Seventeen
Kepala agak berat. Bila cuba diangkat, rasa berdenyut yang sangat mencucuk di bahagian belakang kepala yang berbalut kain. Hye Jin mengerang sakit ketika menggagah untuk bangun. Tubuh yang lemah disandar pada tempat pemegang sofa.
Hye Jin tidak ingat apa apa yang berlaku padanya selepas dia menikam dada Jung Kook. Tangannya dihidu, masih kuat berbau darah dan ada calitan darah kering di celah celah kuku. Tapak tangannya juga bertampal plaster.
Dari Royal Garden Restaurant, celik mata saja dia sudah berada di ruang tamu rumahnya. Jam dinding dikerling dengan pandangan samar samar. Sekarang pukul 4.00 pagi. Dia masih keliru kenapa kepalanya sampai cedera berbalut dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah.
Bertanya pada diri sendiri yang tidak tahu apa apa pun jawapan takde guna, jadi cara yang lebih bijak adalah dengan memeriksa cctv rumahnya.
* * * *
"Jung Kook...." rakaman cctv pada pukul 10.45 malam menunjukkan kereta milik Jung Kook berhenti di hadapan rumah. Jung Kook dan Hana memapah Hye Jin yang tidak sedarkan diri keluar dari tempat duduk belakang kereta. Hana menunggu di luar rumah, manakala Jung Kook mengusung tubuh Hye Jin ke dalam. Hye Jin dibaringkan ke atas sofa. Kepala Hye Jin yang penuh darah dicuci dan dirawat oleh Jung Kook. Jung Kook meninggalkan Hye Jin di atas sofa dan naik ke tingkat atas. Dalam beberapa minit, lelaki itu turun semula bersama beberapa buah bagasi sebelum meninggalkan rumah sekitar pukul 11.02 malam.
Hye Jin bergegas keluar dari bilik cctv ke biliknya. Dia buka semua pintu pintu almari. Semua pakaian dan barang barang Jung Kook dah takde. Beberapa dokumen penting seperti geran tanah, buku cek milik Hye Jin jugak lesap.
"Tak guna JUNG KOOK! Harta aku pun kau kebas!"Hye Jin menghempas pintu almari. Jung Kook cuma meninggalkannya sehelai kertas di atas katil yang diletak bersama cincin perkahwinannya. Surat cerai sudah lengkap ditandatangani oleh Jung Kook.
"Kita tengok sejauh mana kau mampu lari dari aku Jung Kook. Kau atau aku, salah satu takan berakhir bahagia,"
* * * *
Dua tiket penerbangan Jung Kook yang masih Hye Jin ingat butirannya ketika menyelongkar beg Jung Kook tempoh hari. Tiket penerbangan ke USA yang bertarikh 13 November, waktu pukul 10.45 pagi. Beerti Hye Jin belum terlambat untuk 'mengejar'.
* * * *
"Sampai bila kamu nak tunggu dia? Sampai kamu keras kejung jadi mayat baru dia datang sujud kat kaki kamu sebab dah jadi isteri derhaka," Setiap hari Puan Jeon akan membebel perkara yang sama pada Jung Kook. Memang telinga Jung Kook ni dah kalis menadah kata kata kesat ommanya. Ommanya itu terlalu membencikan Hye Jin sampai dipaksanya Jung Kook menceraikan Hye Jin.
"Omma, abang masih sayangkan Hye Jin. Omma ingat mudah ke abang nak lepaskan Hye Jin. Cerai bukan benda boleh dibawa main main,"Jung Min sentiasa menyokong pendirian Jung Kook untuk terus menunggu Hye Jin biarpun sudah berbulan lamanya si abang itu ditinggalkan isteri.
Hye Jin langsung tidak ambil tahu tentang Jung Kook yang tengah sakit melawan kanser paru paru. Bukan Jung Kook tidak mahu menjelaskan perkara sebenar pada Hye Jin, tapi Hye Jin yang enggan memberinya peluang. Bahkan muka Jung Kook dah tak ingin dipandang.
