moon untuk mengangkat dagu Cony.

"Yer, saya tahu tu. Tapi, James tu tak setia orangnya. Awak nampak dengan mata sendiri tadi, takkanlah tak nak move on?"

"Kenapa awak paksa saya nak move on pula?"

Taetae mengerakkan tangan Cony untuk menepis Moon dari menghampirinya.

"Sebabnya, kalau awak move on, awak tak perlu nak fikirkan hal ni lagi dan awak sendiri tahu, yang saya ni sukakan awak. Jadi, Cony, tolonglah berubah demi saya, boleh tak?"

"Em, Moon. Boleh tak awak bagi masa untuk saya berfikir? Saya tak dapat buat keputusan lagi"

Ayat yang diperkatakan Taetae tadi hampir serupa dengan ayatnya tempoh hari.

Taetae meletakkan Moon, James dan Jessica di atas meja belajar, manakala Cony pula masih berada di birai katil.

"Hmm~~ kalau aku move on, aku akan bersama dengan Moon. Tapi, boleh ke aku mencintai Moon seadanya? Kalau aku tak move on, aku mungkin teringatkan James, cinta pandang pertama aku. Tapi, dia akan kembali ke pangkuan aku kalau aku tak move on?--"

Ke hulu ke hilir Taetae menggerakkan Cony.

"-- mestilah tak, James tu tak setia, lainlah kalau Moon, dia cintakan aku dari bangku sekolah lagi, tapi aku sendiri tak tahu pada mulanya. Aku mungkin jatuh cinta padanya kalau aku terimanya sepenuh hati. Ya itu dia! Biarpun perangai Moon macam lahanat, tapi dia baik, setia menanti aku dari dulu pulak tu. Bukan macam si James tu, muka je nampak suci, tapi hati tu, tahi suci betul!--"

Areum tersentak apabila Taetae menyumpah seranah ketika itu. Siapalah yang ajar dia mencarut ni?

"--akhirnya, aku dah buat keputusan, aku akan move on dan hidup bahagia bersama dengan Moon! Moon tunggu, aku datang!"

Akhirnya, Areum telah menganalisis cerita dari imaginasi Taetae.

Ada betul juga si Taetae ni cakapkan tadi. Okey, aku dah buat keputusan.

Areum berlari-lari anak ke biliknya lalu mendail nombor telefon seseorang.


🍉🍉🍉🍉🍉

Taetae×Areum chapter guyseu 〒▽〒.Jawapan di chapter seterusnya, maapler yer~~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top