R
𝑪𝒉𝒊𝒎𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 08
Perbuatan Chimderella terhenti apabila seseorang dari luar memulas tombol pintu. Secara drastiknya Mang terus berubah menjadi patung semula.
Di saat itu mulalah terjengul kepala seseorang di daun pintu. Chimderella berdecit.
"Ish kau ni. Kalau nak masuk ketuklah pintu tu dulu" kata Chimderella dengan nada yang agak kasar.
"Eh, selama ini aku tak ketuk pintu elok je kau bagi masuk" balas Taetaerella. Dia mula memikirkan sesuatu.
"Ke kau rahsiakan sesuatu dari aku?" tebaknya. Riak wajah Chimderella kelihatan cuak.
"Aku dah agak." jarinya dipetik kuat. Taetaerella mendekatinya.
"Bagitahulah rahsia tu. Aku pun nak tahu jugak" badan kecil Chimderella digoncangnya.
Ketika ini, Chimderella membatukan diri di birai katil sambil mengatup rapat mulutnya.
"Please Chim,bagitahu jelah. Aku akan rahsiakan" rayu Taetaerella sambil acah-acah menarik zip di bibir . Entah kenapa desperate si Taetae ni.
Chimderella bingkas berdiri.
"Nak tahu sangat,pergilah cari sendiri!" hamburnya.
Taetaerella termangu. Bukan jarang,tapi memang tak pernah tengok Chimderella marah berapi-api sebegini. Jangan sangkakan mochi selembut kapas tiada inti sambal jalapenõ.
Seusai itu,Taetaerella memulakan pencarian. Tiada,tiada dan tiada. Dia hampir putus asa namun terdetik hatinya untuk mencari di atas meja belajar.
Di sebalik susunan buku yang tinggi menggunung, Taetaerella menjumpai sesuatu objek yang mungkin disorok Chimderella.
"Yeah,akhirnya aku dah jumpa"
Chimderella lantas menoleh ke arahnya. Ni bukan thermos tu tapi riak wajahnya terus cuak.
"Taetaerella!!! Tu barang aku!! Jangan kacau!! Letak balik!!" pekiknya. Namun, Taetaerella tidak mengendahkan kata-katanya.
Malah,tangannya galak membelek isi kandungan buku dijumpainya. Dia berdehem terlebih dahulu sebelum memulakan pembacaan.
"9 Mac 1765 pukul 5 petang. Ohh diari, hari ni adalah hari yang paling bertuah buat aku kerana sambutan hari jadi Puteri Yoonji diraikan di kantin sekolah,jadi semua pelajar boleh ke sana.
Aku memang takkan lepaskan peluang ini. Aku juga membeli patung berupa kuda untuk dihadiahi Puteri Yoonji. Aku harap dia suka dengan pemberian aku nanti.
Tapi sebaik saja aku melangkah masuk ke kantin, beberapa orang lelaki menghalang jalanku. Aku mengerling mereka bertiga. Jackson, Bambam dan Yugyeom.
'Maaf, budak kecil tak boleh masuk' kata Jackson sambil menyilang tangan. Dengan prinsip pergi mati yang aku terapkan dalam diri, aku terus melepasi sekatan mereka. Tapi Bambam sempat menyambar tangan aku,ergh!
'Apa masalah korang ni? Ada aku pernah kacau kebahagiaan korang ke?'
'Ya memang ada.'
'Bila???'
'Dekat tapak perhimpunan haritu. Memang panas gila hati aku waktu tu.'
'So, kau ingat aku kesah ke semua tu? Aku menyembang dengan dia,kau yang panas apahal?"
Akhirnya,aku ditumbuk mereka bertiga dan diheret keluar dari sekolah.
'Ingat, kalau kau dekati Puteri Yoonji lagi, siap kau. Aku ganyang-ganyang pipi mochi kau sampai kendur.' ugut Jackson.
'Ambil balik patung buruk ni. Kalau Puteri Yoonji dapat hadiah macam ni mesti dia buang dalam tong sampah'
Patung Mang terus dilempar ke arah aku. Hati aku yang sebelum ni retak seribu terus hancur berderai. Sangkaan aku memang meleset, hari ni malang sekali buat aku."
Taetaerella memandang Chimderella.
"Maaflah kalau aku ni busybody dan aku tak bermaksud nak lukakan hati kau" Taetaerella terus mendakapnya.
"Aku percaya kau mesti boleh dapatkan cinta Puteri Yoonji tu" tokoknya.
"Betul ke?" soal Chimderella.
Taetaerella mengangguk. Mereka kembali berpelukan.
🍉🍉🍉🍉🍉
Vmin momento 😍😍 stay vote & comment.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top