Omma berdengus sebelum sambung berleter. "7 bulan dia tinggalkan kau. Tanya khabar, makan pakai kau pon langsung tak. Isteri jenis apa dia tu. Orang lain pun ada je yang mati anak, tak sempat tengok anak lahir.....ni perempuan gila tu tak habis habis nak meroyan. Dia tak reti nak terima takdir ke, tahu salahkan kamu je. Ehh dia tak sedar dia sendiri yang cuai sampai kemalangan. Dia yang bunuh anak dia sendiri," marah Puan Jeon.
"Omma tak payah ungkit pasal hal tu boleh tak. Jung Kook ni tengah sakit, omma pulak asyik marah marah. Lagi tambah parah sakit Jung Kook ni,"balas Jung Kook.
"Omma dah fikir masak masak. Keputusan yang omma buat ni kamu kena ikut sebab ni je yang terbaik untuk diri kamu dan masa depan kamu. Dua minggu lagi, kamu akan kahwin dengan anak kawan omma,"
"Yeoja mana pulak?" Jung Kook bingun.
"Hana. Yang Puan Kim selalu bawak dia datang sekali melawat kamu tu. Omma berkenan sangat kat budak tu. Baik, sopan, perangai elok,"puji Puan Jeon.
"Apa ni omma! Pandai pandai je omma buat keputusan tanpa bincang dengan Jung Kook," Jung Kook membantah sekeras-kerasnya. Ni kerja gila orang yang tengah sakit dipaksa berkahwin, lagi lagi orang tu masih berstatus suami orang.
"Jangan lawan cakap omma Jung Kook. Kau tu dah kira beruntung sebab dia sudi terima kamu yang dah nazak ni. Dia sanggup nak jaga kamu sampai kamu betul betul sembuh,"
"No. Jung Kook tak setuju. TAKAN SETUJU! Jung Kook tak nak menyusahkan Hana. Lagipun, kalau dia kahwin dengan Jung Kook...Jung Kook tak dapat bahagiakan dia dengan keadaan macam ni. Dia yang akan lebih terbeban lagi," Jung Kook batuk batuk kerana terlalu banyak suara digunakan untuk melawan kata kata ommanya. Dia menunding ke arah meja, meminta Jung Min menghulurkan gelas air.
Puan Jeon tidak mengubah apa yang telah diputuskan. Berkali kali Jung Kook didesak, yang akhirnya Jung Kook terpaksa akur. Perkahwinan Jung Kook dan Hana berlangsung di sebuah hotel. Majlis perkahwinan diadakan secara tertutup dan cuma diundang ahli ahli keluarga terdekat sebagai tetamu. Mulanya, memang Jung Kook tidak boleh menerima Hana. Sebabnya, Hana tu kawan baik Hye Jin sendiri. Dan dia belum dapat melupakan Hye Jin.
Bagaimana Hana melayannya dengan baik, menjaga keperluannya....semua tak kena di mata Jung Kook. Malah, dia setiap masa bersikap dingin terhadap Hana. Tetapi Hana tak pernah mengalah untuk meminta sedikit ruang di hati Jung Kook. Jung Kook pernah bertanya pada Hana, apa untungnya Hana bersuamikan lelaki yang sakit seperti ini. Hana cuma diam tanpa sepatah pun jawapan. Dalam sibuk bekerja, Hana tidak melupakan tanggungjawab terhadap Jung Kook. Memandagkan Hana rapat dengan Hye Jin, Hana sekali sekala akan memberitahu keadaan Hye Jin pada Jung Kook.
Hari hari yang kian berlalu, Jung Kook beransur ansur menerima Hana. Hana yang sentiasa menemaninya semasa sesi rawatan di hospital, yang menenangkannya setiap kali Jung Kook kesakitan, yang tidak putus putus bagi semangat untuk dia terus hidup. Sememangnya, dia bertuah memiliki Hana.
