Memoriku bersama Karpet

Sempena ulang tahun ke-3 mixtape AGUST D, dengan berbesar hati Wauthormelon hadiahkan Chapter baru✨ semoga terhibur 🎉

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 07

Ketika menyidai pakaian di ampaian, Je Mah terdengar bunyi hon dari halaman depan rumah. Sesungguhnya, telinga Ceplosnya sangat peka dengan keadaan sekeliling biarpun taik telinga berkerak disebabkan udah lama tidak dicari gali.

Zroom!!

Dengan kaki lipas kudungnya, Je Mah pecut dari belakang rumah mengalahkan Ferrari di Litar Sepang.

Sebuah motosikal terparkir di hadapan pagar kediamannya.

"Cari siapa? " soal Je Mah. Kepalanya pula udah terjegul melepasi lubang pintu pagar yang berkunci. Kalau tersangkut, sampai ke petang la keberadaan Je Mah di situ.

"Seya antiara pinjual karpet dari Pakistan yang tersohor di sini, nama seya--"

Lelaki yang masih berhelmet terus nganga sejurus melihat Je Mah. Bukan sebab kepala Je Mah bakal berkekalan di celahan pintu pagar, tapi dia amat mengenali wanita dihadapannya.

"Yini hakak syantik Jie Mah dari Koriya tu kan?" tebak lelaki berjanggut ciput bentuk chipmore. Je Mah berada di celah pintu pagar dengan lagak divanya merapikan rambutnya sambil berkata,

"Haah, saya la tu. How did you know me?" soalnya seperti ditemu ramah oleh pihak wartawan.

Lelaki berjanggut chipmore terus menanggalkan helmet.

"Yini seya Rahman Khan, kembar Salman Khan yang terpisah antara dua negara, originally from Pakistan, no ayam brand"

Fullamark, cara Rahman intro padu beb, siap ada bawak skuad uchux raver jadi penari latar Pakistan tho.

"Ouhh yaka? Akak banyak sorrylah sebab akak tak kenal you" sesungguhnya Je Mah hanyalah memegang sijil dalam bidang ingat-mengingati ni, bukannya pHD.

"Cuba hakak tengok seya bitul-bitul" Je Mah merenung Rahman sejuling-julingnya.

Rahman mintak salah seorang skuad uchux raver untuk menepuk dahinya.

"Hakak ada pirnah beli yitu karpet sama saya di Pakistan dulu "

Benak fikirannya mula mengingatkan memori daun pisang dulu, eh sampai ke lagu dengdut pulak.

"Masa tu hakak carry yitu perut banyak boyot"

Memori pahitnya melancong ke Pakistan mula menerjah ke kotak fikiran.

Ketika itu, Je Mah hamil 5 bulan dan pada masa yang sama, kemahuannya semua dituruti oleh Yoon Hwa. Itu biasa.

Yang luar biasa bin extraplusordinary, Je Mah bukan mengidam makanan, sebaliknya dia mengidam nak hidu bau karpet dari Pakistan.

Ok, berbalik kepada cerita. Sewaktu mereka singgah ke satu karpet ni, Yoon Hwa menikmati susu unta punya milkshake.

Akibat kenikmatan yang sementara di duniawi ni, kaki Yoon Hwa tersandung pada karpet yang ada atas lantai membuatkan dahinya memumuah ke bumi.

Susu kocak unta pula tertumpah atas sebidang karpet. Ah sudah!

"Deyh abang mayta cepet, kalau dah tumpah, mesti kena beli ,no kompromi el!" kata salah seorang promoter diakhiri dengan menggigit lidah. Siapa lagi kalau bukan Rahman Khan.

"Yitu karpet bukan calang-calang punya karrrrrpet. Fyi, karrrrpet yitu ditempah oleh Sultan Brunei bukannya lieyma yienam ringgit, lebih tiga yiempat ribu dolarrrr sebidang yini seyja, bang" tokoknya. Ah sudah pt.2!

Nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur ayam McD. Kerana terpaksa, Yoon Hwa terpaksa relakan diri untuk membeli karpet dengan harga cekik darah tu.

" Terima kasih daun keladi,
Kalau nak beli,
Tumpahkanlah lagi" Rahman berpantun tiga kerat dengan nada perli.

Yoon Hwa mula mendengus, mahu saja dia sumbatkan karpet dalam mulut Rahman. Nasib baik Je Mah sempat tenangkannya.

"Karpet dah beli mahal-mahal, takda hadiah ke?" soal Je Mah.

"Ada! Susu tumpah atas karpet tulah hadiahnya hahahaha" berdekah-dekah Rahman ketawakan kepada pasangan Min.

Dengan kesabaran yang menipis seperti epidermis pada bawang, mulut Rahman selamat disumbat dengan karpet dibeli Yoon Hwa.

" Melawak tak kena tempat, habis 'lawak' kau dah kena sumbat dengan karpet aku. Padan mulut!" hambur Yoon Hwa.

Yeobu padan muka la, bukan padan mulut, desis Je Mah dalam hati. Dia pun tak mampu buka mulut untuk cakap perkara sebenar.

Karpet tersebut berada di kediaman lama mereka, dekat Korea. (Masihkah readers ingat, ketika Yoongi menjadi nanny kembar empat, dia tumpahkan susu atas karpet, ha tulah karpet dibeli di Pakistan)

" Hakak ohoiiii, hakak Jiemah"

Je Mah terus tersedar dari lamunan.

"Seya rasa bersalah sangat-sangat, bukan rasa manis atau masin. Maafkanlah seya pasal haritu" pintanya. Ewah dia, nak mintak maaf sempat buat loyar buruk.

Je Mah masih mendiamkan diri, marah barangkali. Kalau ada karpet puaka tu, sudah lama dia sumbatkan dalam mulut Rahman. Tak lama lepas tu, dia membuka mulut.

"Keyhhh, akak maafkan kamu, tapi dengan seytu syarat"

"Cakapla apa-apa pun, seya menurut perieyntah. Nak duit, karpet, perabot, semua seya boleh kasi sama hakak"

Karpet? Sudahla aku dah trauma tahap pHD ni, eh jap

"Perabut?!" senyuman nakal Je Mah mula melebar. Idea jahat juga mula timbul.


🍉🍉🍉🍉🍉

Baru aku sedar, Je Mah makin brutal sekarang ni 😂, btw nantikan chapter seterusnya😆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top