Two
Hye Jin menghela nafas penat. Dia menyenyahkan punggung ke atas sofa. Leher yang berdenyut sakit dipicit. Hujung bulan memang sangat melelahkan bagi Hye Jin kerana dia perlu menguruskan proses stock take barang barang untuk tiga buah butik pakaian miliknya.
Bau masakan dari dapur menarik deria Hye Jin. Perutnya yang tidak sempat diisi ini serta merta berbunyi. Dia terus bangun mengatur langkah ke dapur.
"Omo,"Hye Jin tersenyum lebar melihat meja makan dipenuhi masakan. Jung Kook yang berapron sedang menyiapkan hidangan terakhir. Dengan senyap senyap Hye Jin ke belakang Jung Kook dan merangkul pinggang suaminya itu. Leher Jung Kook yang sentiasa berbau wangi dikucup sebelum kepala melentok di bahu kekarnya. Jung Kook sedikit terkejut, nyaris menjatuhkan sudip yang dipegang.
"Banyaknya awak masak. Bau pun dah harum masakan awak ni, mesti sedap kan,"puji Hye Jin.
"Takde lah, menu bujang je,"
"Untung saya dapat suami yang pandai masak,"
"Saya pulak untung dapat wife yang baik, cantik macam awak,"Jung Kook cium pipi Hye Jin. Minyak yang meletus di dalam kuali membuatkan Hye Jin terjerit merangkul tubuh Jung Kook. Jung Kook tercuit dengan telatah Hye Jin.
"Next time kalau saya balik lambat ke, awak order je fast food. Tak payah la masak, penat awak nanti,"
"Lahh, tak tercabut pun tangan saya ni masak untuk awak Cik Hye Jin oiiii,"
Hye Jin nak tolong cucikan perkasas dapur yang berlonggok dalam sinki tapi Jung Kook pantas menghalang. "Pergi duduk Hye Jin. Awak tu dah penat sangat baru balik kerja. Duduk sana, tunggu saya hidangkan makanan ye,"Jung Kook tolak Hye Jin ke kerusi.
Hye Jin mencebik geram. " Alah awak ni, semua kerja tak bagi saya buat,"Hye Jin mencebik.
"Cukup je lah kerja awak tu tak berhenti cintai saya tiap hari. Cia cia cia!"Jung Kook bagi pick up line yang mencairkan hati Hye Jin. Hye Jin letakkan satu kotak kecil ke atas meja. Dia panggil Jung Kook duduk di sebelahnya selepas semua kerja kerja dapur disiapkan. Makanan pun dah terhidang.
"Ada apa dalam ni?"Jung Kook menggongcangkan kotak yang diberi Hye Jin. "Ada hati awak ke hah?"
"Bukak la dulu,"
"Ok sayang,"Jung Kook tarik tali riben yang mengikat penutup kotak. Kotak dibuka dengan teruja. Dengan tiba tiba Jung Kook menekup mulutnya, sambil membuntang biji mata pandang Hye Jin. "Serius lah ni awak?"kunci kereta diangkatnya.
"Yelah. Saya kesian tengok awak pergi kerja naik motor je hari hari. So, kereta ni saya belikan untuk awak. Nanti pergi lah tengok kereta awak tu kat luar,"
"Tapi hadiah ni terlalu mahal la untuk saya. Mian, saya tak boleh terima,"
"Kalau awak sayang saya, awak guna kereta tu. Plisss....."pujuk Hye Jin. Jung Kook mengangguk. Tubuh Hye Jin dipeluknya.
"But once saya dah kumpul banyak duit sikit, saya ganti balik kat awak,"
"Tak payah,"
Pekerjaan Jung Kook cuma kerani saja di sebuah syarikat swasta. Hye Jin pula wanita bekerja dengan gaji yang cukup besar sehingga mampu membuka tiga buah butik. Dia cuba untuk tidak mewujudkan jurang dari segi kewangan mereka. Bila dah bersuami isteri ini, semua kesenagan perlu dikongsi bersama.
* * * *
"Aigoo kereta baru ke ni?" wanita yang parking di sebelah Mercedes Benz hitam itu melompang mulut bila yang dilihatnya keluar dari perut kereta mewah itu adalah rakan sekerjanya.
"Cantik la wei!"puji Aeran. Jung Kook tersimpu malu sambil menggaru belakang kepalanya.
"Banyak betul duit you beli kereta mewah,"
"Eh tak, wife I yang hadiahkan kereta ni untuk I,"jujur Jung Kook.
"Baik gila wife you. Dah la kaya, cantik pulak tu. Tak sia sia you pilih dia kan,"Aeran menepuk bahu Jung Kook sebelum berlalu pergi ke bangunan kerjanya.
* * * *
"Hye Jin, budak yang datang nak interview tu dah sampai,"kata Minseo.
"Suruh dia masuk sini,"
"Ok,"
* * * *
Gadis berambut coklat itu berdiri dengan gementar di hadapan Hye Jin dan Minseo. Hye Jin menyemak dan meneliti resume gadis bernama Hana itu. Hana bertubuh agak tinggi dan penampilannya sangat sopan. Setiap soalan yang diajukan oleh Hye Jin, Hana akan menjawab dengan lancar.
"Umur berapa sekarang?,"
"25 tahun Puan Hye Jin,"
"Kenapa apply nak bekerja kat butik saya ni? And looking from your resume, you ada kelulusan diploma dalam accounting. Tak nak sambung belajar ke tahap lagi tinggi ke,"
"Nak Puan, tapi duit tak cukup. Saya sekarang tengah kerja keras untuk cari duit nak sambung belajar tahun depan,"
"Hmmmm....."Hye Jin gigit hujung pen yang dipegang. Dia meminta pendapat Minseo sebelum membuat keputusan.
"Ok Hana, congratulation awak diterima bekerja kat butik saya. Esok dah boleh start eh. 3 bulan pertama ni kira macam trial je baru. Kalau prestasi awak bagus, saya lantik jadi pekerja tetap. Kerja kerja yang perlu awak buat nanti kawan saya ni Minseo akan explain kat awal esok. Datang awal tau. Jangan buat perangai,"balas Hye Jin. Hana tersenyum gembira. Kepalanya ditundukkan beberapa kali tanda terima kasih kepada Hye Jin.
Tiba tiba Hana datang merangkul tubuh Minseo. Hye Jin terpana.
"Babe, sebenarnya Hana ni adik aku,"ujar Minseo, tergelak bersama Hana.
"Lah, kau ni asal tak cakap awal awal. Kalau macam tu, tak payahlah aku interview dia. Terus aku ambik kerja kat sini,"balas Hye Jin.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top