Kisah Lama Mak Tipah
𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 14
Sejurus tamat persekolahan, Ida, Fat dan kembar empat akhirnya pulang berjalan kaki bersama-sama.
"Weyh petang ni jom main" usul Ida. Laksa straw yang dibeli di luar sekolah dihirup dengan nikmat.
"Kan Teacher Salma bagi homework banyak. Sempat ke siapkan sebelum pergi main?" soal Fat agak bimbang. Kalau tak disiap kerja rumah guru subjek Bahasa Inggeris itu, ha mampos buku kena lempar dari tingkat 3 sampai bawah.
"Hm kalau macam tu, kita buat homework jelah kat pangkin. Mau dak?" usul Ida.
Sebagai respon, mereka membalas dengan anggukan.
"Biar aku cop tempat ni, takut nanti budak kampung sebelah main gundam kat sini pulak" Toongi merelakan dirinya untuk datang awal ke pangkin petang nanti.
"Hm, yelah Toongi — eh tu bukan mak kau ke? Awal betul 'kongsi' cerita kat pangkin tu" Yoonji memerli sambil menyiku perlahan lengan Ida.
"Biasalah tu, memang rutin dari dulu" Ida berbicara dengan penuh keluhan.
Mereka berenam tersenyum ketika melewati tempat Mak Tipah membawa berita.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Macam tulah ceritanya" Mak Tipah menyudahkan bicaranya dengan mencecah mempelam muda dengan calitan kicap bersama sedikit belancan buatan Odahthevass. Tambah-tambah ada cabai (cili). Mmm, sedap ngat aih!
"Amboi Kak Tipah, habis cerita orang satu kampung dia ambik tau" Odahthevass mengekek lalu menampar lembut tangan Mak Tipah. Nasib mempelam di tangan tak jatuh menyembah tanah.
"Halah biasalah tu Odah. Bukan selalu nak cerita. Dengan hangla orang pertama aku mai habaq" Mak Tipah tersimpul malu untuk ketawa.
"Ha tudia. Balik dah anak dara kak si Ida tu" panjang saja Odahvass menjuih bibir menunjukkan kehadiran Ida dan rakan-rakan.
"Ni ,dia tau dak pasai laki kak lari dari rumah dulu?"
Mak Tipah berhenti mengunyah mempelam sejurus soalan maut terpacul keluar dari mulut Odahthevass.
"Pasai tu..."
Mak Tipah mula mengenangkan kisah silamnya.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Tipah, boleh dak Pah berhenti mengata pasai orang kampung? Abang penatlah pasang telinga. Asyik-asyik nama Tipahlah dok keluaq dari mulut depa" bicara suami Mak Tipah, Latif sebelum menyedut puntung rokok.
"Awat, salah ka Tipah ambik tau pasai depa? Sekurang-kurangnya Tipah tau juga keberadaan depa tu sekarang. Nanti kata Tipah ni tak rajin tegur sapalah, berlagaklah" Mak Tipah berdalih. Mahu menang saja Mak Tipah.
Disebabkan sudah tidak tahan dengan Mak Tipah, Latif membuka langkah lalu meluru terus ke dalam kamar tidur. Baju-baju yang dilipat dimasukkan terus ke dalam beg bagasi. Segala dokumen pentingnya turut dibawa bersama.
"Ha ni nak pi mana pulak dengan berbeg-beg bagai ni?" tutur Mak Tipah yang menyandar pada daun pintu. Pertanyaannya masih dijawab sepi oleh Latif.
"Hm, elok sangatlah diam-diam macam tu. Sekali takda mulut baru tau!"
Kata-kata cacian isterinya tidak terhenti di situ sahaja, malahan berbakul-bakul hinaan menyusul.
"Taula saya ni tak lawa mana. Hm, pi la Zimbabwe ceruk sana tu, jumpa jodoh kat Benua Afrika. Mana tau boleh jadi madu Pah nanti. Kasi rare dari orang kampung lain, ye dok?"
Kata-kata Mak Tipah berbaur perlian memarakkan lagi kemarahan Latif. Akibat dengan itu, Latif melangkah keluar dari bilik tidur mereka lalu memasuki bilik anak-anak perempuannya untuk menjengah mereka buat kali terakhir.
Hatinya diciut tenang tatkala melihat dua puterinya lena diulit mimpi.
"Ina, Ida abah sayang hangpa dua, tapi abah terpaksa tinggalkan hangpa buat sementara waktu ni. Jaga Mak elok-elok nohh"
Pipi anak sulung diciut lembut, diikuti anak bongsunya yang masih bayi sebelum mereka didakap seerat-eratnya.
Tanpa sebarang ucapan selamat tinggal, Latif tergesa-gesa meninggalkan rumah yang dihuni isteri dan anak-anaknya. Biarlah dia pergi membawa diri daripada memaki hamun isterinya.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Oit kak, jauh termenung. Teringatkan sapa pulak tu sampai soalan saya tak dijawab lagi" Odahthevass tersengih-sengih melihat Mak Tipah yang mengelamun dari tadi.
Mak Tipah hanya mampu mengoyakkan senyuman nipis untuk menutupi kesedihannya. Sudahlah suaminya sudah lama tinggalkannya, namun tiada kata putus untuk bercerai.
Mak Tipah hanya membalas dengan gelengen bagi menjawab pertanyaan Odahthevass. Nampaknya, Ida tak tahu tentang hal ni.
🍉🍉🍉🍉🍉
Waduh ni ff family Min ke Ida? 😂
Nantikan chapter seterusnya remi-remi sekalian 🦄💓
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top