Twelve
Selepas dua jam Hye Jin dan Minseo menunggu dalam kereta, kelihatan Jung Kook dan perempuan berhoodie itu keluar dari rumah. Hye Jin yang sudah kembali tenang, cuma melihat kereta Jung Kook meluru pergi meninggalkan rumahnya. Betul kata Minseo, dia perlu bertindak lebih bijak untuk berdepan dengan suaminya dan juga perempuan sialan itu.
Selepas meminta bantuan pengawal keselamatan untuk membuka pintu rumahnya, Hye Jin dan Minseo bergegas naik ke bilik tidur. Hye Jin memeriksa katil. Comforter berbau perfum wanita. Sumpah dia takan tidur atas katil ni lagi. Ada beberapa helai rambut berwarna perang melekat di celah celah bantal. Hye Jin tarik bakul sampah kecil di bawah katil. Ditelengkupkan bakul sampah. Di antara timbunan sampah, dijumpainya sarung kondom yang masih basah dengan air mani Jung Kook.
"DASAR JANTAN TAK GUNA!"sambil menyumpah seranah si Jung Kook, Hye Jin menendang bakul sampah. Bantal bantal di atas katil dicampakkan ke lantai. Minseo diam membiarkan Hye Jin melepaskan amarah.
"Aku perlu tahu siapa perempuan tak guna tu. BETINA PERAMPAS!,"Hye Jin pandang ke arah cctv di penjuru bilik. Ya, rakaman cctv. Jung Kook memang silap besar kali ni. Dan siapa perempuan tersebut bakal terbongkar sekarang.
Tiba tiba Minseo jadi gelisah bila Hye Jin meluru ke bilik cctv. Minseo yang mengekori dari belakang Hye Jin senyap senyap mengeluarkan telefon. Mesej ditaip dengan tergesa gesa sebelum dihantar kepada nombor milik Jung Kook.
Jung Kook:
Hye Jin akan tahu siapa perempuan yang kau simpan tu. Aku dah cakap kan hati hati! Masak kita kalau semuanya terbongkar.
* * * *
"
Err Hye Jin, kau sure ke betul betul nak tahu siapa yeoja tu. Apa kau nak buat kat dia nanti? Kau nak upah pembunuh pergi bunuh dia ke?"Minseo berdebar debar saat Hye Jin menghidupkan komputer yang tersambungkan pada cctv di seluruh rumah.
"Yeoja tu memang layak dibunuh sebab dah rampas suami aku,"balas Hye Jin keras. Dia membuka satu persatu fail fail rakaman cctv.
"Kau betul betul nak bunuh dia?"
"Minseo....aku tak gila sampai macam tu sekali. But, saper pun yeoja tu...aku takan maafkan dia and aku akan hancurkan hidup dia macam dia buat pada aku sekarang ni.....," jari jari Hye Jin menekan key board dengan laju. Serta merta mukanya berkerut. "Sialllll.......Jung Kook dah delete rakaman cctv!"dia melempar key board pada skrin komputer.
Minseo melepaskan nafas lega. Serius, kau memang bijak JEON JUNG KOOK.
Hye Jin terduduk kesal di atas kerusi . Dia diperbodohkan oleh suaminya sendiri. Dah berapa lama Jung Kook menipunya? Kenapa baru sekarang dia sedar.
Bodoh Hye Jin, selama ni kau terlalu percayakan Jung Kook....kau dibutakan dengan cinta palsu Jung Kook sampai kau tak sedar dia diam diam khianat kau. Kau memang BODOH MIN HYE JIN!
"Sabar Hye Jin...."Minseo mengusap bahu Hye Jin. Hye Jin menekan dadanya yang terasa sakit. Mungkin semua kejutan yang dia terima ini membuatkan jantungnya ingin meletup.
"Tolong ambik kan aku air,"mintanya.
"Sure!"Minseo letakkan handbag bersama telefomnya di atas meja lalu keluar mendapatkan segelas air sejuk untuk Hye Jin.
* * * *
Hye Jin menjeling telefon Minseo yang berdering beberapa kali. Nombor si pemanggil yang tertera di skrin telefon Minseo membuntangkan biji mata Hye Jin.
Incoming call from Jung Kook
Kenapa Jung Kook menghubungi Minseo? Adakah selama ini Minseo dan Jung Kook sering berhubung tanpa pengetahuan Hye Jin. Hye Jin terus menatap skrin telefon tanpa ingin untuk menjawab panggilan Jung Kook itu.
4 missed call from Jung Kook
Beberapa saat kemudian, muncul satu sms dari Jung Kook. Hye Jin sempat membacanya.
Jung Kook:
Jangn risau, aku dah bereskan semuanya sebelum keluar tadi. Hye Jin takan tahu. Kau tu, lain kali bagitahu aku apa yang si Hye Jin tu nak buat. Nasib Hye Jin tak serang aku dengan dia tadi.
"Hye Jin.....air untuk kau,"
Hye Jin pandang tak berkelip Minseo yang muncul di muka pintu.
Apa semua ni Minseo? Kau....kau pakat dengan Jung Kook? Tapi kenapa.... Hye Jin tahu kalau disoalnya Minseo sekarang, Minseo takan membuka mulut. Kalau ni satu permainan, Hye Jin jugak boleh berpura pura seperti yang dilakukan oleh suami dan kawan rapatnya sendiri.
"Gumawo Minseo! Gumawo! Kau memang betul betul kawan baik aku,"Hye Jin menyambut gelas dari tangan Minseo lalu menarik Minseo ke dalam pelukannya.
Hakikatnya....kau penipu Minseo. Kau tikam belakang kawan kau sendiri.
"Apa pun yang jadi, aku sentiasa ada untuk kau Hye Jin. Aku akan sokong kau sepanjang masa,"kata Minseo tersenyum sinis.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top