Ten
Rumah yang dahulunya ditinggalkan sunyi, terasa diisi semula dengan kebahagian. Hye Jin dan Jung Kook kembali menjalankan tanggungjawab suami isteri.
"Esok awak ada meeting dengan doktor kan. Saya temankan awak ye,"kata Hye Jin. Dia baring berbantalkan dada Jung Kook. Empuk. Jung Kook sedang fokus membaca buku. Sesekali Hye Jin akan mencucuk pinggang Jung Kook menyebabkan Jung Kook tersentak geli.
Hilang konsentrasi pada pembacaan kerana disebabkan kenakalan Hye Jin, Jung Kook menutup buku. Tubuh Hye Jin dikepit pada celah pahanya. "Tak payahlah. Butik butik awak tu tak terurus nanti. Saya boleh suruh orang lain temankan,"tolak Jung Kook tidak mahu membebankan Hye Jin.
"Yeke awak ni? Kan awak marah pulak,"
"Takde maknanye. Saya faham awak sibuk Hye Jin. Saya ni dah la tak kerja. Awak yang bersusah payah cari duit tanggung rawatan saya. Gamawo. Bila saya sihat nanti, saya janji akan kerja lebih gigih nae,"Jung Kook mengucup umbu umbu rambut Hye Jin.
"How's your treatment?"
"So far dah makin membaik. Doktor cakap saya boleh sembuh dalam masa terdekat ni,"
"Baguslah! Awak, tak lama lagi birthday Jung Hoo. Dah dua tahun usia anak kita. Kita celebrate nak tak,"
"Nak sambut apa nye kalau anak kita pun dah tak......"
Hye Jin memintas. "Tarikh lahir Jung Hoo sangat bermakna untuk saya,"
"Oklah sayang, saya ikutkan saja kemahuan awak,"dan Jung Kook mengalah dengan permintaan Hye Jin.
* * * *
Ketika Hye Jin tersedar dari tidur, dia meraba ruang kosong di sebelahnya. Mana Jung Kook? Hye Jin selak selimut pantas turun dari katil. Dia keluar dari bilik tidur untuk mencari Jung Kook. Risau jika suaminya itu terjatuh di mana mana ke. Setelah mencari, dia dapati Jung Kook berada di ruang tamu, sedang berbual dengan seseorang melalui corong telefon. Hye Jin curi curi dengar perbualan Jung Kook sambil mengintai dari balik dinding.
"Good night sayang! Sleep well,"kata kata terakhir Jung Kook sebelum menamatkan panggilan. Hye Jin tak rasa telinganya tersalah dengar.
Adakah kali ini bakal betul betul terjadi lagi?
* * * *
Laman rumah dipenuhi dengan tetamu. Kiri kanan adalah meja panjang yang terhidang pelbagai jenis makanan. Hari ini adalah hari kelahiran Jung Ho juga hari memperingati kematiannya.
Hye Jin dan Jung Kook menyambut para tetamu mereka dengan layanan mesra.
"Hye Jin-ah!"Minseo yang baru tiba bersama Hana pantas memeluk Hye Jin,"Syukurlah kau dengan Jung Kook bersatu balik,"kata Minseo. Hana berjabat tangan dengan Jung Kook, kemudian berlaga pipi dengan Hye Jin.
"Jodoh kitorang masih kuat. And aku sedar, aku sangat perlukan Jung Kook dalam hidup aku,"Hye Jin merangkul erat lengan Jung Kook. Jung Kook agak segan apabila Hye Jin ingin mencium bibirnya di hadapan Hana dan Minseo. Terpaksa dia menolak perlahan wajah Hye Jin. Jung Kook cover malu dengan berpura pura pergi mendapatkan kawan kawan pejabatnya yang baru tiba.
"Minseo, Hana....jemputlah makan ye. Buat macam rumah sendiri. Aku nak gi layan kawan kawan suami aku kejap,"Hye Jin turut ke meja kawan kawan Jung Kook dan menyapa mereka dengan mesra.
Dia sedikit segan bila berdepan dengan Aeran. Rasa janggal itu dihilangkan dengan ucapan minta maaf atas kesilapannya dahulu yang menuduh Aeran perampas.
"It's okay Hye Jin. Kita ni manusia tak lari dari buat silap. Takpe, saya dah lupakan pasal kejadian tu. Saya bersyukur sangat awak dan Jung Kook kembali berbaik. And i feel really sorry for your Jung Hoo,"Aeran memeluk Hye Jin seperti sahabat rapat.
* * * *
Sekejap lagi akan berlangsung upacara penghormatan kepada mendiang Jung Hoo. Semua tetamu akan menitipkan doa buat Jung Hoo. Selalunya dimulai dengan omma dan appa yang melahirkan Jung Hoo.
Upacara akan bermula, namun Hye Jin gagal mencari di mana Jung Kook berada.
"Minseo kau ada nampak suami aku tak?"soal Hye Jin cemas mencari Jung Kook.
"Jung Kook? Tadi ada je dia berbual dengan Aeran,"Minseo melingas sekeliling. "Jap mana Aeran?"
"Betul kau nampak Aeran dengan Jung Kook?" Hye Jin tergamam sekejap. Minseo mengangguk penuh yakin.
