Bab 5
"KAK Arin!"
Airin yang baru sahaja ingin mengambil sebiji kek cawan coklat, menoleh memandang gerangan yang menyeru namanya.
"Pengetua panggil akak Royalz."
"Terima kasih Nana."
"Datang lagi!" gurau Royalz sebelum ketawa.
Siapa sangka di sebalik perangai tak semenggah, mereka ramah dengan para pelajar termasuklah pekerja-pekerja kantin.
"Kenapa pengetua nak jumpa kita?" soal Royalz serentak. Mereka berempat mengangkat bahu.
"Royalz!!!"
"Alamak... Cabut!"
Mereka melarikan diri melalui pintu belakang.
"Mereka terlepas pula!" rungut seseorang sebelum menendang sebuah kerusi.
■ ■ ■ ■
"AIRIN ialah..."
Pintu dirempuh lalu beberapa orang pelajar tersungkur berhampiran meja pengetua. Semua mata memandang mereka berlima.
"Apa nak jadi dengan kamu berlima ni?" tanya Pengetua Dancer High School sebelum menggelengkan kepala. Royalz tersengih sebelum bangun.
"Siapa Airin?" tanya seorang pelajar lelaki di hadapan Irfan.
"Aku, Airin. Kenapa?" tanya Airin sebelum menguak rambut yang menutupi sebelah mata.
"Nothing..." Pelajar lelaki itu menggelengkan kepala.
"Cantik," pujinya tanpa suara. Airin mendengus apabila tidak mendengar apa yang diucapkan oleh jejaka itu.
"Tengku Airin. Tengku Raisya. Tengku Risya. Tengku Faryana. Tengku Tisya."
Royalz saling berpandangan sebelum menundukkan kepala. Mereka tahu apa akan berlaku sekiranya nama penuh diseru.
"Kenapa kamu pergi pancitkan tayar anak-anak Dato? Ada jawapan untuk membela diri?" tanya Pengetua International High School seraya memeluk tubuh.
"Sebenarnya..." kata Tisya perlahan.
"Apa masalah kamu sebenarnya? Kenapa kamu semakin nakal? Saya terima banyak laporan disiplin tentang kamu!" sergah guru disiplin iaitu Cikgu Haz di hadapan Airin.
Terhenjut bahu empat orang pengetua serta beberapa orang pelajar di dalam bilik itu. Air mata mulai bergenang sebelum air mata mulai turun dengan laju. Namun, tiada esakan yang keluar dari mulut Airin.
"Marah sikit menangis! Marah sikit merajuk!" tengking Cikgu Haz.
Cikgu Haz dijeling oleh Pengetua Elite High School. Pengetua Music High School memeluk Airin dengan erat. Esakan mula kedengaran. Airin menangis semahu-mahunya dalam pelukan ibunya.
"Ibu... Arin rindu kakak..." kata Airin diselangi dengan esakan.
"Arin nak Kak Syaz dengan Kak Wani..." rengek Airin dalam pelukan Pengetua Music High School.
"Mereka akan kembali ke pangkuan kamu, sama ada cepat atau lambat. Kamu kuat. Ibu tahu kamu tidak akan buat masalah tanpa sebab. Sekarang, bagitahu ibu kenapa kamu pancitkan tayar kumpulan diva?" pujuk Pengetua Music High School sambil menepuk belakang Airin perlahan. Airin tidak memberikan jawapan sebaliknya dia mendiamkan diri.
"Cikgu sepatutnya tidak menengking dia! Walaupun cikgu ialah bapa saudara kepada salah seorang ahli kumpulan diva, cikgu sepatutnya siasat terlebih dahulu. Bukannya menuduh, menghina dan menengking dia!" kata Irfan dengan geram. Dia dapat merasakan kesakitan Airin. Airin tidak pernah ditengking dan disakiti oleh sesiapa. Airin telah diamanahkan kepada Irfan untuk dilindungi.
"Habislah dia kalau berita ini sampai ke pengetahuan Guardian," kata Ian perlahan.