Dia sedar keikhlasan dan ketulusan cinta Hana terhadapnya. Dari setiap malam tidur berasingan, (selalunya Hana tidur di atas lantai, Jung Kook di atas katil) Jung Kook lebih selesa Hana tidur menemani di sisinya setiap masa.
Hye Jin semakin dilupakan, nama Hana semakin dipahat kukuh di dalam hati. Bahagia baru berganti, memberi harapan yang pasti......HANA adalah CINTA SEBENARNYA. Bukannya Hye Jin.
Mengingati semula memori lampau, Jung Kook menolah pada Hana di sebelahnya. Kepala Hana melentok di atas bahunya. Kedua dua tangan Hana memeluk lengan sasa Jung Kook erat. Mereka dalam perjalanan menuju ke Incheon Airport. Minseo berbesar hati menghantar mereka ke lapangan terbang.
"Nanti kat sana kau jaga adik aku elok elok,"pesan Minseo yang fokus memandu. "Sekali aku dengar kau sakitkan adik aku, siap kau!"
"Hana ni dah macam nyawa aku sendiri,"ujar Jung Kook. Dia membelai umbu umbu rambut Hana. Betapa sayangnya dia pada Hana. Hana sedang tertidur kerana keletihan.
"Eleh dulu pun kau cakap benda yang sama jugak kat Hye Jin. Cinta mati konon,"
"Jangan sebut nama dia boleh tak?"
"Kau tinggalkan Hye Jin macam tu je ke?"
"Aku dah ceraikan dia. Dia takde kena mengena lagi dengan hidup aku. Matlamat aku sekarang nak bahagiakan Hana dengan kehidupan baru,"
Minseo ketawa sinis. "Kau yakin Hye Jin akan diam je. Aku kenal dia lagi lama dari kau. Hye Jin tu lagi bahaya dari apa yang kau fikirkan,"
Terus Jung Kook terbayang kata kata ugutan Hye Jin padanya. Dia cuba mengusir kegusaran itu. "Minseo please.....semuanya dah settle,"
Minseo menekan break sebelum mematikan enjin kereta. "Ok dah sampai air port,"
"Sayang...wake up,"Jung Kook mencubit manja pipi Hana supaya isterinya itu tersedar. Hana bangun dalam keadaan mamai sambil menggosok mata.
* * * *
Hye Jin memberhentikan kereta tidak jauh dari kereta Minseo. Kelihatan Jung Kook dan Hana keluar dari tempat duduk belakang. Jung Kook mengangkat beg beg bagasi dari bonet belakang kereta. Hana berpelukan dengan Minseo. Dua dua beradik tu memang jalang sekali.
Pedal minyak ditekan lebih dalam. Deruan enjin kereta semakin mengaum. Tangan erat memusing stereng. "Mati kau Hana!" Hye Jin memandu keretanya dengan laju ke arah Hana. Orang orang yang berkeliaran di hadapan air port memakin hamun kereta Hye Jin yang meluru tanpa kawalan.
"Hana! Watch out!" Minseo yang ketika itu sedang membantu Jung Kook mengangkat bagasi tidak sempat menarik tubuh Hana. Hana dirempuh sehingga berguling di atas bumbung kereta Hye Jin sebelum terhumban jatuh ke atas tar jalan. Jung Kook terlompong melihat Hana di dalam kolam darah. Lututnya ketar. Kereta yang melanggar Hana secara sengaja itu pantas meninggalkan tempat kejadian.
"Jung Kook call ambulans!"jerit Minseo.
"Hana! Hana! Hana!"Minseo memangku tubuh Hana di atas riba. Banyak darah yang keluar dari kelangkang Hana. Hana meramas perutnya sebelum matanya tertutup. Jung Kook panik menghubungi ambulans, suaranya gagap bercakap di talian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top