Prolog
10 tahun ikatan cinta mereka berdua terjalin. Buat pasangan Jeon Jung Kook dan Min Hye Jin, hari ini merupakan hari yang sangat bermakna untuk mereka. Masing masing nekad mengabadikan lagi rasa cinta mereka dengan sebuah perkahwinan.
Jung Kook yang segak bersut putih menunggu Hye Jin di atas altar bersama paderi yang akan mengetuai momen penyatuan mereka. Mata mata tetamu perempuan tertumpu pada si pengantin lelaki. Mata mata tetamu lelaki pula mengiringi Hye Jin di laluan tengah gereja yang melangkah menuju ke altar. Kecantikan Hye Jin bak bidadari diturunkan dari syurga. Dia kelihatan sangat anggun dengan gaun putih labuh berhiaskan mutiara dan kilauan berlian. Pinggir gaunnya yang sepanjang tiga meter meleret dipegang pengiring si anak anak kecil.
Hye Jin menginjak naik ke atas altar sambil tangannya dipimpin oleh Jung Kook. Kedua dua belah pihak keluarga pengantin lelaki dan perempuan menanti penuh debar anak anak mereka disatukan.
Jung Kook mengenggam tangan Hye Jin dengan kemas. Hye Jin tersenyum, sambil membalas pandangan malu malu dengan bakal suaminya itu.
"Awak cantik sangat hari ni,"sempat Jung Kook membisikkan kata puji itu di telinga Hye Jin ketika paderi sedang membacakan potongan ayat di kitab bibble.
"Jeon Jung Kook, will you marry Min Hye Jin as your wife,"soal paderi itu tiba saat yang paling mendebarkan bagi Jung Kook untuk melafazkan ikrar perkahwinan.
Jung Kook tarik nafasnya dalam dalam membelum menjawab dengan tenang, "I, Jeon Jung Kook, take you, Min Hye Jin, to be my wife, to have and to hold from this day forward, for better, for worse, for richer, for poorer, in sickness, in health, to love and to cherish, till death us do part, according to God's holy law, in the presence of God I make this vow," akhir kata katanya dilepaskan nafas lega. Dalam hati dia bersorak grmbira. Jung Kook berpaling memandang Hye Jin di sebelahnya dengan senyuman lebar. Hye Jin menitiskan air mata kerana gembira. Dan sekarang, mereka telah sah menjadi suami isteri, membuka lembaran hidup berumah tangga yang lebih mencabar.
"You may kiss your wife,"pelawa paderi itu.
Sebelah tangan Jung Kook merangkul pinggang Hye Jin dengan erat. Tangan kiri Jung Kook memegang lembut pipi Hye Jin sambil wajahnya dirapatkan ke wajah Hye Jin. Bibir mereka bercantum dalam beberapa saat. Seisi tetamu bersorak gembira untuk pasangan itu. Hye Jin dan Jung Kook dihujani dengan kelopak kelopak mawar merah.
Omma Jung Kook membawakan kotak baldu yang terdapat sebentuk cincin berlian. Jung Kook menyarungkan cincin itu ke jari manis Hye Jin. Hye Jin turut menyarungkan sebentuk cincin perak di jari panjang milik Jung Kook. Jung Kook mengucup lama tangan Hye Jin. "Saya janji akan jaga awak sampai bila bila Hye Jin. Saya takan sesekali pun sia siakan perkahwinan kita,"ucap Jung Kook.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top