Mencintaimu

(Hayoung Pov)

Kring...Kring...

Sebaik sahaja bunyi jam loceng aku pun terus bangun dari tidur dan aku bergegas mengambil tuala lalu aku memasuki bilik air untuk mandi.

Setelah selesai mandi aku pun memilih pakaian gaun labuh.

Aku pun mentacap mukaku dengan bedak padat dan oles gincu warna merah jambu pada bibirku.Setelah siap aku pun turun ke bawah dan terus menyapa ahli keluargaku yang berada di meja makan.

"Selamat pagi Papa, Mama dan Kak Seunghee.Sapaku.

Mereka pun memandangku dan menyapaku.

"Selamat pagi Hayoung."Mereka menyapaku.

Mereka terpegun melihat kecantikanku.

"Cantiknya kamu nak pergi mana?".Tanya Papa, Mama dan Kak Seunghee."Nak pergi kolejlah."Jawabku.

Mereka menjemputku duduk untuk sarapan bersama tapi aku menolak pelawaan mereka dan mengatakan bahawa aku dah lambat.

"Tak apalah Papa, Mama dan Kak Seunghee makanlah Hayoung dah lambat ni."Beritahuku.

Aku pun terus mencium tangan Papa, Mama dan Kak Seunghee lalu bergegas keluar. Aku pun mengeluarkan kasut yang macam penari balet.

(Dongwoon Pov)

Aku mengintai Hayoung yang hendak keluar rumah dan menegurnya.

"Hoi pendek mana engkau nak pergi?".Tegurku.

Dia terkejut dan memandangku lalu menjawab teguranku.

"Aku tak pendeklah lelaki tinggi aku punya tinggi 169 cm dan aku nak pergi kolej."Balas Hayoung.

Aku mentertawakan Hayoung.

Hahaha...

"Pergi kolej pakai pakaian macam ni kena gelakkan orang je lah."Kataku pada Hayoung."Suka hati akulah yang engkau nak menyibuk kenapa?".Balas Hayoung."Sahaja je aku tengah bosan."Jawabku."Dari aku buang masa layan engkau lebih baik aku pergi kolej."Beritahu Hayoung.

Aku melambai tangan ke arah Hayoung tapi dia buat-buat macam tak nampak.

"Kurang ajar punya perempuan."Jeritku geram.

Selepas Hayoung dah pergi aku pun masuk ke dalam rumah dan ada seseorang menegurku.

"Seronok betulkan Abang kacau anak dara orang."Tegur satu suara.

Dan aku terus memandang gerangan orang yang menegurku.

"Bila masa Naeun ada dekat depan Abang?".Tanyaku pada adikku."Baru je tadi."Jawab Naeun."Oh."Aku mengohkan jawapan pada Naeun."Tadi Abang kacau Hayoung sebab apa?".Tanya Naeun.

Aku tak menjawab dan sebaliknya aku mencari kunci kereta.

"Mana kunci kereta Ferrari ni."Tanyaku mencari kunci kereta Ferrari.

(Naeun Pov)

Aku yang geram melihat soalanku  tak di jawab dan aku terus menjerit.

"Abang jawab soalan Naeun sekarang!".Jeritku.

(Dongwoon Pov)

Setelah dapat kunci kereta Ferrari aku pun terus lari sambil melambai tangan ke arah Naeun. Dan aku dengar Naeun hentak kaki kerana geram.

Takk...Takk...

"Kecohlah si Naeun ni suka sangat menyibuk pasal urusan aku."Kataku dalam hati.

Selepas enjin kereta di hidupkan aku pun terus pergi ke hotel keluargaku.

(Hayoung Pov)

Aku telah pun sampai di kolej dan semua orang melihatku.

"Kenapa semua orang lihat aku?".Tanyaku dalam hati.

Semasa aku tengah melihat para pelajar yang melihatku tanpa sedar ada seseorang yang memanggilku.

"Hayoung-ssi!"Tegur seseorang.

Aku pun pusing ke belakang dan terlihatlah Yerin dan Joy.

"Yerin dan Joy sini!".Panggilku.

