Bab 8

IRFAN melemparkan pandangan ke televisyen. Wajah diraup kasar sebelum meja di hadapan dihentak.

"Bagitahu aku sebab kenapa kita mesti tolak pertolongan Guardian?" jerkah Irfan apabila Hakim dan Aizu mengangkat muka memandangnya.

"Kes ini berlaku dalam sekolah kita. Bukannya dekat sana. Kau nak orang kata kita tak pandai jalankan tugas ke?" bidas Aizu lalu meraup rambut ke belakang.

"Kau nak orang pandang serong terhadap kebolehan kita?" Hakim mengusutkan rambut selepas membalas pertanyaan Irfan. Walaupun Irfan menengking mereka, Irfan masih ketua mereka.

"Mereka nak datang sini untuk perlawanan persahabatan selain menolong kita menyelesaikan kes Royalz. Tak boleh ke kau bagi mereka peluang?" tanya Irfan bengang.

Apa aku patut bagitahu mereka? Mereka mesti kecewa, getus Irfan.

"Kau sendiri cakap mereka ada sisi lain. Kau nak ke semasa mereka menyiasat, mereka bertukar menjadi orang lain dan cederakan sesiapa?" tanya Hakim tenang.

Irfan melepaskan keluhan sebelum telefon di dalam poket kemeja dikeluarkan. Satu nombor didail pantas.

"Hello, this is Private Victory High School. What can I help you?"

"I want to talk about Guardian. Can you tell Madam F. I want talk to her about them."

"I am Madam F and who are you?"

"I am Tengku Irfan and we need to discuss."

"Kamu rupanya. Cakaplah, macam hal serius je."

"Boleh tak tangguhkan kedatangan mereka ke sini? Kami boleh selesaikan kes dia tanpa bantuan mereka. Lagipun, saya mahu mereka fokus terhadap rawatan mereka."

"Mereka tentu akan sedih apabila mendengar berita ini. Baiklah, hari ini saya akan bagitahu mereka tentang berita ini."

"Maaf kerana menganggu masa madam berehat."

"Tidak mengapa."

Selepas berbual selepas beberapa minit, Irfan menamatkan panggilan.

"Kau nak pergi mana?" tanya Aizu hairan. Dia membawa semangkuk bubur untuk dimakan di meja ruang tamu peribadi.

"Aku nak pergi tengok video di bilik tayang. Terpulanglah kau nak tengok atau tidak."

"Nak ikut!" jerit Hakim dari dalam bilik. Irfan dan Aizu saling berpandangan.

"Aku tak sangka dia dengar."

"Kan."

Semasa mereka berdua menaiki tangga, deringan telefon mematikan langkah yang diatur. Mereka berdua saling berpandangan sebelum pintu bilik Hakim dibuka.

"Sekarang ke? Baiklah, nanti Hakim datang dengan mereka."

"Ibu suruh balik rumah sekarang. Ibu kata ibu buat makan-makan sikit. Lauk kegemaran kita pun ada sekali."

Mereka berdua menukar laluan ke bilik masing-masing. Irfan menukar baju sebelum menyarung sehelai hoodie putih tanpa lengan. Irfan mencapai topi kelabu lalu dipakai.

Aizu pula menyarung hoodie biru tanpa lengan. Bandana putih dicapai lalu dipakai segera. Kunci motosikal dicapai sebelum mereka menutup pintu bilik. Hakim sudah terpacak di luar menunggu mereka berdua bersiap.

"Lambat."

"Diamlah kau!"

■ ■ ■ ■

AIRIN mencapai tudung sarung sebelum membuka pintu apabila diarah oleh ibu tercinta.

"Kenapa mereka ada sekali?" tanya Airin hairan.

"Kamu fikir mereka rajin nak memasak untuk makan malam? Lagipun ahli keluarga yang lain ada di sini, biarlah mereka berdua sertai sekali."

Airin menganggukkan kepala sebelum tangannya menarik hujung tudung. Irfan menggelengkan kepala supaya Airin memakai tudung itu.

