Nine
Jung Kook kemaskan barang barang dan pakaian Hye Jin. Hari ini Hye Jin dibenarkan discharge. Keluarga Jeon dan keluarga Min sedang menunggu di luar bilik. Mereka gembira menyambut kepulangan Hye Jin.
Melihat Hye Jin turun sendiri dari katil, Jung Kook pantas menolak kerusi roda. Dia pimpin tubuh Hye Jin untuk dibawa ke kerusi. Tapi Hye Jin menepis kasar tangan Jung Kook. "Aku tak suka kau sentuh aku,"marah Hye Jin.
"Saya bawak awak keluar ye!"
"Tak payah! Minseo! Minseo!"jerit Hye Jin. Dia memang kalau boleh tak ingin melihat Jung Kook.
"Ada apa?"Minseo muncul dari balik daun pintu.
"Tolak whellchair aku!"arah Hye Jin.
"Ehh kau ni, husband kau kan ada tu,"
"Minseo ikut arahan aku boleh tak,"
"Ok ok!"Minseo memandang segan kepada Jung Kook. Dia tahu Jung Kook terasa hati dengan layanan buruk Hye Jin. Minseo menolak Hye Jin keluar.
* * * *
"Jung Kook yakin ke boleh jaga Hye Jin ni,"kata Puan Min.
"Alah tak susah pun. Macam jaga orang sakit je. Maid pon ada kat rumah boleh tolong,"balas Jung Kook yang mengiringi Hye Jin ke keretanya. Kerusi roda masih ditolak oleh Minseo.
"Omma tengok Jung Kook macam makin kurus je sekarang? Jung Kook sakit ke,"
"Tak lalu makan omma fikirkan keadaan Hye Jin ni,"bohong Jung Kook. Dia belum berterus terang tentang penyakitnya pada keluarga Hye Jin. Hye Jin sendiri pun tidak diberitahu.
Hye Jin mendengus. Menyampah dengan kata kata manis Jung Kook. "Tak payah buang masa kau fikir pasal aku. Baik kau fikir pasal perempuan tu lagi baik,"sindir Hye Jin.
"Perempuan mana pulak ni?"Puan Min bingun. Minseo yang sudah diberitahu oleh Hye Jin tentang apa yang berlaku diantara Hye Jin dengan Jung Kook, cuma diam saja.
"Tanya Jung Kook sendiri. Btw, Hye Jin tak nak balik rumah Hye Jin. Hye Jin nak berpantang kat rumah omma,"
"Apa Hye Jin cakap ni,"
"Hye Jin tak rela lelaki jijik macam Jung Kook ni jaga Hye Jin. Bertambah sakit lagi adalah,"
"Hye Jin jangan kurang ajar dengan suami kamu,"Puan Min meninggikan suara dengan kelakuan tidak sopan anaknya itu.
Jung Kook tahu Hye Jin tetap jugak berdegil, jadi dia mengalah saja untuk ikut kemahuan Hye Jin. Dia perlu berikan ruang untuk isterinya itu. "Takpelah omma. Bagi je Hye Jin stay dengan omma sampai dia betul betul sihat,"Jung Kook menghulurkan tangan untuk dicium oleh Hye Jin sebelum diserahkan Hye Jin pada Puan Min. Hye Jin abaikan saja. Jung Kook tersenyum kelat dan hanya mampu mengusap kepala Hye Jin.
"Sayang kena cepat sembuh ye,"
Hye Jin pantas memalingkan kepalanya dari Jung Kook. "Dahla. Minseo bawak aku masuk dalam kereta. Panaslah kat sini,"
"Ishh omma tak faham la dengan kamu ni Hye Jin. Selalu je marah marah Jung Kook,"bebel Puan Min.
* * * *
Setahun kemudian,
Masa berlalu dengan pantas. Hye Jin meneruskan kehidupannya tanpa Jung Kook. Hampir setahun mereka tinggal berasingan. Walaupun Hye Jin sudah pulih sepenuhnya, dia tetap tidak boleh melupakan anaknya dan kebenciannya pada Jung Kook tak pernah hilang.