Mereka pun bergegas ke arahku dan melihatku dari atas sampai bawah.

"Cantik betul engkau hari ni Hayoung siap pakai gaun lagi."Yerin dan Joy memujiku."Mana ada biasa-biasa je."Kataku pada mereka.

(Dongwoon Pov)

Cloudy Hotel.

Sampai je dekat hotel aku terus meletakkan kereta Ferrari di tempat khas yang disediakan.

Aku pun masuk ke dalam dan semua pekerja menunduk hormat kepadaku.

Aku pun berjalan sehingga ke lif dan menekan butang ke atas. Sebaik sahaja lif terbukak aku terus masuk dan menekan butang tingkatan 40.

Sebaik je tiba aku membetulkan kot dan berjalan ke bilik pejabatku. Sampai je aku terus menegur pembantu peribadiku.

"Selamat pagi Hyungmin."Tegurku."Selamat pagi Encik Dongwoon."Balas Hyunmin."Ada apa-apa tak saya nak masuk dalam?".Tanyaku pada Hyungmin."Tadi Tuan Son suruh Encik Dongwoon masuk dalam pejabat dia."Beritahu Hyungmin."Okay."Jawabku.

Aku pun terus pergi ke bilik kerja Tuan Son dan sebaik sahaja sampai aku terus mengetuk pintu bilik.

Tokk...Tokk...

"Masuk!".Arah Tuan Son.

Aku pun membuka pintu dan masuk ke dalam.

"Dongwoon kenapa kamu lambat sampai?".Tanya Tuan Son."Adalah."Jawabku."Atau kamu lambat sebab kacau anak Tuan Oh?".Tanya Tuan Son.

Aku menafikan.

"Mana ada Mama tadi suruh Woon habiskan sarapan."Tipuku."Macam tak boleh percaya je."Kata Tuan Son."Dahlah Papa kalau tak percaya sudah Won nak masuk dalam pejabat ada banyak kerja yang kena buat."Kataku pada Tuan Son.

Aku pun terus keluar dari bilik kerja Tuan Son dan masuk ke bilik kerjaku.

(Hayoung Pov)

Sebaik sahaja habis kelas aku, Yerin dan Joy bercadang untuk makan dekat luar.

"Yerin dan Joy korang nak makan kat mana?".Tanyaku pada Yerin dan Joy."Dekat Delicious Restaurant nak tak?".Jawab Yerin dan Joy."Okay je."Jawabku.

Kini aku, Yerin dan Joy pun sampai ke Delicious Restaurant dan menapak masuk ke dalam lalu kami memilih meja yang berdekatan dengan tingkap.

Pelayan pun datang ke arah kami dan meletakkan buku pesanan. Kami menyuruh pelayan itu pergi dulu sementara kami tengah fikir nak pesan apa.

(Dongwoon Pov)

Aku masuk ke dalam Delicious Restaurant dan terlihat Hayoung bersama dua gadis.

"Hayoung dengan siapa tu?".Tanyaku.

Lalu aku segera ke meja Hayoung dan  dua gadis tadi. Aku pun menegur mereka.

"Hai Hayoung dan korang berdua."Tegurku.

Hayoung yang perasan terus memandangku dengan muka tak puas hati.

"Apa yang engkau buat dekat sini?".Tanya Hayoung."Aku nak makanlah."Jawabku.

Dua gadis tadi terus membisikkan sesuatu.

"Hayoung engkau kenal ke lelaki tu?".Bisik Yerin dan Hayoung."Kenal dia jiran aku dan setiap hari dia suka kacau aku."Bisik Hayoung. "Tapi dia kacaklah."Beritahu Yerin dan Joy.

Aku pun memanggil mereka.

"Para gadis tak habis berbisik lagi ke?".Tanyaku.

Dua gadis itu memandangku dan menyuruhku duduk.

"Duduklah Encik."Suruh mereka.

(Hayoung Pov)

Aku menjeling Yerin dan Joy dengan muka tak puas hati.

"Gediknya."Kataku dalam hati.