"Kau pakai hoodie dah kenapa? Buang tabiat?" tanya Aizu pelik.

"Aku baru balik daripada beli barang. Tak sempat nak tukar baju, kau dah terpacak depan pintu tekan loceng."

"Salah aku la ni?" Airin mengganggukkan kepala tanda mengiyakan. Hakim menggelengkan kepala sebelum menuang air suam ke dalam gelas miliknya. Melayan dua orang remaja ini  bergaduh, kering tekak dibuatnya.

"Dah, jangan bergaduh depan rezeki. Tak baik. Hakim, baca doa makan dulu jangan terus makan." Hakim hampir tersedak apabila bahunya ditepuk oleh abah Ira.

"Orang dekat ruang makan, dia dekat ruang tamu. Aduhai budak ni." Hakim menayang gigi yang tersusun rapi.

"Perlawanan bola keranjang dah bermula, abah. Mana boleh terlepas." Irfan ketawa apabila umi Ira menjegilkan mata ke arah Hakim.

"Tutup televisyen dan makan di sini sekarang."

Hakim tergopoh-gapah menatang pinggan dan cawan ke meja makan apabila mummy twin IP menegur. Airin mengigit bibir bawah agar tawanya tidak terlepas.

"Jangan gelak, anak muda. Makan." Airin mencapai sebiji kurma sebelum diserahkan kepada Irfan. Irfan meletakkan semula sudu kuah masak asam ikan tenggiri dengan wajah cemberut.

"Sunnah..." balas Airin selamba. Ahli keluarga mereka menggelengkan kepala melihat gelagat mereka berdua. Hakim dan Aizu memandang kelakuan Airin semasa mengunyah.

"Apa kau akan buat kalau aku berkelakuan macam Irfan? Mungkin kau akan membebel," gumam Aizu sebelum mengesat air mata di pipi kiri.

"Kau mesti akan jerit suruh makan di meja makan kalau aku buat macam tadi." Hakim mengeluh sebelum meraup rambut ke belakang dengan tangan kiri.

"Muhammad Hakim Farhan! Makan dekat meja makan bukannya depan televisyen!" Hakim memejamkan mata apabila suara itu memetir selepas beberapa minit.

"Perlawanan bola keranjang dah mula la..." balas Irfan.

"Pergi makan di meia makan sekarang, Hakim. Tak lari mana televisyen tu. Dia tak ada kaki," bebel Syaz sebelum menutup televisyen dan berdiri di hadapan tiga orang jejaka.

"Makan kurma dulu, bertuah. Sunnah tu," kata Wani sebelum meletakkan sepiring kurma di hadapan mereka.

"Wani!" rungut Aizu sebelum mencapai tiga biji kurma.

"Nasib aku sayang kau," bebel Aizu perlahan.

"Makan Aizu, jangan membebel," tegur Hakim apabila Syaz menjegilkan mata ke arahnya.

"Hakim. Kenapa termenung? Mami masak tak sedap ke?" Hakim tersentak sebelum memandang cawan kaca lalu menggelengkan kepala.

"Tak la. Mami, ibu, mummy dan umi masak sedap sangat. Cuma, Hakim teringatkan arwah. Arwah selalu masak makanan kegemaran Hakim dulu. Rindu..."

Papa twin IP, daddy Mira dan ayah twin Bff memeluk Boyz erat. Mereka faham perasaan tiga orang jejaka apabila kehilangan seseorang yang tersayang.

■ ■ ■ ■

IRFAN merenung memandang siling yang dihiasai bintang-bintang. Semua ini idea Airin agar siling ruang tamu dilekatkan dengan bintang-bintang. Idea gadis itu disokong tetapi yang menjadi mangsa ialah para jejaka. Mereka diarah untuk menolong Airin menampal bintang-bintang di siling.

"Kau teringatkan arwah ke?" tanya Aizu sebelum duduk di sebelah Hakim.

"Yes. Aku tak sangka dah dua tahun mereka pergi tinggalkan kita."