"Apa kaitan Guardian dengan masalah ini?" tanya Cikgu Haz pelik.
Siapa sahaja yang tidak gerun apabila mendengar nama ahli-ahli Guadian? Wajah mereka tidak dapat dilihat kerana ditutupi dengan topeng. Mereka berjaya membanteras jenayah-jenayah berat dalam masa yang singkat.
"Unit detektif dari Akademi Victory telah mengendalikan kes ini 10 minit yang lepas. Mereka menyatakan mereka akan datang ke sini tidak lama lagi untuk menilai sistem kita," kata Hakim sebelum meletakkan telefon miliknya di dalam poket seluar.
■ ■ ■ ■
"AKU nak belasah Cikgu Haz cukup-cukup!" bentak Scarlet apabila mendapat tahu berita itu. Dia dipegang kuat oleh Alicia dan Aurora. Violet hanya mengetap gigi tanda marah.
"Jangan risau. Aku sudah menghantar mesej kepada sistem penyiasatan bahawa kita akan ke sana untuk menilai sistem mereka. Di samping itu, kita akan bekerjasama dengan penyiasat sekolah International, Music, Elite dan Dancer untuk menyelesaikan beberapa kes yang sukar," kata Alexandra sebelum tersenyum sinis.
"Kita akan melindungi Airin sepanjang kita berada di sana," ujar Aria.
"Macam mana dengan misi? Sudah selesai, kan? Jadi, pergi tempah tiket cepat," arah Violet sebelum menaiki tangga menuju ke biliknya untuk mengemas barang-barang yang akan dibawa nanti.
"Arahan diterima cik!" kata mereka berempat sebelum melakukan tugas mereka dengan segera.
■ ■ ■ ■
"GUARDIAN, where are you going?" tanya Madam Q. Soalan Madam Q dibiarkan tanpa jawapan.
"Hey girls, where do you want to go?" tanya Madam F sambil tersenyum. Tetapi, di dalam hati dia berharap Guardian tidak melakukan kerja gila.
"Malaysia... We have a case to handle there," kata Aria mewakili Guardian sebelum beredar. Mereka tidak mahu memberitahu rancangan mereka kepada sesiapa kecuali pengetua.
"A case? Sound interesting. Have a nice journey kids!" kata Madam F.
"We will, madam!" kata Aurora seraya tersenyum nipis tanpa menoleh ke belakang. Madam Q hanya mendiamkan diri. Dia tahu kenapa Quardian tidak menjawab pertanyaannya. Sampai sekarang Guardian masih terasa hati dengan Madam Q.
"Do you see what they did? It was your faults," bisik Madam F.
"But-"
"Say sorry to them, not me," Madam F terus beredar setelah berkata. Dia mahu kawan baiknya sedar akan kesilapan yang dilakukan. Memang patut pun Guaridan melayan kawan baiknya begitu.
"Aku tahu semua ni salah aku, tetapi kau tak patut hukum aku macam ni!" jerit Madam Q atau nama sebenarnya, Qina. Madam F berhenti sebelum menoleh ke belakang.
"Kau yang buat mereka macam tu. Kenapa aku tak boleh hukum kau pula? Kau tahu aku macam mana, kan? Sesiapa yang cederakan mereka termasuklah kau, akan terima hukuman yang setimpalnya. Ingat kata-kata aku, Qina," ujar Madam F sebelum beredar dan tidak menoleh ke belakang lagi. Dia tahu dan dengar Madam Q terduduk.
"Maafkan aku, Faz," rayu Madam Q sambil menangis. Beberapa orang pelajar yang melihat dua orang guru mereka bergaduh segera pergi dari situ. Siapa yang berani melihat mata Madam F yang mempunyai aura dendam? Mahu koma seminggu jika berada di situ lebih lama.
■ ■ ■ ■
AIZU memandang Hakim yang tersenyum sinis. Dia menangkap bola keranjang yang dibaling oleh Irfan. Ketika mereka sedang berlatih, tiba-tiba, mereka berdua dilanggar oleh Irfan dari tepi.