(Dongwoon Pov)

Mereka pun mula memperkenalkan diri kepadaku.

"Hai nama saya Yerin."Gadis yang bernama Yerin memperkenalkan diri."Hai nama saya Sooyoung atau boleh panggil saya Joy."Gadis yang bernama Joy memperkenalkan diri."Hai nama saya Dongwoon atau boleh panggil Abang Dongwoon."Aku memperkenalkan diri."Abang Dongwoon ni kacaklah."Puji Yerin dan Joy."Biasa je."Kataku merendah diri.

(Hayoung Pov)

Aku geram melihat kemesraan Dongwoon dengan Yerin dan Joy.

"Entah-entah mamat ni dah kembanglah tu sebab ada orang puji."Aku membuat andaian sendiri.

(Dongwoon Pov)

Aku masih melayan Yerin dan Joy sampai terlupa nak memilih makanan.

"Tak sedar pulak kita bersembang lama sampai lupa nak pesan makanan."Kataku."Ya lah Abang Dongwoon jomlah kita pesan makanan."Beritahu Yerin dan Joy."Pilih je apa yang korang nak Abang Dongwoon belanja."Kataku pada Yerin dan Joy.

Aku pun terus memanggil pelayan untuk memesan makanan.

"Ya, Encik nak pesan apa?".Tanya pelayan itu.

Aku terus bertanya pada Yerin dan Joy.

"Korang nak makan dan minum apa?".Tanyaku."Nak dua salmon panggang dan air tembikai."Jawab mereka."Nak dua salmon panggang dan air tembikai."Beritahuku pada pelayan itu.

Selepas itu aku memanggil Hayoung.

"Hayoung engkau nak makan apa?".Tanyaku."Pasta salmon dan air jus oren."Jawab Hayoung tanpa memandangku.

Aku pun beritahu pelayan itu.

"2 pasta salmon dan air jus oren."Beritahuku pada pelayan itu.

(Hayoung Pov)

Aku memandang Dongwoon dengan geram dan aku marah kerana tak puas hati.

"Kenapa engkau sibuk pesan makanan yang sama dengan aku!".Marahku.

Dongwoon memandangku dengan pandangan tak puas hati dan membalas.

"Suka hati akulah nak pesan apa pun."Jawab Dongwoon."Engkau ni kan!"Jeritku geram.

(Yerin & Joy Pov)

Kami hanya melihat sebab takut nak masuk campur urusan Hayoung dan Dongwoon sebab takut kena marah.

(Dongwoon Pov)

Aku melihat Hayoung, Yerin dan Joy yang telah habis makan dan aku bercadang untuk menghantar mereka balik.

"Korang dah habis makan ke?".Tanyaku."Dah."Jawab Yerin dan Joy."

Aku bertanya mereka balik dengan apa.

"Korang balik dengan apa?".Tanyaku.

Yerin dan Joy je yang menjawab pertanyaanku.

"Naik bas."Jawab mereka."Oh kali ni korang tak payah naik bas biar Abang Dongwoon je yang hantar."Pelawaku."Boleh ke?".Tanya Yerin dan Joy."Boleh je tapi sebelum tu Abang Dongwoon pergi bayar dulu."Beritahuku.

Selepas selesai membayar aku mengajak mereka.

"Jomlah."Ajakku.

Yerin dan Joy yang bangun dan menyahut.

"Jom Abang Dongwoon."Kata Yerin dan Joy.

(Hayoung Pov)

Aku melihat je Dongwoon, Yerin dan Joy yang berdiri.

"Seronoklah tu ada orang nak hantar balik."Kataku.

(Dongwoon Pov)

Aku melihat Hayoung yang tak bangun lagi dari kerusi dan memanggilnya.

"Hayoung tak nak balik ke?".Aku memanggil Hayoung."Memanglah nak balik pun tapi aku tak nak balik dengan engkau!".Hayoung memberontak."Engkau kena kacau nanti padan muka."Kataku.

(Hayoung Pov)

Aku yang mendengar terus berdiri mengikuti Dongwoon, Yerin dan Joy keluar dari Delicious Cafe.

