Sixteen
20 minit sebelum pukul 9.00 malam, driver yang dihantar oleh Jung Kook datang menjemput Hye Jin dari rumah ke Restaurant Royal Garden. Hye Jin berhias sehabis cantik, mengenakan dress merah jambu yang diberikan oleh Jung Kook. Kata orang, wajah seorang isteri akan sentiasa kelihatan cantik pada pandangan suaminya. Betul ke?
* * * *
Restaurant Royal Garden adalah tempat makan berkonsepkan landskap dalam taman. Hiasan sekeliling sangat mewah. Barisan pokok pokok yang memagari kiri dan kanan laluan digantung lampu berkelip kelip cahaya keemasan. Seorang wanita penyambut tetamu mengiringi Hye Jin ke meja makan yang sudah ditempah atas nama Jeon Jung Kook.
Di sebuah meja makan sepanjang dua meter itu, terlihat Jung Kook melambai. Jung Kook memakai kemeja berwarna biru muda. Yang membisik dalam hati Hye Jin bukan pujian akan ketampanan Jung Kook, sebaliknya memaki hamun suami yang telah curang itu.
"Oh God, my beautiful angle..."laung Jung Kook bersama flying kiss dari jauh.
Tiba di meja, Jung Kook menarik kerusi untuk Hye Jin duduk. Dia bagi Hye Jin sejambak bunga ros merah dan kotak hadiah.
"Open it!"bisik Jung Kook beralih ke belakang merangkul bahu Hye Jin. Hye Jin membuka kotak, mendapati sesuatu yang berkilau di dalamnya. Ianya seutus rantai perak yang terukir dengan perkataan "MHJ.JJK".
Jung Kook mengalihkan rambut Hye Jin yang menutupi leher. Dia pakaikan rantai itu pada leher Hye Jin. Belakang kepala Hye Jin dikucup. Selepas itu, Jung Kook melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Hye Jin.
"Suka tak rantai tu sayang?"soalnya.
Hye Jin cuma mengangguk perlahan. Beberapa orang waiter beratur untuk menghidangkan makanan. Hye Jin mengerling sebuah lagi kerusi kosong di sebelah Jung Kook.
Kemudian, wanita penyambut tetamu tadi datang kepada Jung Kook. Dia membisikkan sesuatu di telinga Jung Kook. Jung Kook mengangguk lalu segera bangun. Pandangan mata Jung Kook mengarah pada seseorang yang baru tiba di belakang Hye Jin. Kedengaran derapan kaki yang berhenti tidak jauh. Hye Jin turut sama berpaling. Mulutnya ternganga luas. Jung Kook bawakan satu lagi kejutan besar untuk Hye Jin.
Hana berlari anak ke arah Jung Kook.
"Sayang kenapa lambat....." tanpa segan silu Jung Kook menyambut Hana ke dalam pelukannya. Di depan mata Hye Jin sendiri, Jung Kook mengucup bibir Hana. Hana memakai dress yang sama seperti dipakai oleh Hye Jin.
"Hai Hye Jin,"Hana menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Hye Jin. Hye Jin sekadar membalas dengan senyuman senget. Dasar betina tak tahu malu.
"Sorry....tangan kau terlalu kotor untuk aku sentuh,"kata Hye Jin. Belum sempat Jung Kook membawa Hana duduk, Hye Jin terlebih dahulu bangun. Kau gila ke apa nak duduk semeja dengan perempuan yang dah rampas suami kau. Hye Jin menepuk tangannya—tepukan yang gemuruh untuk pasangan paling romantik Jung Kook dan Hana. "So, malam ni kau nak kenalkan aku dengan isteri baru kau,"dia ketawa mengejek.
"Hye Jin, saya tahu awak kecewa saya tipu awak...."Jung Kook pantas menahan tangan Hye Jin di meja. Hye Jin menepis kasar. Rantai yang baru dipakai di lehernya tadi, Hye Jin rentap semula dan campak ke muka Jung Kook.
"Kau tak perlu explain apa apa pun. Aku dah tahu semuanya. Kau, keluarga kau sendiri, Minseo dan termasuk perempuan yang kononnya baik sangat ni....tipu aku hidup hidup. Kau rasa semuanya akan back to normal bila kau bawak perempuan tak tahu malu ni depan aku,"
Kedua dua tangan Jung Kook merangkul tangan Hye Jin dan Hana bersama. "Saya masih sayangkan awak Hye Jin. Awak, Hana....kedua duanya saya sangat perlukan dalam hidup saya. Kita boleh cuba untuk berkongsi hidup sama sama. Saya janji saya akan berlaku adil pada awak dan Hana,"
Pujukan Jung Kook cuma mengundang tawa Hye Jin."Kau mengarut apa ni? Lepas apa yang jadi kau harap aku boleh hidup sebumbung dengan manusia manusia jijik macam korang. Jangan mimpi la aku izinkan korang berdua jejakkan kaki kat rumah aku,"
Hye Jin beralih bagi pandangan maut kepada Hana. Lima jarinya meramas penumbuk yang menunggu masa akan melayang ke muka yang terlihat suci itu. "Hei perempuan tak sedar diri, Kau nak apa lagi....suami aku kau dah rampas, kau nak bolot harta aku pulak,"
Dia mendekati Hana beberapa langkah. Lebih dekat, lebih mudah untuk menyerang sasaran.