"Tengoklah ni, surat-surat daripada peminat kita. Nak termuntah aku baca isi kandungan beberapa helai surat ni." Hakim melepaskan keluhan sebelum menyandar.

"Macam mana kita nak selesaikan kes Airin?" tanya Aizu selepas beberapa minit.

"Kita terpaksa lakukannya sendiri kerana kau orang tak nak mereka datang sini," balas Irfan sebelum telefonnya berbunyi nyaring.

"He..."

"Apa maksud kau?"

Hakim dan Aizu memandang Irfan meminta penjelasan apabila suara nyaring perempuan menyapa pendengaran mereka.

"Aku ada panggilan kecemasan. Kita akan bincang kes dia lain kali." Hakim dan Aizu menganggukkan kepala sebelum mereka bangun.

"Okey. Esok, aku nak pergi bilik Cousin Princess, aku nak pulangkan barang ni. Aku nak pergi club selepas hantar barang ni. Aku nak lepak bilik arwah sekejap, nak lepaskan rindu."

Irfan menganggukkan kepala selepas tanpa sengaja dia tertekan speaker.

"Surat-surat ni nak buat apa? Aku bakar boleh tak?" Irfan berfikir seketika.

"Suka hati kau la, Hakim. Aku tak kisah kau nak buat apa sekalipun. Apa yang aku tahu, aku tak nak tengok surat-surat ni menimbun atas meja kita." Hakim menyeringai suka apabila Irfan memberi kebenaran untuk lakukan apa sahaja yang dia mahu.

"Aku gerak dulu nak cari pemetik api. Aku nak bakar surat-surat ni depan mereka esok."

Aizu terkaku apabila dia seakan mendengar suara seseorang yang dia rindui. Tetapi mungkinkah dia? Bukankah dia sudah lama pergi?

Hakim menoleh apabila dia mendengar suara Syaz.

Suara dia ke? Ya Allah, rindunya aku... getus Hakim sayu.

"Siapa tu? Kenapa aku dengar macam dia cakap nama aku dan Hakim?"

"Hahaha. Kau salah dengar ni. Pergi cepat, nanti mood kau barai sebab kena tahan."

Irfan bangun untuk menghantar dua orang rakannya sehingga ke tangga sebelum kembali semula ke tempat duduknya.

"When we can go back and see her, Irfan? Don't you know we miss her so much?" Irfan memejamkan mata apabila suara halilintar itu menyapa pendengarannya. Telefon dicampak ke tempat duduk sebelah lalu telinga sebelah kiri digosok perlahan.

"Kau buka speaker, kan? Aku boleh dengar bunyi orang menangis." Irfan mengalihkan tajuk perbualan sebelum menarik nafas lega.

"Aku nak sangat kau orang balik sini semula tapi, pastikan kau orang sihat dulu baru boleh balik. Aku tak nak bila kau orang balik nanti tiba-tiba berubah jadi orang lain. Kau nak tengok dia tak, twin?"

Tanpa menunggu jawapan, Irfan berjalan ke satu tempat sebelum menukar posisi camera. Airin tidur dengan lena dan menghiraukan Irfan yang berdiri di sebelahnya.

"She is so cute." Irfan cuba mengamati suara itu dan dia sedar suara itu ialah suara ayah angkat Guardian.

"Yes. She is very cute and mischievous like them."

"Kau siapa?" Irfan pelik apabila suara garau tiga orang lelaki bergabung. Dalam masa yang sama, Airin membuka mata dan perkara pertama yang dia lakukan ialah membaling bantal berbentuk penyu ke arah Irfan kerana mengganggu lenanya.

"Seseorang yang tahu kisah silam mereka. Guardian, aku terpaksa tamatkan panggilan kerana dia dah buka mata. Hey, girl! Don't threw my pillow like that!"

"Don't shout at her!" Irfan menamatkan panggilan apabila enam suara bergabung.

"Siapa tu?" tanya Airin mamai.

"Seseorang yang nak jumpa kau tetapi mereka tidak akan datang melawat dalam masa terdekat."

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top