Dongwoon memandangku dan memerliku.

"Tahu pun takut ingatkan dah berani sangat."Perli Dongwoon.

Aku menunjuk penumbuk ke arah Dongwoon.

"Aku tak takut punlah."Kata Dongwoon.

(Yerin & Joy Pov)

Dah sampai ke kereta Dongwoon dan kami menjerit.

"Kereta Ferrari!".Kata kami berdua yang teruja.

Kami memberitahu Dongwoon untuk duduk belakang.

"Abang Dongwoon boleh tak kami berdua nak duduk belakang?".Tanya kami berdua. "Boleh."Jawab Dongwoon.

(Hayoung Pov)

Aku terus tarik Yerin dan Joy lalu membisik sesuatu pada mereka.

"Boleh tak salah sorang duduk depan?".Aku berbisik pada mereka."Kami nak duduk belakang."Jawab Yerin dan Joy.

(Yerin & Joy Pov)

Sebaik sahaja melihat pintu belakang di bukak kami pun memboloskan diri ke dalam kereta dan lepas itu terus menutup pintu.

(Dongwoon Pov)

Aku melihat Hayoung yang tak masuk dalam kereta lagi dan aku memanggilnya.

"Hayoung tak nak masuk dalam kereta ke?".Panggilku."Tak ingin pun."Jawab Hayoung.

Aku pun terus memboloskan diri dalam kereta dan Hayoung yang melihat terus membuka pintu depan dan masuk ke dalam kereta.

"Tadi berlagak sangat."Kataku."Diamlah!".Marah Hayoung.

(Yerin & Joy Pov)

Sampai je dekat perumahan sewa kami keluar dan mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih Abang Dongwoon. "Ucap kami."Sama-sama."Jawab Dongwoon.

(Dongwoon Pov)

Setelah melihat Yerin dan Joy masuk aku pun membawa kereta sampai ke kawasan perumahan kami.

Aku melihat Hayoung yang tertidur dan mengejutnya.

"Hayoung bangun dah sampai."Kejutku.

(Hayoung Pov)

Aku pun bangun dan melihat sebaik sahaja pasti aku terus keluar tanpa mengucapkan terima kasih.

Dongwoon menegurku.

"Hoi engkau tak reti nak berterima kasih ke apa?".Tegur Dongwoon."Terima kasih ya."Ucap Hayoung."Sama-sama."Jawabku.

(Dongwoon Pov)

Aku pun terus pergi ke Cloudy Hotel.

Keesokkan paginya.

(Hayoung Pov)

Selepas bersarapan aku bergegas keluar untuk pergi Kolej. Ada orang yang memanggilku.

"Hayoung!".

Aku terus pusing dan melihat Dongwoon memanggilku.

"Engkau!".Kataku.

(Dongwoon Pov)

"Kenapa dengan aku?".Tanyaku.

Hayoung pun menjawab pertanyaanku.

"Engkau nak kacau akukan?."Tuduh Hayoung."Taklah aku nak hantar engkau pergi kolej."Kataku jujur pada Hayoung.

(Hayoung Pov)

Aku melihat dan Dongwoon memang ikhlas nak hantar aku pergi kolej.

"Okay aku terima."Jawabku.

(Dongwoon Pov)

Aku pun memarkir kereta di depan rumah Hayoung. Aku pun menekan hon kereta.

Pin...Pin

(Hayoung Pov)

Aku melihat Dongwoon pelik kenapa dia bunyikan hon sedangkan aku dah ada dekat luar.

Aku pun masuk dan mula tanya sesuatu.

"Dongwoon kenapa engkau bunyikan hon?".Tanyaku."Aku bunyikan hon sebab manalah tahu engkau tengah berangan."Perli Dongwoon.

Aku baru nak mengetuk kepala Dongwoon tapi aku bersabar kerana dia membawa kereta.

(Dongwoon Pov)

Aku mulakan rancangan untuk mengenakan Hayoung.

