Six

2 minggu kemudian,

Sayang dah tido ke? Saya otw balik rumah ni. Rindu sangat kat awak sayang. Baby sihat?

Send to mywifeu❤

*    *    *    *

"I hantar you balik la senang. Dah malam ni. Risau la nak biarkan you balik sorang sorang naik teksi,"Jung Kook fokus memandu.

"Tak menyusahkan you ke?"

"Takpe. Lagipun you banyak tolong I sepanjang khursus tu. Thanks Aeran!"ujar Jung Kook. Aeran tersenyum lebar. Dia curi curi pandang sisi wajah Jung Kook yang masih kelihatan kacak biar pun mukanya keletihan dan rambutnya sedikit berserabai. Jauh dalam hati Aeran dia sebenarnya menyimpan perasaan cinta pada Jung Kook. Dia mengenali Jung Kook ketika mereka di zaman kolej lagi. Tidak disangka lepas tamat belajar, dia bekerja satu pejabat dengan Jung Kook. Tapi malang sekali, Jung Kook sudah pun bergelar suami orang.

"Aeran kita dah sampai rumah awak ni,"

"Aeran?"

"Apaa?"Aeran tersedar dari lamunan. "Eh cepatnya," Dia lekas turun dari perut kereta. Dia berlari ke bonet belakang untuk mengambil luggage miliknya.

"Takpe Aeran, biar I angkat beg you,"halang Jung Kook.

"Gamawo,"Aeran menyusul Jung Kook masuk ke dalam rumahnya. Jung Kook duduk berehat sekejap di sofa. Seluruh tubuhnya terasa lenguh selepas beberapa jam memandu dari Busan balik ke Seoul.

"Duduk la dulu. Saya pergi bancuhkan air untuk awak. Kalau awak nak dinner kat sini pun takpe. Saya boleh order fastfood,"pelawa Aeran.

"Saya nak balik dah ni. My wife tengah tunggu kat rumah. Next time la kita dinner sama sama dengan wife I,"Jung Kook menolak dengan  penuh sopan.

"At least you minum dulu air. Please Jung Kook. Anggap ni tanda terima kasih,"Aeran masih memujuk.

Jung Kook tidak membalas sebaliknya memeriksa skrin telefon. Mesej yang dihantar kepada Hye Jin tadi tidak dibaca atau dibalas. Dah tido kali istetinya itu agaknya. "Ok la. 15 minutes je,"

"Good. You nak minum apa? Juice?Tea? Coffee?"

"Bagi kopi je,"

"Ok siap boss!"Aeran meluru ke dapur. Jung Kook melunjurkan tubuhnya. Ikatan tali leher dileraikan. Tiga butang atas kemeja ditanggalkan untuk pengudaraan.

"Jemput minum,"Aera meletakkan dulang yang dihidangkan dua cawan kopi dan sepinggan brownies. Cawan dihulurkan kepada Jung Kook. Baru beberapa teguk kopi dicicip, Jung Kook memuntahkan semula air kopi.

"Kenapa Jung Kook? Kopi I tak sedap ke?"Aeran jadi kaget.

Jung Kook terbatuk batuk kuat mengeluarkan banyak darah pada tapak tangannya. Dadanya yang berombak kuat dipegang. Dia rebah ke lantai ketika cuba bangun menggapai beg kerjanya. Aeran panik tidak tahu nak buat apa.

"Ubatttt! Saya perlukan....uuubat saya,"telunjuk Jung Kook mengarah ke arah beg kerjanya. Aeran terus menggeledah beg itu. Satu bekas plastik yang berisi pelbagai jenis pil ubat dikeluarkan. Dia pantas berlari ke dapur mengambil tuala dan segelas air kosong. Kepala Jung Kook diriba di atas pahanya.

"Ubat yang mana satu ni..."

"Semua!"nafas Jung Kook putus putus. Darah meluap luap keluar dari mulutnya. Aeran menyuapkan ubat ke dalam mulut Jung Kook. Dia hulurkan gelas air kosong untuk Jung Kook menelan ubat. Batuk batuk Jung Kook sedikit reda selepas beberapa saat. Aeran membersihkan darah pada wajah Jung Kook.

"You nak I call wife you?"tanya Aeran. Jung Kook kelihatan masih lemah, terbaring di dalam ribaan Aeran.

"Nooo Aera. Please jangan bagitahu dia. Penyakit I ni dah lama I sorokkan dari pengetahuan dia,"

"Tak nak pergi hospital ke? I risau lah Jung Kook,"

"Takpe. I cuma perlu berehat dan bagi ubat ubat yang I makan tadi hilangkan sakit. Kalau you tak kesah, bagi I tumpang rumah you malam ni. I tak larat nak drive cari hotel or balik dalam keadaan sakit macam ni. Hye Jin tentu terkejut,"ujar Jung Kook.

"Boleh je. I angkat you masuk bilik ye. Tak selesa you tidur kat sini,"Aeran sekuat tenaga memapah tubuh besar Jung Kook itu ke dalam biliknya. Dia membaringkan Jung Kook di atas katil.

"Dah pagi nanti you kejutkan I. Ubat ni mudah bagi effect mengantuk,"Jung Kook menguap sebelum beberapa saat terus tertidur. Merasakan ketidakselesaan Jung Kook dengan pakaian yang kotor itu, Aeran menanggalkan pakaian Jung Kook untuk digantikan dengan pakaian  baru.

Tapi Aeran tidak mempunyai pakaian lelaki. Takpe boleh basuh dan sempat dikeringkan sebelum Jung Kook bangun. Melihat segenap tubuh Jung Kook yang tak berbaju itu, Aeran menelan air liur dalam dalam. Tangannya perlahan lahan mengelus pipi Jung Kook, lalu turun ke leher dan dada Jung Kook diraba. Jari jarinya ingin menjelah lebih liar ke bahagian boxer Jung Kook. Aeran lekas memusingkan kepalanya. Tangannya diangkat semula. Dia mengetuk kepalanya beberapa kali.

"Pabo Aeran! Jung Kook tu suami orang. Kau jangan buat kerja bodoh Aeran,"dia memarahi dirinya sendiri. Segala bisikan jahat cuba diusir. Dia menyelimutkan tubuh Jung Kook yang terdedah.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top