12
"Hyung,"
Wooyoung memandang Jiung yang baru melangkah keluar dari wad itu.
"Apa yang jadi sebenarnya?" soalnya pada Jiung.
Terkejut dia bila Jiung menelefonnya dan memberitahu yang San dimasukkan ke hospital gara-gara dipukul bapanya.
"Appa balik semalam lepas seminggu dia menghilang. Dia mabuk, dia minta duit dari Omma. Tapi Omma takde duit sebab baru lepas bayar sewa rumah. Jadi dia pukul Omma,"
"Bila kitorang berdua sampai, dia tengah angkat pasu nak hentak kepala Omma. San Hyung halang, jadi Hyung yang kena. Tak cukup dengan tu, dia belasah Hyung. San Hyung cuba lawan tapi Hyung tahu kan San Hyung tu bukannya kuat mana. Nasib baik ada jiran dengar dan telefon polis. Kalau tak, tak tahu apa jadi,"
"Omma korang kat mana?" soal Wooyoung.
"Omma kerja. Nanti balik dia datang sini,"
Wooyoung mengangguk.
"Kau pergi lah balik berehat. Jangan risau, aku boleh tengokkan San sementara Omma korang sampai,"
"Tak susahkam Hyung?"
Wooyoung menggeleng sambil dia mengeluarkan beberapa keping wang dari dompetnya lalu dihulurkan pada Jiung.
"Nah, ambil ni buat tambang teksi dan makan,"
"Hyung-,"
"Jangan tolak. Kau adik San, jadi kau adik aku juga," kepala Jiung diusap.
"Gomawo Hyung,"
"Ah Hyung, lagi satu,"
Wooyoung yang ingin membuka pintu wad itu menoleh ke arah Jiung.
"Tentang Jiyu Noona,"
"Kenapa dengan Jiyu?" soal Wooyoung.
"Hyung tahu sebab sebenar San Hyung putus dengan Jiyu Noona?"
Wooyoung tidak jadi masuk ke wad, sebaliknya dia kembali ke arah Jiung.
"San cuma cakap perasaan dia pada Jiyu dah hilang tanpa sebab. Kenapa? Ada sebab lain ke?"
Jiung mengangguk perlahan.
"Jiung rasa lebih baik Hyung tanya San Hyung sendiri. Dia perlukan seseorang untuk berkongsi cerita tu,"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top