Eight

Seminggu Hye Jin tidak sedarkan diri, terlantar lemah di atas katil hospital. Setiap hari Jung Kook akan datang menemani Hye Jin. Dari pagi hingga ke malam. Hospital dah seperti rumahnya sekarang.

Jung Kook masih tidak boleh melupakan pemergian anaknya yang cuma sempat melihat dunia sekejap saja. Kain lampin Jung Hoo (sekurangnya kurang dia ingin bayinya itu diberi nama, biar pun terlambat) sentiasa dibawa dan diletakkan di sebelah Hye Jin. Bau harum Jung Hoo masih melekat. Cukup wangi.

Jung Kook membaringkan kepala di sebelah Hye Jin. Sambil mengenggam tangan Hye Jin, dia membisik "Bila sayang nak bangun? Saya rindu sangat kat awak,".

Seperti menerima tindak balas, kelopak Hye Jin kelihatan bergerak. Jung Kook dapat rasakan pergerakkan jari jari Hye Jin. "Sayang?"

Hye Jin membuka matanya perlahan.
"Syukur sayang dah sedar,"Jung Kook terus berlari keluar memanggil jururawat.

*    *    *    *

Hye Jin rasa seperti dia terbangun dari tidur yang sangat panjang. Pandangannya melingas ke ruang sekeliling. Yang pasti dia bukan berada di dalam biliknya. Alat bantuan pernafasan yang menekup hidung disentuh. Tangannya agak payah untuk digerakkan kerana berselirat dengan wayar yang bersambung pada mesin. Dia perlahan lahan cuba bangun. Tubuhnya terasa ringan. Dia sedar ada sesuatu yang berubah pada dirinya. Lantas perutnya diraba. Kempis tak berisi. "Mana baby dalam perut aku,"Hye Jin panik.

"Omma, Hye Jin dah bersalin ke? Mana baby Hye Jin? Hye Jin nak tengok baby,"Dia pandang semua wajah muram yang mengelilinginya. Wajah Tuan Min, Puan Min, Minseo dan anak matanya berhenti pada Jung Kook. Di tangan Jung Kook ada sehelai kain lampin putih yang dikendong seperti bayi. "Tu anak aku kan?"

"Sayang...."Jung Kook bawa kain itu kepada Hye Jin. Cuma itu yang boleh dia bagi.

"Kain buat apa? Aku nak anak aku? Mana anak aku,"Hye Jin mula mengamuk. Jung Kook sebak, lantas dipeluk Hye Jin erat. Berat untuk dia mengatakan ini kepada Hye Jin.

"Anak kita dah takde sayang,"

"TIPU! KAU TIPU! MANA ANAK AKU! AKU NAK ANAK AKU!"tempik Hye Jin.

"Betul kata Jung Kook tu Hye Jin. Bayi Hye Jin gagal diselamatkan. Dah tujuh hari anak Hye Jin meninggal,"tambah Puan Min.

Hye Jin diam tak terkata. Seakan mati untuk sesaat. Hanya tangisannya yang kedengaran. Kain lampin itu ditekan ke hidung."Anak omma! Mianhae....mianhae! Omma tak dapat jumpa kamu,"

"Sabar sayang!"pujuk Jung Kook.

"KAU JANGAN SENTUH AKU. NI SEMUA SALAH KAU! ANAK AKU MATI DISEBABKAN KAU JUNG KOOK. NI SEMUA SALAH KAUUUU!"Hye Jin bertindak agresif mencekik leher Jung Kook. Dua orang jururawat menahan tubuh Hye Jin. Hye Jin disuntik ubat pelali. Dia terbaring melepaskan leher Jung Kook.

*    *    *    *





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top