"Untuk pengetahuan kau Hana..."dahi Jung Kook ditunjal, "suami kau ni langsung takde apa apa. Aku yang bagi kemewahan pada dia. Kau tunggu la nanti hidup kau akan merempat bila suami kau ni tak dapat satu sen pon duit aku," memang itulah hakikatnya Jung Kook cuma lelaki yang tanpa harta kekayaan. Lelaki pengemis!
"CUKUP HYE JIN! AWAK TAK PAYAH HINA SUAMI SAYA!"tempik Hana yang mula tercabar dengan keangkuhan Hye Jin.
"Kenapa? Kau takut kau akan hidup miskin nanti? Rumah tangga korang takan bahagia lah. Aku jamin...ahakk!"Hye Jin tersedak kerana Hana menyimbah arak di dalam gelas ke wajahnya. Hye Jin meraup muka yang kebasahan. Dia rembat rambut Hana dan menumbuk kepala Hana. Hana ikut sama melawan menarik rambut Hye Jin. Satu tamparan kuat dari Hana singgah ke pipi mulus Hye Jin. Hye Jin tertolak menghentam meja sebelum terjelepok ke tanah. Jung Kook cuba meredakan Hana dan Hye Jin.
"Hahhaha berani kau sentuh aku!"Hye Jin memegang pipinya yang terasa panas dan birat. Dia bangun semula dengan hilai tawa yang menggerunkan. Gelas yang berisi vain digapainya. Dua tiga teguk vain ditelan untuk membasahkan tekak.
"Hye Jin, Hana....saya tak suka korang berdua gaduh macam ni. Ni bukan cara untuk kita selesaikan masalah,"
"Kau nak selesaikan apa lagi. Aku muak la kau terus berlakon baik Jung Kook. Cara mudah untuk selesaikan semua ni......KAU CERAIKAN AKU! CERAIKAN AKU SEKARANG!"jerit Hye Jin.
"Bagus, awak ceraikan jelah bini gila awak ni. Tak lama lagi kita akan pindah ke luar negara Jung Kook. Awak janji nak bina hidup baru dengan saya, dengan anak kita yang bakal lahir ni,"Hana memegang pipi Jung Kook, merapatkan hidungnya dengan wajah Jung Kook. Dia menarik tangan Jung Kook melekap pada perutnya. Jung Kook mengangguk sekilas mengucup dahi Hana. Tanda itu adalah pilihan muktamad Jung Kook. Sambil itu Hana menjeling sinis Hye Jin. Meluap darah Hye Jin dibuatnya. Gelas digenggam semakin kemas.
"Min Hye Jin......mulai hari ini aku cerai...."
Panggg, gelas ditangan Hye Jin pecah berkecai. Menitik darah keluar dari tapak tangan Hye Jin yang tertusuk serpihan kaca.
Akhirnya Jung Kook, kau betul betul lepaskan aku...buat selama lamanya. Kerana perempuan tu dah rampas kebahagian aku, aku takan maafkan kau Hana....aku takan biarkan kau hidup bahagia......
Hye Jin mengenggam kemas serpihan kaca. Pedih sakit tak terhingga. Tangannya dihayungkan laju ke arah Hana. Tersedar dengan tindakan gila Hye Jin itu, Jung Kook pantas menghadang Hana di belakangnya. Hye Jin tersasar menikam dada Jung Kook. Darah terpercik ke wajah masing masing.
Mata Hye Jin yang berkaca merenung ke dalam anak mata Jung Kook. Linangan air mata menggarisi pipi Hye Jin.
"Kau ceraikan aku, bukan bererti aku terus lenyap dari hidup kau. Ingat Jeon Jung Kook, kita masih bersambung dengan satu ikatan.....IKATAN DENDAM YANG TAKAN SESEKALI PUN PUTUS," Hye Jin menolak serpihan kaca lebih dalam. Wajah Jung Kook tambah berkerut menahan sakit. Tangannya cuba meleraikan tangan Hye Jin.
"Lepaskan Jung Kook lah!"Hana panik. Dia berusaha menarik Hye Jin untuk menyelamatkan Jung Kook. Saat terpandang botol arak di atas meja, Hana pantas menggapainya. Dia pukul botol kaca itu ke belakang kepala Hye Jin. Hye Jin pengsan menyembah bumi. Kepalanya berdarah. Hana lekas memeluk Jung Kook. Dada Jung Kook yang berdarah luka ditekup dengan tangannya. Pekerja pekerja restaurant mengelilingi mereka.
Korang nak happy ending ke sad ending? Cer komen
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top