"Memang tadi diorang berdua duduk kat meja sana tu,"Minseo menunjuk ke arah sebuah meja kosong. "Babe, aku baru ingat...lepas diorang berbual tu aku nampak Jung Kook bawak Aeran masuk ke dalam rumah. Diorang ada kat dalam la tu kot,"sambung Minseo setelah ingatannya semakin jelas. Hye Jin tidak berkata apa apa.
* * * *
Hye Jin mengenggam kemas penumbuk. Dia mendaki anak anak tangga ke biliknya. Melihat pintu bilik tidur terkuak, Hye Jin semakin dihimpit curiga. Nafas ditarik dalam dalam sebelum dengan cukup berani dihayungkan kakinya mendekati muka pintu.
Lantas dia menolak perlahan daun pintu. Hujung anak matanya mengintai ruang di dalam. Terlihat Jung Kook sedang menyelongkar kabinet kecil di sebelah katil. Hye Jin menghela nafas lega kerana Jung Kook berseorangan.
Dia masuk ke dalam dan menyapa Jung Kook. "Awak pergi mana? Letih tau saya cari awak,"leher Jung Kook dirangkul dari belakang.
"Saya nak ambik kamera ni hah,"Jung Kook angkat kamera yang dikeluarkan dari laci. "Kaja, upacara dah nak mula kan," Jung Kook bangun lalu membalikkan tubuh rapat pada Hye Jin. Hye Jin membetulkan kedudukan tali leher Jung Kook. Ketika itu, Hye Jin mengesan bekas gincu pada pangkal leher dan sekitar kolar kemeja Jung Kook. Juga seluar Jung Kook tidak dizip.
Hye Jin menelan dalam air liur. "Awak lupa nak zip seluar tu hahhaha,"dia pura pura gelak.
"Aigoo nasib baik awak perasan, kalau tak malu besar saya. Jom sayang!"Jung Kook menarik tangan Hye Jin untuk keluar.
Hye Jin meleraikan tangan Jung Kook. "Awak pergi la dulu. Saya nak betulkan make up!"
"Ok. Sayang jangan lama sangat tau. Saya tunggu awak kat bawah,"Jung Kook berlalu meninggalkan bilik. Perasaan sangsi Hye Jin semakin kuat. Dia mengigit hujung kuku ibu jarinya.
Kesan gincu tu?
Kenapa seluar dia tak berzip?
Dia bawak masuk perempuan tu ke dalam bilik ni tadi?
Jung Kook tipu aku ke?
Hye Jin cuba tenangkan fikirannya yang kusut. Sebagai tuan rumah, dia tak boleh kelihatan tertekan di hadapan tetamu ketika majlis sedang berlangsung. Usai meperkemaskan make up, dia keluar dari bilik. Sewaktu melepasi tandas di sebelah biliknya, dia bertembung dengan Aeran yang baru keluar dari tandas.
"Aera?"Hye Jin terpana di hadapan wanita itu. Betul kata Minseo. Maknaya tadi, Aeran dan Jung Kook......
gincu kat baju Jung Kook tu....
"Ohh Hye Jin. Saya guna tandas kejap,"ujar Aeran.
"Sure,"Hye Jin mengerling ke arah bibir Aeran untuk memastikan warna gincu Aeran sempadan dengan warna kesan gincu di baju suaminya.
Malangnya tidak.
Mungkin bukan Aeran. Atau Aeran lebih bijak menukar gincunya supaya tidak disyaki oleh Hye Jin, dan Aeran bersembunyi di dalam tandas ketika Hye Jin ke mari? Mustahil Aeran. Hye Jin lekas menyangkal semua spekulasi itu. Habis tu siapa???
"Hye Jin ah, errr I....."Aeran menyentuh lengan Hye Jin. Bibirnya tergagap gagap ingin menuturkan sesuatu pada Hye Jin.
"Ada apa Aeran?"
"Nothing,"jawab Aeran dengan tergeleng geleng. Wajahnya serba salah. Dia pantas meninggalkan Hye Jin yang masih kebingunan.
* * * *
Hye Jin kembali semula ke laman rumah. Jung Kook dikelilingi para tetamu wanita yang mengajak bergambar. Hye Jin akui suaminya itu menjadi perhatian ramai wanita. Hye Jin sedar dia mula rasa tergugat dengan perempuan misteri yang disorokkan oleh Jung Kook. Betapa paranoid dirinya terhadap si perampas itu.
Dalam diam Hye Jin memerhatikam Jung Kook berdiri rapat di sebelah Aeran. Lensa kamera menyimbah tubuh mereka beberapa kali. Kemudian, Minseo dan Hana juga turut mengikuti sesi fotografi bersama Jung Kook.
"Cik yang sebelah kiri tu, boleh tak kasi rapat lagi dengan Jung Kook. Baru nampak cantik!"arah cameraman pada Minseo. Minseo yang segan, menjeling Hye Jin takut kawannya itu akan cemburu.
"Ready ye. SENYUM! 1 2 3!"
Clack!
Clack!
Clack!
"Ok done. Encik Jeon boleh tak peluk bahu Puan Jeon tu,"kata cameraman yang menyangka Hana adalah isteri Jung Kook.
Hana menggeleng. "Ehh saya bukan wife Encik Jeon. Puan Jeon ada kat sana,"Hana memanggil Hye Jin.
"Ohh maaf Puan Jeon,"cameraman menunduk malu pada Hye Jin.
"Ehh sayang, berdiri apa lagi kat situ. Mari la ambik gambar sama sama,"Jung Kook pantas menarik tangan Hye Jin.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top