Sebelum ini, Hye Jin menjalani rawatan psikologi kerana kemurungan selama 7 bulan. Kini, dengan sedikit kekuatan untuk memulakan hidup baru, Hye Jin tetap tabah menjalani hari harinya.
Tentang perkahwinannya dengan Jung Kook yang sedang bergolak, dia cuma menanti lafaz cerai dari Jung Kook. Tiada cara lagi untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Membawa haluan hidup masing masing sebegini jauh lebih baik.
* * * *
Hye Jin menarik kerusi. Punggung dilabuhkan. Tangan Jung Min disambut dengan ucapan "Hi,"
"Lama Jung Min tak jumpa noona. Noona sihat?"
"Macam ni la keadaan noona Jung Min. Ada apa Jung Min nak bagitahu noona ni,"soal Hye Jin sambil membelek buku menu.
"Sebenarnya Jung Kook tak bagi Jung Min bagitahu pasal hal ni kat noona. Tapi Jung Min rasa Jung Min tak sepatutnya sorokkan dari noona,"Jung Min menganggam tangan Hye Jin. Dia pandang Hye Jin penuh berharap. "Masih ada masa kalau noona dengan Jung Kook betulkan balik keadaan, kembali bersama macam dulu,"
"Nak betulkan apa lagi? Dah setahun kitorang bawak haluan masing masing. Lagipun noona dah cukup bahagia dengan hidup baru noona ni,"
"Tipu. Noona masih sayangkan Jung Kook kan,"kata kata Jung Min membuatkan Hye Jin terdiam seketika. Menyedarkan Hye Jin pada perasaan yang masih melekat di hatinya.
Jung Min tidak berhenti memujuk. "Tolonglah bagi Jung Kook peluang. Noona masih isteri dia. Tempat noona sepatutnya di sisi Jung Kook. Jung Kook tengah sakit sekarang,"
"Hah...Sakit apa?"
"Kanser paru paru stage 3,"
"Sejak bila lagi?"
"2 tahun lepas lagi. Tapi sekarang kanser tu makin teruk. Jung Kook tengah jalani rawatan. And pasal kejadian setahun lepass....."
Hye Jin angkat tangannya, menyuruh Jung Min berhenti. "Pliss Jung Min. Noona tak nak lagi ungkit hal tu. Jung Min tak tahu betapa susah noona fight nak hilangkan kesedihan dan lupakan semua yang jadi,"
"Bukan macam tu noona. Noona salah faham. Jung Kook tak pernah pun curang dengan noona. Malam tu, dia terbaring kat rumah Aera sebab dia sakit. Dia muntah darah banyak kali. Aera cuma tolong dia. Dia tak balik sebab dia tak nak Noona tengok dia dalam keadaan macam tu. Kalau boleh dia tak nak noona risau bila tahu dia sakit,"
"Hah? Macam tu je ke? Habis tu kenapa sampai dia telanjang atas katil. Takan diorang takde buat apa apa,"
"Aera tolong tukarkan pakaian Jung Kook sebab baju dan seluar Jung Kook penuh darah. Aera sendiri bersumpah takde apa jadi pon malam tu,"
Mukut Hye Jin terkunci. Dia dihimpit perasaan bersalah yang sangat mendalam. Berdosakah dia kerana telah mengabaikan suaminya.
"Terpulanglah apa pun keputusan noona. Kalau noona betul betul nak berpisah dengan Jung Kook, mintak dengan cara baik,"
"Nae...."
* * * *
Hye Jin tebalkan mukanya mengikut Jung Min balik ke rumah keluarga Jeon. Puan Jeon menghalau Hye Jin keluar tapi Jung Kook keras menghalang. Hye Jin melutut di hadapan Jung Kook. Kaki Jung Kook dirangkulnya dengan tangisan penyesalan.
"Mianhae......saya gagal jadi isteri yang baik untuk awak Jung Kook. Jung Min dah jelaskan semuanya pada saya. Saya datang sini, masih sebagai isteri awak......dan sepatutnya saya berada di samping awak ketika masa sakit awak. Saya tak nak berpisah dengan awak Jung Kook,"ucap Hye Jin. Jung Kook mendorong Hye Jin ke dalam dakapannya.
"Hari ni kita balik rumah kita. Bahagia sama sama macam dulu,"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top