"Hayoung jom kita pergi Namsan Tower nak tak?".Ajakku."Nak tapi masalahnya aku ada kelas."Jawab Hayoung."Alah jomlah sekejap je."Pujukku."Aku tak nak."Tegas Hayoung.

Aku pun mentertawakan Hayoung.

Hahaha...

Hayoung memandangku dengan muka yang pelik.

"Aku pun tak boleh nak pergi Namsan Tower sebab aku pun kena masuk pejabat nanti Papa aku marah."Kataku jujur.

Hayoung menjelingku.

(Hayoung Pov)

Sampai je dekat kolej aku terus membuka pintu kereta dan menutupnya dengan kuat.

Bum...

(Dongwoon Pov)

Aku menahan marah tapi akhirnya marahku meletus.

"Suka hati dia je nak tutup pintu kereta dengan kuat tahulah tengah marah agak-agaklah."Marahku.

Aku pun terus pergi ke Cloudy Hotel.

Tengahari.

Aku mesej Hayoung untuk mengajaknya makan tengahari.

Dongwoon:Hayoung aku minta maaf pasal tadi jom aku belanja engkau makan tengahari.

(Hayoung Pov)

Ting!

Aku pun terus membuka mesej yang di hantar Dongwoon dan aku terus membalas.

Hayoung:Aku maafkan engkau boleh je.

15 minit kemudian kelihatan kereta Dongwoon berhenti di depan kolejku dan aku terus masuk ke dalam keretanya.

Aku melihat Dongwoon membawaku ke COEX Mall dan aku tanya dengan pelik.

"Kenapa engkau bawak aku dekat sini?".Tanyaku pada Dongwoon."Ikut je lah."Jawab Dongwoon.

(Dongwoon Pov)

Aku pun terus keluar dari kereta dan menuju ke tempat duduk Hayoung.

Sebaik sahaja Hayoung keluar kami terus masuk ke dalam dan aku mengajak Hayoung makan dulu.

"Hayoung engkau nak makan apa?".Tanyaku.

(Hayoung Pov)

Aku terus menjawab pertanyaan Dongwoon.

"Makan dekat Subway."Jawabku."Boleh je."Jawab Dongwoon.

(Dongwoon Pov)

Sebaik sahaja sampai aku menyuruh Hayoung mencari tempat duduk dan aku pun pergi memesan makanan.

Sebaik sahaja giliranku telah tiba aku pun memesan makanan.

"Roti honey oat dua nak 6inch."Beritahuku."Pilihlah daging atau ayam."Tanya pekerja Subway."Dua-dua nak meatball."Jawabku."Nak keju lebih?".Tanya pekerja Subway."Boleh."Jawabku.

Setelah siap kini aku memilih sos.

"Encik nak sos apa?".Tanya pekerja Subway."Sos dan mayonais."Jawabku."Dua-dua sama ke?".Tanya pekerja Subway."Ia sama."Jawabku.

Pekerja di kaunter bertanya aku sama ada nak Ala carte atau set.

"Encik nak Ala carte atau set?".Tanya pekerja kaunter."Nak set."Jawabku."Kalau set Encik nak biskut atau potato chips?".Tanya pekerja kaunter."Nak potato chips."Jawabku."Okay semua sekali 40,000 won."Pekerja itu memberitahu jumlah.

Selepas bayar aku pun meletakkan roti dan mengambil cawan dan tanya pada Hayoung.

"Nak air apa?''.Tanyaku pada Hayoung."Air coca-cola."Jawab Hayoung."Okay."Jawabku.

Selepas selesai makan aku mengajak Hayoung ke kedai Pandora.

(Hayoung Pov)

Aku melihat Dongwoon yang selamba je masuk dalam kedai Pandora dan aku memanggilnya.

"Dongwoon engkau nak buat apa dekat kedai ni?".Tanyaku."Adalah."Jawab Dongwoon.

(Dongwoon Pov)

Aku mengajak Hayoung ke bahagian gelang dan aku menyuruh Hayoung memilih.

"Hayoung engkau pilihkan gelang untuk bakal isteri aku boleh tak?".Aku menyuruh Hayoung memilih."Takut tak muat gelang yang saya pilih nanti."Beritahu Hayoung."Ikut saiz tangan engkau."Jawabku.

