Fifteen
Kali pertama Hye Jin mengenali Jung Kook ketika hari pembukaan butik pertama milik Hye Jin. Jung Kook bersama adiknya Jung Min sedang memilih pakaian. Beberapa kali jugak Jung Min memperagakan dress untuk tatapan Jung Kook. Namun kebanyakannya Jung Kook tidak bersejutu dengan pilihan Jung Min, sehingga lah Jung Kook memanggil Hye Jin untuk membantu mereka.
Mulanya Hye Jin fikir Jung Kook dan Jung Min adalah pasangan kekasih, sehinggalah Jung Min menjelaskan bahawa baju yang dipilih adalah untuk dipakai ketika first date Jung Min dengan teman lelakinya nanti. Pertemuan pertama Jung Kook dan Hye Jin itu cuma sekadar atas urusan jual beli. Cuma suatu kebetulan.
Adakah pertemuan kali kedua pun dikira kebetulan? Atau pun mereka sedang mengarah pada takdir mereka. Sebuah takdir yang menjadikan seorang Min Hye Jin mengenali Jeon Jung Kook dengan lebih rapat.
Selepas seminggu kemudian, Jung Kook kembali semula ke butik Hye Jin dengan membawa sehelai dress yang dibeli beberapa hari yang lalu. Hye Jin agak terkejut kerana Jung Kook mahu memulangkan dress tersebut.
Hampir tergelak Hye Jin ketika Jung Kook mengatakan alasan dia memulangkan dress itu kerana adiknya Jung Min telah pun putus dengan teman lelakinya sebelum hari first date mereka. Sadis sekali. Jung Min nekad tidak mahu memakai dress itu. Daripada membazir dibakar saja baju berharga 15000 won itu, lebih baik pulangkan balik pada butik.
"Maaf Encik, baju yang Encik dah beli tak boleh pulangkan balik melainkan baju ni tersilap saiz ke, terkoyak ke. Alasan Encik tadi saya tak boleh terima,"kata Hye Jin.
"Alah takan tak boleh...adik saya tak pakai pun lagi baju ni. Rugi lah macam tu. Saya beli baju ni dengan duit saya tau tak,"protes Jung Kook.
"Kalau macam tu bagi jelah pada yeoja lain? Mak ke? Awek ke?"
"Malangnya saya single. Takde orang pun nak kat saya. Hmm takpe lah, awak ambik je lah baju ni. Kalau awak pakai mesti cantik kan,"
Memerah pipi Hye Jin dipuji oleh Jung Kook. Nak tak nak Hye Jin terpaksa ambik. Dia tak sanggup kalau hasil buatannya itu dibuang.
"Awak free tak next week?"
"Tak. Saya busy kena uruskan butik saya ni,"
"Ok, sebab awak dah ambik baju tu....awak kena keluar date dengan saya. Tu kira bayaran tau,"
"Ehh, apa ni...tadi kata nak bagi...."
"Ada saya cakap ke saya bagi percuma,"
Dan Hye Jin terus terjerat pada Jung Kook. Mereka dating buat pertama kalinya. Hubungan mereka semakin erat namun Hye Jin tidak serius untuk menjalinkan ikatan yang istimewa dengan Jung Kook kerana dia sedar perbezaan umur yang ketara antara mereka berdua. Jung Kook jauh lebih muda darinya. Lagi pun Jung Kook masih sedang belajar. Ketika di tahun akhir pengajian Jung Kook, Jung Kook melamar Hye Jin sebagai teman wanitanya secara rasmi. Dia meminta Hye Jin sedikit masa (10 tahun Hye Jin menuggu) sehinggalah pengajiannya tamat dan dia akan mengahwini Hye Jin secepat mungkin.
* * * *
Hye Jin menatap lama potret perkahwinannya dengan Jung Kook di dinding ruang tamu. Tubir matanya tidak pernah kering sejak pulang dari butik tadi. Perasaan sedih, kecewa, marah benci, dendam....semuanya bercampur baur dalam diri.
Bagaimana Jung Kook suami yang terlalu dicintai sanggup menipu dan mencuranginya?
Bagaimana seorang kawan yang sangat dipercayai seperti Minseo menikam belakangnya?
Bagaimana seorang gadis polos dan naif seperti Hana itu sanggup menghancurkan rumah tangganya?
Hakikat yang terlalu mengejutkan dan berat untuk diterima. Tak berdaya Hye Jin untuk menanggung kesakitan ini seorang diri. Tapi semuanya sudah jelas sekarang. Jung Kook dalam diam berkahwin dengan Hana setahun yang lalu dan Minseo merangkap kakak kandung Hana cuba melindungi penipuan Hana seboleh mungkin. Begitu juga semua ahli keluarga Jung Kook.
Hanya mampu berserah saja adalah sikap pengecut. Hye Jin tak nak dianggap perempuan yang lemah.
Kau mesti lawan Hye Jin. LAWAN! JANGAN PERNAH MENGALAH SEKALIPUN.
Hye Jin menarik gambar potret perkahwinannya itu lalu dicampakkan ke atas lantai. Dia memijak berkali kali muka Jung Kook.
"JEON JUNG KOOK, KIM HANA, KIM MINSEO....INGAT AKU AKAN HANCURKAN HIDUP KORANG SEBAGAIMANA KAU HANCURKAN HIDUP AKU,"
Muka Jung Kook berlubang. Potrait tersebut hancur. Hye Jin terlintas pandang ke arah meja di tengah ruang tamu yang terletak paper beg. Di bawah paper beg, terselit sekeping kad ucapan.
Hari ni hari adalah anniversary ke 7 perkahwinan kita. Awak tak pernah lupa kan? So, I have a little bite supprise to give u. Malam ni kita dinner sayang dan sy nak awk pakai dress yg sy bagi ni.
9.00 pm, Royal Garden Restaurant. Waiting you there🥀
I love you sayang❤❤
JJK.
Hye Jin remukkan kad itu. Di dalam paper beg ada sehelai dress berwarna merah jambu. "Ya Jung Kook...anniversay ke 7 ni akan jadi yang paling indah buat kita. PALING TIDAK DAPAT DILUPAKAN,"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top