Irfan duduk melunjur di belakang mereka sambil memeluk bola keranjang. Empat orang tranfer students yang berada berhampiran saling berpandangan sebelum menggeleng.
"Sakit!!!"
Mereka berdua mengerang kesakitan apabila Irfan memaut leher mereka dari belakang. Tulang belakang mereka juga berbunyi, seperti mahu patah seribu gamaknya. Airin yang baru sahaja sampai di gelanggang bola keranjang tercengang.
"Aku terlepas sesuatu ke?" tanya Airin kepada Tisya. Raisya mengangguk.
"Airin! Kau suruh Irfan bangun!" pinta Hakim dengan muka kemerahan. Dia hampir kehabisan oksigen.
Airin menggelengkan kepala sebelum menarik kerudung Irfan lalu dia menolak Irfan ke tepi. Irfan memegang lengannya yang kesakitan seraya menjeling Airin yang menayang muka selamba.
"Mereka bertiga memang macam ni. Tak betul," kutuk Risya sebelum ketawa.
"Kau dari mana, Faryana?" soal Airin kepada Faryana.
"Aku dari kafe, tak akan akan kau dah lupa? Ini pesanannya," ujar Faryana sebelum menghulurkan beberapa beg plastik.
"Wow... my favourite..." ujar Airin selepas membelek sekeping macaron dengan penuh minat.
"Siapa mereka berempat?" tanya Raisya selepas memandang empat orang pelajar lelaki yang tidak dikenali.
Aizu menepuk dahi manakala Irfan tercengang.
"Si mata biru, Tengku Fahmi Irsyad dan Tengku Afif Fitri. Si mata hazel pula, Tengku Farhan Irniel dan Tengku Alif Akmal."
Royalz mengangguk. Airin tersedar akan sesuatu.
"Bila pelajar-pelajar dari Akademi Victory akan datang sini?" tanya Rayyan. Airin memandang Adrian dengan pandangan blur.
"Kau pergi mana?" tanya Faryana selepas mengumpan Airin dengan sebalang macaron.
"Pengetua IHS bagitahu aku. Mereka mungkin akan sampai lambat kerana mereka baru sahaja mendapat misi yang agak berbahaya," terang Adrian.
"Misi apa?" tanya Fahmi hairan.
"Siapa Guardian?" tanya Afif pula.
"Misi apa yang mereka dapat, aku tak tahu. Guardian terdiri daripada lima orang gadis yang agak lasak, licik dan tangkas. Berita baiknya, mereka mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan Royalz."
"Mereka menggunakan nama samaran seperti Scarlet, Violet, Alexandra, Aurora, Alicia dan Aria. Nama sebenar mereka tidak diketahui."
Irfan meneguk rakus air mineral selepas menerangkan maklumat tentang Guardian.
"Nama mereka unik dan pelik," komen Farhan sebelum mencapai tuala putih di atas beg sukannya.
"Kau tak pelik ke?"
"Apa maksud kau, Alif?" tanya Raisya.
"Tak ada angin, tak ada ribut. Kenapa mereka mahu datang ke sini dan mahu berlawan dengan Royalz?"
"Tak tahu." Mereka tak terfikir pula tentang itu.
"Tetapi, aku dengar cerita tidak lama lagi mereka mahu menetap di sini selepas menyelesaikan misi terakhir," ujar Risya.
"Aku pun ada terdengar juga. Sisi gelap mereka wujud kerana iri hati. Mereka mengamuk selepas melihat darah berada di merata-rata tempat di kawasan padang, tempat pelajar-pelajar PVHS berlatih."
Tisya mencapai iPhone miliknya sebelum menekan kata laluan. Dia melihat beberapa panggilan daripada kakaknya. Dia menjeling Faryana yang berada di arah barat laut. Nasib orang ramai dekat sini, kalau tidak memang dia kejar Faryana satu sekolah.
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top