Aku pun melihat Hayoung memilih gelang.

"Cantik pandai engkau pilih."Aku memuji Hayoung.

Selepas itu aku mengajak Hayoung pergi ke bahagian cincin.

"Hayoung jom pergi ke bahagian cincin."Ajakku.

(Hayoung Pov)

Aku mengikuti Dongwoon dan dia menyuruh aku memilih cincin pulak.

"Hayoung pilihkan cincin untuk bakal isteri aku."Suruh Dongwoon.

Aku pun mula memilih dan terlihat cincin bertakhtakan berlian dan aku pun menunjukkan kepada Dongwoon.

"Cantik pandai engkau pilih."Puji Dongwoon.

(Dongwoon Pov)

Aku menyuruh Hayoung mengikutiku ke bahagian jual rantai.

"Hayoung ikut aku pergi ke bahagian rak rantai."Aku menyuruh Hayoung mengikutiku ke bahagian rantai.

(Hayoung Pov)

Aku pun mengikutiku ke rak bahagian rantai dan Dongwoon suruh aku memilih rantai.

"Hayoung pilihkan rantai untuk bakal isteri aku."Aku menyuruh Hayoung memilih rantai.

Dengan itu aku pun melihat satu-persatu rantai. Dan aku memilih rantai berbentuk Mickey Mouse lalu menunjuk pada Dongwoon.

"Cantik pandai engkau pilih."Puji Dongwoon.

(Dongwoon Pov)

Aku menyuruh Hayoung mengikutiku ke bahagian rak anting-anting.

"Hayoung ikut aku pergi bahagian tak anting-anting."Suruhku."Lepas ni ada lagi ke?".Tanya Hayoung."Tak yang ni terakhir."Jawabku.

(Hayoung Pov)

Aku pun memilih anting-anting berwarna emas dan tunjuk pada Dongwoon.

"Cantik pandai engkau pilih mesti bakal isteri aku suka dengan barang yang engkau pilih."Puji Dongwoon.

(Dongwoon Pov)

Aku suruh pekerja itu membungkus cantik-cantik.

"Tolong bungkus cantik-cantik."Kataku pada pekerja Pandora."Baiklah Encik."Jawab pekerja Pandora mengikuti arahanku.

Selepas dah siap aku mengajak Hayoung balik.

"Hayoung dah jom balik."Ajakku.

Hayoung hanya mengikuti aku tanpa banyak soal.

(Hayoung Pov)

Sebelum aku turun Dongwoon memberitahu aku sesuatu.

"Hayoung malam ni engkau siap pakai cantik-cantik nanti pukul 8:00 aku dah tengok engkau ada dekat depan kalau lambat aku sendiri yang pergi bilik engkau."Beritahu Dongwoon siap dengan ugutan sekali."Ya lah terima kasih sebab hantar saya."Aku mengucapkan terima kasih pada Dongwoon. "Sama-sama."Jawab Dongwoon.

Pada malam itu.

Aku pun memilih gaun warna hitam setelah pakai aku pun memilih bag tangan yang sama warna. Setelah itu aku meneliti diriku di cermin.

"Cantik betul engkau Hayoung."Pujiku pada diri sendiri.

Selepas dah habis memuji diriku sendiri aku pun turun ke bawah.

Di bawah.

Papa, Mama dan Kak Seunghee melihatku dari atas sampai bawah.

"Kamu nak pergi mana pakai cantik-cantik ni?".Tanya Papa, Mama dan Kak Seunghee. "Dongwoon nak ajak makan dekat luar."Jawabku."Okay."Mereka hanya menjawab okay.

Aku pun pergi luar dan melihat kereta Dongwoon ada dekat depan rumah. Aku pun pergi ke keretanya dan bukak pintu lalu aku masuk ke dalam.

(Dongwoon Pov)

Aku ada benda nak kenakan Hayoung.

"Hayoung cepatnya ingatkan lambat tadi baru terfikir nak masuk dalam rumah tengok apa yang engkau buat."Kataku nak kenakan Hayoung.

Hayoung tengok aku dengan jelingan dan dia cakap sesuatu.

"Dasar lelaki gatal."Kata Hayoung.

(Hayoung Pov)

Aku melihat Dongwoon berhentikan kereta di depan tempat masuk Cloudy Hotel. Dan aku melihat Dongwoon dengan pandangan yang terkejut. Dongwoon yang perasan terus bertanya padaku.

"Kita dah sampai."Beritahu Dongwoon padaku."Kita buat apa dekat sini?".Tanya Hayoung."Makanlah."Jawab Dongwoon.

Setelah turun aku melihat 
Dongwoon bagi kunci keretanya dekat pekerja itu. Dan pekerja itu menunduk hormat kepada Dongwoon sebelum dia masuk ke dalam kereta dan membawa kereta itu untuk parkir di tempat letak kereta.

(Dongwoon Pov)

Aku yang melihat Hayoung tengok keretaku di bawa pergi dengan begitu khusyuk dan aku terus menarik tangannya masuk ke dalam.

Hayoung yang terkejut dengan tarikanku terus menepis tanganku.

"Apa ni main tarik-tarik tangan aku?".Kata Hayoung lalu menepis tanganku.

(Hayoung Pov)

Aku hanya mengikuti Dongwoon pergi ke satu tempat dan aku melihat pemandangan di luar terlihatlah pantai. Aku menjerit kerana teruja.

"Seronoknya!".Jeritku.

Tiba-tiba aku melihat Dongwoon menarik kerusi dan menyuruh aku duduk.

"Hayoung duduk."Suruh Dongwoon.

Sebaik je aku duduk Dongwoon terus menolak kerusiku dan pergi ke tempat duduknya.

Setelah itu aku terdengar bunyi alunan musik dan aku terkejut kerana terharu.

(Dongwoon Pov)

Sebaik sahaja alunan musik di mainkan aku terus berdiri dan pergi ke arah Hayoung dan menarik tangannya.

Hayoung dengan muka tak puas hati terpaksa berdiri dan aku pulak melutut sambil mengeluarkan sesuatu. Aku pun membuka kotak itu dan terlihatlah sebentuk cincin lalu aku hulurkan kepada Hayoung.

"Oh Hayoung sudikah engkau menjadi isteri aku?".Aku melamar Hayoung.

Dan Hayoung mengangguk lalu aku terus memeluknya dan aku menyarung cincin ke jari manisnya.

"Terima kasih Hayoung."Ucapku."Sama-sama."Jawab Hayoung.

Lalu aku suruh Hayoung menutup matanya.

"Hayoung tutup mata."Suruhku.

(Hayoung Pov)

Aku menutup mata seperti arahan Dongwoon.

(Dongwoon Pov)

Selepas dah selesai aku suruh Hayoung membuka matanya.

"Hayoung bukaklah mata sekarang."Kataku.

(Hayoung Pov)

Aku pun membuka mata terlihatlah rantai, gelang, anting-anting dan aku memandang jariku yang tersarung barang yang aku pilih dekat kedai Pandora tadi dan memandang Dongwoon dengan pandangan tak percaya.

"Dongwoon awak bagi saya ke?".Tanyaku."Sebab awaklah bakal isteri saya."Jawab Dongwoon."Sebab tu lah awak suruh saya pilih?"Tanyaku."Ya sebab aku mencintaimu."Beritahu Dongwoon."

Aku pun terus memeluk Dongwoon dan kami berdua tersenyum.

(Dongwoon Pov)

Aku menarik Hayoung ke dalam pelukkanku dan dia hanya diam je. Aku pun mengucapkan sesuatu kepada Hayoung.

"Terima kasih saya bersyukur sangat sebab awak akhirnya jadi milik saya."Kataku."Saya pun sama."Jawab Hayoung.

Lalu mata kami berdua pun bertembung dan kami sama-sama berpegangan tangan lalu berlari ke arah pantai.

Tamat.

3180 Patah perkataan.

Khas untuk BOWAawards.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top